Memandangkan game GTA VI tak lama dah nak realeased jadi aku saja la nak coretkan perbandingan 2 game open world ni memandangkan aku dah penah main game2 ni yang diterbitkan oleh kompeni yg sama , iaitu Rockstar. Game open world ni aku mula jatuh cinta masa pertama kali aku main game GTA IV di Playstation 3 , mmg layan habih main misi di kotaraya Liberty City yg mengambil latarbelakang kota new york. Join dunia jenayah yang penuh dengan mafia dengan pelbagai misi dan macam2 geng jenayah termasuk geng moto. Lepastu bila aku main GTA V yg baru direleased cinta aku akan game open world makin bertambah sebab grafik yang lebih cun, maps yg luas dan misi yg pelbagai. Sebenarnya game GTA V di dah 4 kali aku main, jual ,main jual balik hahaha..bukan sebab apa, masa first main tu aku main mision besar ja, mision kecil2 ni aku abaikan, pastu beli balik main misi2 kecil ni rupanya syok dan thrill jugak. Dah habis jual balik, pastu bila internet dah cun di kaw aku, aku beli balik sbb nak main GTA online hahaha.. Bila dah dengar Red Dead Redemtion 2 nak keluar aku tak berapa teruja sangat sbb RDR2 ni latarbelakang zaman koboi dulu, dan bagi aku leceh la bila dlm open world ni ang nak pi satu2 tempat naik kuda macam lambat ja, dan kompom2 teknologi senjata dia masih kuno. Tapi bila tgok rating dan pendapat ramai gamer yang game ni best, aku try main, rupa rupanya best dan dia ada tarikan tersendiri berbanding game GTA. Yang mana misi dalam dunia jenayah zaman koboi pun masih menarik dengan macam2 geng jenayah yg terpaksa dihadapi selain misi2 kecil macam cari treasure, memburu haiwan2 lagenda utk dijual, Dan mencari kuda2 terpantas dan susah nak tangkap utk dijadikan kenderaan persendirian dan rupanya nak ke sesuatu tempat tu tak lambat sangat sbb bole guna button cinematic camera yg mana kuda bawak kita ke destinasi tu secara automatik tanpa kita kontrol, dan juga bole ke sesuatu tempat secara pantas guna maps yg terdapat di kem. Dan masa keluar RDR2 tu aku pun dok rasa lambat lagi la GTA VI nak keluar sbb kompom2 Rockstar akan tumpu dekat RDR2 dulu berbanding develop GTA VI. Dan akhirnya selepas 13 tahun menunggu dari tahun 2013, pada 2025 Rockstar mengumumkan pelancaran GTA VI yg akan direleased pada hujung tahun 2026 selepas beberapa kali ditunda dan telah dibangun selama 10 tahun yang mana menggunakan peta Vice City yang diambil dari latar kota Miami, Florida. Dan baru beberapa hari selepas bole pre order, berjuta salinan telah berjaya dijual dalam tempoh yang singkat dan menjadi antara game yang ditunggu2 sebab menampilkan grafik yang jauh lebih advance dan smooth serta keluasan mapsnya yang bole memuatkan seluruh maps GTA IV, GTA V dan juga maps RDR2 sekaligus. Selain itu antara pembaharuan yang ditampilkan Rockstar adalah game ni sebolehnya dibuat serealiti mungkin dengan kehidupan sebenar dimana sekarang player hanya bole membawa 2 senjata sahaja iaitu, pistol dan senapang, dan senjata2 lain perlu disimpan di dalam bonet kereta atau di rumah. Jika player membawa wang di dalam diri , wang itu akan hilang jika terbunuh atau ditangkap polis, dan sebab itu wang perlu disimpan di bank utk mengelakkan ia hilang, begitu juga dengan senjata.Minyak kereta juga dikhabarkan perlu diisi di stesen minyak dan memberi thrill yang baru sbb kalau dikejar polis masa minyak keta takdak, mmg jem hahahaha... Lagi satu pembaharuan Rockstar ialah tiada lagi kenderaan terbang macam moto Oppressor dalam game GTA V dan hanya kenderaan terbang lazim macam helikopter dan kapal terbang sahaja yang ada. Dalam GTA VI di ada dua watak utama iaitu Johnson dan Lucia, lelaki dan wanita berbanding 3 watak utama di GTA V dulu. Gta VI mai dengan dua edisi iaitu standard edition dan ultimate edition yang memberi lebihan kenderaan , senjata , kedai aksesori dan juga misi dimana PTT Young Longin bole diakses untuk misi yang disediakan dengan harga utk standard edition Rm 339 dan Ultimate Edition Rm 419.

No comments:
Post a Comment