Jangan Clik

Wednesday, January 26, 2022

Membesar di kampung vs membesar di bandar

 Ada orang kata berbeza ka membesar di kampung dan membesar di bandar (pekan), sebenarnya banyak beza tambah2 kalau kita berpindah dari suasana kampung yg jauh dari bandar ke sebuah bandar.

Banyak aku belajar dulu apabila aku berpindah dari kawasan perkampungan yang majoriti sumber perekonomian penduduk rata2 datang dari hasil laut di Tanjung Dawai, Kedah ke bandar Kangar, Perlis. Walaupun bandar Kangar bukanlah bandar besar macam ibu-ibu negeri lain tapi jelas perbezaannya banyak bagi budak yang membesar dalam suasana kampung apabila berpindah ke sekolah dalam bandar.

1. Kemudahan

Berbeza dengan kehidupan kampung, nak ke satu2 tempat agak jauh macam klinik kesihatan, kedai runcit, kedai buku (ada 1 ja masa tu kat arked mara tg dawai), pasaraya ( mmg takdak la kat Tg Dawai sbb pasaraya yg terdekat ada kat bandar Sungai Petani), stesen bas dan lain2 lagi dan pengangkutan cukup terhad, aku di kg berulang naik basikal ke sekolah yg agak jauh dan terpaksa naik bas sorang2 utk cucuk ubat masa kaki aku kena paku karat kat klinik kesihatan kat pekan Merbok. Kalau nak beli alatan tulis kena pi bandar terdekat iaitu di Sungai Petani yg berjarak 27 km dari tanjung dawai, tu pun berejam tunggu bas kalau nak pi sungai petani dan sebulan sekali ja pi sbb org tua aku takdak kenderaan lain selain basikal dan tunggu (panggu atau gaji bulanan) dari keja nelayan baru pi. 

Berbeza di Kangar, kedai buku bercambah, jarak rumah org tua aku 4 kilo ja dari pekan kangar, kalau malas nak pi sekolah naik basikal bole naik bas yg sejam sekali lalu tapi selalu naik gerek ja la sbb dekat, nak pi pasaraya pun banyak, antara pasaraya yg femes kan kangar masa tu Looking Good kat bangunan KWSP Kangar, Pasaraya KK (la jd DIY) dan Liu Emporium. Mai sini la baru syurga bagi aku yg minat baca komik ni sbb di Tanjung Dawai dulu cukup susah nak cari komik, klu ada pun bilangan dia terhad sbb kat Kangar ni banyak kedai buku, kalau takdak kat kedai buku ni, bole pi cari kat kedai buku lain.

2.Budaya

Bila berpindah dari kampung yg agak jauh dari kemodenan bandar kompom akan ada kejutan budaya, ya la aku masa kat Tanjung Dawai dulu majoriti kawan2 dengaq lagu Melayu dari kumpulan Slam, Exist, Scan, Spoon, Scoin, Uks, Fahreinhet, xpdc dan macam2 lg la, mai pindah sekolah kat Kangar ni baru la aku kenai artis2 luaq negeri dan band2 inggeris tempatan sebab ramai memba2 aku layan lagu dari Nirvana, Green Day, Metalica, Butterfingers, Subculture, Dead Mushroom, Koffin Kanser, Offsprings, Oag, Korn, Sepultura, Poetic Ammo, Too Phat dan lain2 lagi menyebabkan fesyen berpakaian depa pun jadi ikutan genre dari muzik2 tersebut, aku yg masa tu mai dari kg biasala pakai seluaq jeans kaki kembang bawah atau bell bottom jadi malu plak sbb kawan2 kata tu fesyen kg ketinggalan zaman hahaha... Shilake, jadi bertukaq la aku ke fesyen terkini seluaq jeans straight cut ataupun jeans yg kaki kecik termasuk pakaian sekolah. 

Haha.. Masa zaman2 remaja ni macam2 fesyen ikut, mula2 hip hop dgan topi full cap pastu grunge. Kalau kat Tg Dawai dulu, ikut imej rock tempatan cam xpdc baju t shirt hitam, seluaq bell bottom ja πŸ˜‚..sbb pengaruh band omputih tak meluas sangat sbb masalah bahasa , jd budak2 kg yg kurang paham bahasa inggeris ni kurang la sikit dengaq lagu2 dari band barat ni jd bila aku pindah mai Kangaq ni la baru kenai band2 omputih tu semua. Dari kiri tu memba aku Am (anak Datuk, pak dia dulu bekas SU negeri Perlis bawah Yb Shahidan kassim), mak dia plak pengetua Sek. Agama Perempuan Kangar dulu, tepi dia yg muka cam nick carter backstrett boys tu aku πŸ˜‚πŸ˜‚, sebelah aku tu Tot, pak dia dulu Pegawai Farmasi hospital Kangar, la dah pencen pak dia bukak Farmasi kat jalan Langgaq, Aloq Staq, sebelah tu memba aku yg agak susah time tu, cikgu mahadi, alhamdullilah berkat belajar sampai UUM, ambik Kpli la dah jd cikgu, buat bisnes macam2, la jadi tokey The Kabin, Kangar dan bukak kedai ejen pos Ans parcel di Beseri dan Pauh, hasil usaha dia tu la berjaya la beli rumah 2 tingkat & pakai keta H wpun asal dari keluarga yg agak susah, sebelah dia tu Amir, pak dia Pengarah Tabung Haji cawangan Perlis masa tu, dan kanan sekali tu Azri, mak dia dulu Jururawat pergigian hospital kangar dan ayah dia kerja di Pejabat Tanah negeri. 

Kat Kangar ni juga la aku diperkenalkan dengan permainan2 budak2 bandar iaitu skateboard, bmx freestyle dan roller blade. Ya la masa dok kampung mana la budak2 kampung terdedah benda2 camtu dan tak mampu beli permainan yang mahal camtu. Dan semestinya budak2 yg main sukan xtreme camtu mesti akan ikut cara fesyen permainan dari barat tu dengan pakai baju dan kasut jenama Vans, adidas, quicksilver, nike, Dc shoes, converse dan macam2 lg jenama original yg semesti harganya kurang murah utk saiz kocek budak kampung mcm aku πŸ˜‚, jd aku banyak beli baju dan kasut bundle yg seakan2 sama ja wpun jenama berbeza. 

Lagi satu masa aku pindah tu dah rancak cyber cafe yg tumbuh bak cendawan akibat penggunaan internet yg dah sampai ke Kangar, masa tu la hari2 aku ngan memba2 balik sekolah ja lepak kat cc main chat Mirc, freindster takpun main game counter strike dan red alert. Sebab aku cukup teruja sebab benda tu aku tak penah tau masa dok tanjung dawai ya la kg yg jauh dari bandar mana masuk lagi talian internet macam la ni. 

3. Ekonomi

Walaupun aku dah berpindah ke Kangar tapi org tua aku masih bekerja nelayan di tanjung dawai, abah aku berulang sebulan sekali balik Kangar. Masa di tanjung dawai perbezaan taraf hidup antara aku dan kawan2  tak ketara sangat sbb rata2 kawan kawan sekampung taraf hidup hampir sama sebab semua pendapatan keluarga hasil dari menjadi nelayan jadi takdak la beza sangat, kalau dulu kami nak cari duit lebih kami pakat tahan tangkoi utk tangkap ketam nipah dan jual kat peraih, kelas ikan bilis (mengelas ikan bilis dari ikan2 lain di tempat pengumpulan ikan atau kami panggil kongsi) takpun kami kumpul tin aluminium pi jual kat besi buruk. 

Bila berpindah ke Kangar ni dia berbeza sbb taraf ekonomi keluarga aku antara paling rendah berbanding rakan2 lain sebab rata2 kawan aku org tua depa semua bekerja di sektor awam dan sektor swasta dengan pelbagai pangkat dari kerani hingga pengarah jabatan dan masa ni la membuatkan aku buat pertama kalinya berasa rendah diri wpun kawan2 aku ok ja berkawan tanpa pilih bulu. 

Berkunjung ke rumah memba2 yg ramai duduk di taman perumahan yg lengkap berperabot, berpenghawa dingin, kereta 2,3 biji, siaran guna astro (pada masa tu sapa pakai astro mmg dari kalangan golongan kayangan sbb nak pasang pun dah dekat rm 1k pada masa tu), ada yg ada playstation 1 (harga masa tu dekat rm 1k) menyebabkan rasa rendah diri makin menebal sebab aku tak merasa semua tu. Rumah org tua aku kecik ja masa tu dan kenderaan keluarga aku hanya motor Honda Gbo lama keluaran tahun 70an. Bila ke sekolah kawan2 lain semua naik basikal berjenama dari Haro, Mongoose, Giant, Shimano tp aku kayuh gerek jenama china berharga rm 60 setakat kemampuan keluarga aku jd la kan janji sampai sekolah hehehe... 

Bab pakaian toksah banding la, aku banyak beli baju pasar malam ngan bundle ja berbanding memba2 aku semua baju berjenama, dan seingat aku baju berjenama yg pertama aku beli adalah jenama Muller dari kedai sukan Liu berharga rm 17.90 dan aku masih simpan tag dia (semua baju berjenama yg aku beli lepas tu semua aku simpan tag sebagai kenangan hahaha.. (Sebab susah simpan duit nak beli) tu pun aku beli masa aku tingkatan 4. Masa tingkatan 4 juga la aku merasa pakai bag Jenama Puma yg aku pakai sampai Tingkatan 5 wpun lambang harimau lompat tu dah pudar, aku lukih balik pakai liquid, jimat la sikit, nak cari duit kat mana masa tu nak beli beg elok tiap2 taun, kesian la kat org tua aku jd aku pakai la selagi tak jahanam hahahaha... 

Masa naik tingkatan 4 bila masing2 dah dapat lesen motor jadi pakat ramai la memba2 aku mak ayah depa beli moto baru masing2 utk ke sekolah, ada yg beli Suzuki Rgv, RG, Yamaha SS, SS Two, Honda Ex5, yamaha 125 z dan paling cikai pun Modenas Kriss, aku masa tu terpaksa pinjam moto Honda Gbo lama pak aku buat pi sekolah, tu pun aku cat lain sebab segan moto org tua aku kaler kelabu, aku cat kaler merah, helmet pun pinjam helmet org tua aku sbb masa tu nak beli helmet baru berharga rm 30 (tapi masa tu bg famili aku harga tu cukup tinggi kalau nak beli), helmet pak aku tu berlubang merata jd nak kaver tu aku tampal sticker merata kaver lubang ngan tempat calar πŸ˜‚πŸ˜‚. Penah aku follow memba2 aku pi Padang Besar, mentang2 depa motor baru pakat bawak laju habih, aku dah la motor lama, punya nak follow depa (wpun dok belakang sekaliπŸ˜†) habih pulas throttled dah tapi tetap takleh ligan, sampai kaburator motor aku lekang terkeluaq skru sebab enjin bergegar teruk hahaha.. , habih meleleh petrol keluaq hahaha.. Sampai dua tiga kali terpaksa berenti ketatkan balik skru, nak bawak pebaik kat mekanik duit takdak, aku hanya dapat duit harian rm 2 ja dari mak aku, duit tu la buat boh minyak, duit tu la buat makan hahaha.. Allahuakhbar bila ingat2 balik dgan rm 2 tu aku bole survive masa tu, sangat2 berbeza dengan keadaan la ni bila kita dah kerja, klu masa tu moto skru longgaq kompom la ni aku bawak pi mekanik tukaq kaburator baru dah πŸ˜†.

 Aku masa ni naik moto Honda Gbo generasi pertama keluaran taun 70an klu tak silap, yg aku modified mcm2 nak bg nampak tak old skool sangat. Aku cat kaler merah sbb kaler asal macam kaler moto org tua (kaler kelabu taik bulldog πŸ˜‚), seat aku potong bg nipis. Helmet tu aku lekat mcm2 sticker nak kaver calaq ngan berlubang. Kasut aku masa tu pakai kasut jenama Bata bubuh tali hitam nak bg nampak grunge sikit, ya la nak beli kasut Jack Purcell tak mampu hahaha.. Berbanding kawan2 aku yg mak ayah keja gomen paling lekeh pun moto kriss modenas dan yg paling kemaih Yamaha Tzm, mmg pecah pala la masa tu sapa mampu pakai, aku? Aku mampu tengok ja la hahaha... 

Bab duit belanja ni sampai aku tingkatan 5 mmg mak aku mampu bg rm 2 ja, berbanding memba2 lain ada yg pak bg rm 10 sehari, rm 50 seminggu pun ada, kalau ajak keluaq aku selalu minum ja la 😁. 

Mmg masa tingkatan 5 tu aku banyak pakai baju ikut fesyen Grunge macam dressing kumpulan Nirvana, Butterfingers sebab apa, sebab selekeh atau dlm bahasa inggerisnya 'slackers'. Ya baju2 ngan seluaq camtu mudah cari kat bundle padan la naik moto gbo lama sebab masa tu aku rasa macam tak matching kalau pakai smart tapi naik moto lama πŸ˜‚πŸ˜‚ sbb pada pandangan aku smart macamana ang atau ang pakai baju atau jeans ori  tapi kalau pakai moto biasa ni pun sahih org kata pakai baju bundle, seluaq padang besaq hahaha.. Pandangan aku la, pandangan org ni lain2. Sebab aku tengok kalau org tu pakai motor elok macam Suzuki RGV, Yamaha 125 pakai jeans Padang Besaq pun org kata pakai jeans ori πŸ˜„.  Sebab tu sampai ke Uitm aku masih dok pakai baju2 imej grunge tu sampai la dah keja aku ubah dressing sikit. 

Bila mai time raya pun aku rasa rendah diri dan segan bila kawan2 datang bertandang, ya la rumah org tua aku kecik ja berbanding kawan2 lain, perabot pun perabot lama, tapi tetap aku rai macam biasa dan kawan2 pun paham keadaan aku. 

Asbab dari perasaan rendah diri dan kekurangan masa aku membesar tu lah membuatkan aku bulat tekad bila aku bekerjaya kelak aku cuba mengelakkan anak2 aku merasai macamana babah dan ibu depa rasa time membesaq dulu dlm serba kekurangan. Aku cuba ubah ekonomi aku sekeluarga sekurang-kurangnya mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kebanyakan masyarakat kita, dan membiarkan kesusahan dan perasaan rendah diri masa lampau tak menghantui lagi kehidupan generasi aku di kemudian hari sebab perbezaan kasta ekonomi dalam lapisan masyarakat sangat memberi kesan pada kehidupan aku dan bagi aku kesusahan hidup aku pada masa lalu ada hikmah di sebaliknya sebab aku banyak belajar mengharungi setiap susah senang untuk naik ke tahap sekarang. Dan masa tu aku jadikan Pak Ngah aku sebagai role model sbb dlm keluarga belah mak aku Pak ngah aku satu satunya adik beradik mak aku yg berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan seterusnya hidup senang setelah bergelar Pensyarah di Universiti Putra Msia dan berkahwin dgan Mak Ngah aku yg dikenali ketika sama2 berkuliah dulu dan menjawat jawatan Pensyarah kanan di Maktab Perguruan Islam Kajang dan kehidupan Pak Ngah aku berubah senang wpun mai dari keluarga kurang senang  dari tokwan & tok aku seorang pesawah  yg membesarkan 8 org anak dlm serba kekurangan wpun banyak tanah2 pusaka tokwan aku terpaksa jual demi menampung pengajian Pak Ngah aku di peringkat universiti. Dan aku bersyukur apabila kedua org tua aku masih ada utk aku membalas balik jasa2 depa dulu membesarkan aku adik beradik walau dalam serba kekurangan dan sekurang-kurangnya aku mampu membahagiakan mereka sebelum mereka tiada.


No comments:

Post a Comment