Jangan Clik

Tuesday, December 24, 2013

Bercuti ke Kuala Lumpur dan Putrajaya

Agak lama jugak la aku tak update blog nih, maklumla takdak aktiviti menarik sgat walaupun diri aku memang menarik perhatian gadis-gadis manis sehingga ke planet jupiter raya adanya. Kali ni aku bawak hero heroku jenjalan melawat wilayah hutan batu yang mempunyai kepadatan penduduk 1.6 juta dan berkeluasan 243 km persegi iaitu Kuala Lumpur atau loghat Kodiang 'Kolumpoq". Aku menginap di Hotel 99 yang terletak di Bandar Puteri Puchong sebab trip kali ini aku plan nak berkunjung ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Shah Alam jd pemilihan hotel yang berada di kedudukan tengah- tengah antara wilayah kunjungan nih menjadi pilihan aku anak beranak.Hotel nih ok la bg aku, bersih , berbaloi dgan wang, berdekatan dgan restoran Nasi kandar dan berhadapan Pasaraya Giant.
Last aku pi IKEA Damansara Mutiara nih masa aku couple ngan wife aku zaman stadi kat Uitm Shah Alam dulu, seingat aku dulu kawasan nih hanya ada seketoi nih ja bangunan IKEA, la bercambah bangunan area sini, dgan The Curve, Court Mammoth dan banyak lagi. Tak banyak sangat beli pun, cuma beli barang2 yang muat dgan keta ja, pastu pi la try Bebola Daging negara kelahiran Zlatan Ibrahimovic yang femes tuh dekat food court dia,  rasanya mmg osem sekali yg berjaya diperabihkan oleh Syakirin dan Nasihin tak sampai 4 jam....eeerrrkkk....cam lama ja, hehehe...
Berpandukan jalan dari penunjuk arah ku yang jelita, Cik Siti Kelesom dari GPS Papago Corporation kami sampai di Menara KLCC , ala yg ada pasaraya I-Setan kat bawah dia tu, dengaq kata la tengah nak buka pasaraya satu lagi dgn nama E-Blis bru la ngam kan hahahaha....meriah kat sini jalan-jalan cuci mata dan cuci duit sekali hehehe...
Macam biasala tempat pilihan anak-anakku apalagi klu bukan ke habitat terancang haiwan-haiwan liar yakni Zoo Negara. Macam-macamla menatang ble tgok kat sini, gajah, zirafah, ulaq, boya, kerbau, kuda, semut, krengga,kuman, protozoa, paramesium,ameba dan lain-lain lagi. Tiket masuk berharga Rm 30.00 untuk dewasa dan Rm 10.00 untuk kanak-kanak 2 tahun keatas, kanak-kanak bawah dua tahun percuma. Klu tak larat jalan kaki ble naik tren yg dikenakan tambang Rm 3.00 seorang.
Singgahan seterusnya adalah ke Putrajaya iaitu ke Masjid Putra dan menyusuri tasik di sekeliling mu ada dinding-dinding yang menghalangi ....ehhhh...meraban apa plak aku nih dok selit  lagu Dato' Siti Nurhaliza tu  plak. Ok sambung blik lepas aku basuh berak Syakirin kat tandas pree tadi kat kedai-kedai bawah Masjid Putra, pastu aku pun bawak la depa menyusuri sekeliling tasik Putrajaya dengan menaiki Putrajaya Cruise yang dikenakan bayaran Rm 74.00 satu famili (4 orang).
Seb baik aku sempat ke pesta jualan buku murah Big Bad Wolf yang diadakan di dewan MIECC @ The Mines Seri Kembangan, orang tak sangga ramai, rega buku pun tak sangga murah, buku pun tak sangga banyak, kawasan pun tak sangga luas, kesimpulannya aku pun tak sangga la letih sebab Nasihin pun tak sangga la lena ataih bahu aku, kna gendong dia plak yg berkapasiti 15 kilo pastu nak pi cari buku yg menarik perhatian dan menarik wang poket aku plak (seb baik la kekuatan dalaman aku bersamaan kekuatan seekoq cimpanzi afrika timur). Kebanyakan buku kat sini majoriti buku Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Minoriti ja. Banyak gak la aku borong buku kat aku anak beranak, bukan buku ja aku borong, t-shirt yg depa jual pun aku borong sekali termasuk la eskrim koneto yg dijual kat luaq dewan untuk menunjukkan betapa pelahapnya diriku ini, sekian adanya.

2 comments:

  1. Happynya tengok budak2 tu :)

    Just nak share,kalau ke KL boleh juga cuba tempah tinggal di Alhana Inn (www.alhanainn.com)...boleh jimat banyak, especially kalau pergi dengan keluarga. Guesthouse ni ada kemudahan kolam renang dan taman permainan kanak2..macam hotel juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah En. Ahmad, kunjungan seterusnya mungkin bole cuba kat tempat yang En. Ahmad suggest tu. Makasih.

      Delete