https://lm.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fpnews.space%2Fanak-nangis-penat-naik-tangga-tingkat-17-rumah-ppr-ibu-serba-salah-hidup-susah%2F&h=AT1xb7aUXFUxa6y26QwXxLR0o-3aC_IA9AB-huN43GHuoUAHj-OUxH4xqnupoMsk2xZSlEl5nhYmbRTxJBEpJ_lJwpJavlIqK7-Zj0BEINrcAeIQ7scsVWFnTMMzcL4NUyPLQhDKL3wlgSMkEg
Hati aku terjentik bila terbaca luahan seorang ibu di dalam page fesbuk pagi tadi yang ampa bole baca kat link tersebut. Antara bait kata yang dia luahkan adalah " Aku rasa loser sangat sebagai ibu bapa tak mampu sediakan rumah yang selesa untuk anak-anak aku".
Itulah yang aku ngan wife cuba buat, sediakan kediaman, kenderaan dan beri kehidupan yg terbaik utk anak2, diulangi "untuk anak2" bukan utk menunjukan kita mampu atau dak. Tapi yg peliknya org lain plak yg lebih2 berbunyik, cam kita ambik duit dia plak nak beli semua tu hahahaha...
Ya, aku ngan wife penah kena kecam sbb beli rumah besar bayar bulan ribu2 dgan umur nak masuk 40 an ni sbb katanya bila berusia ni elok kurangkan hutang bukan tambah hutang. Tapi salahkah aku ngan wife beli rumah yang besar sikit dari rumah lama dan selesa utk anak2 membesar sementara diberi rezeki lebih oleh Allah. Nafkah utk mak mentua, nafkah utk mak abah aku tetap diberi tiap2 bulan disamping bil2 lain tak penah miss dilunasi.
Lepas baru saja beli rumah aku ambik plak kereta mpv yg besar sikit dari keta lama pun kena ngata jugak hahahaha.. Serba tak kena di mata depa siap perli panggil tuan la, puan la, dato la, datin la, masalahnya aku beli semua ni tak mintak duit depa pun, aku pakai duit sendiri, apa yg dengki sangat.
Kalau cemburu dan iri hati pun diam2 sudahla, takyah la terang terangan tunjuk, post kat media sosial la, komen kat post org la.. macam2 hahahaha.. Org lain lebih pada kita tu rezeki depa, ini rezeki kita, buat apa nak iri hati. Aku rasa kes ni bukan apa, sebab suatu masa dulu dia lebih dari segalanya dari segi wang ringgit, harta benda, pangkat, pelajaran tapi tup2 rezeki Allah nak tunjuk org yg dulu takdak apa2 tak dipandang.. bole melebihi apa yg dia ada la ni maka segala hasad dengki, iri hati pun terpapar la dari segala perbuatan lisan mahupun penulisan di media2 sosial yg menunjukkan sisi sebenar beliau 😂😂😂
Tapi jalan hidup aku mudah ja, persetankan org2 camtu, la ni pikiaq nak hidup tenang2 ja ngan family aku. Tapi kalau dia lg sakan nak try banding membanding, lg sakan aku buat hahaha... Bukan apa aku ni jenis macamana ang layan aku, macam tu la aku layan ang, baik ang layan aku, baikla aku layan ang dan begitulah sebaliknya. Tapi aku rasa post2 dan komen tu bukan apa hanya penyedap hati cuma 😂 mcm peel netizen2 yg selalu bising kat media sosial la, ada ja tak kna kat mata depa, beli rumah besaq salah, beli keta besaq salah, melancong merata dunia salah hahaha.. Biaq la sbb masing2 punya kebahagiaan tak sama. Apa yg dia buat selagi tak kacau duit ringgit ang nak hingaq buat apa. Tapi kalau masih berdegil nak membanding taraf kehidupan aku on ja hahaha.. Sbb aku dah lalui perkara ni berkali2 dah, kita tgok life ang takat mana, life aku takat mana. Maaf mcm nampak riak kan tapi abam dah bosan dgan segelintir manusia mcm ni, bila dia rasa dia akan berada di atas kita selama lamanya sedangkan apa yg dia taktau adalah rezeki itu adalah pemberian dari Allah, elok perancangan dan usaha kuat lebih la rezeki kita, klu sebaliknya takat tu ja la rezeki kita. Buat pi la meniaga macam2 ka, join MLM ka tp kalau nawaitu kita sbb nak lebih pada org tu percayalah takkan kemana rezeki tu, takut2 rezeki org yg kita nak banding tu plak lebih lagi pada kita, klu niat cari rezeki utk membahagiakan keluarga itu adalah sebaik2 usaha dan akan beroleh berlipat kali ganda.
Sori.. tiba2 rasa nak meluah plak apa yg terbuku kat hati, macam biasa abam mmg memaafkan tapi abam takkan melupakan perbuatan mereka, benda bole bincang tapi dok ambik jalan singkat meluah segala di media sosial last2 jadi bunga taik dan benda yg depa komplen sejengkal pun tak disentuh tapi akibatnya nasi dah jadi bubur hehehehe.. Itulah lain kali guna akal dan budi bicara bukan guna hati dan amarah.
Bukan apa sbb kita yg bersusah payah, berkorban sana sini, perit jerih nak bg kat anak2 supaya dapat merasai kehidupan yg lebih selesa org lain plak yg iri hati, pastu komplen terang2 plak tu 😂😂, depa taktau sbb apa aku suami isteri cuba bg kehidupan yg selesa kat anak2 ni sbb kami dah lalui kehidupan yg apabila dlm hidup ni kita tiada apa2.. sapa pun tak peduli dan sapa pun tak pandang, betapa hinanya rasa bila kenalan terdekat berkira ngan kita bila kita yg tengah memerlukan pertolongan demi secebis ihsan mereka buat acuh tak acuh ja, sbbnya keluarga aku ngan wife aku takdak keta jd org tua kami selalu la mintak tolong kenalan yg ada keta utk ke sesuatu tempat ketika waktu kecemasan atau ketika keadaan terdesak tp cara tolong depa tu kita perasan macam tak ikhlas ja, ada yg suruh tgu kat jalan besaq sbb takut keta kotoq bila masuk jalan kg la, ada yg kata bole hantaq sampai kat sesetengah tempat ja sbb ada urusan lain sedangkan jarak yg kami nak pi tu hanya beberapa km ja. Siap membandingkan keputusan pelajaran anak2 yg mana anak depa tiap2 minggu hantaq ke tusyen2 swasta berbanding kami yg hanya mampu ke kelas tambahan free kat sekolah ja. Jadi apa pengajaran kami dapat dari pengalaman tu? Ini lah apa yg cuba buat la ni, beri anak2 kehidupan yg jauh lebih selesa dari kehidupan kami dulu yg setiap hari bergelumang dgan perasaan rendah diri atas keterbatasan ekonomi keluarga sbb tu kami berusaha membahagiakan anak2 dengan menginap di rumah yg selesa, naik kenderaan yg selesa, dapat rawatan kesihatan yg terbaik, menikmati pendidikan yg terbaik dan kehidupan yg selesa untuk anak2 penyeri rumahtangga kami itu ja, bukan nak berlumba dengan org sekeliling pun sbb bg kami tu rezeki masing2.
Apa yg dilalui oleh ibu muda dlm artikel di atas pernah dirasai oleh org tua kami, abah aku pernah suatu ketika mintak maaf sbb tak mampu nak bawak aku adik beradik pi jalan2, abah aku hanya mampu bawak ke Aloq Staq, takpun paling jauh ke Terengganu tu pun sebab balik ke kg abah aku kat Kuala Terengganu 😂. Sbb tu bila ada masa lapang dan bajet lebih aku bawak anak aku jalan2 tak kira la dlm negara atau luaq negara sbb aku nak cipta sebanyak mungkin kenangan bersama2 depa sblm depa bawak haluan masing2 bila dewasa kelak. Sebab itu aku ngan wife berusaha keras membahagiakan depa, bawak makan kat tempat yang depa nak, hidup dalam rumah yg selesa, naik kenderaan yg selesa sbb aku jenis mementingkan keselesaan utk anak2, sbb ada org lebih pentingkan jenama berbanding keselesaan.
Jadi pesanan aku utk adik tersebut, jadikanlah kenangan tersebut sebagai pengajaran terindah dalam hidup sbb ijazah terbaik adalah dari jalanan, belajar bg dapat keputusan yg cemerlang dan dapatkan pekerjaan yg baik lalu bahagiakanlah ibu bapa kita yg telah berusaha sebaik mungkin utk memberi kehidupan terbaik utk anak2 wpun terbatas, dan jadikan pengalaman itu adalah pengalaman terakhir utk kita lalui dan tidak diwarisi ke anak cucu kita kelak, amin.
No comments:
Post a Comment