Jangan Clik

Monday, March 22, 2010

Selamat Hari Lahir Qazrin yang Pertama

5.3.2010 aritu genap umuq Qazrin setahun, memandangkan besday dia jatuh ari jumaat jd aku ngan wife buat kenduri hari lahir dia kecik-kecik ja , buat ari sabtu kat umah tok dia kat Ayer Hitam. Panggil adik beradik terdekat dan bacaan Doa Selamat oleh Tok Su Lah untuk majlis nih. Sepatutnya aku update dri minggu lpas tapi takdan nak upload gambaq dri kamera ke pc tu yg tertangguh tu.
Aku ngan wife beli kek Pooh kat dia, sronok bukan main, bukan nak makan kek tu tapi nak main patung Pooh tu hahahaha... jenuh kawal, pantang lepa ja ilang la patung dan payung kecik ataih kek tuh, tak pasai-pasai plak nak kna boh payung tok dia plak ganti payung kecik tuh kakakaka.... Untuk tetamu kami hidangkan bihun sup yang disediakan oleh chef jemputan dari kepulauan galapagos Puan Siti Azlina dan suku sakatnya dengan resepi istimewa di beri tajuk "Bihun Sup 4 rasa, rasa nak makan, rasa dengan ujung jari, rasa kenyang dan rasa sayang-sayang heyy".
Nak bergambaq potong kek ni pun jenuh aku gendong dia, bila dah sepupu sepapat ramai nih dia bukan mau buat benda lain kheja nak main jaa. Abih belemoih bila makan kek, aku nak suap tak mau nak makan sendiri nak ikut sepupu lain yg makan sendiri, alih2 belemoih satu badan sampai kna tukaq baju. Takdak tiup lilin sebab takut nti Qazrin bukan tiup keluaq angin, takut tiup keluaq ayaq lioq habih jahanam kek dia, takleh org len nak tumpang sama.
hahahaha muka besday boy ghiyau sebab kek jatuh ataih kepala dia, tu la babah habaq dah kek makan kat mulut bukan kat kepala kan dah bau kek kat rambut, seb minyak rambut sebulan hahahahaha . Apapun hepi besday dri babah dan ibu ucapkan dengan penuh tersipu-sipu, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta sihat tubuh badan aminnn....ya rabbal alaminn...

2 comments:

  1. dah setahun sicomel nie.. happy besday ye...

    ReplyDelete
  2. hihi tu la pejam celik, pejam celik sat ja dah besaq

    ReplyDelete