Jangan Clik

Thursday, August 23, 2018

Admin Pro Evolution Soccer (PES) Malaysia

Ni antara kegiatan luar abam selain menjadi collectors figure seperti yang abam penah post sebelum ni iaitu menjadi online gamers game Pro Evolution Soccer (PES) iaitu game bola yang selalu menjadi saingan kepada satu lagi game bola iaitu FIFA. Abam telah dilantik menjadi Admin Pro Evolution Soccer (PES) Malaysia pada tahun 2017 dan tugas abam lebih ke arah menjadi coordinator online tournament Pes Myclub iaitu salah satu mode yang terdapat dalam game Pes ni.Di atas tu gamba abam dalam Page PES Malaysia iaitu di laman rasmi www.pesleague.my bole cek untuk kepastian.
Abam terlibat dalam game Pes Online ni semenjak tahun 2014 dan selalunya abam main mode Pes Myclub yang mana mode tu merupakan mode kegemaran abam sebab kita bole beli player bola dan create our own style of football team. Abam punya team dalam Myclub ni macam biasa la abam letak nama "SINGAUTARA" maklum la abam kan berasal dari Perlis dan nama team ni abam dah guna since 2014 dan semua player Myclub Pes Malaysia mmg kenal ngan nama team abam ni.
Ni antara beberapa gamba online tournament Pes Myclub yang penah abam sertai dan pakai ID 'Asrulrizal' iaitu nama abam sendiri. Ada la kenangan manis dan dan tak manis jugak dalam permainan ni, kadang2 juara, kadang2 naib juara dan kadang2 dapat tempat ke lima bergantung pada rezeki permainan. Tapi abam enjoy la main dengan best player Malaysia dalam game Pes online ni.
Kadang2 abam join jugak liga, tapi liga ni mencabar sikit sebab makan waktu lama sikit, jadi banyak la hari2 yg abam terpaksa lena lewat sebab tunggu opponent.
Tapi la ni abam dah kurangkan sikit join online tournament ni sebab umoq pun dah makin tua, anak2 makin besar dan abam sibuk sikit dengan aktiviti bersama anak2.
Yang syok online tournament ni kadang2 ada hadiah berupa wang ringgit dan juga PS Plus jadi semua pakat pulun la nak bagi menang, terima kasih la pada yg sponsor hadiah tu harap2 selalu la sponsor bru la semangat sikit thihihihihi....
Kelebihan main game Pes online ni kita akan bertemu pelbagai bangsa dan peringkat umur dan kami ada group wasap khas untuk Myclub Malaysia dan dianggotai pelbagai bangsa dari seluruh Malaysia.
Dari game Pes Online ni la abam ada freind pesbuk dari pelbagai negara asia tengara seperti dari Indonesia, singapura, Thailand dan jugak vietnam.
Sedaq tak sedaq dah 11 tahun abam terlibat secara aktif dalam game Pes ni semenjak dari zaman Playstation 2 lagi hingga Playstation 4.
Dan telah tercatat dalam sejarah Pes Malaysia di mana pada 19 hb Ogos 2018 telah berlangsung acara Final Pes peringkat Asia Tengara yang mana Malaysia telah menjadi tuan rumah. Pertandingan itu diadakan di Quill Mall Kuala Lumpur dan pertandingan ni mengumpulkan semua wakil terbaik permainan Pes seluruh negara di Asia Tengara dan disertai oleh wakil dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar, Singapura dan Vietnam. Di atas gamba2 abam bersama team marshall, player Malaysia dan juga bersama wakil Pes Indonesia iaitu Indominator yang muka mix mat salleh tu sebijik cam abam yg mix korean ni hahahahaha....
Sebagai Admin abam telah ditugaskan menjadi marshall untuk pertandingan yang cukup gah ini dimana acara ini diadakan setahun sekali dan pada tahun ini Malaysia telah menjadi tuan rumah  setelah acara ini berlangsung di Bandung, Indonesia pada tahun lepas, untuk tahun hadapan acara ini akan diadakan pula di Bangkok, Thailand. Kanan atas tu abam bersama Pengarah Pes Malaysia iaitu Saudara Yazid dan juga Pengarah Pes Indonesia dan juga Pengarah Pes Asia Tengara iaitu Saudara Valentinus Sanusi
Bukan senang nak berjumpa dengan pemain-pemain game Pes terbaik Asia Tengara dan juga di Malaysia, jadi kesempatan ini abam telah ambik untuk beramas eh silap taip plak...beramah mesra dengan mereka dan juga bergambar kenang-kenangan sebagai salah satu moment yang bakal dikenang ketika berkecimpung dalam dunia game Pes ni.
Abam cukup terharu bila tengok scene Pes bertambah meriah di Malaysia dan juga Asia amnya di mana sukan Pes ini telah berjaya dipertandingkan di Sukan Asia Jakarta Palembang pada tahun 2018. Dahulu cukup susah nak tengok tournament2 Pes di pertandingkan berbanding game FIFA tapi alhamdulilah dah ramai anak2 muda Malaysia yang minat main Pes dan berjaya sehingga peringkat Asia dan banyak kedai2 game yang dah buat tournament2 Pes kebelakangan ini. Semoga pertandingan-pertandingan seperti ini membuka mata pelbagai pihak  tentang betapa meriahnya komuniti Pes di Malaysia serta Asia amnya dan semoga game Pes ni dapat dipertandingkan di peringkat global setaraf dengan FIFA. Sekalung tahniah kepada pemain yang berjaya dan selamat datang abam ucapkan kepada player2 Pes muda Malaysia kerana andalah yang akan mewarisi dan meneruskan legasi komuniti Pes di malaysia kelak. PES unite for all.

1 comment:

  1. yuk guys..., kami dari Agen poker terbaik dan agen poker terpercaya ingin mengajak kamu bergabung di DNAPOKER.

    jackpot dan withdraw selalu menantikan kalian guys.Dengan modal yang sangat terjangkau sudah dapat bermain di semua permainan ^_^
    ♠ Ceme
    ♣ Poker
    ♥ Capsa
    ♦ DominoQQ
    ♠ Omaha
    ♣ Super Ten

    Adapun bonus-bonus yang kami berikan untuk para pecinta poker Indonesia
    ♠ Bonus New Member 20% max bonus Rp 300.000,-
    ♣ Bonus setiap Deposit 5% max bonus Rp 100.000,-
    ♥ Bonus Cashback rollingan 0,3%
    ♦ Bonus Refferal 15% ( Seumur Hidup )

    ♠ Minimal Deposit Rp 10.000,-
    ♥ Minimal Withdrawal Rp 30.000,-

    So tunggu apa lagi segera daftar agen poker terbaik dan agen poker terpercaya ---->>> DNAPOKER

    Untuk info lebih lanjut dapat Hubungi Livechat kami Atau :
    WA : +8558692773
    BBM : E33FF559
    Wechat : DNAPOKER

    link alternatif kami :
    www.dnawin.net
    www.dnawin.co
    www.dnapoker.com

    ReplyDelete