Jangan Clik

Sunday, August 12, 2012

Berbuka Puasa Di Luar

Bulan Ramadhan pun dah hampir ke penghujungnya dan selain dri berbuka di rumah, aku sefamili ada jugak berbuka kat luaq sekali sekala, dua kali dua kala ye dak hahaha...Ni antara rangkuman aktiviti aku sefamili berbuka posa kat luaq, ewaahhh... mcm rangkuman perlawanan Bola Sepak Liga Super plak w'pun pada hakikatnya mmg aku dah tak berapa ambik pot mengenai Liga Super setelah pasukan peberet aku Perlih dah tersungkoq ke Liga FAM, mmg cam kelemumoq pangai. First aku berbuka kat Restoran Nurha's Aloq Staq, restoran ni antara destinasi makan yg wajib bg famili aku sebab wife aku mmg tertawan ngan tomyamnya. Aku order awai pkoi 4.30 ptg sebab klu order lewat, teguk ayaq la jawabnya masa org tgah berbuka nti, sebab sini mmg selalu full house.
Kali kedua aku berbuka di Lynda Ikan Bakar Kuala Perlis, ni kali pertama aku berbuka kat sini, best rupanya dgan angin laut Selat Melaka bertiup disusuli  kompilasi angin dri anak aku Nasihin yg sungguh tak merdu dan tak wangi. Beliau asyik ajak aku jenjalan ja sebab terpesona melihat siswi2 yg ramai dan manis2, jd aku pun tak berupaya menolak pelawaan beliau sambil mensisir rapi rambut serta bauk ku yg ikal mayang ni kerna ia selalu menjadi igauan gadis2 manis.
Kat sini aku order ketam masak cabai sebab Syakirin suka makan ketam dan dia  suka  sebab ketam tu macam raksasa yg selalu lawan ngan otromen dia, jd bila dia makan ketam tu otomatik otromen menang yyeeyyyy...eh yg aku seronok skali ni pasepa. Menu lain aku order ayaq laici satu jag, teloq dadar, tomyam dan soton goreng tepung. Alhamdulilah habih lincin disental oleh aku, wife serta anak beranak menunjukkan berbaloi aku bayaq sebab makanan ngan ayaq setel semua. Jgan dok ingat wife aku minum ayaq guna botoi plak, botoi tu harta Nasihin yg punya dan Ibu dia tgah mengemukkan beliau dgan hidangan ketam beserta nasik.
Last sekali aku berbuka di Tat Nasi Ayam cawangan Aloq Staq. Awai tu cadang nak berbuka kat Wong Solo Ayam Penyet, tapi tutup plak sebab renovation, jgan tutup teruih sudah, peberet aku tu. Kat sini mcm besa la order nasik ayam dua pinggan setengah, yg setengah tu utk Syakirin, sate dan ayaq laici se jag. Puaih ayaq laici dia, buah laici depa boh sepokok dlm jag, banyak makan buah dri minum ayaq. Orang ramai toksah kira la, hari cuti dan seeloknya order awai la supaya kita ada tempat dan tak tertunggu2 waktu berbuka nanti tambahan kalau tempat tu menjadi tumpuan ramai org utk berbuka.

Saturday, August 4, 2012

Air Teh Bunga Beratur Bazaar Ramadan Stadium Darulaman, Alor setar Kedah

 UUiiihhh....panjangnya aku ambik masa bru nak update blog nih, sepanjang tajuk entri begitu juga sepanjang barisan orang ramai yg pakat beratoq utk membeli salah satu juadah berbuka yg amat oosseemmm...jika anda singgah di Bazaar Ramadhan perkarangan Stadium Darulaman, Aloq Staq, Kedah.
 YYaaaaa...itu dia gerai teh bunga diberi nama, punya la ramai org beratoq, sampai tokey gerai tak buka stall lg dah pakat beratoq dah dri pukoi 4 lg. Mmg panaih tapi jgan risau, pemilik gerai ada menyediakan payung utk para pelangan yg setia beratoq.
 Dulu pd tahun 2008 abg nih meniaga sorang2 ja, lepaih mendapat sambutan teruih tambah pekerja dan bini sekali turun padang, bila aku perati bebudak yg dok ikat ayaq, teringat aku masa buat ayaq bazar ramadan stadium Utama , Kangaq, yg pertama aku tgok jari depa, mmg balut ngan plaster sebab aku pun penah kna mcm ni dulu, habih jari jemariku yg mulus ni luka kna penangan getah ikat ayaq,  bila boh plaster ok la sikit jari. Aku kerap jugak dok mai bazaar nih, tapi tak penah beli ayaq teh bunga ni, bukan apa, malaih nak beratoq panjang2 nih, tambahan mai plak ngan hero-hero aku lg la payah. Dah alang2 menyeluk pekasam biaq sampai ketiak masam, eehh..apa aku pi sebut pasai pekasam plak nih, tau la perut lapaq tapi jgan kaitkan pekasam ngan teh bunga sebab depa mmg tak ada pertalian sedara mara.Eerrr...tang mana tah td? oooo... ok aku sambung kat bawah plak.
 Yang unik ttg teh bunga nih, (yg dimaklumkan org la, sbb aku tak penah rasa lg) rasa dia lain pada yg lain sebab owner dia tak gunakan gula biasa, tapi menggunakan madu sebagai pemanis ayaq nih. Dan aku mula mencongak hhhmmmm...musti terasa hendak bermadu lpaih minum ayaq teh bunga madu ni hihihihihi....(gelak merela, sambil tgok kanan kiri, takuit bini lalu usung tali pinggang Ultimate Warrior plak, mau dilibaih rusuk aku, mmg mabeelesss la rasanya.). Beliau menjual hampir 20 tong ayaq sehari, yg mana beliau mengangkut menggunakan lori kecik beliau.
 Kalau diperatikan banyak Kelulut (menatang yg mcm lebah jugak tp dia kerdil sikit) dok hurung bekaih gula madu beliau, mungkin rasa manih gula tersebut menarik perhatian depa.
Dan untuk menambah keunikannya lagi brader nih tak guna ais kiub biasa yg digunakan tetapi dia gunakan ais bantal, di mana salah sorang pekerjanya akan pecahkan aih tersebut menggunakan pemecah ais la takkan guna tumit plak kan. Sebab kata brader ni kesejukan ayaq ni akan tahan lama klu guna aih ni. Mmg terbukti, ayaq yg aku beli kekal sejuk sampai pkoi 2 pagi. (musti ampa tertanya pasepa aku pukoi 2 pagi tak tidoq lagi, kan bulan Ramadhan, mustila aku beribadat sepertiga mlm pppfffttt....ok ok la tak baik muhong bulan posa nih, sebenaqnya aku layan olimpik.)
Memandangkan ini kali pertama dan tak tau bila lagi aku sanggup beratoq nak beli pulak, aku tibai beli 5 bungkih sekali..nahhh...hhaaaiii...mentekedarah ka hapa nih, nafsu umpama bapak dinosor lagaknya. Harganya berpatutan cuma Rm 2.oo sebungkuih. Dan kalau diperatikan, w'pun ayaq brader ni laku dia tak bukak gerai banyak2 atau tambah tong ayaq sebab pendapat aku,bila org beratoq nih menambah pelaris gerai dia dan memberi keunikan tersendiri kerana hanya bulan Ramadhan ja kita ble merasa ayaq dia, bulan lain takdak, dan org akan berpusu2 memborong ayaq teh bunga nih, dan satu lagi aku perati tong ayaq tu la yg dia guna semenjak dulu lg sampai boh salotape pun tak tukaq baru, mungkin ada rahsia kot. Apa pun try la rasa ayaq teh bunga nih, mmg lain pada yg lain, dan kna juga rasa nikmat beratoq di bulan posa menambah kenikmatan utk berbuka bila masuk waktu nanti. Gluukkk...gluukkk..glluukkk...puhhh ni gelaih yg ke 14 aku teguk sekali harung.

Sunday, April 29, 2012

Masuk PS3 PES 2012 Tournament

Pada 22 April 2012 kedai game memba aku ada buat PS3 PES 2012 Tournament. Pertandingan yang mengunakan format kumpulan round robin menawarkan hadiah dlm bentuk tunai dan yuran penyertaan RM 15  satu slot. Aku ambik 2 slot, lebih sikit chance kita utk ke pusingan seterusnya.
Pada pembukaan kedai dia bulan Januari 2012, dia penah ajak aku masuk tapi aku tak berapa yakin nak masuk sebab rasanya kurang lagi skill aku dalam bidang pemPESan nih. Kalau yang taktau tu game PES ni adalah singkatan Pro Evolution Soccer keluaran syarikat KONAMI yakni game bola yg agak popular selain game bola FIFA keluaran EA Sport.
Disebabkan dah lama dah aku berkecimpung dalam main game PES nih semenjak PS One lagi, klu tak silap masa tu PES 2007 hinggalah sekarang PES 2012 cuma yg berbeza adalah konsolnya saja yg menggunakan PS 3, tapi Penggunaan butangnya sama ja dri dulu. Aku selalu dok main game ni dgan adik ipaq aku dan anak menakan aku tiap2 ujung minggu. Dan ni la first tournament aku masuk, saja ja nak rasa suasana competition mcmana sebab main dgan manusia berbeza main dgan komputer sebab manusia ni dia musti buat mistakes berbanding komputer yg agak perfect cara permainan dia.
Penyertaan agak ramai la dlm 40 org lebih, aku masuk ngan rakan opis aku Syafik yg selalu gak main game bola nih. Aku hanya sampai ke peringkat suku akhir ja masuk kategori 16 terbaik, kira ok la maklumla first time masuk tournament. Sebenaqnya baguih masuk tour nih sebab selain dri kita rasa suasana perlawanan dgan org yg berbeza kita jugak ble kutip skit skill yg ada kat depa yg jarang kita guna, sebab aku selalu main dgan adik ipaq aku guna simple setting saja, rupanya ada lagi skill dan taktik yg boleh digunapakai yang bole kita ambik kat sini https://www.konami-pes2012.com/eu/en/tips-tricks/ . Cuma masuk tournament masa dia ambik lama jugak kira2 dekat sehari, aku masuk suku akhir pun dah dekat pukoi 7. Tapi ok la, bukan hadiah yg dikejar cuma nak kutip pengalaman masuk competition main dgan gamers yg lain.

Saturday, April 21, 2012

Akhirnya Lat 30 Years Later

 Setelah sekian lama mencari akhirnya aku berjaya juga mendapatkan dan menambah koleksi agung karya Dato' Lat iaitu Lat 30 Years Later di mana buku ini amat terhad sekali disebabkan ia bukan dikeluarkan oleh pengeluar kebiasaan karya Dato' Lat iaitu Berita Publishing sdn. bhd tetapi dikeluarkan oleh Syarikat Dato' Lat sendiri iaitu Kampung Boy Sdn. bhd, dan disebabkan itulah ia membuatkan buku ini susah dicari dipasaran sekarang melainkan di kedai-kedai buku lama itupun jika kita ada rezeki dan kalau ada pun harganya mungkin mencecah ratusan ringgit. Aku dapat buku ni pun bukan kecik anak tempatnya, nu di US alamatnya, itupun setelah puas aku cari di kedai2 buku lama, di Mudah.Com, di Lelong.Com tak juga aku jumpa, akhirnya aku jumpa 2 naskah di Ebay.com.my tapi harganya amat tinggi maklumla kos penghantaran antarabangsa mmg tinggi, satu naskah berharga RM 198.00 (termasuk penghantaran) dan satu lagi RM 412.00. Jadi mustila aku amik yg murah kan, dah minat punya pasai. Setelah menunggu hampir seminggu, bungkusan dri US pun tiba dgan selamat bersama buku Lat 30 Years Later yang masih berkeadaan baik. Terima kasih juga aku ucapkan kat blog kutubkhanahku.blogspot.com yang juga merupakan pengumpul karya seni Dato' Lat dimana melalui blog tu lah baru aku tau ada lagi rupanya karya Dato' Lat yang masih tiada dlm koleksi peribadi aku.
Selain tu aku juga dapat mengumpul beberapa koleksi buku kartun lama yang aku jumpa di internet dan kedai buku lama, antaranya koleksi Jungle Jokes karya Jaafar Taib yang dulu popular di Majalah Humor Gila-Gila yang aku beli di kedai buku lama Bazar Chowrasta, Pulau Pinang. Buku Lots Of Lat karya Dato' Lat, buku koleksi GG Look at Aza karya Aza, Koleksi Aca dan Atuk karya Ujang yang aku dapatkan dari Mudah.com dan last sekali koleksi Pi Mai Pi Mai Tang Tu karya Imuda yang aku dapatkan di kedai buku lama Junk Book Store, Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur (di kedai ni masih ada beberapa karya Dato' Lat, jika karya tersebut tiada dalam koleksi anda try la pi usha, harganya pun bole tahan la, maklum la buku rare) dan menurut penulis blog kutubkhanahku.blogspot.com sesiapa yang mempunyai karya Dato' Lat jaga dan simpan la elok2 sebab katanya ada beberapa karya Dato Lat yang tidak akan dicetak semula kerana ada beberapa tokoh individu yang beliau pernah lukis dlm karyanya telah meninggal dunia, jadi disebabkan Dato' Lat ingin memberi penghormatan kepada individu tersebut maka karya yang melibatkan individu tersebut tidak akan diterbit semula.

Sunday, April 1, 2012

Letupan Bom di Hatyai

Baru sebulan lebih rasanya aku meninggalkan bumi Hatyai seperti yang penah aku tulih dlm blog ni dulu ttg lawatan opis aku ke Hatyai. Syukur Alhamdulilah masa kami pi takdak berlaku hal2 yg tak diingini selain dari dikelepet penjual sokkabaq ja. Letupan berlaku di basement hotel Lee Garden Plaza dan merupakan salah satu tempat yg aku lawati kerana di keliling Lee Garden Plaza ni ada pasar yg menjual beraneka jenis barangan. Kejadian yg berlaku pukul 1. ptg waktu Thailand mengorbankan 5 mangsa dan mencederakan 300 yg lain dan salah seorang yg terkorban adalah rakyat Malaysia. Bandar Hatyai merupakan bandar pelancongan yg cukup popular di kalangan rakyat Malaysia tambahan hari cuti mmg ramai la rakyat Malaysia yg bercuti ke sana dan aku pernah bercadang nak ajak famili aku bercuti kat sana naik keta sendiri, alih2 bila jadi kes nih, terpaksa tangguh dulu la. Salah seorang guru wife aku bernasib baik sebab kejadian ni berlaku selepas sejam dia checkout dari hotel tersebut. Dan hari nih kak ipaq aku ada call dan dia kata jangan nak ajak dia pi dah Hatyai sebab dia takut kna bom, mmg sebelum ni kami penah ajak dia sefamili pi tapi dia tak mau takut ada kejadian bom dan aku berkeraih kata kat dia Hatyai ok takdak kes apa2 selain dri 3 wilayah lain yg mmg selalu berlaku pertempuran iaitu di Narathiwat, Yala dan Pattani, lepaih kejadian nih mmg payah la nak pujuk famili kak ipaq aku pi. Diharap pihak berkuasa Thailand dapat mengatasi masalah ni dan mengelak kejadian sama berulang dan yg pastinya selepas kes letupan bom kereta nih purata kemasukan pelancong Malaysia ke hatyai pasti berkurangan dgan mendadak.

Wednesday, March 28, 2012

Jersi bolasepak yang tidak digalakkan memakainya.



Memandangkan musim demam bolasepak Euro 2012 makin hampir, pasti peminat-peminat bolasepak di seluruh dunia termasuk di Malaysia tak sabaq2 nak pi beli jersi terbaru pasukan negara atau kelab kegemaran masing2 tak kiralah kat pasar malam ka, kat Padang Besaq ka, kat Chow kit ka atau kat mana2 tapi harus diingat, masih ramai lagi peminat Islam di malaysia khususnya tak berapa nak ambik berat tentang perkara ni , iaitu jersi bola sepak yang terpampang lambang salib, penaja dari minuman arak, penaja dari syarikat judi dan juga lambang setan.Aku jugak antara peminat yg minat kumpul jersi bola tak kira la dari negara atau kelab, janji cantik, tapi la ni kna berhati-hati la sikit. Kerana menurut Penasihat Majlis Agama Islam Johor Dato' Noh Gadot berkata perkara tersebut ditegah oleh Islam dan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh menjurus umat Islam ke arah syirik.Pemakaian jersi bola sepak atau pakaian lain yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik. Beliau berkata memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain. Jadi kepada semua peminat bolasepak berhati-hatilah ketika membeli jersi pasukan kegemaran masing-masing takut dapat dosa kering ja termasuk la aku huhuhuhu....pakai jersi perlih dgan Malaysia cukup la kot. Antara gambaq jersi2 negara dan kelab di atas yang dilarang pemakaiannya kerana:-


Jersi Portugal - dah teserlah gambaq salib kat baju dia dan terutama kat lambang.

Jersi Barcelona - ada gambaq lambang salib kat logo kelab

Jersi Sweden- juga ada lambang salib kat logo negara

Jersi Brazil - ada lambang salib kat logo negara

Jersi Ac Milan- ada lambang salib kat logo kelab

Jersi Manchester United - ada gambaq setan kat logo kelab

Jersi Aston Villa- ada lambang penaja dari syarikat judi

Jersi Parma- dari dulu jersi parma mmg dikenali dgan lambang salib yg besaq kat jersi dia, kesian kalau ada pemain Islam kna main kat Parma, tak pasai2 kna pakai baju ni.

Jersi Everton - ada lambang penaja minuman arak gajah sondoi

Jersi Real Madrid - ada lambang salib kat mahkota di logo kelab (w'pun kecik tapi kira ada jugak la)


Yang terniat nak tulis ni sebab tadi aku nampak mamat tu pakai jersi England, w'pun takdak lambang salib tapi kat belakang jersi ada 4 titik yg menyerupai salib. Kadang2 sebagai peminat kita ni tak perasan sangat tambah2 klu lambang kecik atau ada lambang tersembunyi, dan mungkin pelbagai alasan akan diberikan oleh si pemakai dengan alasan bukan untuk masuk agama Kristian pun hanya suka2 ja, bukan nampak pun lambang tu. Tapi itu semua pendapat memasing, pandai2 la pikiaq....tepuk dada tanya sama itu hud..hud.

Sunday, March 25, 2012

Penang

Cuti sekolah bawak familiku jenjalan ke Pulau Pinang sambil mensetelkan beberapa hal di USM. First time Nasihin naik feri, dah 5 bulan baru bleh naik feri, abang dia dulu kerap sebab masa tu wife aku masih stadi kat USM masa mengandungkan dia, tu yg nampak stedi tu hahaha... kontrol nampak

Singahan pertama adalah tempat yg dah lama aku nak kunjungi iaitu kedai buku terpakai di Bazar Chowrasta. Bazar ni aku penah la mai tapi mai beli jeruk la, tak tau plak kat tingkat 1 Bazar ni ada kedai buku terpakai, mmg syurga la pada kaki bulu eh kesilapan plak...kaki buku cam aku, tu pun aku tau lepaih baca beberapa bloggers kaki buku yg penah mai sini.

Ada lebih kurang 5 ke 6 buah kedai yg masih buka dan macam2 jenis buku ada, buku novel ada, komik, kartun, buku kanak2, buku Agama, buku teks sekolah, buku lima klu beli tak bayaq hahahah... macam2 jenis bukulah, ada bahasa Inggeris, ada bahasa Melayu , bahasa isyarat pun ada. Harga tu ble dikatakan murah jugakla, dan klu bli banyak lg la dapat diskaun banyak. Aku hanya beli komik Jungle Jokes dgan buku kanak2 utk anak aku. Nak mai sini aku kna mai sorang2 bru bole belek satu2, bwak anak2 payah sebab sini panaih sikit depa cepat rimaih.

Laju ja bini aku bila aku sentuh bab nak beli jeruk, tup...tup...dah dok kat tingkat bawah.

Macam2 jeruk ada, jeruk buah pala, jeruk kelubi, jeruk pelam, jeruk anggur, jeruk cermai. Nak campoq pun boleh.

Chek in hotel pun dah petang sebab pi jalan2 belah pulau dulu, sebab kami mai menginap di Hotel Hydro, Pantai Miami, sebelah Pantai Batu Feringghi, klu nak kluaq jenjalan belah bandar leceh plak lalu jalan bengkang bengkok. Seronok dua beradik nih ble landing ataih tilam, maklum la pakat2 ngantuk tak sanga.

Mintak sea view, alih2 dapat hill view. hill view pun hill view lah janji ada bilik kosong sebab kami mai musim cuti sekolah, bilik kna tempah awai, klu tidak...yeelekkk...

Syakirin tgah baca mentera nak bertukaq ke mentimun laut jadian hahahaha....aku lebih suka mai Pantai Miami berbanding Pantai Batu Feringghi sebab pantai sini org tak crowded sgat berbanding Batu Feringghi, senang nak kawal anak-anak dan kawal mata aku dari melihat gadis-gadis manis nan seksi.

Syakirin sorang ja mandi, kami yg lain jadi pak guard dan jalan2.

Lepaih mandi laut, dia buat perangai nak mandi kolam plak, pi lah mandi, ble jgak babah cuci mata sikit tgok pompuan seksi pakai bikini , rezeki jangan ditolak .....hahahah adehhhh...adehhhh....kna tarik telingga plak ngan bini aku, mmg takleh tgok org senang la.

Kna plak tempat makan sebelah kolam, lepaih makan ja Syakirin ajak nak terjun kolam, sabaq la sat tunggu babah perabih lauk nih, mai hotel mana ble makan nasik, kna makan lauk ja baru berbaloi hahaha....

Esoknya kami pi USM setel hal lebih kurang pastu berangkat plak blik, takdan nak merendek kat USM mengimbau kenangan dulu sambil berduet lagu Wajah hati dari filem Ali Setan sebab Syakirin dok buat perangai nak beli menan, dlam USM mana ada menan, marka ada la. Sempat bergambaq kat ataih bukit bersebelahan Muzium USM.