Inilah kesilapan mentaliti orang kita yang mengganggap belajar tinggi2 itu hanya sebagai lesen untuk mencari kerja dan bukannya sebagai kewajipan untuk menuntut ilmu. Aku akui zaman la mmg memerlukan duit dalam segala segi, dan ramai anak2 muda la ni berlumba lumba mencuba berbagai jenis content di media sosial selain untuk viral dan femes dengan kadar segera ia juga telah menjadi kecanduan untuk anak2 muda mencari pendapatan secara mudah. Ia tak menjadi kesalahan pun cuma apabila perkara ini berleluasa ini akan melahirkan generasi2 yang malas belajar yg beranggapan tanpa segulung ijazah pun boleh berjaya dengan usaha yang ada. Tapi depa perlu tau menjadi creator content juga memerlukan ilmu sipaya content yg dibuat tu mampu memberi kesan moral yg baik dan bukan content merapu yg menjatuhkan maruah diri, keluarga dan negara, bila kita ada ilmu itulah pendinding terbaik utk diri kita kerana ia mampu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.
Mungkin ini cara terbaru anak2 muda di arus teknologi kini dalam mencari pendapatan tapi seeleok-eloknya jangan lah diabaikan pelajaran, sekurang-kurangnya jadilah artis media sosial yg berilmu supaya content yang dibuat dapat menyebarkan kebaikan, dan bukannya menyebarkan aib sendiri atau content yang melanggar hukum2 manusiawi hanya demi meningkatkan followers dan like. Walaupun ramai artis2 media sosial di luar sana ramai yg dah berjaya tapi mereka harus tahu pendapatan yang dapat dari content2 yg dibuat, tajaan, atau bayaran pengiklanan ni tak tetap, ada naik turunnya, kreatif dan rajin buat content tinggilah pendapatan, kalau kurang content dan kurang viral, kuranglah pendapatan, sbb itulah kalau bole biarlah kita mempunyai suatu pekerjaan yang tetap tak kiralah dalam sektor makan gaji atau dlm bidang perniagaan sekurang-kurangnya media2 sosial ni jd pendapatan sampingan utk diri depa.
Macam ada sebelum ni aku nasihat seorang anak muda yg mmg berbakat dalam main game, banyak tonemen yg dia sertai dapat juara, dan pernah mewakili negara. Tapi tu la tonemen game bola ni tak macam game lain yg sponsor banyak mcm Dota, Pubg,Mobile Legend yg mmg bole buat kerjaya. Macam game bola ni sekali menang tonemen bole la RM 1K tu pun sebulan sekali, tu tak kira tolak yuran pendaftaran, duit pengangkutan ngan penginapan lagi, tolak2 semua bopa ja tinggal dlm tangan. Aku pesan la sambil2 main tu try la cari kerja tetap yg bole bagi gaji per bulan sbb org2 lama yg main game ni ramai yg berjawatan tetap, ada engineer petronas, ada engineer JKR, MA hospital, Technician Telekom, ada yg kerja dlm sektor kerajaan dan swasta dan main ni sekadar mengisi masa lapang ja. Bila masa berlalu dan muncul ramai bakat2 baru yg lebih muda dan terer maka makin kurang la percentage kemenangan tu bila join tonemen pastu mula la cuba cari alternatif lain dlm mencari duit utk meneruskan kehidupan wpun cara tersebut ibarat untung sabut timbul, untung batu tenggelam, aku tengok dgan peningkatan usia la ni beliau cuba berjinak2 jd influencer dlm media sosial wpun tak seviral artis2 media sosial yg lain tp aku cuba juga support beliau dgan subscibe dan like video beliau supaya beliau dapat meneruskan kehidupan ke masa depan yg lebih terjamin sbb nak main game ni perlu jugak ongkos, kalau nak masuk tonemen kena bayar yuran pendaftaran, duit pengangkutan dan duit penginapan pastu klu nak main online plak kna ada line internet, kena ada ps4, ps5 kalau takdak modal nak main gena kan hahaha.. sbb org2 lama masih enjoy main game online sbb hobi kan dan tak risau bil internet , ps + ka apa ka sbb kan dah ada gaji bulanan yg ble bayar bil2 tersebut.
Begitu juga apabila aku suami isteri beri pandangan bila diminta oleh saudara terdekat mengenai adiknya yang mendapat tawaran meneruskan pengajian ke universiti , tapi kami bagi cadangan sambil belajar tersebut cubalah isi SPA 8 utk memohon kerja dlm bidang Perkhidmatan Awam ataupun mintak Latihan separa perubatan yg ditawarkan SPA sbb kompom2 akan dapat pekerjaan dengan pangkat setara latihan apabila habis belajar kelak macam arwah sepupuku yg masa tu sudah mengikuti pengajian di Politeknik Kulim dah masuk 2 sem dan atas nasihat aku beliau berhenti dari Poli dan meneruskan latihan separa perubatan dlm bidang teknologi makmal dan bila habis beliau ditawarkan jawatan sebagai Pen.Juruteknologi Makmal di Hospital Pendang. Tetapi saudara terdekat tu maklum adik dia nak habiskan mengaji di Universiti sebab dalam keluarga beliau hanya beliau satu-satunya yg dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Tapi tulah usaha dan rezeki tu perlu seiiring dan bila habis belajar sehingga kini beliau belum mendapat rezeki utk menjawat jawatan yg setara dengan ijazah beliau sbb rezeki setiap org tak sama.
Lagi satu kita kena ubah mentaliti org kita ni yg mana bila kita sambung belajar hanya utk kerja bukan untuk menambah ilmu. Sebab situasi tu penah aku alami bila aku ada jumpa sahabat kepada memba aku ni suatu ketika dulu masa aku still belajar kat UITM, dan baru2 ni beliau ada add aku kat pesbuk maka ingatan-ingatan lama dan kata-kata lama yg beliau ucapkan kat aku dulu kembali menerjah ruang serebrum otakku, itu yg timbul idea nak buat post ni tu, bukan apa umoq aku pun dah makin tua jadi banyak memori2 lama yg terdelete jd sblm kna format baik aku nukilan dalam ni, kurang2 bole aku takpun generasi anak2 aku bole baca balik sbb aku jenis tak suka tulis panjang2 kat media sosial, aku lebih bebas dan selesa tulis dlm blog sbb ia macam diari la lebih kurang utk share pengalaman2 hidup aku. Ok berbalik pada kisah Sahabat pada memba aku tu, kami terjumpa kat pekan Jejawi dan sambil sembang2 tu beliau tanya la aku stadi kat mana, aku maklum kat Uitm Shah Alam, pastu dia kata dia pun stadi kat Uitm Merbuk ambik kos Perakaunan dan tanya la aku ambik kos apa, aku maklum la ambik Dip. Penulisan Seni Layar, Fakulti Seni Persembahan (la ditukar ke Fakulti Filem, Teater & Animasi) dan dia mengerutkan dahi buat muka kehairanan seraya berkata"Kos Penulisan?...nanti nak keja apa dengan kos tu?" hahaha... aku paham selalu mmg camtu la reaksi org sekeliling bila aku dan wife dulu maklum ambik kos Penulisan seni layar , Dip.seni layar dan maklum stadi kat Fakulti Seni Persembahan, nanti habih nak kerja mana? ada kerja ka kalau ambik bidang tu hahahaha... tapi aku maklum kalau ambik kos ni selalunya ditawarkan kerja dalam bidang penyiaran macam di angkasapuri, TV3 , RTM, Jabatan Kebudayaan ataupun produksi2 swasta dan hakikatnya beberapa kerat ja kawan2 aku yg keja dalam jabatan ni, banyak yg kerja jadi cikgu, penjawat awam dan pensyarah IPTA ikut rezeki masing2.
Aku tak salahkan depa sbb dulu mmg apa kos yg kita ambik tu , itulah bidang kerja yg akan kita ceburi bila grad kelak. Tapi dengan perubahan masa kini, dgan bidang kerja dan lambakan siswazah menyebabkan perkara tersebut sudah tak relevan. Sebabnya sahabat pada memba aku td wpun beliau ambik kos akaun tapi beliau tak kerja dalam bidang berkaitan pun sbb beliau jadi cikgu la ni,sama macam wife aku jd bidang apa yg kita ambik masa belajar bukannya penentu jawatan kerja kita kelak sbb rezeki masing2 tu dah ditentukan, apa yang penting kita kena berusaha dan belajar untuk mencari ilmu dalam meneruskan hidup di zaman serba inflasi la ni dan masing2 cuba mencari rezeki wpun bukan dalam bidang yang diceburi masa sambung pengajian dulu untuk meneruskan hidup dan yang penting mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kalangan marhein yang lain dan mampu membahagiakan keluarga adalah nikmat yang tak mampu engkau dustakan yg penting usaha dan rezeki perlu seiring.
No comments:
Post a Comment