Jangan Clik

Friday, December 24, 2021

Nissan Serena

 


Akhirnya dapat jugak beli keta besaq sikit dari Grand Livina setelah penat berjimat cermat dan ikat perut kihkihkih... 🀭🀭🀭

Sebenaqnya takdak istilah ikat perut pun, selalunya alasan tu org bg supaya nampak beradap dlm bercakap.. merendah org kata, sebagai contoh bila org puji kita nampak kurus, takkan kita nak jawab "mmg aku kurus pun mana penah tembun" kan nampak cam eksyen plak kan, jd kita kena la jawab "eh taklah, baju ni kot yg buat nampak kurus". 

Macam tu jugak bila org kata "eh ang beli keta mahal2 ni sahih bulan2 kena bayaq beribu", takkan nak jawab "eh takdak hal la, keta ni aku bayaq seribu lebih ja, gaji aku rm 8k kot tak terkesan pun", tak ka bunyi macam menyombong kan, jadi selalunya kita jawab "bole tahan la, sampai terpaksa berjimat cermat ikat perut gak la nak bulih pun hehehehe..". Tak la nampak eksyen sangat wpun bayaran bulanan tu tak la membuatkan beliau sampai berjimat cermat ikat perut tambah2 kalau dlm keluarga tu banyak mulut nak kena isi. Bila dia membuat komitmen hutang tentu-tentulah dia dah calculate berapa perbelanjaan bulanan dan keperluan lain bagi cukup dulu baru bole buat hutang lain. Jadi jangan la ambik ayat org tu buat serius macam dia desperate ikat perut betul2 sebab berhutang beli aset2 keperluan tu sebab selagi dia tak pi ketuk pintu rumah org len mintak duit berutang nak beli beras tu kira ekonomi dia stabil lg la kan. Kadang2 org yg ambik serius ayat tu bukan apa, sebab dalam hati timbulnya unsur iri hati, cemburu.. sepatutnya kalau kita nak bahagia, kita kena tanamkan perasaan gembira bila tengok org sekeliling kita mampu pakai lebih pada kita, tu rezeki dia, ni rezeki kita, kalau ada rasa iri hati pun simpan2 dalam diri kita sudahla, takyah nak canang2 dekat org lain. Malu kat orang πŸ˜‚πŸ˜‚..

Setelah hampir 8 tahun Nissan Grand Livina aku berbakti akhirnya beliau digantikan dengan kenderaan yang besaq sedikit seiiring dengan pertambahan umoq anak2 aku yg makin membesar dan lebih selesa la sikit duduk dalam keta yg lebih privasi sbb keta Serena ni seat dia sorang satu, lagi satu dah banyak teknologi automotive yg dah ditambah baik sepanjang 8 taun ni di ruangan enjin mahupun ruang rekaan dalaman dgan enjin hybrid yg ternyata menjimatkan minyak perkilometer dan teknologi keselamatan dan ruang interior dalaman keta, ada tempat caj bateri USB  di setiap seat driver dan juga penumpang sbb la kan zaman teknologi digital semua dah ada smartphone sendiri jd benda tu dah macam keperluan ,ada meja makan lipat macam dalam kapal terbang (sebab anak2 aku suka makan dalam keta), punat kawalan dan lubang aircond ada di area penumpang jd takdala anak2 aku berebut nak dok seat tengah cam dulu sbb berebut pakat nak kena aircond, ada display monitor yg bole main macam2 video, ada waze sbb aku dulu kena bukak ikut henpon, tempat sangkut ada di semua seat, tempat letak botoi ayaq ada banyak di setiap seat, tempat isi minyak yg cup less, ruang bonet belakang yg besaq dan yang penting luas dan selesa dari kereta lama dan aku mmg ambik kira segala aspek ni sebab bagi aku keta Serena ni mmg famili car yg terbaik dari segala hal. 

Dan macam aku cakap sebelum ni setiap apa yang aku buat, apa yang aku beli adalah untuk keselesaan keluarga aku, sebab itu tanggungjawab utama setiap ketua keluarga untuk memberi keselesaan, kebahagian, keselamatan pada semua ahli keluarga supaya anak2 aku dapat sesuatu yang lebih baik dari zaman kanak2 babah dan ibu mereka dulu, itu sahaja.Kegembiraan anak2 adalah kebahagian bagi kami berdua kerana impian dan kesederhanaan setiap orang tu berbeza, cubalah gapai selagi berkesempatan kerana mati itu pasti, takut takdan merasa dah dijemput illahi. Nak beli barang2 hobi yg dah lama idam, belilah kalau mampu, kalau nak travel waima ke Galapagos sekali pun pi lah selagi berkemampuan, nak beli baju, seluar, handbag cantik, mahal2 belilah kalau berkenan, nak pakai kereta mewah, besar belilah ikut kemampuan, nak beli rumah besaq, bertingkat2 ,dua tiga biji belilah selagi mampu sebab kebahagian setiap orang berbeza, ia tak salah selagi tak menyusahkan orang lain, janganlah selalu pergunakan ayat "kalau", ishh...aku beli kereta hutang banyak ni ''kalau'' pencen nanti jenuh nak bayaq, jangan nak tunggu pencen, takut takdan pencen ajal menjemput awai ka, diuji kesihatan yg teruk ka, takdan nak merasa dah, beli rumah bertingkat2 ni "kalau" aku tua sakit lutut jenuh nak naik tangga, kalau sakit lutut tak larat naik tangga dok ja la kat bilik bawah, jika takdak sapa nak bersihkan tingkat atas, upah ja la cleaner gaji harian, sebab ramai pertikai beli rumah besaq2, bertingkat2 nanti tua tinggai berdua ja sebab anak2 dah besaq ada life sendiri, pastu kalau depa balik jengok kita, berkumpul keluarga takkan nak suruh semua tidoq kat ruang tamu? kat homestay? pacak khemah? kurang2 dah ada bilik utk setiap family, aurat anak menantu kena jaga jugak, balik berkumpul keluarga tapi tidoq kat homestay, kat hotel, pacak khemah, baik takyah berkumpul sebab tu org beli rumah bertingkat, bilik banyak dan pakai kereta besaq ni masa anak2 tengah membesaq sebab masing2 nak privasi sendiri dan yg utama adalah selesa dari kehidupan masa lalu ibu dan babah dia lalui yg nak berjalan dalam rumah pun berselisih punggung. Ingatlah apa yang org lain cuba gapai impiannya adalah tak salah, yang salah apabila kita asyik pertikai impian dia kerana tak menurut pendapat kita dan meraikan pulak perbezaan tersebut dan ianya adalah salah untuk kita memaksa orang lain ikut cara kita kerana pencapaian setiap orang tak sama. 

Welcome to my family Serena.







Saturday, December 11, 2021

Mengimbau Shah Alam suatu ketika dulu

Dua tiga hari lepas ada la memba2 aku dalam Group Uitm Shah Alam upload gambaq2 lama Medan Selera Seksyen 2 yang kini telah bertukar wajah. Bagi student2 Uitm, Unisel, Poli yang stadi pada era ni Medan Selera Seksyen 2 ni merupakan port wajib untuk lepak2 makan sambil mengorat siswi2 yang ramai kat sini. Selain makan kawasan deretan rumah kedai kat sini jugak destinasi popular para pelajar sebab kat sini dulu bercambah kedai alat tulis, kedai cetak dan juga cyber cafe selain gerai2 yang jual makanan yang ada pelbagai pilihan dan sangat terjangkau dengan kantung kocek para pelajar.
Antara Kedai yang agak popular di kalangan para pelajar kat sini adalah kedai Fradoo Abc yang menyediakan juadah hidangan ais kacang yang pelbagai jenis dan juga minum-minuman . Selain itu kedai Nasi Goreng Daging Merah Rm 3.00 atau nasi goreng student antara juadah yang agak marhein bagi para graduan sebab murah dan sedap, kadang2 sampai beratoq kalau nak beli bungkus kat kedai ni.
Selain menjadi destinasi para pelajar bersarapan pagi, tengahari , makan petang atau malam, kadang2 medan selera di sini jugak menjadi port para pelajar untuk buat tugasan berkumpulan atau stadi group, takpun jadi tempat dating bagi student yang takdak kenderaan sendiri sebab lokasi yang dekat dengan kolej kediaman dan mudah dicari ( aku jarang mai dating sini sebab segan, ramai sangat memba2 yang kenai, aku selalu pi port yang tak ramai student baru best nak sembang lama2)
Bangunan yang kelihatan di sebelah kanan tu merupakan Kolej Jati yang kini dah dirobohkan untuk dibuat pelan pembangunan yang baru, bangunan yang sebelah kiri tu merupakan Kolej Kediaman Meranti. Hampa nampak dak pondok2 telefon tu nampak lenggang kan pada waktu siang, tapi dia akan bertukar wajah sangat meriah bila tiba waktu malam dengan penuh mamat2 siswa dok bergayut ngan makwe, sapa yang pi lewat pakai harus la nak guna, jenuh tunggu berejam puak2 ni bergayut, sembang apa taktau hahahaha....
Antara insiden yang sering terjadi dan acapkali terjadi di sini adalah seperti adegan karikatur kat atas, ambik lauk dulu pastu timbun ngan nasi letak teloq ja, pastu bila pi bayaq harga hanya nasik dan teloq tapi bawah nasik tu bertimbun lauk2  lain hahahaha.... wpun kita tau perkara ni tak elok diamalkan tapi ada jugak para pelajar yang putus duit belanja pada masa tu terpaksa buat macamni demi survivor hidup sebagai pelajar di perantauan. Sebab aku masih ingat kak cashier tu dia kuis2 nasik aku masa nak bayaq, aku tanya la pasai apa, dia kata kerap student dok buat kambus lauk ni tu yg dia teliti tu, takut atas lauk teloq , bawah lauk ayam,udang, sotong hahahaha... tu depa tak tengok lagi ada student masuk pasaraya, ambik roti sambil jalan2 tgok barang2 lain dia mentekedarah 3 bijik roti sampai habih, bila sampai di kaunter dia bayaq harga pewangi ketiak ja jilaka patut la benak mengaji dok buat benda2 haram hahahaha....


Nasib baik la ada jugak kelibat Motor Yamaha 125 ZR aku terenterframe masa zaman stadi dulu, ada jugak la bole buat kenangan bersama2 beliau yang banyak bersusah payah membantu aku ke mana2 destinasi yang dituju sepantas tenuk himalaya lagaknya masa stadi dulu hahaha.. foto ni kami ambik di kawasan perumahan elit berhadapan pintu masuk Uitm Seksyen 2 yang masa ni tak banyak rumah2 mewah didirikan dan terdapat banyak port2 lapang untuk bergambar dan lepak. Bila di ingat2 balik dah nak dekat 20 tahun aku meninggalkan zaman stadi di Uitm, bila tengok gambaq2 lama rindu plak waktu  susah senang dengan memba2, struggle belajaq, struggle uruskan hubungan ngan kawan2, struggle uruskan kewangan sendiri dan macam2 lagi la. 

https://www.facebook.com/211591442051/posts/10160025410907052/

Bila teringat ttg uruskan kewangan ni aku teringat ada satu kisah ttg kawan kepada kawan aku, masa tu kalau tak salah aku di sem 2, ye la masa ni ada student yg bergantung sepenuhnya duit belajaq dari mak pak, PTPTN dan ada jugak student yg rajin cari duit sendiri, dan aktiviti cari duit belanja sendiri zaman stadi ni tak lain dan bukan adalah terjebak MLM (Multi Level Marketing) macam kes kat link di atas yg banyak disasarkan kepada golongan pelajar sebab apa? sebab student dapat PTPTN dan mudah terpengaruh serta kenalan dari kalangan pelajar yang ramai. Jadi si polan ni penah la cuba meracun aku untuk join skim ni tapi aku tak masuk sebab aku takdak duit (duit yg ada pun cukup buat belanja ja) hahaha..lagipun aku mana reti nak pujuk2 org ni, jadi setelah dia tak berjaya kelepet aku, dia beralih arah ke memba2 aku yang lain, tapi dalam masa yang sama aku try la bertanyakan kawan2 yg penah join ttg skim ni dan jugak baca mengenainya di internet, jadi dgan pengetahuan aku yang sedikit ni aku ada la bincang benda2 ni ngan kawan2 aku yang lain berkaitan skim MLM ni. Jadi ramai jugak kawan2 yang tak join, dan perkabaran ni sampai kat si polan tu, apalagi macam2 dia hamun aku, kata virus la, hasut kawan2 lain tak masuk la, kata aku hensem la (eh...ni bukan...ni saja aku tambah hahahaha..), aku terang la kat dia, aku cuma habaq ja ilmu yg sedikit tu kat depa, suruh join pun dak, larang pun dak, semua dah besaq panjang terpulang kat depa la nak join ka dak, (dia marah la sebab prospek2 yg mungkin bagi keuntungan kat dia tak join tu yg hangin tu). Lepas dari tu dia terus kata putus kawan dgan aku hahaha...mampoih pi kat ang la, bukan aku yg cari ang, ang yg mai cari aku..apa punya toya mat amin la hahaha...semenjak dari tu apa2 perkabaran pun aku dah tak dengaq dari dia.
Tak lama lepastu aku dengaq skim tu pun mula luupp... pastu nak dekat sem 6 kalau tak salah, dia ada mai rumah sewa aku, kata nak jumpa memba aku , dia sua tangan kat aku tapi aku macam biasa la, org nak buat baik kita balas baik la, dia sua tangan salam aku salam balik, dia sembang aku sembang tapi kalau nak macam dulu mungkin dak kot, sekupang aku tak tanya pasai bisnes MLM dia tu sbb bagi aku tu dia punya hal. Alih2 memba aku mai habaq kat aku si polan tu dok bercerita kat org len yg aku macam tak berapa mau kawan ngan dia, buat tak layan dia hahaha...yg dia tanya aku, aku jawab, dia tegoq aku balaih tu kira ok la, takkan aku nak peluk cium plak satgi org pakat kata aku gay tegar tak pasai2 ja hahaha...jenis org macam ni aku masak sangat, jenis play victim , buat macam aku yg buat salah ngan dia, bukan dia yg buat salah, dia yg putus kawan ngan aku, dok kata kita yg putus kawan ngan dia, pastu habih canang kat memba2 lain yg dia tak salah aku yg salah hahaha...jenis org, masa dia putus kawan ngan aku tu apa pun aku tak cerita, aku buat hal aku ja, mai tang dia habih jaja cerita versi dia rata ritin, tang kita nampak salah tang dia buat2 tak nampak, ikut suka ang la, ang bole muhong org tapi bukan ngan Allah. Tak lama lepas grad, bila masing2 dah berkerjaya dan berkeluarga dia penah nak add aku kat pesbuk, bila aku cek pesbuk beliau banyak dok post2 luahan benda2 negatif ni aku ignore ja, sebab satgi tak pasai2 dia korek cerita2 kita dari pesbuk pastu dok tulih benda2 negatif macam nak perli kita plak, malas aku campoq dengan org jenis ni, buat penin sereblum, serebrum ngan medula oblongata aku ja hahahaha.., Ada dia luah kat memba aku kata aku block no dia kat wasap sebab tak naik status aku, aku bukan kata nak blok.. butang unfriend pun aku tak penah kenai πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ dah aku tak save no dia mmg tak naik la status wasap, lagipun aku bukan jenis update 2,3 status hari2, seminggu sekali pun payah ...apa la, tu pun nak kena ajaq ka hahaha... Habuan la sapa suruh ang unfriend (putus kawan) ngan aku dulu, dia yg buang diri dia sendiri dok tuduh org yg buang dia , kalau dulu sembang elok2 awatnya, benda bulih setel hahahaha... Ghapla jinga betoi. 
Ok berbalik pada tujuan utama ni lepas merapu meraban tadi ni aku selitkan gambaq terkini suasana Medan Selera Seksyen 2 yang telah berubah wajah menjadi semakin cantik dan moden, siap ada KFC lagi. Dulu2 kalau balik naik bas tak kira la dari Hentian Pudu ka atau Hentian Bas Seksyen 17 Shah Alam mesti akan turun kat sini sebab kat sini senang nak cari kenderaan awam balik ke rumah sewa atau kolej kediaman. Gambar ehsan Google.
Ni lagi satu port wajib diketahui para graduan yang merantau dari negeri lain, Terminal Bas Ekspres Seksyen 17, tempat para pelajar sampai dari kampung atau tempat para pelajar berkumpul balik ke kampung halaman masing2. Tapi zaman aku dulu takdak tempat menunggu berbumbung macam tu, banyak tempat berpokok ja, aku kalau bas lambat lagi selalu lepak kat Medan Selera bersebelahan terminal bas ni, makan2 sampai kenyang naik atas bas bulih lena hahahaha...Tapi terminal bas ni pun dah berubah wajah dah, la dah jadi terminal yang lagi moden dan cantik sesuai la dengan taraf bandaraya Shah Alam. Dan akhir sekali UiTM tetap Di Hatiku.



Friday, November 12, 2021

Super 7 Ultimate Thundercats Wave 3 Slithe Unboxing


 Akhirnya selepas setahun aku pre order online mendarat jugak action figure dari Super 7 ini iaitu figure Thundercats Slithe. Sebenarnya agak lambat figure ni nak sampai sebab terjadinya pandemik Covid 19 menyebabkan kilang di China terpaksa tutup seketika sbb tu banyak penghantaran figure2 tertangguh. Kalau ikutkan untuk figure Thundercats Wave 3 ni aku beli 2 figure si Slithe ni ngan Chetara, tetapi Chetara dimaklumkan ada sedikit masalah di bahagian produk dan supplier memaklumkan akan delivery figure Chetara berasingan nanti.

Kalau ikutkan banyak figure Thundercats yang aku dah Pre order tapi disebabkan masalah di pihak pengeluar menyebabkan figure wave 3 sampai dulu berbanding wave 2, untuk wave 2 aku order figure Mumm Raa Evil Living ngan Tygra. Wave 4  figure Monkian dan ada figure lain yang aku order iaitu figure Silverhawk dan last aku order adalah Thundertanks untuk melengkapkan puak2 Third Earth Thundercats kat bilik koleksi aku.

Jadi hampa layan dulu la video unboxing aku buat tu dan jangan lupa subscribe ye gais.

Demi tuntutan kerja, inilah nasib anak-anak


 



Kejadian-kejadian seperti di atas bukan pertama kali berlaku di Msia, selain berita2 di atas ada lagi kes kemalangan yang melibatkan kematian anak2 di bawah jagaan taska atau pusat transit, akibat kecuaian yang sedikit, nyawa anak2 yg tak berdosa menjadi taruhan. Sebelum ini penah ada berita beberapa murid taska mati lemas sebab van yang dinaiki mengelongsor masuk kolam kumbahan akibat pemandu lupa menarik handbreak, ada yang pemandu pusat asuhan terlupa anak asuhan yang ditinggalkan selama 3 jam dalam kereta dan menemui ajal serta banyak lagi la kes2 sebegini berlaku.

Apa yang aku boleh katakan walau macamana kita elak dari perkara ni berlaku tapi kalau dah ajal tak bole buat apa, benda dah nak jadi, takziah pada keluarga2 mangsa. Tetapi sebagai ibu bapa aku cukup ralat bila anak kita meninggal disebabkan kecuaian pihak lain jadi utk elakkan perkara tu berlaku aku dan wife sebagai ibu bapa cuba sebaik mungkin menjalankan tanggungjawab menguruskan persekolahan anak2 sendiri, hantaq dan ambik dari sekolah aku dan wife buat sendiri wpun kadang2 aku terpaksa 2 kali pi sekolah sebab adik dan abang2 dia kena sesi yang berlainan. Ada aku penah saksikan van transit di sekolah anak aku mai ambik murid2, van takdan nak berenti lagi tapi budak2 pakat dok kerumun dah, aku cukup risau sebab ada antara depa tu murid2 darjah 1 fizikal kecik2 lagi takut pemandu tak perasan ja. Alhamdulillah anak2 aku kalau aku pesan tunggu kat mana2 tempat yg selamat depa akan tunggu situ, cuma anak no 2 aku ja jarang tunggu kat tempat aku suruh tunggu sbb dia dok main bola ngan memba2 dia kat koridor hahaha..yg tu lain sikit. Macam tu jugak masa time hantaq depa pi mengaji sbb aku penah tengok budak2 habih mengaji dok main kat tengah jalan wpun jalan taman tapi seriau kot ada moto atau keta laju ja, nasib anak2, aku suruh tunggu dlm rumah sampai aku mai, bila ada abang dia harap la sikit tengok adik2 tu. Aku masa mula2 ditugaskan ke jabatan baru tu risau gak pasai ambik anak ni sbb dengaq kata opis baru aku tu peraturan keluar masuk tu ketat sikit, tapi aku buat taktau ja, janji aku bole pi ambik dan hantaq anak aku sendiri, apa nak jadi jadilah, nak bg markah prestasi sikit pun bagilah sbb aku bukan nak ligan pangkat dah pun mai umoq2 camni, janji aku bole spend masa ngan family aku sudah. Sebab perkejaan bole bertukar ganti tapi keluarga tiada galang ganti.

Sebenarnya isu pusat asuhan transit ni ramai ibu bapa yang terpaksa ambil adalah disebabkan tuntutan kerja kedua2 ibu bapa, ada yg tempat kerja jauh yang tak sempat uruskan anak2, ada yg ibu bapa kerja negeri lain takpun ada yang menghadiri kursus dan macam2 lagilah menyebabkan pusat transit ni tumbuh bagai cendawan terutama di bandar2 besar sebab  sekolah yang jarak 10 km pun masa jadi 1 jam sebab jem. Tapi itulah bila terjadi sedikit kecuaian dari penjaga, pemandu pusat transit inilah akibatnya, harga yang dibayar cukup tinggi iaitu nyawa anak2. Aku dulu pun masa sekolah penah naik van sekolah sebab jarak sekolah yang jauh ( masa aku sekolah di Kedah) tapi pemandu van (Arwah Pak Mid) baguih orgnya, dia turun bukak pintu van dan pastikan aku masuk dalam perkarangan rumah baru dia jalan pi hantaq budak2 lain.Sebab tu bila wife aku dapat tukar perlis aku dah bertekad takmau mintak kenaikan pangkat dah sebab aku paham bila naik pangkat konfom kita akan berpindah keluar (kecuali yg bernasib baik ada kekosongan di tempat sendiri) sbb bagi aku pangkat, wang bole dicari tapi kebahagian bersama anak2 dan luangkan masa dgan keluarga lebih penting dari segalanya. 

Friday, November 5, 2021

Pengorbanan ibu bapa terhadap anak2


 MAID (sinopsis) 

Siri terbaru di Netflix yang diinspirasikan dari New York Times Best Selling Memoir oleh Stephanie Land. Mengisahkan Alex Russell yang lari dari partnernya, Sean dengan membawa sekali anak mereka yang berusia 3 tahun.

Sean ada masalah rage dan drinking issue. Saya kira ramai wanita di luar sana dapat rasakan emosi Alex. Keseorangan dan cuba sedaya upaya untuk survive. Beberapa isu yang relevan dalam masyarakat kita; domestic abuse dan bagaimana masyarakat melihat emotional abuse ini tidak seserius physical abuse. 

"They bark before they bite"

"They throw things near you before they throw at you"

Line ini seolah satu tamparan kepada Alex. Dan juga kepada wanita2 diluar sana.Bagaimana lelaki memanipulasi emosi wanita.Bagaimana Alex seolah -olah nak menyerah kalah dan merasakan tindakan dia adalah salah. Kerana Sean, seorang ayah yang baik. Anaknya, Maddy sangat attach dengan Sean.

Saya sangat kagum dengan support yang ditunjukkan dari kerajaan. Setempat. One stop center. Pekerjaan, tempat tinggal, kupon makanan dan sebagainya.

Di situ Alex mendapat peluang untuk menjadi maid. Dan mereka juga ada shelter untuk wanita yang mengalami domestic abuse. A nice place. 

Saya baru berpeluang menonton 3 episod dan saya sangat sukakan ekspresi Alex. Saya juga seorang ibu tunggal (a widow) dan ekspresi Alex yang 'hilang dalam ramai', kekecewaan, ketakutan, kerisauan dan...semangatnya sangat relatable. 

We will fight for our kids, right Alex?

Ni antara series yg aku layan kat Netflix dari episod pertama sampai akhir. Sangat menginspirasikan ttg bagaimana kasihnya seorang ibu pada anak yg berjuang supaya kehidupan anak dia lebih baik dan bahagia berbanding kehidupan dia masa kecik. Itu adalah tanggungjawab utama ibu bapa, memberi kebahagian dan keselesaan pada anak2 supaya lebih baik dari kehidupan di masa silam mereka. 

Ada satu part tu bila Alex yg mengambil upah mencuci rumah org kaya, apabila dia masuk bilik anak2 di rumah tu dia terpesona dgan hiasan ruang yg sangat cantik sampai dia terbayang dia dan anak dia bermain dengan riang gembira dlm bilik tu dgan eksperesi muka anak dia yg sangat bahagia. Apa yg aku nampak, beliau juga ingin memberikan kebahagiaan dan keselesaan pada anak dia wpun dia tahu dia hanya mampu berangan utk mengapai impian tersebut kerana reality is hard. 

Alex juga mempunyai impian, ingin sambung stadi dan dapat kehidupan yg lebih baik  tetapi beliau mempunyai masalah tersendiri, datang dari broken family yg ibu dia sering pindah randah, suami alkoholic dan kahwin muda. Tetapi akhirnya beliau dapat juga gapai impian sambung pelajaran ke kolej dan hidup bahagia dgan anak dia at last. 

Moral of the story adalah setiap org struggle berkayuh hidup demi sebuah kebahagian hakiki utk dicapai wpun masing2 mempunyai masalah tersendiri tetapi kemanisan itu tiada galang ganti. Ini adalah sebuah pengorbanan yg murni bg ibu bapa, abah dan pak mentua aku berkorban membanting tulang 4 kerat memilih menjadi nelayan dan pesawah seumur hidup demi memberikan pendidikan terbaik utk anak2 sbb mereka tak berpeluang mendapat semua itu dahulu dan berharap anak2 lah yg mampu mengubah dan menikmati kehidupan yg lebih baik dari mereka.  Berjuanglah demi keluarga, saudara mara, sahabat handai tanpa memutuskan rambut dan tak menyelerakan tepung. Seumpama seperti petikan di bawah. 


ORANG SOMBONG TIDAK AKAN BACA TULISAN INI.

Ada orang memilih utk hidup susah walaupun ada pilihan utk senang. Sanggup simpan duit puluhan ribu, makan ala kadar, adakala peha ayam seketul dikongsi berdua, baju baharu pun beli yang longgok RM10/sehelai, duduk di rumah dari muda sampai ke tua sebab sayang utk belanjakan duit die.. Takpe lah.. Dia bahagia cara dia.

Ada orang memilih utk bersederhana dalam perbelanjaan, pakai handbag longgok-longgok, adakala dah koyak, menggelupas pun guna lagi, beli baju pasar minggu, beli kasut asal boleh..rumah ada sofa buruk, dah rasa besi bila duduk tetapi setiap tahun spend duit beribu-ribu utk melancong, kenal negara orang..takpe lah.. 

Bahagia cara dia...

Ada orang memilih utk rasa nikmat kehidupan sementara sihat dan muda, pakai kereta mewah, melancong, sanggup beratur beli baju dan bag berjenama, tolong orang saat diperlukan, buat bisnes macam-macam.. Alhamdulillah dia bahagia cara dia..

Ada orang memilih utk rasa handbag jenama tapi beli masa offer, beli kereta oversea tapi second hand jelah, beli rumah selesa sikit, deko lawa-lawa, tapi duit dlm bank memang berapa sen jelah, melancong sekitar dalam negara sahaja.. Takpe lah dia bahagia cara dia..

Ada orang tak dapat memilih yang semua di atas kerana ujian hidup. Makan apa sahaja di depan mata, pakai apa sahaja yg diberikan orang, hidup dlm serba kekurangan tapi Alhamdulillah Allah berikan die nikmat Bahagia bersama keluarga tersayang. 

Golongan mana pun kita, pilihan yang mana pun hidup kita, BERSYUKUR LAH..

Tetapi jangan sesekali menghina orang lain dan jangan pernah merasa diri kita sahaja yg betul

Seperti pepatah melayu mengatakan ikut resmi padi

Semakin berisi semakin tunduk

😊😊😊😊😊

Bahagia itu percuma, nikmatilah ikut cara kita, jangan pernah iri hati dengan kebahagian org lain sbb org lain tak penah tau betapa kita struggle utk kecapi nikmat kebahagiaan tersebut. 

Friday, October 22, 2021

Filem Ali Setan dan USM (Universiti Sains Malaysia)

Penah dalam berborak ada yang kata "hang takpa la untung bole bini keja cikgu, bole la tumpang sikit2", tapi apa yang depa taktau adalah aku kenai bini aku pun dari dia bukan cikgu lagi pun. Masa kenai tu pun aku taktau yang dia nak keja apa dan aku nak keja apa pun tak tau lagi, macam2 perancangan hidup kami rancang bersama, berkorban bersama-sama, semua tu bergantung pada rezeki dan aturan yang Allah atoq siap2 utk para hambanya, cuma tunggu kita pilih ja jalan mana yang kita nak.

Selepas menamatkan pengajian diploma masing2 di UiTM Shah Alam memang kami terus isi borang SPA 8, ya la kami masing2 mai dari keluarga yang bukan di kalangan orang senang jadi habih2 mengaji tu terus la cari kerja untuk tampung hidup. Aku bernasib baik masa tu dapat kerja sambilan sebagai Helpdesk Assistant di Faber Mediserve sdn. bhd Hospital Tuanku Fauziah Kangar ganti salah seorang pekerja yang cuti bersalin 3 bulan sambil2 jual burger depan Stesen Bas Ekspress Bukit Lagi. Yang wife aku plak dapat la kerja sebagai kerani di Syarikat Insuran Great Eastern di Jalan Putra Aloq Staq, tapi bila aku pi hantaq dia kat opis tu, dia seram + takut sbb opis tu bertutup semua dan majoriti semua lelaki, ada sorang ja pompuan, teruih dia tak jadi pi keja situ tambahan nak kena naik moto ulang alik ambik surat di hq Great Eastern di Jalan Gangsa menyebabkan beliau berat hati nak terima job tu.

Pastu aku bagi cadangan kat beliau utk sambung stadi ke peringkat ijazah, tapi dia kata kena tanya mak ayah dia dulu sbb yg diploma ni pun tak dapat keja apatah lagi kalau sambung ijazah. Tapi aku cadang  suruh dia sambung ijazah pendidikan sebab masa aku keja kat Faber Mediserve ada sorang kawan aku tu habaq awek dia mengaji ijazah pendidikan (Pendidikan Khas) kat UKM, dan dia maklum lepas habih ijazah tu akan terus diserapkan jadi cikgu tetap sebab kekosongan guru pendidikan khas banyak tak ter isi tambahan wife aku memang minat bab2 mengajar ni. Apabila beliau bertanya dekat mak ayah dia, depa setuju ja janji dapat bantuan PTPTN sebab masa tu ayah dia kata kalau tak dapat bantuan PTPTN ni susahla sikit sebab dia dah tak beberapa sihat dah untuk cari pendapatan lain selain buat bendang. Aku pun pastikan kat wife aku mmg akan dapat bantuan pinjaman PTPTN tu pastu aku pun isi borang UPU kat beliau. Pilihan Pertama aku letak Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) di UKM , Pilihan Kedua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) di USM.

Alhamdulillah wife aku dapat yang pilihan kedua tu di USM, dekat la sikit ngan Kedah. Pastu aku bincang ngan beliau, teruskan belajar sampai genggam ijazah dan aku akan cuba mencari kerja yang lebih terjamin dan tetap untuk melanjutkan perancangan kami berdua ke peringkat seterusnya. Sebenaqnya masa wife aku stadi kat USM aku penah putus ngan beliau, banyak bulan gak tapi jodoh kami masih panjang dan kami rujuk balik (ewah cam kahwin plak) dan bertaut la sehingga sekarang. Sebab tu bila aku tengok Filem Ali Setan aku teringat balik kenang- kenangan saat aku bercinta ngan wife aku di USM P.Pinang, bahagia,sedih, kecewa, gembira, semua ada. Kami diijabkabulkan masa dia tinggal 1 tahun lagi pengajian, mmg lepas kahwin aku yang banyak tanggung beliau sebab masa tu aku dah dapat kerja tetap dan berpencen

Sebab bagi aku Filem Ali Setan arahan Tan Sri Jins Shamsudin ni mmg betoi2 menunjukkan liku-liku kehidupan seorang pelajar di IPT yang penuh suka duka. Alam percintaan , mengorat budak freshies, dapat awek kilang (sebab masa ni kat P.Pinang banyak kilang yang tak jauh dari USM) dan berkisar dari filem ni la ramai student masa tu berlumba2 nak masuk universiti sebab seronok tengok kehidupan para pelajar dalam mencapai cita2 untuk bergelar sarjana.

Alhamdullilah lepas habis belajar dapat la wife aku posting jadi cikgu di Sekolah Menengah Seberang Perak Alor Setar, Kedah sebelum dapat tukaq balik Perlis di Sek. Men. Arau dan akhirnya Sek. Men. Syed Hassan. dan dengan susah senang belajar ni la wife aku mampu bagi nafkah setiap bulan untuk balas balik pengorbanan org tua dia dulu dan bantu buat rumah kat org tua dia selepas rumah lama hampir rosak kerana dimakan anai2. Dan setiap apa yang wife aku buat beliau takkan lupa kat mak dia sebab berkongsi kegembiraan bersama adalah lebih manis bagi dia sementara mereka masih ada di dunia ni dan doa ibu bapa adalah pintu rezeki buat anak-anak.



 Gambar kenangan time wife aku konvo di USM pada 2008 sebelum posting jadi cikgu bulan Oktober 2008. Masa ni wife aku mengandung anak sulung dalam 3 bulan usia kandungan.

Tuesday, September 7, 2021

Buat Wainscoting dan pasang Diamond Mirror

 

Memandangkan ada banyak waktu terluang BDR dalam musim PKP ni... saja la layan permintaan wife aku buat wainscoting ngan diamond mirror, mula2 tu wainscoting  aku macam nak buat sendiri , bila hitung2 segala kos bahan nak buat wainscoting tu, kayu panel yg bercorak (ikut kaki keluasan dinding dan pattern), gergaji mata halus dgan tools, gam, silikon, dah nak dekat Rm 1k jugak kos dia. Yang cermin tu aku beli sendiri dekat shoppe harga dalam Rm 700 (ikut berapa kaki yang kita nak) alhamdulillah bila sampai takdak cermin yang pecah walupun hantaq melalui pos, memang terbaik dia punya packaging.Bila tengok harga kos bahan nak buat diy sendiri agak tinggi tambahan aku bukanlah mahir sangat bab2 bertukang ni, aku try solution lain, aku try bertanya beberapa tukang yang ada kat Perlis ni yang bole buat wainscoting ikut ukuran dan pattern yang aku nak. Setelah berbincang aku setuju ambik satu tukang ni yang bagi kos agak berpatutan termasuk barang2, termasuk pasang cermin diamond mirror tu harga dia bagi dalam Rm 1,050.00 ja, jadi dengan penuh eksyennya aku ambik perkhidmatan tukang tu ja buat sebab bila pikiaq2 balik dengan kos bahan kalau nak buat diy sendiri nak dekat Rm 1K tambahan kemahiran aku yang terhad macam tak berbaloi, kalau jd elok takpa, kalau hasilnya tak elok nanti dok menyesal tak sudah plak. sebenaqnya bole ja nak kurangkan kos, sebab panel kayu tu kebanyakan aku tengok yg diy sendiri ni depa ambik kayu yang takdak corak, ambik yang empat segi biasa ja, murah la sikit kos dia, tapi dah aku alang2 nak buat, baik ambik yang elok teruih, biaq puas hati.


Aku memang berpuas hati dengan perkhidmatan depa, buat ukuran semua pakai laser, kerja kemas, guna panel kayu bercorak yang berkualiti tinggi, kayu potong pakai mesin (potongan dia elok dan kemas), hasil kerja buat dengan teliti, sehari ja depa buat siap dengan cat sekali mmg puas hati. Cuma kerusi Wingchair tu ja aku lambat beli sikit sebab nak cari warna yang sesuai tak jumpa, alih2 terjumpa wingchair yang wife aku berkenan ngan warna dia kat kedai perabot pakistan kat Kangaq, apalagi sapu sepantas tenuk ja la hahaha.. bukan apa kalau tak bubuh wingchair nampak kosong kat situ. Jadi itu sajalah perkongsian untuk kali ni, harap2 dapat memberi manfaat dalam mendekorasi kediaman anda agar menjadi lebih menarik dan selesa.