Jangan Clik

Wednesday, January 7, 2026

Action Figure Gusti era 80 an hingga 90 an

Kenangan kanak2 era hujung 80an hingga 90an mmg banyak kalau nak dihitung jadi untuk aku membeli kembali nostalgia zaman kanak-kanak aku, aku cuba mengumpul seberapa boleh bahan2 berkaitan kenangan tersebut. Antara kenangan yang masih memenuhi memori zaman2 membesar dulu adalah menonton gusti wwf dan wcw di kaca tv, tapi gusti dulu kalau nak tengok kena sewa atau beli tape VHS dari kedai sewa video tape macam gambaq di atas.


Aku dulu nak sewa tape tak bole lg sebab masih di bawah umur, jadi aku selalu guna kad membership pak sedara aku untuk sewa tape di Kedai video Rex Kangar, di jalan Persiaran Jubli Perak. Sewa seingat aku masa tu Rm 3 untuk seminggu, macam2 filem ada waktu tu macam cerita van damme, stephen chow, jackie chan, dan lambakan filem2 dari tanah seberang Indonesia dengan filem2 pendekar spt Jaka Sembung, Sundel Bolong dan beberapa filem lagi. Tapi pada aku waktu tu yang menarik minat aku adalah nak tengok perlawanan gusti sebab pengaruh pengusti2 yang berbadan sasa dan bagi budak2 laki, lelaki yang berbadan sasa adalah hero yang gagah menjadi idola setiap anak2 sebaya aku, kesan pengaruh cerita kartun macam He man dan Thundercats.


Kalau ada tape gusti baru tokey kedai akan lekatkan poster lebih kurang macam di atas di satu penjuru kedai untuk pelanggan pilih nak tengok siri gusti yang mana yg pada waktu aku tu siri yang femes adalah dari WWF dengan siri Wrestlemania, Summerslam, Royal Rumble dan macam2 lagi. Bagi WCW pula femes ngan siri monday nitro, superbrawl dan lain2 lagi.
Kalau tengok gambar-gambar dalam poster semua adalah pengusti yang dah mencapai taraf legend antaranya Hulk Hogan, Ultimate Warrior, Undertaker, Bret Hitman Hart, Honky Tonk Man, Shawn Michael, Randy Savage Macho Man, Jake The Snake Robert, Brutus The Barber Beefcake, Yokozuna, Lex Luger, Ravishing Rick Rude, Papa Shango, Ted million dollar man Dibiase, British Bulldog, Andre The Giant, The Road Warrior, Big Boss Man, Sgt Slaughter, Mr Perfect, Sting, Jimmy superfly snuka, Iron Sheikh, Jim hacksaw Duggan, Koko B Ware, Earthquake, Ricky Steamboat, Bam Bam Bigelow, Kerry Von Erich, Ric Flair, Big Van Vader, Razor Ramon, Kevin nash Deisel, Stone Cold Steve Austin, Mankind, Doink The Clown, Sid Justice, Steiners Brothers, Tito Santana, The Bushwackers sekadar menyebut beberapa nama.

Dulu aku rajin gak beli buku-buku gusti ni sebagai bahan bacaan. Dulu murah ja tapi la ni kalau nak beli bole tahan harga dia, maklumla barang vintage. Selain dari maklumat yang bole didapatkan dari buku2 lama, kita juga bole mendapatkan maklumat keluaran action figure pengusti ni dari laman web Wrestling Figure Database yang mana kita bole jadikan sebagai checklist figure mana yang kita nak beli dan kumpul.
Kalau nak rewind balik pengusti2 dulu bole baca balik buku2 gusti ni sebab ya la kadang2 kita terlupa benda 30 tahun 40 tahun sudah untuk  mengimbau balik kenangan-kenangan yang pernah membesar bersama kita. Bila nak kumpul action figure pengusti ni aku pun mula la meneroka setiap penjuru laman jualan online tak kira la di Pesbuk market, Shoppee, Amazon, Aliexpress, Ebay dan ada juga yang aku beli direct ngan pengedar action figure tersebut di laman web rasmi mereka. Terima kasih jugak la atas nilai Ringgit yang kukuh buat masa ni jadi nak beli di international tu tak la membebankan sangat.
Aku sebelum nak kumpul model action figure pengusti2 ni pun aku jadikan buku2 ni sebagai bahan rujukan selain dari carian di internet sebagai guideline untuk aku mulakan mengumpul action2 figure wrestler ni supaya tak silap membeli dan kolek. Sebab action figure ni aku akan kumpul adalah dari zaman aku membesar ni ja sebab ya la, ada pengusti yang bergusti hingga usia tua cam Hulk Hogan, Undertaker dan Sting yang penampilan mereka merubah mengikut waktu dan perbezaan zaman, jadi aku kena pastikan action figure yang aku kolek adalah dari zaman aku membesar bersama mereka ketika itu.

Selain itu anda juga bole menonton docuseries tentang biografi pengusti-pengusti dari zaman kanak-kanak, keluarga mereka dan bagaimana perjalanan mereka dari awal karier menjadi pengusti dari zaman amatur ke profesional dari semua lapisan pengusti dari ECW, WCW , WWF dan WWE.

Dokuseries ini juga wajib anda tonton kerana dia memaparkan sisi gelap para pengusti dan juga bagaimana dunia hiburan gusti direncanakan untuk menarik minat para peminat gusti dan bagi pengemar gusti zaman kanak2 macam aku baru aku tau bahawa apa yang dipertotonkan adalah palsu , dimana ada pengusti yang sanggup dibayar untuk kalah, bagaimana perlawanan yang melibatkan darah tu rupanya darah yang sengaja dibuat menggunakan pisau cukur yang disembunyikan di tangan atau di seluar untuk menambahkan detik dramatik. Dalam ni juga dipaparkan sisi buruk para pengusti yang dulu kita anggap sebagai hero rupanya mempunyai sisi gelap sebagai contoh ultimate warrior yang mana ketika zaman kemuncaknya tidak disukai majoriti pengusti lain akibat ego dan sifat sombongnya termasuk dengan pemilik wwf ketika itu vince Mcmohan hingga menamatkan karier singkatnya, dan ada pengusti yang kita anggap macam mental rupanya seorang yang normal macam Mick Folley atau dikenali dengan Mankind, Cactus jack & Dudley Love dimana selain mempunyai seorang isteri hingga usia tua, kehidupan familinya bersama anak2 bahagia dan beliau juga mempunyai kerjaya tetap di WWE berbanding pengusti lain yang kita nampak macam normal tetapi mempunyai masalah dalam perkahwinan, kehidupan luar karier, masalah kesihatan spt lex luger dan ada yang terjerumus dalam pengambilan dadah.


Pada zaman kemuncak arena gusti tahun 80an dan 90an dulu, sampai dalam majalah kartun humor tempatan seperti di Majalah Gelihati dan Majalah Batu Api ada dilukis tentang pengusti-pengusti yang diminati sehingga dibuat siri kartun yang menarik minat pembaca bukan sahaja dari kalangan paminat gusti tapi juga semua peringkat umur. Jadi di bawah adalah beberapa koleksi action figure pengusti yang aku sempat kolek di mana semua action figure yang aku kumpul adalah pengusti dari era 80an hingga 90an saja bersama-sama penampilan mereka ketika itu kerana ada pengusti yang masih bergusti hingga usia tua seperti Hulk Hogan, Undertaker, Sting dan beberapa lagi dimana penampilan mereka ada yg  berubah mengikut peredaran waktu tapi aku hanya kumpul action figure mereka dengan penampilan awal mereka tahun 80an & 90an saja.

Hulk Hogan
Pengusti lagenda yang tak perlu diperkenalkan lagi, antara pengusti yang bergusti hingga usia tua. Aku pun start kolek figure gusti ni lepas beliau meninggal pada 24 Julai 2025. Nama sebenar beliau adalah Terry Gena Bollea berketinggian 2.01 meter. Beliau cukup terkenal dengan gimik koyak baju dan trademark penyudah beliau adalah Leg Drop, sapa kena buah tu mmg kalah. Apa yang aku minat kolek figure gusti ni adalah setiap figure tu dia ikut skala ketinggian sebenar pengusti. Walaupun Hulk Hogan bergusti di pelbagai era aku hanya kolek figure yg penampilan beliau pada era 80an saja ,iaitu pada zaman kemuncak gusti dan zaman ketika aku kanak-kanak yang cukup fanatik dengan gusti.

Ultimate Warrior
Antara pengusti yang aku paling minat sebab aura dan bentuk tubuh badan beliau yang sangat kekar,sasa serta penampilan beliau yang mengecat muka , memakai lilitan di lengan betoi2 macam pahlawan. Tambahan dengan setiap kemunculan beliau ke gelanggang yang penuh energetic diiringi lagu berentak rock yg sememangnya cukup popular pada era itu menambah karakter heroic pada beliau. Nama asalnya adalah James Brian Helwig dengan ketinggian 1.88 meter beliau memulakan karier gusti awalnya dengan membentuk tagteam dengan pengusti Sting, dan pasangan mereka dikenali sebagai Blade Runner. Lepas itu beliau bergerak secara solo dan dikenali dengan nama Dingo Warrior dan selepas itu namanya ditukar oleh pemilik WWF ketika itu iaitu Vince Mcmohan ke Ultimate Warrior dan seterusnya nama itu menjadi lagenda gusti hingga kini walaupun karier Ultimate Warrior sangat singkat akibat perseteruan beliau dengan Vince Mcmohan. Teknik penyudah beliau adalah Gorilla Press Slam. Beliau meninggal dunia pada 8 April 2014 akibat kegagalan jantung. Figure beliau antara yang mendapat permintaan tinggi dari para peminat gusti dan harga pun masih tinggi.



Randy Savage Macho Man
Selain gaya percakapan beliau yang unik beliau juga dikenali dengan penampilan yang bewarna warni. Untuk figure  Macho Man ni aku beli 2 gaya beliau iaitu ketika awal kemunculannya yang banyak menggenakan underwear ketika bergusti dan  semasa beliau memakai seluar panjang dan baju rambu ramba sebagai penampilan trademark beliau. Dulu beliau selalu ditemani oleh isteri yang merangkap pengurus beliau, iaitu Miss Elizebeth. Nama sebenar beliau adalah Randy Mario Poffo dengan ketinggian 1.85 meter dan gerakan penyudah beliau adalah Elbow Drop, beliau meninggal dunia pada 20 May 2011.

Bret "Hit Man" Hart
Pengusti berasal dari Canada ini sememangnya berasal dari keluarga pengusti dimana selain pada beliau, beliau mempunyai adiknya iaitu Owen Hart, dan dua iparnya yang terlibat dalam gusti iaitu Davey Boy Smith British Bulldog dan Jim Neidhart. Berketinggian 1.83 meter beliau antara pengusti yang masih hidup hingga kini dan gerakan penyudah beliau adalah The Sharpshooter. Juga antara figure yang masih tinggi harga di pasaran walaupun untuk yang loose sebab mendapat permintaan yang sangat tinggi.

Sting
Antara pengusti popular bukan dari WWF,beliau cukup dikenali di arena WCW dengan kejuaraan yang disandang cukup lama. Beliau masih bergusti hingga hari ini cuma penampilan ja berubah mengikut usia . Beliau juga antara pengusti yamg mengenakan cat pada muka yang menjadi trademark mereka.Nama sebenar beliau adalah Steve Borden dengan ketinggian 1.88 meter dan diawal karier beliau berpasangan dengan Ultimate Warrior beraksi dalam acara tag team sebelum berpisah dan membawa haluan masing-masing. Teknik penyudah beliau adalah Scorpion Deathlock. Figure beliau mempunyai banyak versi dan variasi disebabkan penampilan beliau yang berubah mengikut peredaran waktu disebabkan beliau antara pengusti yang masih aktif bergusti hingga usia tua.

The Steiners Brother
Pasangan adik beradik ini sememangnya antara pasangan tag team yang paling digemari dulu dengan teknik dan skill yang cukup memukau. Dianggotai oleh Rick Steiner dan Scott Steiner mereka telah beberapa kali menjuarai talipinggang dunia bersama. Rick Steiner yang berketinggian 1.80 meter dan Scot Steiner yang berketinggian  1.85 meter.Aku beruntung sebab masa aku start kolek figure tu, figure mereka berdua baru saja direaleased oleh syarikat Ringside Collectibles. Antara figure yang harga agak mahal disebabkan permintaan yang tinggi dan sukar mendapatkan di pasaran Malaysia.

Road Warriors atau Legion Of Doom
Satu lagi pasangan tag team yang sangat ramai peminatnya disebabkan penampilan yang garang dan skill yang padu bila mereka menguasai acara tag team tahun 80an hinga 90an. Dianggotai oleh Animal (Joseph Laurinatis) berketinggian 1.85 meter dan Hawk (Michael Hegstrand) berketinggian 1.91 meter. Animal telah meninggal dunia pada tahun 2020 dan Hawk meninggal dunia pada 2003. Teknik finishing mereka dikenali sebagai "Doomsday Device". Antara figure yang harga agak tinggi kerana pakej 2 figure dan ada dijual di pasaran Malaysia.

Lex Luger
Antara pengusti yang masih hidup dan momen yang paling aku ingat adalah aksi beliau dalam Survivor Series 1993 berlawan dengan  Yokozuna. Dengan dikurniakan fizik fizikal yang sasa dan berotot menjadi pujaan ramai pengemar gusti cuma beliau kurang pandai berinteraksi dengan peminat. Nama asalnya adalah Lawrence Wendell Pfohl dengan berketinggian 1.98 meter. Finishing movement beliau adalah Torture Rack.Walaupun dulu beliau terkenal dengan badan yang tegap dan aksi yang padu tapi memasuki usia tua kini beliau hanya mampu berkerusi roda disebabkan penyakit yang dihadapi. Beliau juga sempat berkahwin dengan bekas isteri Macho Man Randy Savage, miss Elizabeth sebelum Elizebeth meninggal akibat overdose.

Koko B-Ware
Walaupun kemunculannya bukanlah sebagai pencabar kejuaraan tetapi penampilannya menyebabkan ramai anak-anak suka dengan beliau, kerana beliau sangat mesra dengan kanak-kanak disamping beliau selalu membawa haiwan kesayangannya iaitu Frankie si burung kakak tua biru yang jinak menarik perhatian kanak-kanak. Pengusti dengan nama James William Ware Jr dengan ketinggian yang agak rendah bg para pengusti iaitu 1.70 meter. Finishing movement beliau digelar The Ghostbuster .Beliau masih sihat sehingga kini dan figure beliau juga agak susah untuk didapatkan di pasaran Malaysia. Figure ni pun aku beli loose dari luar negara dan burung tu aku beli asing sbb klu takdak burung trademark beliau tu mmg tak lengkap.

Hacksaw Jim Duggan
"Hhhhhhoooooooo...." antara laungan pengusti ni bila muncul di gelanggang. Antara lagenda yang masih hidup dan aktif bergusti wpun bukan secara rasmi. Diberi nama James Edward Duggan Jr dengan ketinggian 1.91 meter. Finishing movement beliau adalah The Man Down dan sering muncul ke gelanggang dengan membawa kayu beluti 2x4 yang akan digunakan bila menggunakan trademark movement beliau untuk menewaskan lawan.

Brutus "The Barber" Beefcake
Penampilan beliau yang agak unik hadir ke gelanggang dengan membawa gunting pokok yang akan digunakan untuk memotong rambut lawan setelah menewaskanya. Nama sebenar beliau adalah Edward Harrison Leslie dan berketinggian 1.93 meter dan beliau terkenal dengan teknik penyudah "Sleeper Hold" iaitu teknik mengunci leher lawan sehingga tertidur dan mimpi basah hahahaha... Figure beliau antara yang sukar dicari di pasaran Malaysia. Figure ni aku beli loose cuma beruntung dapat sekali ngan baju tu, cuma gunting tu ja aku kena beli asing.

Kerry Von Erich "Texas Tornado"
Juga pengusti yang berasal dari dinasti keluarga pengusti di mana adik beradik beliau semua terlibat dalam gusti dan dilatih serta diuruskan oleh ayahnya sendiri. Nama sebenar beliau adalah Kerry Gene Adkisson  dan berketinggian 1.90 meter, karier beliau dalam dunia gusti tak lama apabila beliau mengambil tindakan yang drastik menamatkan riwayatnya sendiri dengan membunuh diri walaupun namanya berada di kemuncak pada tahun 1993 masa umur 33 tahun. Nama nya kembali meniti di bibir2 peminat gusti setelah perjalanan hidup beliau dan keluarganya difilemkan iaitu filem "The Iron Claw" dimana tajuk itu diambil oleh gerakan penyudah beliau iaitu The Iron Claw. Antara pelakon yang membintangi filem tersebut adalah Zac Efron. Aku ada jugak tengok  kisah dokumentari pasal keluarga beliau, mmg sedih sebab semua adik beradik dia semua pakat bunuh diri kecuali adik dia ja , kevin yang memilih untuk menetap di Hawaii. Figure Kerry antara figure yang harga agak mahal di pasaran mungkin disebabkan menjadi pilihan para kolektor gusti dan pengeluaran yang terhad. Bagi kolektor benda ini biasa bila figure yang bukan popular harga lebih mahal di pasaran berbanding figure watak utama, hal ini disebabkan figure watak utama selalunya pengeluaran dia banyak dan watak sampingan ni pengeluaran dia terhad menyebabkan permintaan yang agak tinggi akan menyebabkan harga melambung tinggi kerana menjadi buruan para kolektor.

The British Bulldog, Davey Boy Smith
Beliau merupakan adik ipar kepada Bret Hit Man Hart dimana perlawanan epik antara beliau dan abang ipar beliau masih terngiang-ngiang di ingatan aku apabila beliau menewaskan Bret Hit Man Hart dalam perlawanan yang sungguh emosi apabila melibatkan hubungan adik beradik. Beliau berasal dari United Kingdom dengan nama Davey Smith berketinggian 1.80 meter. Gerakan penyudah beliau adalah Running Powerslam dan beliau juga antara pengusti yang mati muda apabila meninggal pada usia 39 tahun pada 2002.Aku bali figure ni loose, aku cuma beli bendera Union Jack tu asing utk dipakai pada beliau.

Jimmy "Superfly" Snuka
Pengusti dengan imej Tarzan moden , iaitu James Wiley Smith nama sebenar beliau. Beliau adalah pengusti berasal dari kepulauan Fiji dengan ketinggian 1.83 meter. Gerakan penyudah beliau adalah Superfly Splash. Beliau pernah terpalit kontroversi kerana dikenakan tuduhan membunuh teman wanitanya Nancy Argentino tetapi dibebaskan kerana kekurangan bukti. Beliau meninggal dunia pada 2017 ketika berumur 73 tahun.

Ricky "The Dragon" Steamboat
Ricky Steamboat atau nama sebenar beliau adalah Richard Henry Blood Sr dilahirkan di Hawaii dan merupakan pengusti yang terkenal dengan imej naga kemungkinan dari susur galur keluarga beliau yang bedarah campuran dari Jepun. Dengan berketinggian 1.78 meter beliau sering tampil dengan menghembus api dari mulut ketika muncul ke gelanggang.

Tatanka
Antara pengusti yang berasal dari kaum red indian amerika. Nama asal beliau adalah Chris Chavis dengan ketinggian 1.88 meter.Gerakan penyudah beliau adalah Tomahawk Chop.Figure beliau juga antara figure yang susah dicari di pasaran Malaysia dan harga agak pricey. Dan figure beliau mempunyai beberapa versi dan versi terbaik bagi aku adalah versi dari Mattel tapi harganya kini masih lagi tinggi, figure yang aku dapat adalah ni adalah dari versi JAKKS yang juga antara yang terbaik sebab accurate dengan penampilan beliau yang aku ingat masa kecik2 dulu. Ada beberapa versi lain macam versi vigure yang beliau pakai seluar panjang, pakai short warna hitam tapi aku betoi2 cari versi yang ini sebab itulah penampilan beliau seingat aku ketika mula2 meminati dunia gusti suatu tika dulu.


Ric Flair
"Wwooooooo...." antara trademark beliau yang sekarang dikenali sebagai living legend dalam dunia gusti kerana berkecimpung dalam bidang ini hampir 50 tahun. Nama asal beliau adalah Richard Morgan Fliehr dengan ketinggian 1.85 meter dan teknik penyudah beliau adalah Figure-four leglock. Beliau dikenali kerana memegang rekod kejuaraan dunia sebanyak 16 kali. Figure ni pun aku beli loose, baju dan talipinggang tu aku beli asing.

Shawn Michael
"Im just a sexy boy , im not a boy toys....." antara bait2 lagu apabila kemunculan beliau ke gelanggang. Antara pengusti yang ramai diminati kaum wanita disebabkan beliau dikurniakan wajah yang kacak dan badan yang seksi. Beliau memulakan karier dalam usia yang agak muda berpasangan dengan Martin Janetty dalam tagteam The Midnight Rockers, dan selepas itu mereka berpecah membawa haluan dalam bidang solo. Nama sebenar beliau adalah Michael Shawn Hickenbottom dengan berketinggian 1.85 meter dan penengan penyudah beliau yang femes adalah Sweet Chin Music. Dan kini setelah bersara dari gelanggang gusti beliau menjawat sebagai senior vice presiden pencari bakat untuk WWE. Figure ni pun aku beli loose, seluar dan talipinggang tu aku beli asing .

Stone Cold Steve Austin
Di awal karier beliau sebagai pengusti orang tidak mengenali sangat beliau kerana imej beliau waktu tu kurang menonjol (zaman beliau ada rambut lagi, siap belah tengah cam mat bunga hahaha..). Beliau mula femes agak lewat, sekitar awal 90an dimana setelah beliau mengubah imej lelaki botak yang suka mencarut dan minum beer. Nama asal beliau adalah Steven James Anderson dengan ketinggian 1.88 meter dan gerapan penyudah beliau adalah Stone Cold Stunner.

The Undertaker
Antara pengusti yang aktif bergusti hingga hujung karier . Jadi figure yang aku kolek adalah Undertaker dengan imej pada awal-awal kemunculannya. Nama sebenar belia adalah Mark William Callaway dan antara pengusti yang tinggi dengan berketinggian 2.08 meter. Gerakan penyudah beliau adalah Tombstone Piledriver.

Yokozuna
Watak yang diwujudkan untuk menunjukkan beliau pengusti dari Jepun disebabkan fizikal beliau yang tak ubah seperti juara sumo dari jepun yang juga digelar Yokozuna, tapi hakikatnya beliau berasal dari Hawaii. Nama sebenar beliau adalah Rodney Agatupu Anoa'í dengan ketinggian 1.93 meter. Gerakan penyudah beliau adalah hempap guna bontot dia yang besar tu dikenali sebagai Banzai Drop. Figure dia agak mahal bukan disebabkan rare atau apa, tapi sebab saiz yang agak besar. Beliau meninggal dunia pada tahun 2000.

Andre The Giant
Dengan ketinggian yang mencapai 2.24 meter dan berat sekitar 236 kg beliau antara pengusti yang yang mempunyai fizikal yang agak tinggi dan besar, termasuk figure beliau yang mmg tinggi dari mana2 figure lain. Andre sebenarnya berasal dari Perancis, dan disebabkan saiz fizikalnya yang agak besar, beliau berhijrah ke Amerika Syarikat untuk menceburi bidang gusti. Nama asal beliau adalah Andre Rene Roussimoff dan beliau meninggal dunia pada usia 46 tahun pada 1993. Antara gerakan penyudah beliau ada Double Underhook Suplex.

Razor Ramon
Aku dulu mati2 ingat si Razor Ramon ni betoi2 org Latin, rupa-rupanya beliau ni mat salleh  Amerika tulen. Nama sebenar beliau adalah Scott Oliver Hall dan berketinggian 2.01 meter. Pasepa  aku kata camtu sebab masa awal2 kemunculan beliau rupa dia sebijik mat salleh bermisai semua, siap rambut warna perang, tup2 bila tukar personaliti ke Razor Ramon beliau warnakan rambut warna hitam dan cuba bercakap bahasa Latin wpun sikit2 ja sebutannya. Gerakan penyudah beliau adalah the Razor's Edze. Beliau meninggal dunia pada tahun 2022 di usia 63 tahun.

Kevin Nash Diesel
Antara partner rapat dengan Razor Ramon dalam dan luar dunia gusti. Aku taktau pasepa dia guna nickname Diesel, mungkin beliau bekas penyeludup diesel di Golok dulu bokali hahahaha... Nama sebenar beliau adalah Kevin Scott Nash yang berketinggian 2.08 meter. Gerakan penyudah beliau adalah Jackknife Powerbomb dan gerakan penyudah beliau ni dah mengakibatkan beberapa pengusti masuk hospital termasuk shawn michael. Beliau juga antara pengusti yang mencipta nama di Hollywood dan antara filem lakonannya yg aku ingat adalah The Longest Yard dimana beliau berlakon dengan adam Sandler dan rakan2 gusti lain spt Great Khali, Goldberg, dan ramai lg.

Ravishing Rick Rude
Pengggoda wanita dengan mengoyangkan punggung sambil mempamerkan badan yang sasa adalah trademark beliau. Wajah yang seakan2 hero zaman 70an dan 80an Tom selleck yg bermisai tebal sangat dibenci para peminat disebabkan personaliti jahat dan penggoda ni, tetapi rupanya di luar gelanggang beliau tak spt perwatakan dlm dunia gusti, di luar beliau seorang family man mempunyai seorang isteri dan sangat sayang akan anak-anak dan keluarga beliau. Nama sebenar beliau adalah Richard Erwin Rood dan berketinggian 1.91 meter. Gerakan penyudah beliau adalah The Rude Awakening dan beliau meninggal dunia pada usia muda iaitu pada umur 40 tahun pada 1999.

Rowdy Roddy Piper
Satu-satunya pengusti yang suka pakai kain hahahaha...sesuai dengan keturunan beliau dari Scotland beliau selalu memakai skirt kilt dan bagpipe dan antara pengusti yang awal menceburi dunia gusti dimana selepas beliau kurang aktif bergusti beliau banyak terlibat di sebalik tabir sebagai komentator di tepi gelanggang. Nama sebenar beliau adalah Roderick George Toombs dan berketinggian 1.88 meter dan gerakan penyudah beliau adalah sama cam Brutus Beefcake, Sleeper Hold. Beliau meninggal dunia pada 2015 pada usia 61 tahun.

Big Van Vader
Merupakan musuh no satu Sting di WCW yang berketinggian 1.96 meter dan berat 204 kg. Nama sebenar beliau adalah Leon Allen White dan gerakan penyudah beliau adalah Powerbomb. Beliau meninggal dunia pada 2018 pada usia 63 tahun. Beliau yang aku ingat seorang pengusti yang sering memakai topeng dan salah satu topengnya adalah topeng gajah mammoth dan sering menunjukkan isyarat tangan berbentuk V mungkin tanda nama Vader tersebut.

Jake 'The Snake' Robert
Juga antara living lagend yang masih hidup dan sering kali muncul dalam rancangan dokuseries berkaitan gusti kerana beliau cukup lama berkecimpung dalam dunia gusti. Pengusti yang sering membawa ular ke gelanggang ni selalu membawa Ular Sawa bernama Damien atau ular tedung selar yg  membuatkan sesetengah pengusti takut akan ular tersebut termasuk la Andre The Giant di mana andre pernah menghempap karung berisi ular milik jake hingga mati - tetapi sebenarnya semua tu hanyalah lakonan dimana dalam karung yang Andre hempap tu diisi pakaian wanita dan Jack Robert berlakon menangis semahu mahunya bahawa ular kesayangan beliau telah mati dihempap Andre The Giant tetapi sebenarnya hanya lakonan (semua ini diceritakan Jake Robert dalam dokumentari gusti). Nama asal beliau adalah Aurelian Smith Jr. dengan ketinggian 1.98 meter. gerakan penyudah beliau adalah DDT.

Sargeant Slaughter
Antara watak pengusti yang dibuat watak dalam siri kartun popular GI Joe. Sesuai dengan namanya beliau adalah seorang askar us yang sangat tegas dan garang. wataknya menyebabkan selalu menjadi hero dlm perlawanan gusti yg diberi publisiti perlawanan antara pengusti dari negara2 yang memusuhi Us spt Iraq, Jepun dan Russia. Nama sebenar beliau adalah Robert Rudolf Remus dan berketinggian 1.93 Meter, gerakan penyudah beliau adalah Cobra Clutch. Figure ni aku beli loose takdak topi, jadi topi tu aku beli asing, tapi takdak warna hijau ada warna putih ja yg seakan-akan, putih pun putihla janji beliau pakai topi hahahaha...

Mankind
Lagi satu pengusti yang kita nampak macam org tak betul dlm dunia gusti dengan penampilan yang macam tak waras, bergusti guna duri kawat, paku payung semua menampakkan lagi kekurang warasan mereka. Tetapi sebenarnya bagi aku beliau la pengusti paling normal aku pernah tahu, tu pun melalui dokumentari2 yang aku tengok, beliau takdak masalah pengambilan bahan terlarang, masalah di luar gelanggang,seorang suami dengan seorang isteri dan mempunyai anak-anak serta keluarga yang cukup bahagia hingga usia beliau kini yang memasuki 60 tahun. Nama sebenar beliau adalah Michael Francis Foley dan berketinggian 1.88 meter dan teknik penyudah beliau adalah Mandible Claw iaitu memasukkan stokin Mr socko beliau ke dalam mulut lawan. Mick Folley ni sebenarnya mempunyai beberapa watak sepanjang karier beliau dalam dunia gusti, selain Mankind wataknya yg lain adalah The Cactus Jack dan Dudley Love. Figure ni pun aku beli loose, yg stokin Mr Socko tu aku buat sendiri guna stokin patung barbie dan aku lukis semua sendiri, ya la macam tak lengkap watak beliau kalau takdak Mr Socko tu hahahah..

Kane
Pertama kali diperkenalkan aku ingat dia betoi2 adik Undertaker sbb penampilan dan ketinggian hampir sama, rupanya tu semua gimik WWF ja. Nama sebenar beliau adalah Glenn Thomas Jacobs dan beliau berketinggian 2.13 meter. Gerakan penyudah beliau adalah ChokeSlam. Selepas bersara dari dunia gusti beliau berkecimpung dalam politik dan dilantik menjadi Datuk Bandar Knox County.

Bam Bam Bigelow
Aku pernah tengok dokumentari pasal beliau, beliau pernah dipenjarakan di Mexico dan selepas keluar beliau berubah dan mula menumpukan diri dalam dunia gusti dimana beliau menyara anak isteri dengan duit dari gusti walaupun ketika sedang sakit dan penggunaan ubat tahan sakit dan dadah bg mengurangkan kesakitan tersebut serta pengambilan yang berterusan menyebabkan kesihatan beliau mula merosot hingga beliau meninggal dunia pada 2007 di usia 45 tahun. Nama sebenar beliau adalah Scot Charles Bigelow dan berketinggian 1.93 meter dimana gerakan penyudah beliau adalah Greetings From Asbury Park. Figure beliau aku beli 2 pack dengan Big Boss Mann jadi tak la mahal sangat berbanding beli satu2.

Big Boss Mann
Sangat berkesan pembawaan beliau menjadi polis yang jahat. Nama sebenar beliau adalah Ray Washington Traylor Jr dan berketinggian 2.01 meter. Gerakan penyudah beliau adalah Bossman Slam. Beliau meninggal dunia pada 2004 di usia 41 tahun.

Doink The Clown
Sebenarnya pengusti yang bawak watak Doink ni ramai, ya la watak doink kan pakai topeng, org bukan cam kalau tukar2 org , tapi yang pertama kali yg membawa watak ni adalah Matt Borne yang berketinggian 1.83 meter. Beliau disingkirkan dari WWF  disebabkan penyalahgunaan dadah dan disebabkan dadah juga la beliau meninggal kerana overdose pada 2013 di usia 55 tahun.

Ted Dibiase "The Million Dollar Man"
Watak yang muka iras2 org vip ni sesuai bawak watak org kenamaan berduit, beliau siap ada talipinggang sendiri berbentuk simbol dollar dan pembantu peribadi iaitu Virgil.Nama sebenar beliau adalah Theodore Marvin Willis dan berketinggian 1.85 meter dan gerakan penyudah beliau adalah Million Dollar Dream di mana teknik ni sama macam teknik sleeper hold yg membuatkan lawan terlena dibuai mimpi2 duit hahahaha... Figure ni aku beli loose dan talipinggang trademark simbol dollar tu aku beli asing.

Goldust
Zaman aku kalau ikut penampilan Goldust ni baju dia warna gold semua tapi memandangkan aku beli figure dia loose, dok cari baju dia bukan main payah nak jumpa, aku beli ja yg mana ada dan nampak serupa. Rambut tu aku beli utk rambut barbie yg menampakkan figure ni dah macam jenglot dah hahaha... Nama sebenar beliau adalah Dustin Rhodes dan merupakan generasi dari keluarga pengusti, ayah dia merupakan pengusti lama yang cukup dikenali iaitu Dusty Rhodes. Ketinggian beliau adalah 1.98 meter dan penangan penyudah beliau adalah Final Cut.

Sid Vicious
Figure ni aku beli sebab yang ni ja murah iaitu semasa Sid Vicious ni jadi referee masa Summerslam. Klu ikut penampilan, dia pakai underwear hitam dan vest hitam tapi figure yg ada tu agak mahal. Nama sebenar beliau adalah Sidney Raymond Eudy dan berketinggian 2.06 meter dimana gerakan penyudah beliau adalah Power Bomb. Beliau baru sahaja meninggal pada tahun 2024 di usia 63 tahun.

Earthquake
Nama sebenar beliau adalah John Tenta berasal dari Kanada. Sebelum bergusti di Us beliau mula2 bergusti adalah di Jepun, dan disana lah beliau terjumpa dengan isterinya seorang warga Filipina dan hidup bahagian hingga ke hujung hayatnya wpun ada masnya naik turun dalam dunia gusti hingga beliau pernah bekerja di pasaraya untuk menyara keluarga. Beliau berketinggian 2.01 meter dan gerakan penyudah beliau adalah Earthquake Splash. Beliau pernah bergandingan dengan seorang lagi pengusti berbadan besar iaitu Typhoon dan membentuk pasangan tagteam yang padu disebabkan saiz badan mereka. Beliau meninggal dunia pada 2006 di usia 42 tahun disebabkan penyakit kanser dikelilingi keluarga tercinta. Figure ni aku beli takdak baju, cari baju beliau takdak jadi dlm gambar ni aku edit dari gambar baju lain ja hahahaha....

The Iron Sheikh
Sangat popular selain General Adnan semasa pertelingkahan US dengan Iraq masa Perang Teluk yg mana WWF sering buat perlawanan melibatkan pengusti yang iras2 arab sebagai propaganda melawan Us dalam gelanggang gusti sedangkan realitinya Iron sheikh adalah orang berketurunan Parsi yakni dari Iran. Nama sebenar beliau adalah Hossein Khosrow Ali Vaziri yang berketinggian 1.83 meter dan antara pengusti yang berkecimpung dalam dunia gusti lebih awal di awal iaitu di tahun 70an. Gerakan penyudah beliau adalah Camel Clutch dan beliau meninggal dunia pada 2023 di umur 81 tahun.

Mr Perfect
Juga merupakan generasi dari keluarga pengusti, nama sebenar beliau adalah Curt Hennig yang berketinggian 1.91 meter dan gerakan penyudah beliau adalah Perfect-Plex. Beliau meningal dunia pada usia agak muda akibat pengambilan dadah berlebihan  iaitu di tahun 2003 pada usia 44 tahun.

Papa Shango
Pengusti berperwatakan pengamal ilmu hitam vodoo ini adalah Charles Thomas Wright yang merupakan pengusti yang mempunyai banyak karakter di dalam WWE antaranya adalah Papa Shango, The Godfather, Kama Mustafa dan banyak lagi. Beliau berketinggian 1.98 meter dan gerakan penyudah beliau adalah Inverted Shoulder Breaker. Figure beliau antara figure yang menarik bagi aku sebab tatoo dia sangat accurate macam tatoo pada org sebenar.

No comments:

Post a Comment