Jangan Clik

Sunday, February 20, 2022

Menjemput Rezeki

 


Kalau ada yg bertanya macamana nak murah rezeki aku tak bagi banyak, cukup aku bagi 1 saja tips, "Muliakan ibu bapa kita" termasuk ibu bapa mentua kita, itu sahaja. 

Berkongsilah rezeki dengan mereka, nafkah tiap2 bulan aku ngan wife tak penah missed bagi kat mak mentua dan org tua aku. Bila aku beli rumah dan keta org pertama yg aku jemput adalah mak abah aku dan mak mentua aku. Sebab apa, sebab aku nak depa merasa duduk dalam rumah dan menaiki kenderaan yg dulu depa tak mampu miliki atas faktor ekonomi. Bagi aku kegembiraan depa adalah pintu rezeki buat kami suami isteri.

Satgi ada plak yg kata, "tu org yg keja tetap ada gaji sembang, depa takpala dua2 keja bole la bg". Ni karipoley, paham dak berkongsi rezeki, bg nafkah ni tak penah ada syarat2 wajib, nak kena bagi bila sekian2, bagi amaun banyak2 mana. Ikut kemampuan kita la,  kalau rasa tak mampu bg tiap2 bulan, bagi la tiap2 taun, kalau tak mampu jugak bg la 2,3 taun sekali ikut la. Bopa banyak nak bg ikut la, kalau mampu bg rm 1 bg la seringgit pun, takdak jumlah tetap. Bagi ikut sekadar kemampuan.

Nak bahagiakan ibu bapa ni bukan takat bg nafkah ja, bagi depa gembira pun termasuk dlm membahagiakan ibubapa, kalau tak mampu dari segi wang ringgit cuba tolong ringankan urusan kerja org tua kita, kemas rumah ka, bawak pi hospital ka, beli brg2 keperluan rumah ka macam beras, minyak masak, gula dll, setelkan bil elektrik & air ka, jaga time depa tak sihat pun dah ok. Tu pun salah satu tanggungjawab anak2 dalam membahagiakan ibu bapa kalau nak rezeki murah. Jangan sesekali bg ibu bapa kita menitiskan air mata kerana setitik air mata ibu jatuh maka 10 kebajikan anak hilang. 

Ada pula yang selalu buat ayat "Anak yang berjaya bukan syarat basuh berak ibu bapa", betoi syarat utk basuh berak anak bukan diukur dari berapa banyak hartanya, berapa tinggi pangkatnya, berapa tinggi pendidikannya, berapa elok rupa parasnya tetapi betapa tinggi akhlak dan kasih sayang dia dekat ibu bapa. Tetapi perlu diingat tanggungjawab seorang anak juga adalah membahagiakan dan mengembirakan ibu bapa, ibu bapa mana tak seronok kalau anak2 berjaya? Jd  apakata anak yg tak berjaya juga basuh berak,  anak yg berjaya pun  basuh berak? Kan lebih baik begitu.

Jangan ambik mudah benda ni, setiap perilaku kita terhadap org tua kita, anak2 akan perhati, macamana kita layan org tua kita tak mustahil macam tu jugak anak2 menantu layan kita kelak. Tiap2 minggu kita balik jengok org tua pun dah memberi makna kat depa, tak payah wang ringgit, setakat bertanya khabar ambik berat pun ibu bapa kita dah seronok tak terkata. Jadi berkongsilah dgan ibu bapa rezeki kita sbb depa dah banyak berkorban dalam membesarkan kita selama ini dan takkan terbalas oleh kita jasa2 depa. Tapi zaman la ni aku tengok bukan kata nak bg nafkah kat org tua, mintak lg ada, nauzubillah min zalik harap2 la perkara2 tersebut tak berlaku pada aku. 

Jadi berbaktilah pada kedua ibu bapa kita di hujung2 usianya sebelum kedua-dua nya tutup mata dijemput ilahi 😢



No comments:

Post a Comment