Jangan Clik

Monday, September 3, 2012

Mesin Padi Tok Ayah

Balik pada sekolah ari tu, Syakirin nampak tok ayah dia leka naik mesin padi yg tengah ambik padi kat bendang belakang rumah mak aku. Lalu Syakirin membuat satu permintaan kat aku suruh lukih mesin padi yg tok ayah naik sebab masa ari tu dia nak naik tapi aku tak bg sebab kata aku budak-budak takleh naik mesin padi lg sebab tak jd ninja lg, org yg dah jd ninja bru ble naik mesin padi seraya aku luruskan telunjuk, menunjuk kat Syakirin kearah memba kampung aku yg tgah jd dreba mesin padi sambil pakai topeng muka umpama ninja gayanya. Lalu Syakirin pun dah tak bertanya selanjutnya selepas aku bg penerangan kat dia td cuma dia suruh aku siapkan lukisan mesin padi utk dia tgok.

No comments:

Post a Comment