Jangan Clik

Wednesday, July 13, 2022

Meja makan dan dining set

Masa awal2 masuk rumah tu mmg aku gunakan meja makan rumah lama aku sebab tengok masih elok lagi, aku cuma ganti dengan kerusi baru ja. Tapi meja makan aku tu 6 seater ja, bila adik beradik wife aku, org tua aku kadang2 famili pak menakan aku mai bila nak makan kat meja makan tu terpaksa tambah kerusi, maklumla keluarga aku pun dah 5 orang tambah dengan tetamu mmg sempit la sikit, jd wife aku cadang suruh ambik meja makan yang besar sikit 8 seater luas la sikit tambahan meja makan lama aku ni ble letak dekat ruang dry kitchen. Kalau nak makan2 family aku saja ble makan kat meja makan lama di dry kitchen jd tak bersepah sangatla meja makan ni, bila ada tetamu berkunjung baru makan kat meja makan ni sebab besar sikit ruang meja dan kerusi. Mmg wife aku berkenan corak kerusi design chesterfield butterfly ni dan meja marmar ni sbb cantik katanya, tapi harga ble tahan gak la hahaha...tp yg nak jadi rezeki tu, aku sampai nak pi cari di kedai perabot Sungai Petani nak pi beli set meja makan tu tp kedai tu tutup plak, jd aku ngan wife saja2 la pi servey kedai2 perabot kat Aloq Staq ni kot2 ada yg berkenan di hati dan poket 🤣, tiba2 terjumpa satu set meja makan yg mmg berkenan di hati dan murah plak tu dari kedai di sungai Petani, lagi pula set meja makan ni ready stok berbanding meja makan di kedai di Sg Petani yg kena Pre order. Setelah tawar menawar dengan tokey kedai jd kami pun jd ambik la set meja makan dari kedai beliau, dengan masa penghantaran, pemasangan dan pa yg cukup mabeles dari owner kedai ni, mmg recommended sangat, dlm masa seminggu set meja makan ni dah siap dipasang kat rumah aku.

 Memandangkan kerap jugak tetamu2 mai berkunjung ke rumah jd masa bercuti kat Langkawi aritu ada la wife aku cadang kot2 bole beli set dining untuk dihidangkan kat tetamu yg elok sikit sbb rasanya dah lama rumah aku takdak dining set hidangan yg ok, klu yg ada pun zaman dapat hadiah masa awal2 kawin dulu yg dah berusia belasan tahun dah jd aku pun pikir elok jugak beli set2 hidangan ni sbb harga pun tak mahal mana dan banyak pilihan sekarang ni, jadi wife aku decide nak warna hijau gold untuk set hidangan tu sbb nampak cantik , tu yg semua set hidangan kaler hijau sampai ke set teko dan sudu garfu hahaha...

No comments:

Post a Comment