Jangan Clik
Tuesday, March 7, 2023
Susah senang bersama
Sunday, September 25, 2022
Kebahagian itu hak milik setiap insan
https://lm.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fpnews.space%2Fanak-nangis-penat-naik-tangga-tingkat-17-rumah-ppr-ibu-serba-salah-hidup-susah%2F&h=AT1xb7aUXFUxa6y26QwXxLR0o-3aC_IA9AB-huN43GHuoUAHj-OUxH4xqnupoMsk2xZSlEl5nhYmbRTxJBEpJ_lJwpJavlIqK7-Zj0BEINrcAeIQ7scsVWFnTMMzcL4NUyPLQhDKL3wlgSMkEg
Hati aku terjentik bila terbaca luahan seorang ibu di dalam page fesbuk pagi tadi yang ampa bole baca kat link tersebut. Antara bait kata yang dia luahkan adalah " Aku rasa loser sangat sebagai ibu bapa tak mampu sediakan rumah yang selesa untuk anak-anak aku".
Itulah yang aku ngan wife cuba buat, sediakan kediaman, kenderaan dan beri kehidupan yg terbaik utk anak2, diulangi "untuk anak2" bukan utk menunjukan kita mampu atau dak. Tapi yg peliknya org lain plak yg lebih2 berbunyik, cam kita ambik duit dia plak nak beli semua tu hahahaha...
Ya, aku ngan wife penah kena kecam sbb beli rumah besar bayar bulan ribu2 dgan umur nak masuk 40 an ni sbb katanya bila berusia ni elok kurangkan hutang bukan tambah hutang. Tapi salahkah aku ngan wife beli rumah yang besar sikit dari rumah lama dan selesa utk anak2 membesar sementara diberi rezeki lebih oleh Allah. Nafkah utk mak mentua, nafkah utk mak abah aku tetap diberi tiap2 bulan disamping bil2 lain tak penah miss dilunasi.
Lepas baru saja beli rumah aku ambik plak kereta mpv yg besar sikit dari keta lama pun kena ngata jugak hahahaha.. Serba tak kena di mata depa siap perli panggil tuan la, puan la, dato la, datin la, masalahnya aku beli semua ni tak mintak duit depa pun, aku pakai duit sendiri, apa yg dengki sangat.
Kalau cemburu dan iri hati pun diam2 sudahla, takyah la terang terangan tunjuk, post kat media sosial la, komen kat post org la.. macam2 hahahaha.. Org lain lebih pada kita tu rezeki depa, ini rezeki kita, buat apa nak iri hati. Aku rasa kes ni bukan apa, sebab suatu masa dulu dia lebih dari segalanya dari segi wang ringgit, harta benda, pangkat, pelajaran tapi tup2 rezeki Allah nak tunjuk org yg dulu takdak apa2 tak dipandang.. bole melebihi apa yg dia ada la ni maka segala hasad dengki, iri hati pun terpapar la dari segala perbuatan lisan mahupun penulisan di media2 sosial yg menunjukkan sisi sebenar beliau πππ
Tapi jalan hidup aku mudah ja, persetankan org2 camtu, la ni pikiaq nak hidup tenang2 ja ngan family aku. Tapi kalau dia lg sakan nak try banding membanding, lg sakan aku buat hahaha... Bukan apa aku ni jenis macamana ang layan aku, macam tu la aku layan ang, baik ang layan aku, baikla aku layan ang dan begitulah sebaliknya. Tapi aku rasa post2 dan komen tu bukan apa hanya penyedap hati cuma π mcm peel netizen2 yg selalu bising kat media sosial la, ada ja tak kna kat mata depa, beli rumah besaq salah, beli keta besaq salah, melancong merata dunia salah hahaha.. Biaq la sbb masing2 punya kebahagiaan tak sama. Apa yg dia buat selagi tak kacau duit ringgit ang nak hingaq buat apa. Tapi kalau masih berdegil nak membanding taraf kehidupan aku on ja hahaha.. Sbb aku dah lalui perkara ni berkali2 dah, kita tgok life ang takat mana, life aku takat mana. Maaf mcm nampak riak kan tapi abam dah bosan dgan segelintir manusia mcm ni, bila dia rasa dia akan berada di atas kita selama lamanya sedangkan apa yg dia taktau adalah rezeki itu adalah pemberian dari Allah, elok perancangan dan usaha kuat lebih la rezeki kita, klu sebaliknya takat tu ja la rezeki kita. Buat pi la meniaga macam2 ka, join MLM ka tp kalau nawaitu kita sbb nak lebih pada org tu percayalah takkan kemana rezeki tu, takut2 rezeki org yg kita nak banding tu plak lebih lagi pada kita, klu niat cari rezeki utk membahagiakan keluarga itu adalah sebaik2 usaha dan akan beroleh berlipat kali ganda.
Sori.. tiba2 rasa nak meluah plak apa yg terbuku kat hati, macam biasa abam mmg memaafkan tapi abam takkan melupakan perbuatan mereka, benda bole bincang tapi dok ambik jalan singkat meluah segala di media sosial last2 jadi bunga taik dan benda yg depa komplen sejengkal pun tak disentuh tapi akibatnya nasi dah jadi bubur hehehehe.. Itulah lain kali guna akal dan budi bicara bukan guna hati dan amarah.
Bukan apa sbb kita yg bersusah payah, berkorban sana sini, perit jerih nak bg kat anak2 supaya dapat merasai kehidupan yg lebih selesa org lain plak yg iri hati, pastu komplen terang2 plak tu ππ, depa taktau sbb apa aku suami isteri cuba bg kehidupan yg selesa kat anak2 ni sbb kami dah lalui kehidupan yg apabila dlm hidup ni kita tiada apa2.. sapa pun tak peduli dan sapa pun tak pandang, betapa hinanya rasa bila kenalan terdekat berkira ngan kita bila kita yg tengah memerlukan pertolongan demi secebis ihsan mereka buat acuh tak acuh ja, sbbnya keluarga aku ngan wife aku takdak keta jd org tua kami selalu la mintak tolong kenalan yg ada keta utk ke sesuatu tempat ketika waktu kecemasan atau ketika keadaan terdesak tp cara tolong depa tu kita perasan macam tak ikhlas ja, ada yg suruh tgu kat jalan besaq sbb takut keta kotoq bila masuk jalan kg la, ada yg kata bole hantaq sampai kat sesetengah tempat ja sbb ada urusan lain sedangkan jarak yg kami nak pi tu hanya beberapa km ja. Siap membandingkan keputusan pelajaran anak2 yg mana anak depa tiap2 minggu hantaq ke tusyen2 swasta berbanding kami yg hanya mampu ke kelas tambahan free kat sekolah ja. Jadi apa pengajaran kami dapat dari pengalaman tu? Ini lah apa yg cuba buat la ni, beri anak2 kehidupan yg jauh lebih selesa dari kehidupan kami dulu yg setiap hari bergelumang dgan perasaan rendah diri atas keterbatasan ekonomi keluarga sbb tu kami berusaha membahagiakan anak2 dengan menginap di rumah yg selesa, naik kenderaan yg selesa, dapat rawatan kesihatan yg terbaik, menikmati pendidikan yg terbaik dan kehidupan yg selesa untuk anak2 penyeri rumahtangga kami itu ja, bukan nak berlumba dengan org sekeliling pun sbb bg kami tu rezeki masing2.
Apa yg dilalui oleh ibu muda dlm artikel di atas pernah dirasai oleh org tua kami, abah aku pernah suatu ketika mintak maaf sbb tak mampu nak bawak aku adik beradik pi jalan2, abah aku hanya mampu bawak ke Aloq Staq, takpun paling jauh ke Terengganu tu pun sebab balik ke kg abah aku kat Kuala Terengganu π. Sbb tu bila ada masa lapang dan bajet lebih aku bawak anak aku jalan2 tak kira la dlm negara atau luaq negara sbb aku nak cipta sebanyak mungkin kenangan bersama2 depa sblm depa bawak haluan masing2 bila dewasa kelak. Sebab itu aku ngan wife berusaha keras membahagiakan depa, bawak makan kat tempat yang depa nak, hidup dalam rumah yg selesa, naik kenderaan yg selesa sbb aku jenis mementingkan keselesaan utk anak2, sbb ada org lebih pentingkan jenama berbanding keselesaan.
Jadi pesanan aku utk adik tersebut, jadikanlah kenangan tersebut sebagai pengajaran terindah dalam hidup sbb ijazah terbaik adalah dari jalanan, belajar bg dapat keputusan yg cemerlang dan dapatkan pekerjaan yg baik lalu bahagiakanlah ibu bapa kita yg telah berusaha sebaik mungkin utk memberi kehidupan terbaik utk anak2 wpun terbatas, dan jadikan pengalaman itu adalah pengalaman terakhir utk kita lalui dan tidak diwarisi ke anak cucu kita kelak, amin.
Monday, August 8, 2022
Generasi ku
Wednesday, July 13, 2022
Meja makan dan dining set
Memandangkan kerap jugak tetamu2 mai berkunjung ke rumah jd masa bercuti kat Langkawi aritu ada la wife aku cadang kot2 bole beli set dining untuk dihidangkan kat tetamu yg elok sikit sbb rasanya dah lama rumah aku takdak dining set hidangan yg ok, klu yg ada pun zaman dapat hadiah masa awal2 kawin dulu yg dah berusia belasan tahun dah jd aku pun pikir elok jugak beli set2 hidangan ni sbb harga pun tak mahal mana dan banyak pilihan sekarang ni, jadi wife aku decide nak warna hijau gold untuk set hidangan tu sbb nampak cantik , tu yg semua set hidangan kaler hijau sampai ke set teko dan sudu garfu hahaha...
Wednesday, June 29, 2022
Terjumpa kereta pertama
Nak pi breakfast marin terjumpa balik keta pertama aku dulu, Proton Wira 1.6 Aeroback. Harga masa aku beli tu Rm 16,000 , aku pemilik yg ke empat hahaha... mmg masa tu aku cari kereta yg bulanan dalam range Rm 250.00 sebulan ja sbb masa tu aku dah kena potongan pinjaman rumah jadi bab2 pengurusan kewangan waktu tu mmg aku ambik berat, ya la masa tu tak kahwin lg, kena la jimat sikit utk simpan perbelanjaan kahwin, nak masuk rumah lagi tambahan masa tu wife aku tak habih belajar lagi jadi pendapatan tu mmg cukup2 makan la. Satgi ada kata dah tau tak cukup makan ambik keta watpa naik la moto hahahaha...aku ambik keta masa tu pun bukan utk kegunaan aku suami isteri sangat pun tapi aku prepare utk kegunaan lepas kahwin, utk memudahkan urusan bawak anak aku ke klinik atau mana2 sbb aku tak mau anak aku kena panas matahari atau hujan, macam aku alami kecik2 dulu mak abah aku bawak pi klinik naik basikal ngan motor ja, kalau kena bawak pi klinik yg jauh, mak abah aku naik bas. Aku takmau benda2 tu anak2 aku alami, dan dlm hidup ni kita kena ada cita2 utk tingkatkan kualiti hidup kita, awal2 takdak rumah, kita beli rumah, dah ada rumah, beli rumah yg selesa sikit. Awal2 naik moto, pastu beli la kereta, dah ada kereta kalau ada rezeki lebih beli la kereta yang selesa sikit baru nampak ada peningkatan kualiti dalam hidup.
Monday, June 20, 2022
Dahulu dan sekarang
Monday, May 30, 2022
Abang berjaya ke Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Sains Syed Putra
Pejam celik pejam celik sat ja anak sulung aku dah melangkah ke alam menengah. Aku suami isteri tak pernah pun meletakkan harapan yang tinggi kat anak2 aku, cukuplah depa dapat pendidikan agama dan duniawi yg sempurna pun dah cukup dalam membentuk sahsiah depa.
Seingat aku beliau bukanlah pelajar2 cemerlang di dalam kelas wpun masing2 ada kelebihan dan kekurangan tersendiri cuma aku dan wife polish sikit2 supaya tak terkeluar dari landasan yg sedia terbina. Aku dan wife dulu dah berbincang mengenai tugas masing2 di mana aku lebih banyak buat bersama homework anak2 dan memeriksa kerja sekolah mereka dan wife aku yg banyak membetulkan dan memahirkan depa dlm soal agama dari segi mengenal huruf, sebutan yang betul dan tertib solat wpun tiap2 hari hantar ke kelas mengaji supaya depa cepat mengenal huruf dan membaca Al-Quran.
Sudah menjadi lumrah bila kita ada anak yg sebaya di kalangan kenalan2 terdekat ni pasti perbandingan tu wujud tp bg aku itu adalah perkara biasa dan tak pernah terasa pun bila kawan2 tanya kedudukan anak dlm kelas sbb aku tak pernah sembunyikan atau memuji anak aku sbb masing2 ada potensi masing2. Sebab realitinya kedudukan dalam kelas anak aku tak pernah pun dapat 5 terbaik, (ada sekali kot masa darjah 4), kedudukan 5 terakhir tu selalu ππ.
Kita tau setiap ibu bapa pasti mengharapkan dan cuba untuk anak2 mendapat pendidikan dan pencapaian yg cemerlang tp apa yg perlu kita tahu adalah setiap anak anak ada limit masing2 dan aku masih berpegang pada ayat 'Permulaan tu tak penting, yang penting adalah pengakhirannya' sbb kami suami isteri dulu tak pernah cemerlang dalam exam upsr atau pmr cuma result sedikit baik pada exam spm tapi masuk U pun kos biasa ja π, cuma usaha dan rezeki kami ja dapat pekerjaan yang baik dan dapat memberi kehidupan yg baik pada anak2 dan membantu org tua kami.
Masa penilaian pelajar tahun 6 tu mmg kami fokus betoi2 pada pelajaran anak. Sbb zaman la kan dah takdak exam upsr jd penilaian dalam kelas yg akan dinilai. Zaman aku dulu tak mampu nak pi sekolah mrsm, sekolah berasrama penuh atau sekolah cemerlang sbb tu aku ngan wife cuba hantaq anak masuk ujian kemasukan semua sekolah terpilih supaya peluang beliau dlm pelajaran lebih baik dari kami dulu, cuma kami sedikit kecewa bila tau ada yg ibu bapa tak isi dan hantar permohonan anak utk ujian kemasukan ke mrsm atau sek berasrama penuh sbb ia seperti menafikan peluang dan hak anak2, ujian kemasukan ni terbuka.. semua bole ambik, mana tau ada rezeki anak2 dapat belajaq kat institusi yg lebih baik. Aku tak nafikan sekolah biasa pun ada yg melahirkan individu yg berjaya tapi peluang ke peringkat selanjutnya lebih tinggi bila anak2 belajar di kalangan pelajar2 yg terpilih dgan persekitaran yg terbaik. Sebab bg aku dgan pendidikanlah anak2 bole keluar dari kepompong kemiskinan macam hidup aku dan wife dulu. Bila mak ayah tak ambil peluang tu utk anak2 kesian la kat depa sbb sebagai ibu bapa ni tugas kita bukan sahaja utk membesarkan depa malah memberi kehidupan yg baik dari segala segi.
Lagi satu kita sebagai ibu bapa ni sepatutnya seronok bila tengok anak2 yg sebaya ngan anak kita ni berjaya,tambah2 dari kenalan terdekat, tapi bukan dengan dok up status wasap,story pesbuk takpun sharing kat pesbuk yang seolah2 menyedapkan hati atas kelebihan pencapaian org lain, sebagai contoh dok tulis "Anak yang berjaya bukan syarat basuh berak mak ayah" hahaha...aku tak penah mengharap bila aku laki bini tua nanti nak menyusahkan anak2 basuh berak aku, aku kalau bole berdoa supaya aku meninggal nanti takmau menyusahkan sapa, tapi tu semua atas aturan dari Allah, sbb kita bukan ramal masa depan kita camana, lg satu bg aku dari dok meroyan tulih macam2 nak bg sedap hati baik kita terapkan kat anak kasih sayang antara adik beradik, kasih sayang terhadap ibu bapa bila kita tunjukkan contoh yg baik terhadap ibu bapa dan keluarga mentua kita. Aku akui syarat basuh berak org tua bukan ditentukan oleh betapa tinggi pelajaran, berapa banyak harta benda, betapa cantik rupa paras, betapa tinggi pangkat tapi ditentukan oleh adab dan kasih sayang terhadap org tua, dan anak2 juga perlu tau, membanggakan dan membahagiakan ibu bapa juga salah satu tanggungjawab anak2, ibu bapa mana yg tak gembira bila anak2 berjaya. Lebih baik kita tanamkan benda positif dalam diri dari dok jd hamba posting dari pesbuk yg tak berfaedah.
Aku heran betoi la perangai2 org la ni, semua tak kena kat mata depa, kalau tgok kat pesbuk macam2 benda negatif depa tulis pastu siap share lagi utk puaskan hati masing2, sebagai contoh ada isu baru2 ni tentang ada sorang netizen tulis "semak bila mak ayah yg ambik anak sekolah dgan vellfire sbb macam nak menunjuk bukan nak ambik anak sangat" pastu "buat apa beli rumah besar nanti tua duduk berdua ja" pastu ada seorang Dr tulis "dia sanggup beli rumah dari beli Vellfire" dan ada pulak tulis "buat apa beli rumah banyak2 pastu tanggung hutang" hahahaha...kesian bila ada yg kena penyakit hati yg tak bole tengok org lebih pada dia, tu rezeki masing2 dan cara hidup masing2 bukan dia mintak duit kita pun, bila kita rasa dia tak ikut cara kita, kita nak salahkan semua yg dia buat plak, bila dilihat berlaku situasi camtu ini menunjukkan yang rakyat kita ni dah makin kronik penyakit hati depa. Nauzubillah...moga2 dijauhkan. Tapi mungkin ada yg kata penulisan di medsos tu bukan nak tuju kat sapa2 hanya utk peringatan diri sendiri ja, kalau utk diri sendiri, kat post pesbuk 'post audience' tu ada tapisan yg kita bole klik 'only me' sahaja haa..klik yg tu, bukan klik yg open hahaha....
Dari sekolah rendah lama anak aku yang dapat ke sekolah ni hanya 3 org ja, ok la jd anak aku tak la segan sangat sebab ada kawan2 yang dah kenal. Wpun seriau takut dia tak ble bertahan dgan kehidupan asrama tapi alhamdulillah setelah 2 minggu dia dah bole adapt dengan suasana baru dgan kawan2 baru dari serata negeri dan nampak seronok ngan kawan2 sampai aku ajak balik rumah masa outing pun takmau sbb nak keluaq ngan kawan2. Semasa dapat sekolah berasrama penuh ni jugak anak aku ada dapat tawaran ke MRSM Arau tapi aku sepakat ngan wife utk hantar dia ke SBP ni jugak sbb salah satunya dekat ngan rumah dan lagi satu sekolah ni satu-satunya sekolah SBP yang ada dalam Perlis dan bukan senang nak masuk sini,lagipun sepupu aku ada yg belajar dan pernah belajar di sini hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara di universiti of New South Wales, Australia. Semoga doa kami mengiringi anak-anak dalam meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya..amin.








