Jangan Clik

Monday, August 17, 2009

Kejohanan Futsal Jabatan

Hari Sabtu aritu kami, warga Ibu Pejabat Bomba & Penyelamat Perlis ada menyertai Kejohanan Futsal Anjuran Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Perlis bertempat di Thadza Futsal Centre (dekat dengan Satdium Utama Negeri Kangar, Perlih). Ada 7 pasukan menyertainya, 1 dari Ibu Pejabat Bomba Perlis iaitu pasukan kami yang segak-segak, tampan bergaya seperti gambaq di atas, 3 pasukan dari Balai Bomba & Penyelamat kangar, 2 Pasukan dari Balai Bomba & Penyelamat Padang Besar dan 1 pasukan dari balai Bomba & Penyelamat Arau. Target utama pasukan kami cuma nak sampai semi final ja alih2 rezeki kami buleh masuk final, kira ok la w'pun yg main semua cakkoliaq ja. Gambar pemain pasukan Ibu Pejabat Bomba & Penyelamat Perlih di atas berdiri dari kiri, aku (kaka), Abu Hassan (Alexender Freeman) penjaring ke 2 terbanyak kejohanan, Bakar (Peter Shecmichel) pemain veteran terbaik kejohanan, Eshuhaidy (Bernard Thcutang), Abd Razak (Baichung Bhuttia) pemenang kasut emas dengan jaringan kejohanan terbanyak, duduk dari kiri Man (bernard huggin), Asmadi (Arjen Robben versi Nepal) dan Fauzi (Fabio Flor).
Ni sesi bergambar sebelum sepak mula perlawanan akhir bermula antara pasukan Ibu Pejabat Bomba Perlih vs Pasukan Harimau Utara (Balai Bomba Kangaq), pasukan kami tewas tipis dengan jaringan 2 berbalas 1. Naib juara pun kira oklah sebab ramai player kami injured maklumla lutut memasing dah bloiii...

No comments:

Post a Comment