Minggu lepas aku kna attend kursus kat Cherating , Pahang. Memandangkan jarak perjalanan yg mungkin ambik masa 12 jam nak sampai, jadi aku ambik keputusan transit kat Tanjung Malim semalam, pastu esok pagi bru gerak ke Cherating, badan tak letih keta pun tak letih. Sebenaqnya wife aku takleh travel jauh2 sebab semenjak dua menjak nih beliau cepat loya dan pening2. Saja aku pilih lokasi Tanjung Malim nih sebab banyak pilihan hotel maklumla kan sini ada UPSI jadi mesti hotel bercambah utk penginapan keluarga student masa mai lapor diri. Kat sini ada banyak pilihan hotel, klu nak yg dekat UPSI ada Hotel Sri Malim dan Hotel Universiti, yg jauh sikit cam Hotel Bunga Raya, Hotel Sahara Inn, Hotel Frenz dan banyak lg la. Aku pilih menginap di LP Hotel yg terletak berdekatan stesen minyak BP dan KFC, rate dia dalam RM 138.00 smlm. Aku pilih hotel nih sebab nampak selesa dan terdapat kedai makan bersebelahan hotel nih, kalau lapaq ble la sapdek kat situ.
Sebenaqnya ni first time aku singgah Tanjung Malim, jadi utk aku lebih mesra dgan kawasan nih aku kna la pi beramah mesra di tempat tumpuan ramai kat sini, ehh... cam YB plak, (sebenaqnya aku cari tempat tumpuan gadis2 siswi hihihihi....) tempat tumpuannya mana lagi kalau bukan di Pintu Timur UPSI, dri maklumat yg aku dapat dari pasukan intel aku, kawasan nih mmg jadi tumpuan student UPSI sebab banyak pilihan kedai makan, kedai runcit hinggalah kedai cyber. Aku pun singgah makan la kat Restoran Teko Emas, harga ok la standed student, aku order Nasi Goreng belacan spesial dan Nasi Goreng Cendawan utk wife aku, anak2 aku yg dari Perlih smpai ke Tanjung Malim tak berenti makan dlm keta hanya makan Dadih ja, kenyang kata depa, mau tak kenyang depa tibai sebantai roti, setin semekut sekali hadap ja, mmg belahak kuasa dua la. Kat sini banyak lg pilihan restoran yg ada kat sini tapi takkan aku nak pi merasa semua makanan kot, mau terburai usus aku
Lagi satu yang popular kat sini adalah Pau Yik Mun, walaupun nama cina tapi ada sijil Halal, pekerja restoran dia semua Melayu, majoriti pelanggan kedai dia org melayu. Aku pun try la beli bungkuih bwak balik nak rasa sedap ka dak, bg aku rasa dia ok la, mungkin sebab la nih dah banyak jenama pau lain terutama dri org melayu yg dah setanding tekstur pau dri kaum cina nih. Harga pau nih yg inti ayam atau daging Rm 2.50 dan inti kacang atau kaya 1.50. Di restoran dia ada jugak jual Pau Frozen yg mana kita bole beli balik masak kat rumah, harga tak pasti plak berapa, selain juadah pau restoran ni jugak ada sediakan makanan western.Kedai dia terletak sebelah kanan trafik light kedua dri UPSI.
Keesokannya sebelum meneruskan perjalanan ke timur, aku singgah di Medan Selera Tanjung Malim yg terletak berhadapan dengan Balai Polis Tanjung Malim dan bersebelahan Pintu Masuk Utama UPSI. Kedai yg ingin dituju adalah Gerai Haji Din yang dikatakan Nasi Lemaknya antara yg sedap kat sini. Mungkin aku over expected ingatkan juadah dia macam gerai nasik lemak belah utara yg menyediakan berbagai lauk, rupanya di sini hanya dihidangkan satu lauk saja iaitu nasik lemak sambal bilis/ bawang sebab aku nampak bawang lagi banyak pada bilis hihihi.. pastu teloq goreng, timun dan kacang panjang. Rasanya tak la menghampakan berbaloi dengan harga Rm 2.00 sepinggan. Salah satu hot spot utk sarapan pagi, juadah sedap, murah dan siap ada playground utk famili yg ada anak2 baya anak aku yg pentingkan main dri makan.
aik loya bunyi mcm nk buleh anak menakan sorang lagi je kami yeyyyyy....leh bagi kat kami ....
ReplyDeleteErrr...hehehe bru lagi, tu yg kak na tak brani nak travel lama2. Kna singgah merata. mai la romah, depa pun keja dok tanya Lang da ja, anak2 kami pun anak2 Ida jugak,
Deletelepas ni kena cuba lak,
ReplyDeletejemput ke MyBlogFest minggu ni
http://utama.myblogfest.com/2014/11/semua-di-jemput-hadir.html