Jangan Clik

Monday, April 6, 2009

Majlis Cukoq Rambut & Kenduri Aqikah

Pada 19 mac 2009 keluarga mentua aku telah mengadakan majlis Cukoq Jamboi anak aku, mentua aku telah menjemput bidan kampung utk melakukan acara cukoq jamboi tersebut. Kelihatan Tok Bidan sedang main cak ngan anak aku, bukan apa nak ambik hati sebelum rambut anak aku kna cukoq. Tu Tok dia tgah nak bedung anak aku takut dia bergerak banyak, payah nak cukoq rambut nti.
Tgok anak aku dah saspen dah, apa benda tok dia ngan kroninya nak buat kat dia , sambil2 tu anak aku dok jeling kat aku ngan ibu dia, nak mintak tolong la tu, alalalala siannya nak kna cukoq rambut, botak licin la lpas ni haaahaahaa

hhihi sekben yg panjang kna cukoq dah, tu mata pejam bukan apa, geli la tu org cukoq pala dia,

haaa dah botak dah sebelah, satgi keseluruhan trambut tu abis licin la kna cukuq (aku takut tok bidan cari aku plak nak cukoq remoih aku, jangan.... tu remoih cari makan tu kukikukiukikuk

bila anak aku dah mula bergerak agak agresif, ni la ubat dia, susu botoi yang ditaja khas oleh tumit chekgu raman dari Burundi. Anak aku dapat nyam nyam susu lena la, snang cerita
(p/s:- tu tangan tok dia, bukan tangan aku, tangan aku lagi mulus dan gebu dari itu wahwahwahwah)

Pada 21 Mac 2009 aku mengadakan Kenduri Aqikah untuk anak lelaki aku di rumah mentua aku di Kerpan, Kedah. Kelihatan Pak Mentua aku a.k.a Supervisor Tapak sedang meninjau jikalau ada yang curi tulang atau daging kambin semasa menyediakan juadah, takut tak cukup utk tetamu, sebab tukang sedia juadah pun saiz tank depa ada la sama dgan saiz tank kubota, takut bekalan daging susut sebanyak 16 marhalah.

Ni kepala kambing mangsa Korban Kenduri Aqikah, memandangkan anak aku lahir di Perlis, kambing pun aku import dari Perlis. Tu kepala kambin kena balut dengan urat dan perut utk direbuih, org tua2 kata kalu makan daging kepala kambing akan...... kenyang wakakakak, aku tak makan kambin sebab ada darah tinggi, org pun tinggi darah pun tinggi jgak la.

Ni senyuman manis isteriku kerana telah berjaya memakai baju yang beliau tidak boleh pakai selama 9 bulan, bila bole pakai baju tu, macam tenuk dapat pizza la jawabnya, khenyih sehingga mencapai keluasan 28 cm per segi.

Para tetamu yg mengambil kesempatan merehatkan diri selepas temolok pakat diisi, ataupun pening sebab kna penangan daging kambin baka Somalia, aik.. ibunda aku pun turut serta

Tengok... org kalut tolong kenduri, anak menakan aku ni dan lagi layan PS 2, tak guno, jgan ingat hangpa semua dapat tewaskan pak cik korang yang kacak dan berbakat ni, sebab pak cik adalah adiwira dalam bidang game PS 2 ni huahuahuhauhua gelak org kaya huahuhauhaua...
Ni doa selamat yang dipimpin oleh Chu belah wive aku sebelum kenduri dimulakan untuk minta berkat dan selamat untuk cucu menakan beliau.Antara para tetamu yang hadir terdiri dari sanak saudara dan org2 kampung di Kg. Pida 8 Ayer Hitam, Kerpan , Kedah.

Dari kiri adik aku, Apis, Pipi (sepupu) dan abangnya Allahyarham Alip juga sepupu aku yang mai dari Perlis tgah menjamu selera untuk pinggan yg ke 8. lahapnya hangpa nih kalah nafsu makan tenuk jantan himalaya...

Ni antara rakan opismate aku yg hadir dari kanan fairuz bahadur gurung dari pedalaman nepal dan Azaharil a.k.a pak toin dari Persatuan sumo kepulauan Samoa wahakwahakwahak.. terima kasut eh silap terima kasih kepada semua yang melapangkan diri dan sudi hadir ke majlis Kenduri Aqikah anak aku. Wasalam....

No comments:

Post a Comment