Jangan Clik

Tuesday, June 3, 2014

Tempat menarik di Cherating, Pahang

Selepas melangkaui Jalan Genting dan menyusuri Lebuhraya Karak aku pun berenti rehat dan rawat di Hentian Temerloh yg lebih dikenali sebagai Bandar Ikan Patin. Ni kali kedua aku singgah sini dan rugi klu tak pekena Patin Masak Tempoyak Temerloh nih, banyak gerai kat sini menghidangkan masakan ikan patin nih, pilih ja yg mana berkenan, kat sini la aku tgok banyak gerai2 menghidangkan juadah berasaskan ikan sungai cam patin, baung, lampam dll. Rega seketul ikan patin tempoyak ni Rm 7.00 sahaja, klu nak ikan patin spesis lain cam Patin Buah rega dia dlm rm 12.00 seketoi.( Ikan Patin yg aku maksudkan dlm penerangan di atas adalah nama rasmi spesis ikan tersebut dan bukannya ikan tu bernama Fatin, Siti Nur Fatin, Fathinah,Pha Thin Low atau sebutan seakan-akan nama tersebut, harap maklong ehh..silap taip plak , harap maklum)
Untuk ke Cherating kita kna ikut Susur Keluar Jabor bukan Jubor ye tuan-tuan dan puan-puan, lain maksudnya tu.Selepas kita keluar susur Jabor dari Lebuhraya Karak (Lebuhraya Pantai Timur) pekan Cherating hanya terletak dlm 12 km ja. Inapan kami sekeluarga di sana adalah di Suria Cherating Beach Resort, ok la bilik dia luas, tapi ada beberapa aspek yg boleh diperbaiki lagi oleh pihak pengurusan macam tv lcd kecik sgat dlm 16 inci, (tv hotel bajet pun besaq lagi), aku dpat bilik ground floor banyak nyamuk yg masuk ikut pintu sliding yg pintu pun dah nak lekang dah, saluran astro pun ada yg dapat ada yg dak, jalan nak masuk ke sini dri jalan utama pun cam angker sikit (boh la pasu2 bunga ka, apa2 ka yg nampak ceria sikit), peti ais takleh guna, liputan wifi pun kat lobby ja, line tepon dan line tenet data plan pun kna duduk dkat pintu sliding baru ada tu pun cam siput kelemboi signal dia, klu dok kat jamban lg la harreemmm, kurang berbaloi la dgan rega Rm 180.00 smlm, tapi dah kursus aku kat sini, hadap ja laa...

Walaubagaimanapun kat sini ada swimming pool dan terletak bersebelahan pantai, senang la utk anak2 aku berkubang nti. Ni first time aku mai Cherating, kawan2 aku kata Cherating nih macam pantai Chenang , tapi bila aku mai sini jauh beza la ngan pantai Cenang, Pantai Cenang jalan utama rapat ngan pantai, Cherating pantai dia jauh sikit dri jalan utama, pastu aku tgok banyak kawasan pantai di Cherating dimonopoli oleh resort dan hotel persendirian dan aku tak jumpa pun pantai utk org ramai yg nak mai berkelah ka, nak mai mandi ka, sebab masa aku dok situ ada satu famili nih mai berkelah dok kawasan pantai resort sebelah resort aku, tapi takdan seminit pak guard dah suruh famili tersebut beredar, mungkin sebab kawasan pantai tu utk org yg menginap di resort tersebut, kesian plak tgok depa angkut tikaq bagai mai berkelah di kawasan pantai belah resort aku plak. Mungkin ada kawasan pantai utk org ramai tapi depa sekeluarga saja tak pi sana tu Wallahhuallam...
Antara tempat tumpuan yang wajib dilawati di Cherating nih adalah Pusat Konservasi Penyu yang terletak bersebelahan Kelab Med Resort, tiada bayaran masuk dikenakan cuma ikhlas kita la nak bg sumbangan kat tabung yg disediakan ataupun beli cenderahati yang dijual. Selepas menulis kedatangan di buku pelawat  ble la kita tgok penyu-penyu nih dri jarak dekat di kolam-kolam khas yg dibina untuk memberi maklumat dan kesedaran pemuliharaan haiwan laut yg hampir pupus nih kepada masyarakat juga kepada generasi muda amnya, kerana banyak spesis penyu yg mengalami kepupusan akibat dari penggunaan pukat2 haram, hidangan eksotik dan juga penjualan telur-telur penyu. Penyu-penyu yg terdapat di sini kebanyakan dari spesis Agar-agar dan  Karah, penyu2 di sini terdapat saiz dri umur mumayiz hinggalah yg bersaiz akil baligh. ( Untuk pengetahuan anak2 baya anak aku, penyu-penyu ini tidak akan bertukar menjadi Ninja Turtle suatu hari nanti sebab Ninja Turtle tu cuma fantasi animasi kartun sahaja) - jawapan ikhlas seorang bapa kepada 2 org anak berumur 3 dan 5 tahun yg hobi depa tgok katun 12 jam sehari apabila berkunjung ke sini.
Selain tarikan penyu-penyu hidup di kolam, di sini juga ada ruang pameran mengenai proses pemuliharaan penyu, peralatan dan kaedah yg digunakan, penyu-penyu yang diawet, jenis-jenis batu karang, replika dugong dan juga tempat penetasan teloq penyu.
Makanan-makanan kat sini lebih kurang makanan di Terengganu, maklumlah Cherating nih duduk sempadan dgan Daerah Kemaman, Terengganu jadi percakapan, makanan tak lari jauh. Klu nak pekena makanan popular sini tak perlu pi jauh, depan jalan masuk resort aku menginap ada 2-3 kedai juadah pantai timur kat sini dan aku sekeluarga pilih gerai Top Satar, sedap satar dia, cuma kepok gete dia ja kurang sikit. Satar dia 10 bijik Rm 5.00 dan sepinggan kepok dalam rega Rm 4.00. Kat sini jugak ada dijual kepok kering, hasil2 laut dan juga satar frozen.
Agak susah jugak la aku nak mencari gerai atau kedai yg jual cenderahati Cherating kat  sini  cam keychain, magnet freeze, t-shirt, shorts dll, yg banyak gerai kat sini jual kepok, satar, pelampung,dan makanan hasil laut. Selepaih puas mencari, Ni la salah satu kedai yg aku dapat detect jual cenderahati Cherating, kedai dia bersebelahan papan tanda The Legend Resort dan berhadapan dgan Restoran D'Cherating. Murah-murah jugak la souveniers yg dijual kat kedai nih, lg satu kedai nih juga menjual barang-barang runcit, jd senang la beli cenderahati dgan beli stok bekalan sekali harung.

16 comments:

  1. nak tanya hrga satu bilik brapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga bilik kat Suria cherating ka? harga dia rm 180.00 smlm

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. ada tempat yg menarik lagi kat kuantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg banyak lg tempat menarik, cuma tak berkesempatan pi terjah lg, insyaAllah next trip sempat kot hehehehe...

      Delete
    2. cer bg tau tmpat ape menarik kat situ.. penat sy cari tp bnyak laut jer.,.sy nk ke sane bulan dis 2016 nnti

      Delete
    3. Sejujurnya Cherating mmg terkenal dengan pantai dan lautnya. dan tempat2 yg sya dah maklum kat atas tu la yg saya tahu di cherating, klu di kemaman banyak, zoo kemaman, pasar malam astaka kemaman, kelip2 sg yak yah. Memandangkan Cherating duduk sebelah menyebelah ja, apakata bercuti terus ke Kemaman.

      Delete
  4. terima kasih..esok nk g ni... semoga leh letak entry kat weekend-hideout.com

    ReplyDelete