Jangan Clik
Tuesday, June 16, 2015
Restoran Makanan Cina Muslim Haji Shahrin Low Cawangan Kangar, Perlis
Aku berkesempatan bawak family aku pi menjamu selera di restoran Haji Shahrin Low Cawangan Kangar yang terletak berhadapan restoran Secret Recipe di jalan kangar-alor setar berdekatan Behor Temak. Sebenaqnya aku membelanjakan anak aku Syakirin yang menyambut harijadinya yang ke enam tahun ni. Aku order Nasi Ayam Jiang Chong yg berharga rm 6.00 sepingan, ok jugak la nasi ayam ni kena dgan perut aku yang tak bole mkn benda pedaih ni. Wife aku order Nasi Daging Kong Pau yg berharga Rm 6.50. Bg hero-hero aku yang kegemaran depa suka meratah lauk, aku order udang Goren Butter Prawn kat depa yg berharga Rm 28.00 , banyak jugak udang dia, smpai bungkuih bwak balik la. Klu ikutkan aku nak makan nasi itik, tapi pekerja dia maklum hidangan itik disediakan pada hari khamis sahaja. Kat restoran ni juga disediakan meja kat luaq, sapa2 yg suka open air atau yg merokok sesuai la. Kat sini sebelum makanan yg kita order nak sampai, depa hidangkan kacang kat kita, habuan melantak ringan sblm acara melantak yg betoi bermula kehkehkeh....
Label
Famili
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment