Jangan Clik

Tuesday, April 14, 2009

Nostalgia Zaman Persekolahan 1995-1999

Bingkisan kali ini adalah berkisarkan tentang nostalgia zaman persekolahan aku dulu dari Tahun 1995 sehingga 1999 bersama geng2 seangkatan ketika bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, kangar, Perlis. Dalam sekolah aku dulu ada sungai ngan tali gantung, eh silap jambatan gantung la, tali gantung tu utk org yg kna hukuman mampos. Gambaq di atas diambil masa aku ngan kengkawan dalam Tingkatan 5 , ambik gambaq dekat ngan sungai dalam sekolah, dari kiri Munzir @ korea (sebab muka mcm cina sikit tu yg panggil korea), amir (la keja kat Puchong, jarang jumpa sebab famili dia dah pindah pi Kulim), aku yg berbakat , tot (la pindah dok Aloq Staq), Azri (la keja kat LHDN Jalan Duta KL) dan Nasir (la anak 2 dah kot, keja kat UKM, Bangi)
ni gambaq masa pekena aih sagat atau abc kat Sungai Batu Pahat lepas mandi manda, rasanya gambaq ni diambik masa kami dalam tingkatan 3. dari kiri duduk Farish yg berbadan besaq tu (la keja kat Maktab Perguruan Perlis), Eman (la Tutor kat Kolej Pengajian Tinggi dekat Batu 2 Jalan Kangar-Padang Besar), Amir yg berdiri sambil tunjuk gambaq awek impian dia Natalie Imbruglia, cuuiihh perasan, Am panjang di belakang (la keja Engineer kat Perlis Power Plant), mahadi yg dok depan (la sambung KPLI kat maktab Perguruan Cheras), Wan Bulu (la jadi cikgu di P.Pinang, anak nak masuk 3 dah kot, produktif sungguh hang no, dulu ceroi ja), aku yg yg dok depan bertopi biru muka kanyiaq lg wakakaka dan Apeng (la dok Kl anak 2 dah bila aku jumpa dia ari tu)

Masa ni kami berkumpul untuk jamuan hari raya aidilfitri anjuran MB Shahidan Kassim di Dewan Sivik Arau, sempena nak agihkan duit raya untuk para mahasiswa Perlis, masa ni kami baru masuk IPT duduk dari kiri eman (UITM), Yeh (UKM, anak baru sorang), Shapik (UITM, baru kawen), Akmal (Kolej Baitumal KL, la pun keja kat KL), aku yg sedang menunjukkan no cabutan bertuah yang hadiahnya sepinggan sate keldai import (UITM), mat shukoq @ bengali karpet (Maktab Perguruan IPDA, anak baru sorang la jadi cikgu kat P.Pinang), dan Reza (UITM la keja Kementerian Belia & Sukan kat Putrajaya).


masa ni baru selesai main sepak takraw masa cuti sebelum mengambil exam SPM, arg dok sibuk stadi kami dok sibuk main wakakaka dari kiri Munzir @ Korea, Amir, Tot, Azri, aku, Anuar (la sambung mengaji kat Kolej Perubatan Tanjung Rambutan, Perak ambik MA), eman (muka cam cokodok basi) dan Apit @ Karim (la jadi chef kat Damansara w'pun pada awalnya cita-citanya hendak menjado gigolo sepenuh masa.)

ni kononnya nak ambil gambaq untuk kaver album kami yg tak penah2 siap, dan kalau siap kami nak boh judul album kami Joget Hitam Manis wahwahwah... sebenaqnya kami ambik di hadapan Makmal Kimia di mana sebuah kelas yg kami selalu kena denda sebab keterorran kami masing masing dalam membuat onar di kelas ini, dari kiri Eman, Aku, Amir, Anuar dan Azri.

No comments:

Post a Comment