Jangan Clik

Monday, November 14, 2011

Filem Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Filem-filem yang diadaptasi dari cerita sebenar merupakan salah satu konsep filem yg aku minat. Pasepa? sebab filem dari cerita betoi ni kekuatan dia adalah mengenai cerita itu benar-benar terjadi dan diolah ke layar perak sebagai motivasi, pedoman, iktibar ataupun sebagai hiburan dari jalan cerita tersebut, yg mustinya ditokok tambah supaya lebih menarik plotnya, ditambah dengan ajinamoto dari kekreatifan pengarah serta penulis lakon layar dalam mencorakkan cerita sebenar tersebut dapat diadaptasi dengan baik ke layar selari dengan jalan ceritanya. Bersama sama ini aku publish beberapa filem yg diadaptasi dari cerita sebenar yg pernah aku tonton dan terbaik bg aku berbanding filem2 adaptasi yg lain. Saving Private Ryan merupakan filem arahan seorang Yahudi terkenal Steven Spielberg pada tahun 1998. Mengisahkan misi sekumpulan askar U.S pada Perang Dunia Kedua dari memerangi Jerman kepada misi menyelamatkan dan mencari seorang prebet bernama Ryan untuk dihantar balik ke U.S , ini disebabkan daripada 4 adik beradik Ryan hanya tinggal seorang sahaja selepas 3 adik beradiknya yg lain mati semasa pertempuran. Teknik CGI, lakonan, jalan cerita dan teknik fotografi merupakan tulang belakang cerita ini yg diadaptasi dari pengalaman sebenar adik beradik Niland semasa Perang Dunia ke 2 yang telah diselamatkan sekumpulan askar U.S untuk dibawa pulang kepada ibu dia di U.S. Filem ini juga Telah memenangi 5 anugerah Oscar termasuk filem terbaik . Rating = 5 bintang.


Sekali lagi pelakon kegemaran Steven Spielberg, Tom Hank menunjangi sebuah filem mengenai perjalanan seorang lelaki yang terpaksa hidup di Lapangan Terbang selepas tidak dibenarkan memasuki U.S kerana negaranya tidak mempunyai kerajaan selepas digulingkan. Pihak berkuasa Lapangan Terbang tersebut sedaya upaya untuk memaksa beliau meninggalkan lapangan terbang tersebut tetapi beliau enggan kerana apabila dia melangkah keluar dari lapangan tersebut, beliau akan ditahan pihak imegresen kerana pasportnya tidak sah selagi negaranya belum mempunyai kerajaan yg sah. Pelbagai cara beliau lakukan untuk hidup dari mandi di toilet, tidur di tempat menunggu, menjadi pegutip troli untuk mendapatkan wang dan berjumpa pelbagai pekerja imigran di lapangan tersebut sehingga jatuh cinta dengan seorang pramugari. Yg menarik bg aku cerita ini selain komedi dan lakonan Tom Hank, plot utama cerita ini mengapa Tom Hank ke U.S adalah kerana hanya ingin mendapatkan tandatangan seorang pemain seksafon kumpulan jazz di U.S yg mana ia merupakan permintaan terakhir ayahnya sebelum meninggal, di mana tujuan kedatangannya ke U.S kecil saja tetapi terpaksa merengkok di lapangan bertahun lamanya. Cerita ini dicedok dari kisah seorang rakyat Iran Mehran Karimi Nasseri, seorang pelarian politik disebabkan kerajaan beraja negaranya di Iran telah digulingkan oleh Revolusi Islam pimpinan Ayotallah khemeini dan beliau keluar mencari suaka politik dan

terkandas di Lapangan Terbang Charles De Gaulle, Perancis selama 18 tahun selepas dokumen pelarian politiknya dicuri ketika di Paris namun nekad untuk ke London sebagai pelarian politik

tetapi disebabkan kehilangan dokumen tersebut beliau diterbangkan semula ke Perancis dan diselamatkan oleh beberapa pertubuhan hak asasi manusia dan kini beliau tekad untuk menetap terus di Paris.Rating=4 bintang


Sebuah lagi filem dari Steven Spielberg yang mengangkat kaum Yahudi selain filemnya terdahulu iaitu Shclinder List. Filem ini mengenai sekumpulan pejuang Syahid dari Palestin yg menawan atlet Israel pada temasya Sukan Olimpik di Munich disebabkan semua orang tau yg Israel melakukan pelbagai kekejaman terhadap penduduk Palestin dan mungkin inilah masanya bagi pejuang ini untuk membalas dendam dan mereka membunuh 7 atlet Israel ini. Dan bermulanya misi bg Mossad (ejen rahsia Yahudi Laknatullah) mencari serta membunuh saki baki pejuang yang terbabit dalam peristiwa tersebut walaupun mendapat kritikan dari pelbagai pihak. Kisah ini merupakan rentetan kejadian sebenar yang terjadi di Sukan Olimpik Munich tahun 1972 yang dilakukan oleh pejuang Palestin yang dikenali sebagai Black Terrorist yang dikatakan dinaungi kumpulan bersenjata Fatah dibawah pimpinan Allahyarham Yasser Arafat dimana 5 daripada 8 pejuang ini terbunuh dalam operasi menyelamat oleh polis Jerman dan bakinya berjaya melarikan diri namun semua pejuang tersebut serta dalang di belakang tabir komplot tersebut habis di bunuh oleh pihak Mossad. (sebenaqnya terrorist terbesar di dunia ni Israel la sapa lg) Rating=4 bintang


Kisah mengenai seorang ibu tunggal yg bekerja sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman telah memperjuangkan nasib penduduk sebuah pekan kecil yang telah dipergunakan oleh sebuah syarikat gergasi kerana telah mencemari bekalan air di pekan tersebut melalui sisa buangan dari kilang mereka. Semua ambik maklum la apabila lawan dgan syarikat besaq ni depa akan guna pelbagai cara untuk memenangi kes ni, jadi Erin lakonan Julia Robert berjaya menyatu padukan semua penduduk pekan tersebut dalam memerangi dan membawa kes tersebut ke mahkamah dan penat lelah mereka telah berjaya dan menyebkan beliau yg sebelum ini kehidupannya terumbang ambing selepas bercerai telah menjadi jutawan dan jugak penduduk pekan tersebut. Cerita ni diadaptasi dari Erin Brockovic sendiri mengenai perjuangannya ke atas syarikat Pacific Gas dan elektrik company yg telah membuang sisa dan mencemari bekalan air di pekan Hinkley, California dan kes ini telah memenangi sebanyak U.S 333 billion yang perlu dibayar oleh syarikat tersebut kepada penduduk kerana sisa yang mencemari bekalan air di pekan tersebut boleh menyebabkan kanser dan kes ini merupakan kes yang memenangi jumlah terbanyak dalam sejarah mahkamah di U.S. Rating=4 bintang

Lagi-lagi filem Spilberg, nak buat camana, w'pun dia Yahudi tetapi hasil kerja dia menarik yg membuatkan aku beria-ia nak tonton filem nih. Diadaptasi dari kisah Frank William Abagnale Jr. seorang pemalsu cek dan penyamar paling muda pada usia 16 tahun dimana beliau pernah menyamar sebagai juruterbang dan menipu Syarikat Penerbangan Pan America World Airways sebanyak U.S 2.8 million melalui penipuan cek pada tahun 1960 an dimana pada ketika itu cek di bank2 baru diperkenalkan dan tiada garis keselamatan yg diperkenalkan untuk mengelakkan penipuan cek2 tersebut, Frank juga berjaya menipu dengan menyamar menjadi Doktor di Georgia, Peguam dan berbagai lg watak, beliau berjaya menipu di 26 negara dengan hasil penipuan sebanyak U.S 2.5 Million. Beliau merupakan seorang yg skillfull dan mahir dalam penipuan cek sehingga menjadi buruan FBI. Akhirnya beliau ditangkap di Perancis sebelum diektradisi ke U.S. Selepas menjalani hukuman penjara akhirnya Frank dibebaskan dan kini beliau telah dilantik sebagai Pegawai Keselamatan dalam penipuan cek di Jabatan Kerajaan U.S dan telah menubuhkan Abagnale & Associate sebuah syarikat yang memberi panduan mengenai penipuan dalam bidang kewangan. Hmmm dari seorang cek fraud akhirnya dia jugak yg memperkenalkan ciri2 keselamatan terhadap cek daripada sebarang penipuan. Rating 4.5 bintang

Lakonan Sean Pean sebagai Harvey Milk ahli politik Gay pertama yg dilantik dalam pilihanraya di California mmg aku puji, bayangkan dia berlakon jd gay, bercium dengan lelaki dan meniru gaya Harvey Milk dengan berkesan mmg selayaknya Sean Pean memenangi Aktor terbaik pada Anugerah Oscar 2008. Filem ini memaparkan perjuangan seorang aktivis gay dan ahli politik Harvey Milk dalam karier politiknya dimana kita sedia maklum bahawa kempen kebebasan hubungan sejenis ini mmg dicemuh oleh seluruh dunia waima di U.S. perit jerih, cacian dan suka duka Harvey Milk serta rakan-rakanya dalam memperjuangkan nasib golongan gay di San fransisco sehingga membawa kepada kematian beliau pada tahun 1978 setelah dibunuh oleh seorang lg ahli politik Dan White yg telah kehilangan jawatannya disebabkan Milk.Rating= 4 bintang.

Kalau bercerita mengenai filem yg diadaptasi dari cerita sebenar, tak sah kalau tak selitkan filem mengenai pencipta laman sosial terpopular di dunia iaitu founder Facebook, Mark Zuckerberg. Filemnya yg bertajuk The Social Network mengisahkan tentang Mark Zuckerberg sendiri semasa beliau menuntut di Universiti Harvard di mana bermulanya penciptaan perisian laman sosial paling popular di dunia iaitu Facebook bersama rakan-rakannya. Filem ini juga turut menyelitkan cabaran Zuckerberg dalam melawan saman yg dikemukakan oleh senior di universitinya iaitu adik beradik Winklevoss yg mana mereka mengatakan bahawa Mark mencedok idea mereka mengenai laman sosial ini yg sekarang dikenali Facebook di mana sebelum ini dikenali sebagai ConnectU di Universiti tersebut yg telah dibuat untuk memudahkan para pelajar berhubung antara satu sama lain. Hasilnya mereka kalah disebabkan kesalahan teknikal dan kini Mark Zuckerberg muncul antara orang yg paling popular di dunia dan juga billionaire pada usia yg sungguh muda. Rating=3.5 bintang

Filem hasil arahan Danny Boyle yg pernah memenangi filem terbaik anugerah Oscar menerusi filem Slamdog Millionaire tahun 2010. 127 hours lakonan James Franco yg juga memenangi Aktor Terbaik menerusi filem ini mengadaptasi kisah sebenar yg dialami oleh seorang pengemar sukan lasak iaitu Aron Ralston yang terperangkap di sebuah lorong berbukit di Utah, di mana tangan kananya telah tersepit di bawah batu besar dan terperangkap di sana selama 6 hari yg memaksa beliau mematahkan tangannya demi untuk menyelamatkan diri dengan hanya mengunakan pisau lipat. Kecekalan serta tekad yg kuat watak utama merupakan sesuatu yg akan melekat di minda kita mengenai peluang utk meneruskan kehidupan w'pun dengan membuat keputusan yg agak menyakitkan , tetapi Aron berjaya meneruskan kehidupan w'pun tanpa tangan kanannya selepas diselamatkan oleh warga Belanda yg kebetulan melalui kawasan itu . Beliau kini bertindak sebagai perunding motivasi dan juga tenaga pengajar pendakian serta menulis bibliografi mengenai dirinya yg bertajuk "Between a rock and a hard place". Gaya sinematografi yang ditampilkan Danny dalam filem ini terutama pada awalan cerita mmg menarik minat aku dan juga sebahagian besar perjalanan cerita ini yg banyak memaparkan Aron semasa tersepit di batu tersebut yg mmemerlukan sudut kekreatifan pengarah dan juga penulis skrip utk memaparkan keadaan tersebut dengan baik disamping menimbulkan plot yg menarik sesuai dgan kehendak penonton. Bg aku part masa Aron memtahkan tangan kanannya mmg real dan ngeri , kalau aku, bukan kata nak patahkan mana2 anggota badan, nak tarik bulu hidung sendiri pun seghiyau tambah nak bg patah mmg tak terpikiaq la dgan otak yg waras kecuali keadaan yg terdesak yg dialami Aron. Rating = 4 bintang.




Lakonan Will Smith sebagai bapa yg begitu menyayangi anaknya dan sanggup berkorban demi kebahagian anakny. Diadaptasi dari kisah Chris Gardner yang pernah menjadi gelandangan bersama anaknya selepas kehilangan kerja, rumah serta ditinggalkan oleh isterinya. Kesungguhannya dalam mendapatkan pekerjaan akhirnya berbalas apabila beliau diterima sebagai Stockbroker dan bermulalah perjalan hidup yg sebelum ini melarat kepada tertubuhnya syarikat beliau sendiri iaitu Gardner Rich & Co. Kesempitan kehidupannya bermula apabila beliau menngunakan kesemua wang simpanannya utk membeli secara pukal alat pengimbas tulang boleh ubah yg akhirnya tidak laku utk dijual di klinik mahupun hospital swasta. disebabkan kesempitan wang,beliau ditinggalkan isterinya dan dihalau keluar dari rumah sewanya yg menyebabkan beliau dan anak tunggalnya terpaksa merempat di pusat-pusat perlindungan org gelandangan dan tepi2 jalan bg meneruskan hidup dalam usahanya mencari pekerjaan utk menampung hidup. Pada akhir filem ini klu ampa perasan Cris Gardner yg betoi ada lalu bersebelahan Will Smith, mungkin sebagai surprise sebelum filem ditamatkan. Klu sesapa para penonton yg telah atau bakal menjadi ayah, filem ini mmg sesuai ditonton sebab hanya seoarang ayah yg tahu betapa kasihnya ayah terhadap anaknya w'pun berkorban nyawa. Kaaasihnnyaaa ayahhhh.....sanggup lah... ewah mcm Jamal abdillah la plak. Rating= 3.5 bintang


Filem mengisahkan perjuangan dalam mendapatkan hak cipta dan maruah w'pun bertahun memakan masa dan hampir kehilangan segala-galanya. Sama macam filem Erin Brockovich dimana Roberts Kearns seorang pensyarah dan pencipta di Universiti Case Westen Reserve yang telah mencipta interminttent windshield wiper tetapi hak penciptaanya telah dicuri oleh syarikat gergasi Ford Motor Company pada tahun 1978 dan beliau menyaman syarikat tersebut kerana mengambil patennya tanpa kebenaran . Biasala bila lawan syarikat yg besaq ni dia memakan masa dan beliau pernah disogok utk menarik balik saman tersebut tetapi demi maruah dan hak yg beliau cipta wiper tersebut bersama anak2 nya beliau lawan hingga kes tersebut selesai dan pihak Ford terpaksa membayar beliau U.S 10.1 million. Dan kes itu berlangsung selama 13 tahun di mana beliau telah menghabiskan wang yg banyak dlam perbicaraan tersebut serta ditinggalkan oleh isterinya disebabkan keadaan beliau yg semakin tidak terurus dalam mempertahankan haknya di mahkamah. Sebenaqnya Wiper ni dah dicipta pada masa tu cuma wiper ni bergerak agak laju jadi Robert ni cipta la wiper yg ikut kerdipan mata kita supaya senang nak tgok jalan masa ujan lebat. Moral cerita ni, w'pun dia disogok dua kali oleh pihak sykt Ford dengan jumlah yg agak banyak tetapi beliau menolak dengan alasan bahawa maruah beliau dan haknya tidak boleh dibeli dgan wang ringgit memandangkan alat yg beliau cipta tersebut dibuat bersama anak2nya dan beliau tak mahu anaknya melihat beliau seorang yg mudah menyerah w'pun disogok dgan jutaan ringgit. Rating= 3.8 bintang


Di U.S sebuah negara yg berbilang bangsa tetapi sikap racist masih menebal di kalangan penduduk mereka. Di mana kaum kulit hitam sering dipandang jahat dan hina, tetapi melalui filem ini yg mengisahkan bagaimana seorang budak kulit hitam yg menjadi anak angkat keluarga

kulit putih telah berjaya menepis pandangan serong sesetengan masyarakat sekeliling mengenai org kulit hitam apabila berjaya menjadi pemain sukan ragbi atau NFL yang berjaya melalui dorongan keluarga angkatnya. Kisah Michel Oher ini menjadi sandaran bahawa sikap racist tidak mendatangkan sebarang faedah dan boleh mendatangkan kebaikan jika disemai dengan penuh kasih sayang. Michel Oher telah diambil sebagai anak angkat keluarga Sean dan Leign Anne Tuohy yg berkulit putih melalui kesukaran pada awalnya mungkin disebabkan berlainan bangsa tetapi berjaya membalas kepercayaan tersebut dengan sokongan keluarga angkatnya kini beliau merupakan seorang pemain ragbi amerika yg terkenal dan bermain untuk Baltimore Raven di liga NFL. Salah satu filem mengenai multiracial yg wajib ditonton oleh negara kita yg berbilang kaum ni supaya sikap racist itu patut dikikis dengan nilai kasih sayang. Rating = 4 bintang.


Seorang Genius Matematik dan Ekonomi serta pemenang Hadiah Nobel , John Forbes Nash Jr di Universiti Priceton tetapi mengalami penyakit ilusi dikenali sebagai Paranoid Schizophrenia di mana beliau akan nampak watak2 yg sememangnya tidak wujud yg menyebabkan beliau sering bercakap seorang diri dan mersakan beliau diekori walhal semua itu hanya imiginasinya sahaja. Peniruan watak Prof John Nash oleh Russel Crowe sangat menakjubkan dan ditambah dengan penceritaan yg membawa penonton ke imiganisi yg dicipta oleh John Nash sendiri dari cuba diculik oleh pihak komunis sehingga konflik antara beliau dan isterinya. Sebuah filem yg wajib ditonton kerana klimaknya disudahi dengan sesuatu yg kita tak jangka dan berjaya diadaptasi ke layar dengan baik oleh pengarahnya Ron Howard. Memenangi 4 anugerah academy melalui best picture, best director, best adapted screenplay dan best supporting actress. Seorang genius yg disifatkan gila disebabkan penyakitnya berjaya melawan penyakit tersebut dengan penuh keazaman sehingga berjaya dianugerahkan Hadiah Nobel. Rating = 5 bintang


Antara beberapa filem epik perang yg menjadi kegemaran aku. Berlatarbelakangkan

Perang Dunia Kedua antara pihak Nazi Jerman dan Tentera Merah Russia di wilayah Stalingrad. Kisah mengenai seorang penempak tepat Askar Russia bernama Vasily Zaitsev lakonan Jude Law yang menjadi buruan sniper pihak Nazi iaitu Mejar Erwin Konig lakonan Ed Harris. Kecekapan beliau menembak ramai pegawai dan askar nazi telah menghadirkan gerun terhadap asakar Jerman dan sebab itulah penempak tepat Jerman Mejar Erwin begitu mengkehendaki beliau tetapi akhirnya tumpas jugak w'pun menggunakan pelbagai taktik kotor. Vasily Zaitsev merupakan seorang penempak tepat Soviet yang disanjung tinggi kerana telah berjaya menembak mati 225 org askar serta pegawai atasan pihak Nazi termasuk 11 penembak tepat Nazi pada Perang Dunia Kedua. Bagi peminat filem perang, kisah mengenai penembak tepat jugak dapat menarik minat penonton kerana jarang2 ada filem yg begitu mengangkat seseorang penembak tepat sebagai teraju utama. Berlainan dengan filem ini, kisah kehidupan, skill serta taktik yg digunakan penembak tepat memberi banyak gambaran mengenai operasi mereka yg begitu rahsia contohnya mengambil kesempatan semasa letupan bom untuk menembak bg mengelak pihak musuh mendengar bunyi tembakan kerana pada zaman tersebut pemerap bunyi belum dicipta. Jadi kekreatifan penembak tepat inilah yg dapat memberi gambaran serba sedikit kepada penonton yg belum mengetahui dunia penembak tepat. Di dunia realiti Vasily Zaitsev telah dianugerahkan pangkat kapten atas jasa tersebut dan diberi penghormatan selaku lagenda penembak tepat dunia. Beliau meninggal di Kiev, Ukraine pada usia 76 tahun dan disemadikan di perkuburan pahlawan perang Stalingrad, Russia serta diberi penghormatan penuh wira dan senapang yg pernah digunakannya kini dipamerkan di Muzium Perang Moscow sebagai memperingati ketepatan menembak beliau w'pun menggunakan senapang yg kurang canggih berbanding sekarang.Rating=5 bintang.



W'pun kebanyakan filem2 adaptasi dari cerita sebenar tersebut banyak dari luar, terdapat jugak filem2 Malaysia yg mengadaptasi cerita sebenar ke layar perak sebagai contoh filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Samsudin, Leftenan Adnan arahan Aziz M.Osman, Bilut yg mengisahkan tentang peneroka Felda pertama di M;sia arahan Bade Azmi, Paloh arahan Adman salleh yg mengisahkan mengenai penduduk di Paloh, kluang Johor semasa pendudukan askar Nippon yang diperangi oleh Parti Komunis Malaya antara beberapa filem tempatan yg diadaptasi dari cerita sebenar yang masih aku ingat, mungkin ada beberapa buah filem lg tapi tak berapa nak ingat. Tgok lah akalau ada kesempatan nanti aku publishkan lagi beberapa filem tempatan dan luar negara yg diadaptasi dari kisah sebenar ini.

1 comment:

  1. sy dh tgok the terminal... sgt2 mnyentuh hati sbb die sgt2 kuat...byk dugaan diee hadapi...tak sangka die boleh hidup dkt satu tmpt mcm org normal...

    ReplyDelete