Jangan Clik

Wednesday, October 7, 2009

Ke Pasar Riadah Sg.Baru, Kuala Perlis

Selepas ari raya aritu saja bawak heroku jalan-jalan tgok laut kat Kola Perlih, lalu ikut sg. Baru baru teringat depan Power Plant Perlis ada satu Pasar Petang khas untuk pegunjung yang ingin beriadah tepi pantai dengan menjual beraneka makanan, minuman dan cenderamata.
Ramai jugak keluarga yang mai menikmati angin laut kat sini, suasana redup dan mendung sesuai sangat la klu nak layan pemandangan laut kat sini. Aku beli jagung bakaq ngan ayaq tebu, pastu ajak wife aku lepak tepi batu kat situ saja nak bagi heroku seronok tgok ombak laut yang menghempas pasiaq dan batu tambak pantai berulang kali.

Kenyih memanjang heroku dapat kena hembusan bayu laut ngan tgok orang ramai, lagi suka la dia, la kecik lagi babah ngan ibu bawak tgok laut ja la nanti dah besaq sikit bole la babah ngan ibu bawak mandi laut plak pi lawan ketit ngan ikan jaws. Sapa-sapa nak beriadah tepi laut selain dari suasana Kola Perlis bole la mai sini, meriah gak sini ngan bermacam gerai yang jual makanan ringan untuk dinikmati sambil beriadah.

No comments:

Post a Comment