Jangan Clik

Tuesday, September 8, 2009

Secubit Kenangan di Tanjung Dawai, Kedah

Cuti Merdeka ari tu aku pi jalan2 ke pekan Tanjung dawai, tempat aku penah duduk dulu bersama keluarga. Dan abah serta adik aku masih duk kerja sebagai nelayan kat sini, memandangkan la bulan posa adik dan abah aku tak pi ke laut selama sebulan, sebab penat. Masa aku pi depa takdak, balik umah aku kat Perlih. Sebenaqnya aku teringin lama dah nak mai sini memandangkan banyak kenangan aku masa kecik2 kat sini, gambaq kat ataih tu wife aku serta putraku dekat jeti bot penambang nak pi Pantai Merdeka, dulu takdak jeti simen ni, dulu jeti kayu ja. Dulu time Merdeka meriah kat sini sebab ramai yg nak pi Pantai Merdeka sebelah sana nu.. tapi masa aku pi lenggang ja mungkin sebab bulan posa sama kot tu yg kurang org nak pi sana .
Masa parking dekat arked Tanjung Dawai aku terpandang deretan rumah kedai yang terbakaq, untuk pengetahuan semua kejadian ni berlaku masa aku dok sini lagi dalam darjah enam tahun 1994. Dan keadaan rumah kedai yg terbakaq tu masih mcm ni tak berubah, dah berapa tahun tu.
Pekan Tanjung Dawai dah banyak berubah, restoran Ikan Bakaq bercambah terutama yg dekat dengan pantai tu, dulu ada 2, 3 gerai kecik ja seingat aku masa tu, nama pantai tu pantai Tolak bala, sebab dulu ramai yg pi situ pakat dok tolak bala, dok hanyutkan buah nyok la, bekas abu la dan mcm2 lagi, mak aku selalu marah kalau aku dok pi main kat situ. La org dah tak buat benda2 kurafat tu, la ramai orang pakat pi makan ikan bakaq ngan beli hasil laut yang segaq.Memba aku pun bukak satu restoran ikan bakaq kat tu, Mat topui aku panggil dia, sebab dulu dia gemuk, gerai dia hujung sekali nama kedai dia, kedai mak lang kot sempena gelaran utk mak dia. sambil-sambil tu aku singgah la kat Sek. Rendah Tanjung dawai, sekolah aku dulu dari darjah satu sampai darjah enam. gambaq kelas kat ataih tak payah la dok perembang mata cari aku sebab tu gambaq kelas adik aku, gambaq aku kat sekolah ni ilang tah pi mana. Gambaq tu rasanya tahun 1993 cikgu kelas nama Cikgu Hamid, cengey ooo cikgu ni selalu kutey aku sampai pedih tak pun tarik sight ben..
Ni gambaq terbaru Sek.Rendah Kebangsaan Tanjung dawai, tak banyak yg berubah, bangunan baru pun takdak, tempat ambik gambaq dekat tiang bendera 3 tu hanya nama sekolah ngan gambaq peta malaysia ja yg berubah. yang lain-lain mcm besa ja macam suasana aku belajaq sini dulu.
Gambaq umah sewa famili aku dulu kat Kampung Sg Pial, rumah batu peninggalan seorang bekas Polis yang la ni dah arwah duduk kat Taman Jati, Sungai Petani. Nama tuan rumah ni Tok Embi aku panggil. Gambaq ni diambil masa pakcik aku mai umah aku dalam tahun 1991, dari kiri pak cik aku, adik aku, aku, adik ipaq pak cik aku, manja. dari Felda Chuping. rumah ni org panggil rumah kelawaq sebab bentuk bumbung mcm huruf 'M' dan seakan2 kelawaq, pastu dok paling hujung kampung. tapi masa aku dok takdak perkara yg tak dingini berlaku, nampak macam angker tapi rumah ni ok.
Ni satu lagi gambaq diambil di halaman rumah, gambaq adik aku yg buat muka cam roti canai tak siap tu bersama gerek racing dia. Yang nampak pondok peninjau belakang tu merupakan kolam udang, yang masih berfungsi sampai sekarang.

Ni gambaq terbaru rumah famili aku sewa dulu, dah jadi cam hutan amazon dah, terbiaq oleh warih tuan rumah, dah la rumah dok dekat ngan hutan, rumah pun penuh semak samun lagi angker la suasana rumah ni. sayang sungguh, banyak kenangan ketika aku membesaq kat rumah ni.

Ni sekolah menengah aku dulu, aku dan belajaq kat sini sampai tingkatan dua sebelum aku balik Perlih. Yang aku terkejut masa first time tgok sekolah ni, sekolah ni dah tukaq nama, dulu sekolah ni nama sekolah Menengah Singkir, Merbuk . la dah ditukaq ke sekolah Men. Keb. Seri Badong. pulak.... mungkin sebab nama sekolah dulu tak sesuai kot. Nama pun Singkir atau dalam loghat utara singkiaq, jadi tu yg pihak Jab. Pelajaran ubah tu takut org salah tafsir yang sekolah ni utk bebudak yang disingkir sekolah len, rasa aku la tapi mmg betui pun sebab tu la aku di Singkir ke Perlih muahahahaha....

4 comments:

  1. wah best tu tanjung dawai sotong gulanya sedap.....

    ReplyDelete
  2. kami pi dan beli belacan ja, nak beli benda len takut takdan makan memandangkan bulan posa ni makanan lain jenuh

    ReplyDelete
  3. MASYAALLAH...DH LAMA SY NK TGK GMBR SK TG. DAWAI..SEKOLAH SAYA DULU SBLM SY BPINDAH KE KELANTAN N KEBAKARAN THN 1994 DULU TU, DEKAT RMH SY JGK...AKHIRNYA DPT JGK SY TGK..TQ SO MUCH..TRUBAT RINDU SY..

    ReplyDelete
  4. Tg Dawai tempat saya membesaq, dan klu nak pekena seafood dan mengimbau kenangan silam saya selalu pi sana

    ReplyDelete