Jangan Clik

Sunday, January 21, 2018

Jalan jalan ke Tanjung Pauh (Tanyong Po) Satun Thailand

Akhir pekan aritu aku sebatalion turun ke bandar asal tok nek aku di Bandar Satun atau Setoi sebab mak aku lama dah tak pi Setoi. Tapi kali ni tujuan aku ke sana adalah nak ke Tanyong Po atau Tanjung Pauh panggilan belah kita yang memang cukup terkenal di kalangan orang utara tempat menikmati hasil laut yg sedap, murah dan fresh. Aku masuk ikut pintu sempadan Wang Kelian jadi sebelum lajak terlebih jauh, aku singgah dulu beli belah kat nat pagi Wang Prachan sebelah border Wang Kelian. Pasar pagi ni dah tak semeriah dulu masa zaman free flow dua2 sempadan, sejak  free flow tidak dibenarkan selepas terjumpanya kes perkuburan besar warga Rohingya di dlm hutan Wang Kelian suasana jualan di sini dah tak semeriah dulu. Jadi kepada warga malaysia yg nak balik ikut pintu Wang kelian nanti jangan lupa waktu operasi terakhir pintu sempadan di sini adalah pukul 7 mlm waktu Malaysia dan 6 petang waktu Thailand. Kedai kedai kat sini kebanyakan tutup pukul tuyuh (ikut loghat sini hahaha...) atau pukul 7  ptg waktu malaysia.
Jarak Tanyong Po dari Pintu Sempadan Wang Kelian hanya berjarak lebih kurang 60 km sahaja dimana kita akan melalui Ban (Kampung) Kalubee (Kelubi), Kampung Che Bilang yg mana semua kampung2 ni majoritinya adalah orang2 Melayu Islam dan ada yang boleh cakap Melayu Loghat Utara. Kepada mana2 yg masuk tak sempat tukar duit Rm ke Bhat, tuan puan bole membuat pertukaran di Kedai2 Emas di Pekan Chalung, alhamdulilah masa aku pi tu rate Rm berbanding Bhat naik la sikit berbanding dulu. Sepanjang perjalanan ke sana kita akan disaji pemandangan pokok2 getah dan juga pokok bakau diselangi port2 lepak kera2 yg lagak depa umpama budak2 geng beskal lajak onarnya, lintas jalan ikut dan ja, langgaq ekoq satgi baru tau erti pedih dan senak pangkal rahim hahahaha.......
Singahan perut aku kali ni adalah ke Restoran Pak Tam, restoran ni adalah restoran pertama yang kita tempuh bila sampai ke Tanyong Po, jangan risau signboard Restoran Pak Tam besaq terpampang di kaki jalan. Selain Restoran Pak Tam ada banyak lagi restoran makanan laut yg ada kat sini, depan sikit lepas Restoran Pak Tam ada Restoran Ao Mai, pastu Restoran Malay-Thai, depan sikit dekat dgan jeti ada satu restoran tapi tak tau nama plak. Yang syok kat sini masyarakatnya semua boleh cakap Melayu Loghat Utara senang la sikit nak oder ketam ngan udang lipan. Sampai2 ja kat sini dah bercambah keta berpendaftaran malaysia, geng2 moto rajin mai sini jadi jumpa la dua tiga org kampung. Selain makanan laut sini jugak ada disediakan ais krim nyoq dan pulut ayam.
Perkara yang menarik di restoran2 kat sini adalah hasil laut yang dimasak adalah baru dan segar2, ikan , udang lipan, ketam semua masih hidup, kita boleh pilih sendiri kat kolam yang disediakan. Bab harga jangan risau sebab kat menu dia dah letak harga siap2, ble la kita nak bandingkan harga kalau mau. Cuma pesan aku elok bayaq duit Bhat la murah sikit sebab kalau kita bayaq duit Rm nanti kita kena tambah masa nak bayaq cam rugi plak. Kepada sapa2 yg nak mai makan ketam mabeles sini aku nasihatkan mai tengahari sikit sebab info dari Pak Tam bot ketam berlabuh di jeti pukoi 12 tengahari.
Dan lagi satu tarikan kat sini ofkos la pemandangan mendamaikan di tepian laut Andaman dan kita boleh menikmati hidangan di pondok2 gazebo buluh yang diletakkan di sepanjang pantai. Dari pantai Tanyong Po kita boleh nampak sayup2 Pulau Langkawi, Pulau Berasmana dan pesisir pantai Kuala Perlis dan masyarakat  katsini selalu jugak dok ulang alik dari sini ke Kuala perlih naik bot ja sebab lebih dekat berbanding jalan darat.
Hidangan masakan Thai memang tak penah mengecewakan nafsu  makan aku dan aku siap order dua jenis tomyam mabeles Thai iaitu tomyam merah dan tomyam putih. Antara lain yg aku order adalah ikan siakap 3 rasa, somtam, udang masak kunyit, ulam ulaman dan udang lipan rebus. Semua sekali  9 orang kami melahap bayaran yg kena hanyalah Thai Bhat 1200 saja, lebih kurang duit kita Rm 148.00. Kat Restoran Pak Tam ni jugak ada dijual hasil laut macam ikan kering dan belacan Tanyong Po yg banyak dieksport ke Kuala Perlis.
Cantik2 anugerah Allah kat pantai2 belah sini , pemandangan pantai yg cantik , ayaq laut pun biru bersih ja mmg wajib jadi port selfie sambil kunyah kening udang lipan
Bila nampak ayaq laut ja apalagi hero2 aku request nak berkubang la untuk menjiwai watak dugong laut hahahaha...., sebenaqnya ramai yg mai mandi kat sini, siap piknik pun ada dan aku cadangkan kalau nak mai mandi sini mai la kat restoran Pak Tam sebab tepi restoran tu ada satu kawasan yg takdak org jadi privasi sikit la nak mandi.
Lagi satu kat Restoran Pak Tam ni ada disediakan tandas dan bekalan air bersih untuk bersihkan diri selepas mandi laut. Kat sini juga ada disediakan surau untuk para Muslimin menunaikan solat.
Selepas habis anak aku bertungkus lumus bergelumang dgan ayaq masin taik idung ketam dan aku bergelumang menghabiskan sisa2 udang jadi bertolak balik la kami ke Perlis sebelum border tutup. Tapi sebelum tu singgah la sat dekat Tesco Lotus Satun untuk menghabiskan saki baki Bhat yang ada, cantik dan agak besaq jugak la Tesco ni siap ada panggung wayang lagi. Dan sebelum balik jangan lupa beli kuliner tempatan iaitu pisang kapit bakar, sungguh sedap hingga rasa nak kapit pak bakar opismate lama aku hahahaha....

15 comments:

  1. Tksh.info bg yg x pernah pergi..rasa nak pilah pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah blog naif ni. try la pi bos, mmg puashati, makanan sedap, harga murah pemandangan pun cantik.

      Delete
    2. ..Sebab.. Dia. Ada...K. A. P..

      Delete
    3. hahahaha...K.A.P tu apa tuan?

      Delete
  2. Hadehhhh teringat 7 eleven siam. Pasai apa lah 7e msia tak meriah cam depa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..7E depa mmg meriah, macam2 ada, tapi kena hati2 jugak sebab kadang2 ada sesetengah produk makanan takda logo halal.

      Delete
  3. pergi pagi2 dan balik sebelum petang yer?satu hari sempat x perlu bermalam di sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempat kak, dekat ja tempat ni ngan border, dlm sejam perjalanan ja dri border. Tapi makesure masuk balik border kita sblm pukul 7 ptg (waktu msia?) , sbb imigresen kita beroperasi sampai pukul 7 ptg di border Wang Kelian

      Delete
  4. Insurans dengan white card abg buat kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya buat dekat kangar, kedai insuran yeow depan pasaraya RMT

      Delete