Jangan Clik

Sunday, December 26, 2010

Deko rumah- grill, cat & awning

W'pun rumah ni mungkin lambat lg aku dan famili duduk , sebab wife aku tak dapat tukaq lg mai Perlih, tapi dengan bajet yang setakat yang ada, kami decide nak buat siap-siap semua, senang kalau nak masuk nanti. Grill pintu depan aku buat design biasa saja tak buat pakai wrough iron pun, lagipun design ni aku tgok simple dan menarik tambahan lagi ramai org yg dah buat design nih.
Cat untuk ruang dalaman aku pilih hijau, sebab apa pilih hijau? sebab kaler hijau sejuk kot hahaha....takdak unsur politik naaa.. cat semua aku buat sendiri, senang..bukan susah sangat pun, klu semua pakai upah orang lari la bajet.
grill ngan awning ni aku buat kat kedai di Pauh, aku pun kawan pejabat yg rekemenkan. Kira ok la harga ngan kualiti kerja, sebab aku pi tgok dulu kualiti dia buat kat rumah memba aku ni. Setakat la memang puas hati, limpa, jantung dan rektum la....
Cat dalam rumah pun ada lagi ruang aku tak bubuh sebab nak tunggu habih buat wiring dengan kabinet dapoq, lepaih tu baru aku start cat balik dan ejas mana-mana cat yang agak tak elok. Bukan apa satgi tak pasai2 nak kna buat 2 kali kerja sebab nak buat wiring ngan pasang kabinet dapoq kna tebuk dinding nak buat plag.
Kos buat grill dan awning siap pasang lebih kurang Rm 3000 la jgak. Pintu belakang aku suruh dia buat pintu besi teruih sebab pintu lama aku dah terkopak dok kena panaih ngan hujan, siap kena makan ngan anai2 lagi. Buat pintu besi senang, tahan pun tahan, kalau anai2 nak patah gigi, ble la try tgok tokak pintu tu.
Ni barang2 elektrik untuk dipasang dalam rumah spt kipas, lampu down light, hud dan dapoq,cermin dan penyangkut untuk dipasang di bilik ayaq dan macam2 lagi la. Kat belah utara ni barang2 elektrik ni termasuk la memba2 aku pakat pi beli kat Kg Kelubi, Jitra. Harga dia mmg murah tambah2 kalau pi bli dalam kuantiti yg banyak ble dapat diskaun. Nama kedai dia Acfirst Lighting Centre, kedai ni bukan saja ada jual lampu ja, jubin, peralatan bilik ayaq pun ada dia jual. Kan hari tu banjir besaq kat Jitra, banyak la perkakas depa tenggelam dgan ayaq bah, depa buat lelong setengah rega barang2 letrik dan barang2 lain, bukan rosak pun balik rumah cuci sikit selut yg lekat kat barangan tu ok la, aku dan jugak sambaq dua bijik lampu gantung.
Cat di grill selalunya orang dok cat kaler silver tapi aku saja cat kaler putih sebab kaler tu nampak matching dengan kaler hijau yg aku cat kat dinding tu.
Awning belakang rumah buat siap2 nti kalau2 ada rezeki lebih, nak extend belakang teruih penaik bata ja. Kat bahagian depan aku tak boh lagi awning, aku buat kat bahagian belakang dulu sebab matahari petang betoi2 jatuh belah belakang, nanti panaih plak dalam rumah. Tgok habih tertanggal cat belakang rumah sebab dok selalu kna panaih ngan hujan. Lantai bahagian belakang ngan bahagian porch depan aku nak perata ngan simen, aku suruh abah aku ja buat, aku tolong2 la sikit.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment