Jangan Clik

Wednesday, March 15, 2023

Adab dan akhlak

 


Bila dah nak hampir masuk umur2 warga emas ni baru la kita paham bila jumpa org2 tua yang selalu tanya macam2 kat kita, ya kadang2 org tua ni takdak laman sosial media yang tau semua berita pasal kita, jd bila jarang2 jumpa tu banyak benda la dia tanya, tapi selalunya dia tanya benda basic ja la, keja mana, kahwin dah ka, anak bopa orang, duduk mana.
    Bukan kata orang tua kadang2 memba kampung, memba sekolah rendah, memba tempat keja lama pun selalu tanya soalan2 camtu , ya la bila lama tak jumpa pasti nak tau serba sikit perkembangan kita, pembuka bicara la lebih kurang, macam kita jumpa jiran tgah  basuh keta kita bole tanya "basuh keta ka bang mid?" sedangkan kita dah nampak dia basuh keta, saja tanya untuk memulakan bicara, tu ja.
    Tapi banyak plak aku baca di media sosial yang ajar budak2 muda bila org tua tanya "bila nak kahwin" suruh jawab "pakcik bila nak mati" , bg aku jawapan camtu sangat tak beradab dan berakhlak, mengajar generasi muda menjadi kurang ajar asbab trigger dengan pertanyaan tu, apa salahnya jawab dgan elok, mati ka kalau jawab macam tu? tak kan.., jadi kenapa nak ambik semua benda jadi negatif, klu rasa trigger, koyak, paling kurang senyum sudah.. setel, tak perlu nak bersikap kurang ajar dan provokatif, tak mendatangkan untung apa pun.
    Ya , aku penah jugak trigger bila disoal pertanyaan "bila nak dapat anak" masa mula2 aku kahwin dulu, sbb dekat setahun lepas kahwin wife aku takdak rezeki nak dapat anak cepat. Tapi masa tu aku positif thinking, maybe depa cuma nak mula bicara, ambik berat pasal kita dan paling make sense depa lama tak jumpa kita jd mungkin nak tau perkembangan kita wpun kita mengharap kan soalan2 lain cam "ang sihat ka", banyak beli barang atau apa2 saja, tapi kita bukan bole kontrol org lain kan. jadi positif aja apa yg depa tanya, tak rugi apa pun.Jawab elok2 tak salah rasanya.
    Teringat aku kisah pakcik kampung aku tanya memba aku ttg adik dia yang baru keluaq universiti tu keja mana, sinis dia menjawab yg adik dia tu keja ngan sykt Singapore, lalu pakcik tu tanya la balik, keja masa bila sebab dok nampak ada di kampung, tapi memba aku tu jawab dia keja online wpun masa tu bukan zaman pandemik, berlalu la pakcik tu mungkin berpuas hati dgan jawapan memba aku tu, tapi yang aku kesalkan awat ang tak jawab jujur yang adik ang tu keja buat Grab, pasai apa nak pemain pakcik tu.Jawab jujur apa salahnya, sbb kami geng2 kampung semua tau mmg adik dia keja bawak Grab . Mmg klu ikutkan apa yg dia habaq tu betoi sbb ibu pejabat Grab mmg kat singapore, keja buat grab mmg guna aplikasi online tapi pakcik tu bukan tau semua tu pun, jawab direct teruih awatnya, bukan pemain org tua camtu. Klu org pemain ang, ang nak marah, ang pemain org bole hhmm.. 🙄
    Dan pada pendapat aku yang memba aku jawab macam tu ttg adik dia bukan pasai apa, sebab rasa keja tu lekeh, low class sbb tu jawab cara pemain pak cik yg mmg tak tau apa sbb cemuih pak cik tu tanya. Cuba adik dia keja Engineer kompom2 semua dia cerita wpun pakcik tu tak tanya, sykt mana, gaji berapa, dll. Benda yg aku nampak org cepat trigger ni sbb dia takdak semua yg ditanya tu, cuba ada org tak tanya pun dia cerita sendiri hahahaha...jd pendapat aku letakkan la nilai positif , adab dan akhlak di depan insyaAllah hidup kita akan ceria bak pelangi.

No comments:

Post a Comment