Jangan Clik

Sunday, July 12, 2015

Berbuka Puasa di Putrajaya

Memandangkan mesyuarat suku tahun ke 2 jatuh dalam bulan Ramadhan jadi kna outstation jugak aku dlm bulan posa ni setelah 4 tahun tidak berbuat demikian. Tapi ok jugak, bole jalan2 tgok suasana pasar ramadhan dan tempat berbuka yg menarik di Putrajaya ni. Aku kali ni menginap di Hotel Mihrab setelah page hotel ni friend di pesbook menjangkau 7 bulan. Hotel Mihrab ni terletak di Presint 15 atau Persiaran Diplomatik, hotel ni merupakan hotel bajet pertama dalam Putrajaya sebab sebelum ni klu aku mai aku slalu tidoq kat Dengkil atau Sepang. Rate single queen bed dlm Rm 105.00 ja, yg menarik kat sini selain lokasi yg berdekatan dgan pejabat2 kerajaan adalah kat sini mudah nak cari kedai makan, kedai mamak 24 jam dibuka di kiri kanan hotel ni, bertentang dgn hotel ni pulak ada Pasaraya Mydin mudahla klu nak cari apa keperluan cam ubat gigi ka, spenda ka dll.
Ni la antara tujuan utama aku mai sini selain mai mesorat, jalan2 Bazar Ramadhan, tapi mai kali ni aku salah tempat sebab klu sebelum ni Bazar ramadhan Putrajaya kat Presint 2, tapi kali ni depa pindah tempat kat Presint 3. Tak jauh mana pun sebelah ja, dekat dengan Masjid Besi.
Kat sini aku terjerembab plak dgan lori laksa ngan condoi Tanjung Dawai,Kedah, yakni tempat aku habiskan zaman kanak2 riang aku kat sana masa abah aku keja nelayan dulu. Jauh betoi juadah ni mai sini hehehehe...Kedah serata-rata....
Luas jugak la Bazar nih maklumla kan ramai kapasiti penduduk putrajaya jd besaq jugak la gerai2 jualan ni.
Juadah semua ada dari utara sampai selatan, klu lebih pukoi lima tu dah mula crowded dah kawasan nih maklumla majoriti pembeli kat sini terdiri dari penjawat awam. Aku mai sini besa la cari juadah yg takdak kat perlih la, aku beli kebab turki kat sini memandangkan aku kan peminat setia Kelab Bolasepak Galatasaray sejati kehkehkeh....
Sini pun dah start gerai jualan ekspo Aidilfitri, Panjang gak gerai2 jualan nih, letih jalan dan la beli sikit2 keperluan kat anak bini aku.
Memandangkan mai solo berkelana kat sini aku pun mula la dapatkan maklumat dri informer aku, Uncle Google kat mana tempat best untuk berbuka nti, cari punya cari terjumpa la Kedai Nasi Arab/ Pakistan Mr Kabab & Biryani, tambahan plak kedai ni lokasi dia di belakang hotel aku menginap di Presint 15 nih. Besaq kedai dia ada 3 shoplot, klu sapa2 nak mai sini pesan aku buat tempahan dulu meja sebab klu walk in takut meja penuh. Ni no tepon kedai ni klu untuk membuat tempahan 03-88893209.
Ni antara menu yg ada dan rega beliau, bole skrool tgok. Aku order kat aku Grilled chiken Briyani dengan ayaq Teh Suleimani ais. Klu nak rasa keAraban ni elok order teh ni, sedap, siap boh daun pudina dalam dia. Klu nak makan ramai2 tu ble jugak order Nasik talam.







Aku ditemani memba sejenis aku mai berbuka sini, aku order siap2 masa tempah meja jadi awai sikit juadah aku tersedia, aku rembat semua termasuk cabai besaq tu, ok tak pedas sangat.Licin habih maklumla posa tambahan jauh mai dari Perlih nu
Ramai jugak yg berbuka kat sini exspecially family ngan couple la, aku pilih meja kat luaq sebab memba aku smoker tegar hahahaha...klu rasa nak kna ekon ble tempah dok dalam, kat dalam pun ada disediakan playground untuk kanak2, mudah la bg mak pak nak tibai peha ayam takpun kambin dgan rakusnya.

No comments:

Post a Comment