Jangan Clik

Thursday, December 11, 2014

Koleksi Mainan Kartun Tahun 80an dan 90an

Bagi kanak2 seusia dengan aku yg membesar tahun 80 hingga 90 an banyak kartun2 yang mempengaruhi hidup aku zaman tu ditayangkan contohnya macam Gaban, Suria Perkasa Hitam, Mospeada, Voltron, Transformers, G.I Joe, Bikers Mice from Mars, He-Man, Thundercats, M.A.S.K, dan pelbagai lagi. Kemasyuran kartun2 tersebut menular bukan saja di Malaysia, tapi juga serta dunia, hingga setiap watak dalam siri kartun tersebut dibuat mainan, apalagi pakat serbu beli la budak2 cokia yg taksub kat siri kartun tu.Kalau kita perati dari zaman dulu lagi syarikat mainan nih akan bekerjasama dengan syarikat animasi utk buat siri kartun bersama-sama dengan mainan sebab budak2 nih dia suka tiga benda ja, main , kartun dan mainan, bila digabung sekali keuntungan mmg berlipat kali ganda la sebagai contoh zaman la ni yg mentradisikan teknik tu macam kartun dari Jepun spt B-Daman, Yu GI Oh, Bakugan dan termasuk juga siri animasi tempatan cam Boboiboy dan Upin Ipin. Tapi masa aku kecik dulu Abah aku tak berduit sangat jadi tak la aku beli mainan2 tu, setakat tengok kartun dia saja. Semakin masa berlalu semakin hilanglah kemeriahan siri kartun tersebut ditelan zaman. Jadi untuk mengimbau kenangan lalu yg mengusik jiwa kanak2 ribena aku akan ketaksuban terhadap siri2 kartun tersebut masa dulu jadi aku mula la memgumpul serba sedikit mainan watak2 siri kartun yg popular dulu sebagai kenangan w'pun ada mainan2 tersebut cukup rare di pasaran, ya la la ni dah keja jd ada la duit sendiri nak beli menan nih, mak pak pun dah tak larang cuma aku tak expose sangat mainan nih kat anak-anak aku, bukan apa, dah ada antara koleksi aku ni menan yg rare, nti depa buat cekodok menan aku nih hapa pun tableh.
Polis Angkasa Gaban- " Wakasa...wakasa ten nann nga" hahaha...itu antara ungkapan popular zaman kanak2 aku dulu kalau tengok cerita kartun Gaban selain ungkapan "Gaban Z potong dua". Mainan Gaban ni aku dapat dari Jepun siap dengan pedang laser dia sekali, sebab bagi aku fail Gaban nih mmg melekat kuat dalam hard disk otak aku sebab ada kisah disebaliknya bersama kawan aku masa kecik dulu. Gaban waktu tu ditayangkan pada pukoi 4:35 petang di tv 1, jadi pakat sunyilah serata kg sebab budak2 pakat tercongok depan tv nak tgok kepoweran sang gaban nih, peristiwa yg aku takkan lupa masa tu bila aku main dgan kawan aku ditemani oleh sorang kakak yg besaq sikit pada kami di rumah seberang jalan, umoq aku masa tu klu tak salah 6 taun kot, tgah2 dok main aku teringat cerita nih nak start dah kat tv, apalagi aku ngan memba aku gelut panjat pagaq nak balik rumah tgok Gaban sampai kakak yg jaga aku takdan nak tangkap kami, aku ngan memba aku lari sekuat Gaban (pada pemikiran aku waktu tu la) siap lintas jalan tak tgok dah kiri kanan dah, tapi malang menimpa memba aku sebab dia dilanggaq oleh keta hingga cedera tapi aku alhamdulilah selamat. Itulah penangan Gaban terhadap zaman kanak2 aku pada masa tu. Selain Gaban beliau juga dibantu oleh Naga sakti beliau yg dikenali sebagai Dol Blue dan juga motor Cyberian (macam gambaq atas sekali) untuk menumpaskan penjahat bernama Don Horror.
Suria Perkasa Hitam- ataupun juga dikenali Suria Baja Hitam merupakan antara siri yg popular zaman tadika aku. Pandai betoi org jepun nih cipta watak dari belalang , siap ada motor belalang dua bijik dan juga kereta dia yg ada tajam2 kat tengah yg macam rambut Balotelli tu. Walaupun sampai ke hari nih masih ada lagi siri nih ataupun dikenali senagai Kamen Riders dengan berbagai2 watak tapi bg aku siri awal kartun nih juga yg berjaya memikat hati aku.
Watak jahat dalam siri ni adalah adik beliau sendiri iaitu "Shadow Moon" yg watak dia dicipta nampak kejam dari luaran. Antara babak yg aku minat adalah masa aksi Suria Perkasa Hitam tu nak bertukaq dari manusia ke hero belalang , dia ada talipinggang yg bercahaya disertai gaya yg aku selalu buat masa main ngan memba sampai semua memba aku pun buat aksi menunjukkan depa juga Suria Perkasa Hitam, pastu klu semua hero sapa nak jadi jahat? bengong btoi memba2 aku nih biaq aku sorang jd hero dahla kan hahahaha...
Voltron- siri kartun yg memaparkan aksi lima ekoq robot singa yg bercantum jadi robot. Juga diterbitkan dari negara matahari terbit , Jepun. Setiap ekoq singa robot nih ada pilot masing2 iaitu Keith - Robot singa hitam, Lance-Robot singa merah, Allura-Robot singa biru, Pidge-Robot singa hijau, dan Hunk-Robot singa kuning.
Ada sesetengah Robot  Voltron nih yg one piece yakni takleh pecah kepada Robot2 Singa, aku tak berapa minat camtu, nampak cam tak realistik plak, aku lebih suka Robot Singa sekoq2 pastu camtum jadi Robot Voltron, bru sempoi macam dalam katun.
Mainan Voltron yg aku ada la Robot2 Singa ni la yg pilot2 dia aku cari tapi tak jumpa lagi, klu ada pun rega mak ai bole tukaq tayar keta 2 bijik.
Mospeada- ala siri kartun dari Jepun jugak yg memaparkan orang bole combine dengan Mecha jadi robot. Siri kartun nih disiarkan klu tak silap aku tahun 90 an, dengan watak utama dia adalah Stick Bernard, Ray, Lance Belmont, Houquet Et Rose, dan Mint Labule.
Yang nih action figure hero dia Stick Bernard, sbenaqnya jangan terkeliru sebab watak Stick dengan Ray ni motor depa ngan Mecha dua2 nak sama, kaler hijau cuma yg beza adalah baju Stick kaler merah dan Ray baju biru, pastu Stick pakai nombor 21 dan Ray pakai nombot 31.
Mainan nih aku dapat dri Penang, ok jugak la harga dia sebab bila aku cari kat mana2 laman jualan online harga utk Stick Bernard nih amat tinggi, dan tak banyak yg ada. Seb baik aku dapat action figure watak utama nih dengan harga yg mmg berbaloi utk koleksi aku.
Selain Mecha yg bole transform dengan moto , dia juga ada mecha yg bole transform dengan jet. Klu ikutkan watak ni la yg paling aku ingat berbanding watak mecha moto tu. Sebab masa aku kecik2 dulu aku ada simpan mainan bentuk jet robot ni la yg aku dapat masa aku beli kropok Ali Baba. (mainan dia kecik ja, dibuat dari China tapi aku punya minat sampai bawak pi sekolah, bilik tidoq dan jamban utk main)
Transformers- Siri kartun yg sampai hari ni masih popular sehinga dibuat filem yg mendapat kutipan box office. Pada awal siri dulu watak hero dia adalah Optimus Prime yakni treler merah biasa dan watak villain dia iaitu Megatron yg bole bertukaq jadi pistol.
Mainan Optimus Prime yg aku ada nih adalah mainan Transformer Generasi Pertama  yang dikeluarkan pada tahun 1988 oleh syarikat dari Jepun. Juga dikenali sebagai Optimus Prime Powermaster sebab dilengkapi dengan treler kuasanya. Ni ada sedikit aku copy dari laman Powermaster-Transformer wiki mengenai mainan ni.


G.I Joe- satu lagi siri yg aku minat adalah kartun G.I Joe iaitu sebuah siri kartun mengenai propaganda Amerika tentang kehebatan militari depa. G.I Joe ni pun dah dibuat filem yg dibintangi oleh Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock ( ala ahli gusti yg kening dia seiras kening Ziana Zain tu)
Sebenaqnya banyak watak dalam G.I Joe nih tapi watak yg paling aku ingat adalah watak antagonisnya iaitu Komander Cobra. Komander Cobra klu zaman nih lebih kurang cam Osama Bin Laden, penganas yg diwar-warkan barat  untuk memerangi askar2 Amerika. Macam biasa la klu dah kartun propaganda Amerika nih mmg depa la hebat dalam angkatan militari nih, kartun nih klu tak silap aku disiarkan pada tahun 1985.
Bikers Mice From Mars- Kartun nih tak la berapa popular sangat tapi mmg ada aku layan masa ditayangkan dulu. Ditayangkan pada tahun 1993 yg diterajui tiga watak utama iaitu Throttle, Modo dan Vinnie bersama moto kuasa besaq depa melawan penjahat2 dri planet asing.
Antara watak yg aku minat adalah Vinnie sebab badan dia tough macam badan aku hahahah....mainan Vinnie nih dah lama aku beli masa aku stadi kat Uitm Shah Alam lagi, aku beli kat Pasar Pagi Seksyen 13.
Seb baik la anak2 aku tak bg jahanam sebab ari tu depa ada main sat. La aku simpan takut hilang plak koleksi nih hihihihi... Itulah antara serba sedikit rangkuman antara koleksi mainan siri kartun yg popular zaman kanak-kanak dulu yg ada dalam simpanan aku. Tunggu post selanjutnya yg akan aku kupas mengenai koleksi mainan2 aku yg lain macam mainan He-Man The Master Of The Universe, M.A.S.K dan juga Thundercats sebab koleksi mainan2 tu ada banyak watak.

1 comment:

  1. The 80s cartoon toy collection is a nostalgic treasure trove of beloved characters and imaginative play. How Error Solve From Transformers to He-Man, these toys hold a special place in many hearts. They represent an era of creativity and wonder.

    ReplyDelete