Tepat jam 06:25 petang bertarikh 26 Disember 2014 lahirlah seorang lagi puteraku yang ke 3, diberi nama Qazrin Farihin Bin Asrul Rizal yang memberi makna " Yang mengembirakan". Dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar Perlis juga melalui pembedahan. Ini merupakan anak aku yg bongsu dan last sebab aku dan isteri telah dinasihatkan oleh doktor untuk ikat peranakan wife sebab proses kelahiran ketiga-tiga puteraku semua melalui pembedahan, dan kami juga sepakat untuk bersetuju dgan nasihat doktor tersebut, walaupun diikutkan wife aku bole beranak lagi, sebab bg aku rasanya dah sampai masanya untuk menumpukan membesarkan depa. Walaupun anak2 aku semua lelaki takdak perempuan, bg aku dan wife tak kisah, yg penting depa sihat, cukup sifat dan selamat dah cukup bersyukur bg aku sekeluarga.
Alhamdulilah proses kelahiran anak aku kali ni dipermudahkan Allah, beliau pun dilahirkan cukup sifat, sihat dan sempurna, cuma beliau juga ikut macam abang ngah dia, ada G6PD Defiency. G6PD ni bukan penyakit, dia lebih kepada alahan spt kacang parang, antibiotik, ubat nyamuk dan nila. Setakat aku bela abang ngah dia sebelum ni takdak masalah sgat cuma bila demam terlalu tinggi dia mudah fit (sawan), tu pun jarang dah la ni klu demam. Tapi bg aku tu bukan sebb G6PD tapi mungkin keturunan, sebab ada anak2 memba aku ada G6PD tak penah kna demam sawan nih w'pun suhu tinggi. Untuk kelahiran kali ini wife aku berpantang sepenuhnya di rumah aku, panggil bidan mai urut lpaih habaih pantang dan juga bercukuq rambut anak aku.
Anak aku kali ni tak teruk demam kuning dia, cuma masuk 2-3 hari lpaih beranak ja, lpaih tu kuning dia dah ok. Sebulan lpaih tu aku ada buat kenduri Aqikah kat beliau tapi macam biasa la, aku klu kalut2 mmg satu gambaq tak hambik, (macam kes kenduri sunat abang beliau si Syakirin), yg dan ambik gambaq kad jemputan ni ja, tu pun snap sebab nak panggil rakan2 alam maya.
Lpaih ja habih pantang, merata aku bawak beliau mengenali lebih dekat dunia yg bakal digelumangi beliau nanti dari kola perlih, empangan timah tasoh hingga ke Big Bad Wolf Pulau Pinang hehehehe...berjalan dlm Malaysia ja la yg dekat2, nak pi jauh2 tgu beliau besaq sikit bru berani pi. Selamat datang Qazrin Farihin dalam keluarga babah yg kecik nih, dan menambahkan battalion rejimen lelaki Taman Repoh Jaya.
No comments:
Post a Comment