Jangan Clik

Tuesday, January 18, 2011

Deko rumah - Pasang lampu dan kipas

Baru saja selesai buat pemasangan lampu, kipas dan juga pemasangan beberapa plag baru. Kena test dulu semua berfungsi baru ble buat bayaran, klu tidak jenuh nak panggil wireman plak. Kat ruang tamu ngan dining hall aku boh down light saiz 6 inci, terang sikit. Lampu dinding tu wife aku yg nak bubuh sebab bg nampak tak kosong sangat dinding tu nti. Zaman la ramai yg boh down light ni bukan apa, salah satunya sebab cantik , lg satu dia menjimatkan elektrik berbanding penggunaan lampu kalimantang.
Buat wirering ni aku mintak tulong ofismate aku, kebetulan dia ada sijil pendawaian elektrik dan dia mmg buat part time benda wirering ni ngan abg dia. Yang aku upah dia tu bukan apa sebab aku nak dia tolong pebaik sekali paip ayaq kat bilik master room tu. Ayaq dia tak berapa nak jalan, klu mintak org lain kna bayaq upah asing plak la. Bagi dia buat semua senang sebab bab plumbing pun dia tau serba sikit.
Alang2 dah dia pun dok wat pemasngan lampu dan kipas aku suruh dia pasang sekali penyangkut, tempat letak sabun dan cermin kat dua2 bilik ayaq, tak payah aku nak susah2 drill dah hihihihi...dasar balooqqqq. Dalam bilik ayaq pun aku hantam boh downlight jugak kecuali bahagian luaq, aku boh lampu kalimantang biasa.
Tang dining hall ni ada kesilapan dari pihak aku la, sebab bila dah test bru nampak pencahayaan tak cukup kat ruang makan. Sebab masa buat plan tu aku ingat lampu gantung tu ble bg pencahayaan yg cukup tapi hasilnya kurang sikit, klu untuk romantik2 tu ok la, tapi lama2 nanti nak cedok lauk pun tak berapa nampak.
Ni la lampu gantung tersebut, yg aku ingatkan ble tampung pencahayaan di ruang makan tapi terpaksa aku tambah lagi 2 lampu down light kat ruang tersebut untuk bagi wife aku nampak la sikit diriku dan qazrin bila menikmati makanan bersama, maklumla aku dan anak aku ni tinted sikit hak..hak..
Cermin yg wife aku minat kat kedai tu takdak stok la plak, yg tinggal cuma yg display ja, alih2 aku suruh amik cermin ni la, cermin mana2 pun sama jugak sebab tujuan yg utama nak tgok muka ja. Bukan apa bila tgok cermin keluar gambaq radio buruk maknanya wife aku kna kurangkan tabiat dia yg suka berletiaq tu supaya ayaq lioq dia tak mercik kat aku hahahaha....
Kat bahagian bilik aku boh lampu downlight saiz 4 inci, memandangkan ruang bilik pun tak luas mana jadi penggunaan lampu bersaiz tersebut padan la ngan saiz bilik.
Seeloknya klu kita nak masuk rumah baik kita buat siap2 segala penambahan plag atau wirering lain, sebab bila dah masuk nti leceh sikit klu bru nak tambah maklumla wireman kna tebuk dinding, nanti habih berdebu perabot dalam rumah. Yang aku tambah plag kat dalam rumah cuma di bahagian dapoq sikit ngan di master bedroom aku tambah plaq 3 pin ngan plag untuk bubuh aircond nanti. Kat bahagian belakang rumah aku tambah plag 3 pin untuk kegunaan mesin basuh. Kat bahagian2 lain aku stay dgan yg sedia ada.

Monday, January 17, 2011

Lawatan Kerja Ke Kelantan

Dua minggu lepaih seramai 44 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Perlis bertolak ke Negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan untuk lawatan kerja selama 2 hari sambil makan oksigen dan makan kepok gete. Aksi2 manja para kakitangan jantan sebelum bas bertolak diketuai oleh inche Razak Bahadur Gurung yg didatangkan khas dari Selatan Nepal.
On way ke sana kami singah sat dekat Kulim untuk menghadiri majlis kenduri bekas staf jabatan iaitu kak yuzi dan pasangannya abg madi, lpas beramah mesra, makan2, bergambaq manja dan serahan hadiah kami pun berangkat semula ke destinasi yg dituju. Dan ucapan yg sungguh best dari kami untuk Kak Yuzi , semoga berbahagian ke anak cucu, cicit, ciut, piut, miut, tiut,riut, siut dlll.
Sebelum menempuh perjalanan yg agak panjang di atas bukit melalui Lebuh raya Timur-Barat kami berenti singgah di Hentian Perah, Grik, Perak untuk solat dan menjamu mata dan selera sambil sembang-sembang muhong. Masa kami berenti kat sini banyak jugakla rakyat2 dari Pantai Timur yg berangkat pulang ke negeri masing2 selepas bercuti di Pantai Barat, ramai yg bila ditanya depa bru balik dari Pulau Langkawi. Adat la bila bercuti ni, orang dari Pantai Timur mai sebelah Barat, yang Selatan ke Utara dan begitu la sebaliknya.

Kalau melalui Lebuhraya ni adatla klu terserempak ngan lori2 balak yg banyak melalui kawasan ni. Kadang2 sakit mata tgok banyak kawasan yg telah gondol akibat dari pembalakan tersebut. Klu hutan habih depa tebang tang mana orang utan nak duduk kan, eh...orang utan mana ada kat semenajung, klu kat zoo ada la, org utan kan dok kat kepulauan Borneo. Ni gambaq kami ambik kat hentian Puncak Titiwangsa. Hentian ni berada di puncak Banjaran Titiwangsa, mmg sejuk kat sini, ramai gak la yg berenti pi tandas, maklum la jauh gak perjalanan sebelum sampai hentian ni. Yang laku kat hentian ni apalagi klu bukan burger, tak menang tangan brader burger tu dok penuhi permintaan pelanggan. Boring jugak lalu di lebuhraya ni, dah la jauh kiri kanan nampak hutan ja, berbukit bukau, yg bestnya bila sampai kat Tasik banding, seronok gak la tgok Tasik semulajadi yg agak luas tu di kiri kanan lebuhraya. tapi yg menjadi persoalan aku betapa aku respek kat org2 yg membina lebuhraya ni, yg rentang wayar2 elektrik merentasi banjaran dan gunung2, musti tough gila kerja depa, tambahan dekat pedalaman plak tu. Tak tau la macamana depa tahan dgan situasi kerja dengan persekitaran cenggitu.
Kami sampai malam di Kelantan, tempat pertama yg kami pi adalah ke Wakaf Che Yeh, sebuah pasar yang jual macam2 dan dibuka hanya pada waktu sebelah malam hingga pagi. Pasar jualan barang2 dibuka dari pukoi 7 mlm dan apabila melewati tgah malam gerai2 jualan sayoq dan barangan basah akan ambik alih plak hingga dinihari.

Pasar ni macam pasar malam biasa cuma kawasan dia agak luas dan pelbagai jenis jualan dari pakaian, jersi bola,kacamata, jam, kain pasang hinggalah ke tempahan kunci disediakan di sini. Pasar ni klu bagi rakyat yg terletak agak jauh dari sempadan Siam mmg syurga bg depa la sebab banyak barangan yg dijual di sini kebanyakan dari Thailand, bg kami biasa2 ja sebab barangan tersebut bila2 masa saja kami ble pi bli kat Padang Besar. Yang aku respek rakyat Kelantan ni, ianya berbeza sikit dari negeri2 lain yg penah aku pi sebab bila sampai di pekan2 atau bandar2nya kebanyakan para peniaga dan kedai dimonopoli oleh kaum Melayu berbanding kaum Tionghua yg mmg cukup sinonim dengan bidang perniagaan kalau di lain2 negeri.

Paginya kami dibawa oleh Pegawai Bomba dari Pengkalan Kubor ke kilang membuat keropok Lekor di Tumpat, apalagi pakat borong sakanla, maklum la keropok baru direbus bak susu segar dari ladang. baguih jugakla dapat bertandang kat sini, dapat jugakla kita tau macamana cara membuat kepok lekor ni, sebab seblm ni yg kita tau makan saja.
Tgok bos Bahagian Kejuruteraan Jabatan pun nak try uli kepok leko, takyah la Enche Saipul wei, tangan tu dok besa pegang enjin ngan jentera nak uli kepok, mana nak jadi hahahaha... sbenaqnya tu eksyen ja, nak masuk dalam gambar buletin katakan. Kepok lekor soooo....kuoh banjir weehhh...Lagi satu sepanjang perjalan kami ke sini banyak betoi aku tgok rumah2 di Kelantan ni (bukan semuanya la) ada depa buat satu tempat letak tangki ayaq kat luaq rumah. Klu org kaya tu dia buat menara tangki ayaq tu elok sikit, klu org biasa ni, biasa saja la depa buat. Aku ada tanya la kat salah sorang kakitangan jabatan yg mentua dia org Kelantan, pasaipa depa wat tangki tu, dia kata sebab kat Kelantan banyak kawasan yg ayaq dia pressure tak kuat, tu yg depa buat tangki asing tu.Ooooo patutla, tapi nampak macam trademark plak bila mai sini, sebab banyak gak la rumah yg ada tangki kat luaq berbanding di negeri belah Utara yg jarang2 kita jumpa.
Seterusnya kami pi tempat yg wajib dikunjungi kalau ke Negeri Kelate iaitu Pasar Siti Khatijah.
kami bergambar dulu kat bekas Istana bersebelahan Pasar Siti Khatijah.
Ni bukan pintu ke Pasar Siti Khatijah atau pintu ke syurga ya, ini pintu utama ke bekas istana tersebut. Besaq jugak pintu dia, musti kunci dia pun besaq jugak kan, jenuh nak cari pedal ayam klu pintu besaq lagu nih.

Yang menarik di Pasar siti Khatijah ni para peniaga majoritinya dari kaum hawa. Aras bawah dibuat pasar basah, aras satu kedai2 rempah ratus dan medan selera dan aras tiga tempat jual kain baju dan kain pasang. Dapat jugak la merasa kuih akok dan jala mas yg depa jual kat bawah ni. Manih kuih dia semanis org yg jual tu hahahaha...ada jugak la kelaku gigolo tu

yg murah kat sini kain batik, kain pasang ngan telekung la. Aku ada jugak borong kaftan kat bini aku, kain telekung ada jugak aku beli, aku bli kat wife, mak mentua ngan mak aku sebab harga dia murah la sikit dari kat Kedah atau Perlih nuu. Kat hero aku, aku beli baju otromen kat dia. Kemain suka baju otromen dia klu ble dia nak pakai hari2, mana ble yang oii.. dah la aktif ,busuk la baju tersebut nti. Abg jgan risau nanti babah beli baju otromen sekilo, hahahaha pakai buang ja baju tu. (hihihi saja ja tulih, anak aku bukan leh baca pun, tapi klu dia tau lingkup aku kna penuhi permintaan beliau tersebut)
Last sekali apalagi setelah penat pusing2 pasar ni kami pun pi la dengan penuh ketaksuban ke medan selera untuk menjamu selera. Unik gerai2 makan kat sini, payah nak jumpa kat tempat lain, stail dia macam restoran Jepun, tempat letak juadah dia berdepan dengan tempat duduk kita, lebih kurang macam dekat bar tempat duduk dia, makanan diletakkan di depan kita, klu rasa nak tambah lauk lain, pakai sauk ja. Setelah itu kami meninggalkan Negeri Kelantan untuk balik ke tempat bertugas dengan serangkap pantun dari kami 'Buah kedekak, buah kedekik, lain tahun kami datang lagik". Selamat tinggal, selamat jale, w'pun semeta jah singgoh, tapi ambo raso berbesar hati nok maghi lagi. Buke oghe lain sik2 kito jugok..

Sunday, January 2, 2011

Filem-Art Filem (filem seni)

















Art filem atau filem yang berunsurkan seni ni, ramai yang kurang faham malah kalau ditanya memba2 atau rakan2 depa kurang mengenali atau menonton filem2 seperti di atas melainkan dipaksa oleh aku. Kebanyakan audien masa kini lebih gemar dengan filem yang memaparkan corak aksi , komedi atau seram. Bukan kata depa aku pun dulu macam tu la, ramai di kalangan audien yg tak berapa menyukai filem berunsur seni ni sebab terlalu banyak dialog, boring kata depa. Aku pun macam tu la dulu tapi bila aku didedahkan dengan filem2 bercorak begini oleh lecturer aku masa di uitm dulu, skop filem kesukaan aku dah berubah, pola keminatan lebih banyak tertumpu kepada filem bercorak seni berbanding komedi, aksi atau seram. Kebanyakan filem begini selalunya banyak mendominasi untuk memenangi anugerah filem terbaik di Anugerah Oscar. Filem sebegini sebenarnya terselit moral dan paparan realiti kebobrokan masyarakat seluruh dunia dengan olahan skrip dan adunan visual yg cukup teliti dan menarik seiiring dengan pembawaan watak yg baik oleh aktornya. Filem ni sebenaqnya kita kna tgok btoi2, klu kita tertinggal beberapa dialog atau babak mesti kita tak akan paham kesudahannya.






Walaupun filem2 Bollywood banyak memaparkan filem bercorak aksi dan cinta tapi ada sesetengah filem yang menjurus kepada filem seni antaranya seperti filem di atas. Sepanjang aku tgok filem bercorak seni dri India aku tgok Amir Khan banyak hasilkan filem macam tu, sebab dia penah kata dia nak hasilkan filem yg betoi2 berkualiti berbanding kuantiti. Memang layan cerita2 cennggini, ada moral , sense of humor dan realiti kehidupan. aku tak mau cerita pasai Sinopsis filem ni sebab tu bukan tujuan utama aku, klu nak tau best ka dak cerita ni , pi la kdai DVD cari cerita tu dan layan sampai habih, bukan layan sampai lena tau.



Filem2 melayu pun ada yang buat filem berunsur begini seperti Jogho, Perempuan, isteri dan ...., Hanyut. dan di Indonesia ada seperti Daun Di atas bantal, Pasir Berbisik, Berbagi suami, 3 Doa dan berbagai lagi. Filem2 seni kebanyakan dihasilkan bukan untuk mendapat pulangan yang maksima kerana semua tau kebanyakan filem ni tak mendapat pulangan lebat sangat berbanding filem genre lain. Tetapi klu di pentas penganugerahan filem2 inilah yang selalunya akan mengondol banyak anugerah hasil dari skrip, jalan cerita, lakon layar dan watak yang mmg cukup teliti dihasilkan untuk mendapatkan sesuatu filem yg betul2 berkualiti.Klu ada sesapa nak merasa tengok filem berunsur begini, cubalah hayati jalan cerita filem tersebut kerana filem berunsur begini akan membuatkan kita berfikir dan apabila kita faham keseluruhan filem tersebut kita akan mendapat kepuasan sama seperti macam kita bru lepaih jawab preksa lagaknya eewaahhh..layan tau jgan tak layan. jangan jadi pelayan kelab malam sudah.

Sunday, December 26, 2010

Deko rumah- grill, cat & awning

W'pun rumah ni mungkin lambat lg aku dan famili duduk , sebab wife aku tak dapat tukaq lg mai Perlih, tapi dengan bajet yang setakat yang ada, kami decide nak buat siap-siap semua, senang kalau nak masuk nanti. Grill pintu depan aku buat design biasa saja tak buat pakai wrough iron pun, lagipun design ni aku tgok simple dan menarik tambahan lagi ramai org yg dah buat design nih.
Cat untuk ruang dalaman aku pilih hijau, sebab apa pilih hijau? sebab kaler hijau sejuk kot hahaha....takdak unsur politik naaa.. cat semua aku buat sendiri, senang..bukan susah sangat pun, klu semua pakai upah orang lari la bajet.
grill ngan awning ni aku buat kat kedai di Pauh, aku pun kawan pejabat yg rekemenkan. Kira ok la harga ngan kualiti kerja, sebab aku pi tgok dulu kualiti dia buat kat rumah memba aku ni. Setakat la memang puas hati, limpa, jantung dan rektum la....
Cat dalam rumah pun ada lagi ruang aku tak bubuh sebab nak tunggu habih buat wiring dengan kabinet dapoq, lepaih tu baru aku start cat balik dan ejas mana-mana cat yang agak tak elok. Bukan apa satgi tak pasai2 nak kna buat 2 kali kerja sebab nak buat wiring ngan pasang kabinet dapoq kna tebuk dinding nak buat plag.
Kos buat grill dan awning siap pasang lebih kurang Rm 3000 la jgak. Pintu belakang aku suruh dia buat pintu besi teruih sebab pintu lama aku dah terkopak dok kena panaih ngan hujan, siap kena makan ngan anai2 lagi. Buat pintu besi senang, tahan pun tahan, kalau anai2 nak patah gigi, ble la try tgok tokak pintu tu.
Ni barang2 elektrik untuk dipasang dalam rumah spt kipas, lampu down light, hud dan dapoq,cermin dan penyangkut untuk dipasang di bilik ayaq dan macam2 lagi la. Kat belah utara ni barang2 elektrik ni termasuk la memba2 aku pakat pi beli kat Kg Kelubi, Jitra. Harga dia mmg murah tambah2 kalau pi bli dalam kuantiti yg banyak ble dapat diskaun. Nama kedai dia Acfirst Lighting Centre, kedai ni bukan saja ada jual lampu ja, jubin, peralatan bilik ayaq pun ada dia jual. Kan hari tu banjir besaq kat Jitra, banyak la perkakas depa tenggelam dgan ayaq bah, depa buat lelong setengah rega barang2 letrik dan barang2 lain, bukan rosak pun balik rumah cuci sikit selut yg lekat kat barangan tu ok la, aku dan jugak sambaq dua bijik lampu gantung.
Cat di grill selalunya orang dok cat kaler silver tapi aku saja cat kaler putih sebab kaler tu nampak matching dengan kaler hijau yg aku cat kat dinding tu.
Awning belakang rumah buat siap2 nti kalau2 ada rezeki lebih, nak extend belakang teruih penaik bata ja. Kat bahagian depan aku tak boh lagi awning, aku buat kat bahagian belakang dulu sebab matahari petang betoi2 jatuh belah belakang, nanti panaih plak dalam rumah. Tgok habih tertanggal cat belakang rumah sebab dok selalu kna panaih ngan hujan. Lantai bahagian belakang ngan bahagian porch depan aku nak perata ngan simen, aku suruh abah aku ja buat, aku tolong2 la sikit.

Friday, December 24, 2010

My Bestday

12 Disember 2010 genaplah umoq ku yg ke 28 (alamak lg 2 taun dah nak masuk 30 an) syukur alhamdulilah dengan rezeki kurniaaNya yg membolehkan aku kecapi kebahagiaan sehingga umur ini. Kami calebrate kat tmpat kesukaan wife aku, apalagi Pizza Hut la, memandangkan makanan aku disapu oleh si Qazrin, aku dgan penuh kanibalnya ingin memakan beliau plak sebab merampas makanan aku tanpa surat menyurat.
Qazrin la ni pun dah semakin membesaq, taun depan dah nak masuk 2 taun dah. Perangai dia tu la ni aku tengok makin cengei (garang), tak tau la ikut sapa ni, rasanya bukan ikut aku sebab aku ni seorang yg ramah tamah dan lemah lembut., Ni musti ikut perangai ibu dia ni, sebab wife aku dulu penah belakon senagai tebuan jadian hahahahaha.. (hepi besday untuk diriku sendiri)

Sunday, December 19, 2010

Langkawi lagi

Gambaq ni kalau diibaratkan makanan dah lama basi dah, bulan 10 aritu cerita nih. Tapi sebab laptop dimasuki virus e-coli saiz D cup jadi hari ni bru leh upload gambaq dalam blog. Masa ni aku kna jadi babysitter sebab kna ikut rombongan kelas wife aku pi lawatan di pulau langkawi. Wife aku takdan sgat nak mgasuh sebab terikat dgan aktiviti dan tugas yg dia kna buat, jadi aku dengan berbesar hati, limpa, serta rektum sudi menjadi pengasuh separuh masa.Masa ni baru sampai kat Makam Mahsuri, eksyen kat pintu masuk sebelum berkejaran bersama hero Tamil yg berbaju merah tersebut kat dalam pulak satgi.
Haahahahaha...wife aku w'pun pakai kasut tumit tinggi, tapi tak dapat menyamai ketinggian laki dia yg segak bergaya ini. Gambaq kat depan rumah Mahsuri
Lepas tu kami langsung ke Kereta Kabel, tapi tak naik pun sebab dah agak petang dan ramai yg masih beratuq nak bli tiket. Aku amik keputusan kami pusing2 ja sekitar kawasan tu sambil minum sirap dan makan papadom perasa hidung itik. Tgok heroku mata dah stim, musti ngantuk sebab berjalan banyak sangat.
Ni bergambaq kat Beras Terbakaq, seingat aku masa aku mai sini kecik2 dulu kawasan Beraih yg kna bakar ni tak berpagar, kita boleh dengan selamba badak ayaq nak ambik banyak mana pun beraih yg terbakaq tu. Tapi la ni kawasan tu depa dah buat pagar dah, rasanya takut tingalan2 beras yg terbakar tu habih org kutip nti takdak plak org nak mai tgok.
Kami menginap di Pantai Chenang, jadi pagi2 lpas sarap main ayaq laut ngan pasiaq la. Harap para pembaca tidak meniru aksi tidak senonoh dua beranak ini di khalayak umum dimana mereka telah melepaskan kentut yg agak melugai sambil kaver korek pasiaq kununnya.
Masuk dalam Underwaterworld Langkawi heroku sempat mengepau aku sebutir belon untuk digunakan megorek hidung beliau seperti aksi di atas. Apa ni Qazrin malu babah tauu...
Qazrin membuat aksi kuda laut walhal menatang yg berada dalam kandang tersebut adalah burung merak di Langkawi Wildlife Park Ji Sung...aik mai mana nama player MU mata sepet nih..tu la taip laju sangat sampai terpaksa menggunakan hidung...kan dah salah taip. Seb baik tak pi Lorong Haji Taib.
Pejam celik, pejam celik dah sampai masanya kami bertolak balik ke Kedah dengan poketku yg agak rabak sebab kunjungan biniku ke Idaman Suri kerisauan suami....utk membeli set pinggan mangkuk beserta coklat yg diborong heroku huhuhuhu.....tgok depa dua ceria tak sangga, aku takdak dalam gambaq sebab dok pujuk hati yg bergelora ini bersama gadis2 manis, bukan apa sebab dok pikiaq jenuh nak berangkut barangan tersebut pabila sampai jeti kola kedah nti.