Jangan Clik

Monday, October 5, 2009

Minalaidilwalfaizin

Sori lambat upload gambar semasa hari raya Aidilfitri aritu, komputer kat umah rosak. Raya aritu macam plan raya sebelum2 ni, dimana pagi raya akan di rayakan di rumah org tua aku di Kg. Santan, Perlih dan sebelah petang di rumah mentua aku di Ayer Hitam , Kedah. Seb baik la bole bini dok dekat2 tak gaduh nak raya umah sapa dulu, dalam masa sehari bole raya dua2 umah keluarga memasing dan adik beradik terdekat.
Tema taun ni keluarga aku pilih kaler hijau sedondon. Pagi raya macam biasa pi semayang raya pastu pi ziarah sedekah Al Fatihah di kubur tok dan tokwan aku serta kubur sepupuku (Allahyarham Aliff) yang telah menyahut panggilan Illahi pada bulan April lalu dalam kemalangan jalan raya.
Tahun ni merupakan Hari Raya pertama yang disambut oleh Qazrin . Banyak jugak duit raya Qazrin dapat maklumla pak menakan ramai. Tapi dia tau main sampul ja, duitnya ibu dan babah simpan takut dia koyak, budak2 bukan bole pegang duit bebanyak biaq babah yg tolong simpankan wahwahwah... duit raya sumbangan dari adik beradik dan kengkawan aku masukkan dalam akaun Qazrin senang utk perbelanjaan pembelajaran dia nanti.
Gambaq aku, wife, Qazrin dan mak tok serta tok ayah belah Perlih. Seperti musim perayaan saban tahun, famili aku akan buat masakan tradisional Terengganu iaitu Nasi Dagang yang dimasak khas oleh Chef Aripin merangkap abah aku dari Kola Bekah, Kola Terengganu. Lpas abih semayang raya ja memba kampung aku akan mai makan Nasi Dagang dulu sebab payah nak cari sebab rumah lain banyak pakat buat laksa, bihun sup dan mi kuah ja.
Taun ni abang aku yang dok kat Parit Jawa, Muar Johor balik ngan batalionnya jadi meriah sikit umah aku ngan dentuman mercun yang dimain oleh anak menakan aku, hinggaq sungguh, bukan kata anak aku, aku nak lena pun payah. Acara maaf bermaafan dengan mak abah aku pun kami buat nak dekat tengahari dah sebab tetamu ramai mai umah lepas semayang raya memandangkan masjid depan umah aku ja. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.

No comments:

Post a Comment