Jangan Clik

Sunday, January 2, 2011

Filem-Art Filem (filem seni)

















Art filem atau filem yang berunsurkan seni ni, ramai yang kurang faham malah kalau ditanya memba2 atau rakan2 depa kurang mengenali atau menonton filem2 seperti di atas melainkan dipaksa oleh aku. Kebanyakan audien masa kini lebih gemar dengan filem yang memaparkan corak aksi , komedi atau seram. Bukan kata depa aku pun dulu macam tu la, ramai di kalangan audien yg tak berapa menyukai filem berunsur seni ni sebab terlalu banyak dialog, boring kata depa. Aku pun macam tu la dulu tapi bila aku didedahkan dengan filem2 bercorak begini oleh lecturer aku masa di uitm dulu, skop filem kesukaan aku dah berubah, pola keminatan lebih banyak tertumpu kepada filem bercorak seni berbanding komedi, aksi atau seram. Kebanyakan filem begini selalunya banyak mendominasi untuk memenangi anugerah filem terbaik di Anugerah Oscar. Filem sebegini sebenarnya terselit moral dan paparan realiti kebobrokan masyarakat seluruh dunia dengan olahan skrip dan adunan visual yg cukup teliti dan menarik seiiring dengan pembawaan watak yg baik oleh aktornya. Filem ni sebenaqnya kita kna tgok btoi2, klu kita tertinggal beberapa dialog atau babak mesti kita tak akan paham kesudahannya.






Walaupun filem2 Bollywood banyak memaparkan filem bercorak aksi dan cinta tapi ada sesetengah filem yang menjurus kepada filem seni antaranya seperti filem di atas. Sepanjang aku tgok filem bercorak seni dri India aku tgok Amir Khan banyak hasilkan filem macam tu, sebab dia penah kata dia nak hasilkan filem yg betoi2 berkualiti berbanding kuantiti. Memang layan cerita2 cennggini, ada moral , sense of humor dan realiti kehidupan. aku tak mau cerita pasai Sinopsis filem ni sebab tu bukan tujuan utama aku, klu nak tau best ka dak cerita ni , pi la kdai DVD cari cerita tu dan layan sampai habih, bukan layan sampai lena tau.



Filem2 melayu pun ada yang buat filem berunsur begini seperti Jogho, Perempuan, isteri dan ...., Hanyut. dan di Indonesia ada seperti Daun Di atas bantal, Pasir Berbisik, Berbagi suami, 3 Doa dan berbagai lagi. Filem2 seni kebanyakan dihasilkan bukan untuk mendapat pulangan yang maksima kerana semua tau kebanyakan filem ni tak mendapat pulangan lebat sangat berbanding filem genre lain. Tetapi klu di pentas penganugerahan filem2 inilah yang selalunya akan mengondol banyak anugerah hasil dari skrip, jalan cerita, lakon layar dan watak yang mmg cukup teliti dihasilkan untuk mendapatkan sesuatu filem yg betul2 berkualiti.Klu ada sesapa nak merasa tengok filem berunsur begini, cubalah hayati jalan cerita filem tersebut kerana filem berunsur begini akan membuatkan kita berfikir dan apabila kita faham keseluruhan filem tersebut kita akan mendapat kepuasan sama seperti macam kita bru lepaih jawab preksa lagaknya eewaahhh..layan tau jgan tak layan. jangan jadi pelayan kelab malam sudah.

No comments:

Post a Comment