Aku mai pusing2 dekat menara SAAS ja, sebelah bangunan UFO. Banyak jugak la bangunan baru dah dibina dalam nih, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin yg kita bleh nampak bila nak masuk ikut pintu utama, masa aku stadi dulu pun bangunan nih tgah dibuat, Dewan Agong Tuanku Canselor yg kita boleh jumpa onway dari Kolej Perinzoo (hahaha...student2 dulu la sebut Perinzoo sebab dikelilinggi hutan ) atau Kolej Perindu menuju ke kompleks sukan kita terjerembab la ngan bangunan nih, pastu sebelah Kolej Mawar dah ada deretan kedai makan. (masa zaman aku kawasan tu klu tak salah aku padang rumput).Monyet2 pun dah tak banyak (dulu selalu curik sabun, aku rasa musti perbuatan monyet bujang hahaha...), Dan jugak la pusing satu Uitm tapi takdan melawat bukit tonggek, tempat kna dera masa masuk Kesatria (geng katak ungu) dulu.
Gambaq lama yang masih ada dalam simpanan time stadi dulu kat kawasan Menara SAAS nih hanyalah gambaq masa aku jadi Fasilator Orentasi untuk budak2 baru masa sem 3, masa nih kna jadi fotostater kat freshies yg tgah dok isi borang kemasukan kat tangga bawah menara SAAS nih, tak banyak yang berubah, kaler pun masih sama cam dulu tapi tak tau la kot2 depa cat mmg kaler nih hehehehe....
Dalam nih jugak ada disediakan botol ayaq mineral sapa nak ambik boh la duit kat tabung tu, berapa hinggit tu la dinyatakan mungkin ikut keikhlasan pemberi, takdak sapa pantau pun ayaq nih, klu yang kaki cilok tu mungkin dah cilok dah tapi kat universiti kan mentaliti depa lain sikit, klu letak kat luaq nih sahih dah ayaq2 nih hilang, sekali dengan tong duit tu pun kna angkut hehehee...
Nih gambaq dekat pintu keluaq belah belakang dekat Seksyen 7, seingat aku kat sini dlu ada replika jet pejuang, tapi la nih dah ilang dah, mungkin jet tu boring dok lama sangat kat sini kot, tu yg dia cau tu pi join geng Decepticon blakon dalam filem Transformers 4, ble gak duit poket dari dok torcongok kat sini.
Dah mai Shah Alam nih aku pun menyusuri la tempat2 paberet merendek dulu, mula tu aku pi Seksyen 2, cantik dah tempat nih depa buat, masa zaman aku dlu kedai makan kat sini gerai lama, la dah cantik, seingat aku dulu tiap2 minggu aku pederaih mai beli Nasi Goreng Daging Merah Rm 2.00 pastu dah naik jadi Rm 2.50 kat gerai hujung sekali yang la nih tempat dah jadi lokasi restoran KFC tu. Zaman stadi dulu rega makanan tegha tu mmg berbaloi la jd pengalas perut selain Makanan Asasi Graduan-Graduan Institusi yakni MAGGI hahaha.... pastu aku pun pi la Kedai Pak Mal Nasi Ayam kat Seksyen 11, kedai macam dulu jugak la, rasa makanan pun sedap macam dulu jugak, yang sedap kat sini selain nasik ayam adalah soto dia, mmg menangis habihhhhhhhh........ klu makan boh cabai banyak hahahaha.....zaman student duit tak berapa nak ada jadi kedai2 makan cam ni la jadi pilihan, murah dan sedap.
Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat berak hahaha...ya la mai tgok tempat rumah sewa dulu yg jadi tempat tidoq, tempat mengkelai, tempat meruah, tempat masak, tempat basuh spenda baju dll, tempat gelak, tempat layan perasaan, tempat kentut selama 3 tahun kat sini iaitu di Pangsapuri Perdana Seksyen 13 sebelah Pasaraya Gergasi atau dlm Bahasa Melayunya Pasaraya Giant, bersebelahan Stadium Shah Alam dan Stadium Melawati. Dulu ramai jugak la bebudak Uitm yg sewa sini sebab ada fakulti dekat Stadium Shah Alam, la tak tau la, sebab fakulti Uitm dekat stadium tu dah pindah pi Uitm Puncak Alam. Mungkin budak Kolej PTPL dgan Politeknik ramai kot sewa sini, aku sewa sini dulu Rm 1000.00 sebulan seb baik dok 11 org jd la 90.00 sorang, tapi kmi bayaq rm 100.00 gak sorang, yg lebih tu habuan beli stok makanan. Sempat jugak la masuk Giant, cadang tu nak makan kat Hot Plate Mushroom Noodle kegilaan wife aku dulu kat food court, tapi si Otromen Taro Syakirin nak makan Chiken Rice Shop plak, sebab sebelah tu ada playground, jd layan la permintaan kanak2 ribena nih yg diundi 1500% oleh adiknya Nasihin apalagi wife aku muka pun dah jadi huruf W dah sebab kempunan makan hot plate hahaha....
Tak banyak gambaq Pangsapuri Perdana Seksyen 13 nih dlm simpanan aku, yg ada gambaq nih ja masa aku slim mlim dulu2 , la dah mcm bapak ungka dah badan aku hahaha...gambaq bangunan pangsapuri pun dok nampak jauh dlm gambaq tu. Apa yg berubah kat sini nih yg aku nampak, gerai jual makanan depan pangsapuri nih dah banyak dah, dulu ada 2 gerai ja. pastu dah ada Masjid yg dibina tak jauh dari situ, dlu kalau nak sembahyang jumaat aku pi masjid dalam politeknik, sebab yg tu la dekat sikit.
Akibat keterujaan yg melampau brader Syakirin nih terhadap animasi Boboiboy berbanding bapaknya yg Boboiroi lalu aku bawak dia teruih pi kilang yg menghasilkan menan untuk animasi Boboiboy nih kat Gaia Plas Sdn Bhd di Kota Kemuning Shah Alam, Selangor. Mula tu Melilau jugak la carik maklumla tak berapa familiar ngan tempat nih, tambah kawasan nih kawasan perindustrian, lepas pusing2 tu jumpa jugak. Dan la Syakirin sambaq 2-3 action figure boboiboy beserta topi dan bekaih ayaq boboiboy. Ada action figure baru Boboiboy tapi sykt tak jual lagi, yg ada pun display ja. Yang beli kat sini ni bukan apa senang bawak dia mai tgok semua jenis menan Boboiboy biaq dia pilih nak apa, lagi satu beli kat sini dapat diskon dari beli kat luaq.
Malam tu aku bawak anak beranak aku dengan keluarga kak ipaq aku pi sapdek kat medan selera Uptown Seksyen 24 Shah Alam. Punya la ramai org sampai nak parking pun kna pusing 2-3 kali, sikit lagi ja nak cukup pusingan tawaf 7 kali heheheh....Uptown Seksyen 24 ni masa aku stadi tak bukak lagi, tapi ok la sebab jadi salah satu destinasi kunjungan kalau mai ke Shah Alam sebab kat sini dijual beraneka t-shirt, menan, pakaian, kasut , pewangi ,tudung dan macam2 lagi la, kat sebelah plak ada deretan kedai makan, apalagi singgah makan dulu la kat kedai Nasi ayam Penyek + sate besaq ibu jari kaki hulk hogan yg dibantai secara berhemah oleh Syakirin dan Nasihin dgan rakusnya.
Melewati ke dinihari kami berkunjung plak ke I-City yg mmg meriah pada waktu mlm yg diterangi lampu-lampu neon yg berbagai bentuk dan berbagai warna. Masa mai sini pun memba aku ada pesan, klu nak parking kna parking kat tempat yg disediakan dengan bayaran Rm 10.00, klu parking kat tepi2 jalan takdak org dlm kereta, kemungkinan utk kereta anda di clamp adalah 85% + 25 - 46 = pai J kuasa 2. Aku cuma pi tengok pokok2 kaler maler tu ja, tak masuk pun snow walk, muzium 3D dan yg lain.
Usai percutian 5 hari 4 malam di daerah 1002 kenangan masa lampau antara aku dan ibu beliau jadi keesokannya kami pun bergerak la balik ke Utara tanahair dengan suasana dalam kereta yg sunyi hanya 4 jam 8 minit ja sebab depa ralit lena , lepaih depa jaga tu suasana dah normal balik seumpama suasana di Stadium Utama Kangar apabila skuad singa utara Perlis berjaya menjaringkan gol dlm perlawanan persahabatan menentang pasukan Belia 4B kampong Alor Redis.
Salam, barangan boboiboy di gaia plas tuh boleh beli ke? Macam fang, boboiboy petir?
ReplyDeleteWaalaikumussalam, boleh beli, selain toys macam2 merchandise ada kat situ cam bag, bekas air, dan dapat less klu beli kat situ.
Deleteduk sakan gelak baca posting ni..dulu cheq pun stadi sini.
ReplyDeletehehehehe....kenangan zaman stadi mmg takkan dapat dilupakan dan tiada galang ganti.
Delete