Jangan Clik

Sunday, December 20, 2009

Family Day D Langkawi


Minggu lpas opis aku ada buat family day kat Pulau lagenda, langkawi. Rombongan seramai 83 orang kakitangan beserta keluarga telah berangkat ke Pulau langkawi melalui jeti Kola Perlih.Ramai sungguh orang kat jeti semua pakat nak pi bercuti, ada yang pi persendirian bersama keluarga, ada yang ikut rombongan maklumlah musim cuti sekolah.
Pulau Langkawi, pulau yang selalu menjadi destinasi utama pelancongan bukan sahaja kecantikan pantai dan pulaunya malah kemurahan barangan di pulau bebas cukai ni. Biasala bila musim cuti sekolah ni semua resort, hotel, chalet fully booking, kereta dan van sewa pun abih orang booking, rate hotel dan keta sewa murah ja kalau bukan musim cuti sekolah, bila mai time ni habih mencanak naik harga. Time cenggini la para peniaga nak buat duit. Tu pun ramai berpusu2 mai bercuti kat sini.

Singgah di galeria Perdana berkesempatan la jumpa dan bergambar dengan Presiden Cuepacs Tn. Haji Omar Osman. Dengan satu harapan dari kami untuk Tuan haji, mintak2 la taun depan dapat la bonus dari kerajaan ya tuan haji thihihihi....
Suasana malam di pantai Chenang penuh dengan tourist dan local tourist, pelbagai cenderamata dan barangan dijual di sekitar sini, jangan segan tawar harga kalau nak dapatkan harga yang setimpal. Kami menginap di Sandy Beach Motel, Pantai Chenang, senang nak buat aktiviti kat tepi pantai. Yang penting anak-anak buleh enjoy mandi laut.

Masuk underwater world Langkawi heroku bule bantai lena lak, kita nak bawak dia mai tgok ikan-ikan yang besaq pada dia kat sini, biaq dia tau ropanya ada lagi ikan yang lebih besaq dari babah dia.
Ibu " Lihat anakku sama tak corak kulit ikan kerapu tua tu ngan corak tudung ibu, untuk pengetahuan anakku tudung ibu di dibuat oleh kulit ikan kerapu tua tu la." Wahahaha anak aku penin mana satu ibu dia mana satu ikan kerapu, sebab corak sama wahahaha...(sori cayang abang lawak ja nti balik abang beli aih pop kat cayang, jangan mara tau ahaks)

Wife aku bwak hero ku mandi laut sebab dia teringin sangat nak berendam, selama ni dok mandi dalam baby tab ja bila tgok laut baru dia tau rupanya kat luaq sini ada lagi tab yang lagi besaq dari baby tab dia.

Antara aktiviti yang kami jalankan adalah lombat katak, w;pun muka aku ada gak iras2 katak pisang tapi aku tewas jugak sebab semua bukan lompat katak tapi pakat lompat kijang, habih la aku (hihihi tak mengaku kalah sebab stamina tak dak, dah tua ahaks)

Acara yang dinanti iaitu berendam dalam ayaq masin, seb baik anak babah takleh berenang lagi, nanti bila anak babah dah buleh berenang kita pi berenang tgah laut sikit tangkap ikan jaws bawak balik masak ngan megi key.
Ni bukan tukun tiruan atau Dugong terdampar yeee. ambik gambaq kenangan sebelum balik mandi kat motel sebab lama sangat berendam sikit lagi nak jadi macam ikan masin.

Makan,makan dan makan serta makan lagi

Aritu bawak hero dan mem aku pi makan kat Restoran Rasamas kat Tesco Aloq Staq. Lama dah dok nak singgah kedai ni tapi tak berkesempatan. Bila dah ada kesempatan kami pun singgah la untuk singgah rasa menu di restoran ni.
Aku order Chicken Chop ngan Chicken gril, salad dan Mushroom Soup untuk heroku aku order biskut meri cap pak ya konda ...thihihihi... aku beli biskut meri dalam tesco bagi dia makan, makanan kami order ni pedas takble bagi dia makan lagi cuma mushroom soup ja dia ble makan. Kesimpulan dia makanan kat sini ok , ayam dia buat mmg rasa ayam eh dah ayam mesti la rasa ayam takkan rasa siput sedut plak...

Wednesday, December 2, 2009

Penempatan guru dibekukan tahun 2010

Tanjong Malim, 4 OktoberProfesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini.Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan.“Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut.“Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar”, jelasnya.
Terkejut jugak aku bila baca artikel ni, seb baik wife aku dah lama posting. Tapi bagi aku benda ni belum rasmi lagi jadi mungkin perkara ni terjadi atau tidak terjadi kita kena tunggu tahun depan lah. Apa yang menjadi igauan ngeri kepada para graduan pendidikan semasa, bila baca artikel ni adalah moral depa akan down w'pun berita ni belum sahih sebab kebanyakan graduan pendidikan beranggapan yang mereka akan mendapat posting sebagai guru selepas habih stadi tup tup dibekukan , tak ke jem... mana nak difikirkan apa nak buat lpas stadi, gena nak bayaq balik hutang PTPTN. Apa yang aku dengaq dari sumber lain negara kita masih kekurangan guru sebab tu la guru GSTT masih lagi diambil dan KPLI tidak dimansuhkan w'pun dulu ada perancangan dari Kementerian Pelajaran untuk memansuhkan KPLI sebab dah banyak IPTA yang menghasilkan graduan pendidikan dari institusi depa , tetapi disebabkan negara menghadapi kegawatan dan penambahan guru akan menyebabkan negara perlu mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk membayar gaji para guru baru ni, jadi pembekuan penempatan guru akan dibekukan buat sementara waktu sahaja. Pengalaman aku mengenai posting guru ni adalah masa wife aku nak kna posting dulu, mcm2 dok pikiaq dalam benak ni, jauh ka kna posting?, bole posting ka? mcm2 lagi la, tapi alhamdulilah dapat jgak bini aku posting w'pun bukan satu negeri dengan tempat kerja aku, tapi tempat posting wife aku tak lah jauh sangat cuma 1 jam perjalanan sahaja dari Perlih iaitu di Aloq Staq, kira berkorban la skit bukan jauh mana pun, pi keja berulang w'pun mengambil sedikit masa macam memba aku ada pesan kalau kita asyik nak dapat keja dekat dengan kampung kita buat tempat keja sendiri tak gaduh nak pi tukaq mana2 dah, ni baru sikit ujian Dia, kita dah ngelabah, pandangan aku la, semua orang ada masalah masing2 cuma macam mana kita menghadapinya saja membuatkan masalah tu tak jadi makin parah. Kat luaq sana lagi teruk kena uji ada yang si suami dok semenanjung yang si isteri plak dok mgajaq kat Sabah lagi haru kes depa, kita yang Allah uji sikit2 ni tahan pi lah besyukur apa yang dianugerahkan, buleh makan, pakai, simpan pun dah kira beruntung. Sebab tu aku tak syorkan wife aku pindah mai Perlis sebab biaqlah 2, 3 taun dulu kat sana cari pengalaman pastu baru lah mintak pindah, kalau ada kososnglah kalau takdak kita duduk la kat sana dulu, rumah yang aku beli kat sini kita pakat2 mai duduk bila time cuti atau kelapangan.Kesimpulannya perkara ni masih dalam perbincangan dalam Kementerian Pelajaran dan belum ada keputusan muktamadnya jadi kepada semua bakal graduasi pendidikan teruskanlah dengan pembelajaran anda, positif thinking dan teruskan berusaha untuk jadi yang terbaik untuk mendidik anak bangsa kelak.

Sunday, November 8, 2009

Banjir di Perlis

Minggu lepas hujan turun dekat 2 hari tanpa henti, biasa la dah nak dekat musim tengkujuh ni. jalan masuk kampung aku macam biasa bila hujan turun lebat sehari suntuk naik la ayaq atau orang sini kata bah.
Habih padi tenggelam, yang peningnya abah aku la, habih padi dia yang baru nak naik tu tengelam, kalau anak padi tu tengelam dalam jangka waktu yg lama alamatnya habih mati la.
Ni jalan kat Repoh, jalan masuk nak ke kampung aku, kampung santan. Seb baik la rumah orang tua aku ngan rumah taman yang aku beli tak naik ayaq kalau tidak letih nak berangkut.
Apalagi bila banjir ni macam pesta la ngan bebudak pakat dok lawan berenang, orang tua pulak dok sibuk menjala ngan tahan pukat kot-kot boleh ikan yang jarang dapat macam banjir 2006 dulu pakat dok dapat ikan lampam, toman dari empangan Timah Tasoh nu sebab depa bukak ayaq. Yang harunya bebudak rempit ni la, bole dok merempit dalam ayaq syok bagi ayaq merecik, tu bukan apa nak mandi malu dah besaq panjang, buat cara tu la nak bagi basah badan pastu pakat dok tukaq plug sebab masuk ayaq, lpas ni pakat2 la pi overhaul kaberator tu sebab ayaq masuk kalau tak mau jahanam enjin.
Empangan tasoh sebenaqnya tutup tapi sebab ayaq melimpah ruah tu yang keluaq segala ikan dari perut Empangan ni.
Haaa apalagi kita mai menjala la kot-kot buleh kelah sekoq dua, toman ka , lampam ka. jangan dok lekat ulaq sawa ngan bewak kabuk sudah jenuh nak perisi nanti.

Wednesday, November 4, 2009

Tinjau-tinjau di Sua Rasa TV9

Sabtu lepas ada fiesta Sua Rasa TV9 kat stadium darulaman Alor Setar, Kedah. Jadi aku pun bawakla heroku pi fiesta tersebut sebab hero ku ni suka jenjalan. Tgok assistant dreba merangkap drebar kecik tgah memandu tanpa lesen, dia dok merap sangat kat ibu dia, aku ambik boh bagi dia pulaih stereng plak, suka tak sangga. (jangan tiru aksi ini di rumah, di tandas ok)
Tgok khenyih sampai nampak gigi sulung bawah dia bila bole bwak keta. habih dia ketit org bila dah ada gigi ni, eksyen no mentang-mentang dah tumbuh gigi. Dulu takpa la kalau merap ghiyau ja, la ni bila merap habih dia ketit bahu aku sampai calaq, alih -alih aku plak merap kat ibu dia sebab cakiittt waaaaa.... wahahaha anak ketit tak la sakit sangat, habih kuat bila dia ketit aku, aku ketit perut dia plak hilang la merap tu. Bukan apa anak laki ni kuat main, dia merap nak suruh main ngan dia, suruh ligan dia dalam walker dia, sikit-sikit bole la, klu slalu semput babah cenggini. Ni nak dok bawak keta ni, ibu dia la ni ajaq dok situ bila ibu dia pi ambik kat umah tok dia lepaih keja, takmo dok dlam babyseat, ibu dia letak kat situ senang, baru dia tak ghiyau.
Tgok Qazrin, dia kalau boleh tgok org takmau tengok tang lain dah tak macam babah dia tak mau tgok tang lain dah bila dapat tgok gadis-gadis manis wahahaha...(gatai merela-kata isteriku bila dia baca post ni nti, sambil mengasah jarinya utk menggunakan hikmat cubitan ketam batu sungai Korok ke atas diriku kelak). Belakang tu pentas untuk buat program Halaqah di sebelah malam.
Orang agak ramai sampai nak cari parking pun kena pusing 2 round baru jumpa, mai pun dah dkat tengah hari jadi terpaksa la aku guna payung untuk mengelak heroku dan aku dari terkena sinaran ultra lembayung yang akan memudarkan tone warna kami yang putih lepuk ni ngengengehh...
Tak banyak barang yang aku beli, hanya dapat kipas dari booth fair n lovely ja, aku sempat rakam gambaq adik Shafimie (hero Hikayat Putera Syazlan) yang sibuk melayan adik-adik di booth Upin dan Ipin, aku takdan nak tangkap gambaq maskot Upin dan Ipin sebab depa pi makan laksa. Personaliti lain aku takdan cari depa, depa tgah dok rehat kot maklumla panaih.

Friday, October 9, 2009

Keletah Qazrin

Takdak crita terbaru nak post cuma aku post gambaq keletah heroku ja la. Nak masuk usia 7 bulan ni Qazrin dah pandai buat mcm2 ragam, haaa yang kat ataih tu bila tgok ibu dia nak pakai spek dia pun teringin sama, ibu nak bagi dia pakai takut rosak mata alih2 ibu dia letak ataih kepala, tak pa sikit klu tidak keja nak bebai.
La dah pandai senyum bila ambik gambaq, pipi labuh sebab banyak dok makan moi campuq sup ayam oleh ibu dia, susu pun setin seminggu la ni, jangan obesiti dah la yang oi payah nak kuruih dan sasa macam babah nti.
eceee....cee...ccee... buat muka series kunun, tu bukan apa bila nampak aku pegang kamera dia pun nak ambik kamera gak jenuh gomoi la ngan dia baru bole ambik balik kamera tu. Anak aku ni senang bawak jalan, dia suka kalau orang bawak jalan, sengap dok asyik perati orang ramai, dia cepat cemuih klu dok dalam umah lelama, yang peninnya takkan aku ngan ibu dia keja nak keluaq ja takdan nak rehat la cenggini. Tapi layan ja la sementara Qazrin nak besaq. Babah ngan ibu sayang Qazrin.

Wednesday, October 7, 2009

Ke Pasar Riadah Sg.Baru, Kuala Perlis

Selepas ari raya aritu saja bawak heroku jalan-jalan tgok laut kat Kola Perlih, lalu ikut sg. Baru baru teringat depan Power Plant Perlis ada satu Pasar Petang khas untuk pegunjung yang ingin beriadah tepi pantai dengan menjual beraneka makanan, minuman dan cenderamata.
Ramai jugak keluarga yang mai menikmati angin laut kat sini, suasana redup dan mendung sesuai sangat la klu nak layan pemandangan laut kat sini. Aku beli jagung bakaq ngan ayaq tebu, pastu ajak wife aku lepak tepi batu kat situ saja nak bagi heroku seronok tgok ombak laut yang menghempas pasiaq dan batu tambak pantai berulang kali.

Kenyih memanjang heroku dapat kena hembusan bayu laut ngan tgok orang ramai, lagi suka la dia, la kecik lagi babah ngan ibu bawak tgok laut ja la nanti dah besaq sikit bole la babah ngan ibu bawak mandi laut plak pi lawan ketit ngan ikan jaws. Sapa-sapa nak beriadah tepi laut selain dari suasana Kola Perlis bole la mai sini, meriah gak sini ngan bermacam gerai yang jual makanan ringan untuk dinikmati sambil beriadah.

Tuesday, October 6, 2009

Termeterai Sudah Ikatan Janji

Pada Syawal kedua sepupu wife aku , Ida telah selamat menjadi tunangan Rizal (bukan nama samaran). Depa ni couple lama dah dari zaman Diploma di UiTM Shah Alam lagi sampai la sekarang. Sbenaqnya aku ngan Rizal ni sekapal dulu dari Nepal mai sini jual karpet tu yang sama2 berbauk dan sama2 tinted wauhwauhwauhwauh...
Dengan bertemakan warna Ungu serta diapit oleh bidadari yang diimport khas dari Lana Bulu, Asrul dan kak na sekeluarga mengucapkan selamat bertunang dan selamat sehingga diijabkabulkan. Jangan gaduh2 tau biasala kalau tergigit lidah ni, sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula lidah semut.

Monday, October 5, 2009

Minalaidilwalfaizin

Sori lambat upload gambar semasa hari raya Aidilfitri aritu, komputer kat umah rosak. Raya aritu macam plan raya sebelum2 ni, dimana pagi raya akan di rayakan di rumah org tua aku di Kg. Santan, Perlih dan sebelah petang di rumah mentua aku di Ayer Hitam , Kedah. Seb baik la bole bini dok dekat2 tak gaduh nak raya umah sapa dulu, dalam masa sehari bole raya dua2 umah keluarga memasing dan adik beradik terdekat.
Tema taun ni keluarga aku pilih kaler hijau sedondon. Pagi raya macam biasa pi semayang raya pastu pi ziarah sedekah Al Fatihah di kubur tok dan tokwan aku serta kubur sepupuku (Allahyarham Aliff) yang telah menyahut panggilan Illahi pada bulan April lalu dalam kemalangan jalan raya.
Tahun ni merupakan Hari Raya pertama yang disambut oleh Qazrin . Banyak jugak duit raya Qazrin dapat maklumla pak menakan ramai. Tapi dia tau main sampul ja, duitnya ibu dan babah simpan takut dia koyak, budak2 bukan bole pegang duit bebanyak biaq babah yg tolong simpankan wahwahwah... duit raya sumbangan dari adik beradik dan kengkawan aku masukkan dalam akaun Qazrin senang utk perbelanjaan pembelajaran dia nanti.
Gambaq aku, wife, Qazrin dan mak tok serta tok ayah belah Perlih. Seperti musim perayaan saban tahun, famili aku akan buat masakan tradisional Terengganu iaitu Nasi Dagang yang dimasak khas oleh Chef Aripin merangkap abah aku dari Kola Bekah, Kola Terengganu. Lpas abih semayang raya ja memba kampung aku akan mai makan Nasi Dagang dulu sebab payah nak cari sebab rumah lain banyak pakat buat laksa, bihun sup dan mi kuah ja.
Taun ni abang aku yang dok kat Parit Jawa, Muar Johor balik ngan batalionnya jadi meriah sikit umah aku ngan dentuman mercun yang dimain oleh anak menakan aku, hinggaq sungguh, bukan kata anak aku, aku nak lena pun payah. Acara maaf bermaafan dengan mak abah aku pun kami buat nak dekat tengahari dah sebab tetamu ramai mai umah lepas semayang raya memandangkan masjid depan umah aku ja. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.

Thursday, September 24, 2009

Jemputan Kenduri Perkahwinan Hafiz (Jin) dan Yani

Aku ada menerima jemputan perkahwinan dari memba lama aku di FSP Uitm Shah Alam. Depa ni couple lama dah dari zaman dip. lagi sampai la disatukan sekarang. Jadi kepada sapa2 yang masih mengenali Hafiz (Jin) atau yani beliau mewakilkan aku menjemput semua kengkawan FSP dulu ke majlis kenduri perkahwinan beliau. Kenduri sebelah pihak perempuan akan diadakan esok pada 26 hb September 2009 (Sabtu) di Pahang dan bagi sebelah pihak pengantin lelaki pula akan diadakan pada 1 hb November 2009 (Ahad) di Bukit Rambai, Melaka. Aku sekeluarga mengucapkan selamat pengantin baru dan berkekalan hingga ke anak cucu, cicit, piut, miut, tiut, tuuttt...

Tuesday, September 8, 2009

Secubit Kenangan di Tanjung Dawai, Kedah

Cuti Merdeka ari tu aku pi jalan2 ke pekan Tanjung dawai, tempat aku penah duduk dulu bersama keluarga. Dan abah serta adik aku masih duk kerja sebagai nelayan kat sini, memandangkan la bulan posa adik dan abah aku tak pi ke laut selama sebulan, sebab penat. Masa aku pi depa takdak, balik umah aku kat Perlih. Sebenaqnya aku teringin lama dah nak mai sini memandangkan banyak kenangan aku masa kecik2 kat sini, gambaq kat ataih tu wife aku serta putraku dekat jeti bot penambang nak pi Pantai Merdeka, dulu takdak jeti simen ni, dulu jeti kayu ja. Dulu time Merdeka meriah kat sini sebab ramai yg nak pi Pantai Merdeka sebelah sana nu.. tapi masa aku pi lenggang ja mungkin sebab bulan posa sama kot tu yg kurang org nak pi sana .
Masa parking dekat arked Tanjung Dawai aku terpandang deretan rumah kedai yang terbakaq, untuk pengetahuan semua kejadian ni berlaku masa aku dok sini lagi dalam darjah enam tahun 1994. Dan keadaan rumah kedai yg terbakaq tu masih mcm ni tak berubah, dah berapa tahun tu.
Pekan Tanjung Dawai dah banyak berubah, restoran Ikan Bakaq bercambah terutama yg dekat dengan pantai tu, dulu ada 2, 3 gerai kecik ja seingat aku masa tu, nama pantai tu pantai Tolak bala, sebab dulu ramai yg pi situ pakat dok tolak bala, dok hanyutkan buah nyok la, bekas abu la dan mcm2 lagi, mak aku selalu marah kalau aku dok pi main kat situ. La org dah tak buat benda2 kurafat tu, la ramai orang pakat pi makan ikan bakaq ngan beli hasil laut yang segaq.Memba aku pun bukak satu restoran ikan bakaq kat tu, Mat topui aku panggil dia, sebab dulu dia gemuk, gerai dia hujung sekali nama kedai dia, kedai mak lang kot sempena gelaran utk mak dia. sambil-sambil tu aku singgah la kat Sek. Rendah Tanjung dawai, sekolah aku dulu dari darjah satu sampai darjah enam. gambaq kelas kat ataih tak payah la dok perembang mata cari aku sebab tu gambaq kelas adik aku, gambaq aku kat sekolah ni ilang tah pi mana. Gambaq tu rasanya tahun 1993 cikgu kelas nama Cikgu Hamid, cengey ooo cikgu ni selalu kutey aku sampai pedih tak pun tarik sight ben..
Ni gambaq terbaru Sek.Rendah Kebangsaan Tanjung dawai, tak banyak yg berubah, bangunan baru pun takdak, tempat ambik gambaq dekat tiang bendera 3 tu hanya nama sekolah ngan gambaq peta malaysia ja yg berubah. yang lain-lain mcm besa ja macam suasana aku belajaq sini dulu.
Gambaq umah sewa famili aku dulu kat Kampung Sg Pial, rumah batu peninggalan seorang bekas Polis yang la ni dah arwah duduk kat Taman Jati, Sungai Petani. Nama tuan rumah ni Tok Embi aku panggil. Gambaq ni diambil masa pakcik aku mai umah aku dalam tahun 1991, dari kiri pak cik aku, adik aku, aku, adik ipaq pak cik aku, manja. dari Felda Chuping. rumah ni org panggil rumah kelawaq sebab bentuk bumbung mcm huruf 'M' dan seakan2 kelawaq, pastu dok paling hujung kampung. tapi masa aku dok takdak perkara yg tak dingini berlaku, nampak macam angker tapi rumah ni ok.
Ni satu lagi gambaq diambil di halaman rumah, gambaq adik aku yg buat muka cam roti canai tak siap tu bersama gerek racing dia. Yang nampak pondok peninjau belakang tu merupakan kolam udang, yang masih berfungsi sampai sekarang.

Ni gambaq terbaru rumah famili aku sewa dulu, dah jadi cam hutan amazon dah, terbiaq oleh warih tuan rumah, dah la rumah dok dekat ngan hutan, rumah pun penuh semak samun lagi angker la suasana rumah ni. sayang sungguh, banyak kenangan ketika aku membesaq kat rumah ni.

Ni sekolah menengah aku dulu, aku dan belajaq kat sini sampai tingkatan dua sebelum aku balik Perlih. Yang aku terkejut masa first time tgok sekolah ni, sekolah ni dah tukaq nama, dulu sekolah ni nama sekolah Menengah Singkir, Merbuk . la dah ditukaq ke sekolah Men. Keb. Seri Badong. pulak.... mungkin sebab nama sekolah dulu tak sesuai kot. Nama pun Singkir atau dalam loghat utara singkiaq, jadi tu yg pihak Jab. Pelajaran ubah tu takut org salah tafsir yang sekolah ni utk bebudak yang disingkir sekolah len, rasa aku la tapi mmg betui pun sebab tu la aku di Singkir ke Perlih muahahahaha....

Tuesday, September 1, 2009

Bazar Ramadhan

Di kejiranan tempat aku terdapat dua buah bazar Ramadhan yang terletak agak dekat iaitu bazar ramadhan Ayaq Hitam (gambaq di atas) ngan bazar Ramadhan Kerpan. Kemarin aku pi kedua-dua bazar ramadhan muahahahaha tamak tak.... first aku pi pasar ramadhan Ayaq Hitam aku beli Sate ngan ayaq soya lengkong untuk makan lpas balik tarawikh nti.
Tgok.... ramai dak org, yg oknya bazar ramadhan ayaq Hitam ni juadah dia ada yang berlainan ngan juadah di bazar Ramadhan Kerpan contohnya Oblong dan sate kat bazar ramadhan ayaq hitam ja ada, kat bazar kerpan takdak.
Haa... ni bazar ramadhan Kerpan, selalunya aku mai sini sebab Abang Ipaq ngan Mak mentua aku menjual kat sini, bazar kat sini termasuk pasar basah sebab sebelah market, pagi petang ada orang jual sayoq, ikan, daging dan ayam mentah. Bole buat pilihan antara nak beli yang dah masak dah kat bazar ramadhan atau nak balik masak beli kat market sebelah bazar. Sini time petang sure jem sebab ramai pakat org nak berenti beli juadah berbuka lpas balik kerja.
Ni gerai spesel abang ipaq aku (yang pakai kopiah bendera Malaysia tu) orang pangey Mat E, dia jual Tepung Talam dan Pulut Sekaya yang dimasak mengunakan dapoq Apollo (tu yang bertingkat sebelah abang ipaq aku tu) tapi masa aku pi dah abih lapan talam dah org beli. Dapoq Apollo biasanya fames kat kenduri kendara sebelah negeri utara ni, bentuknya macam roket apollo yang pi bulan nuu..senang kukus guna dapoq ni, tak berkerak nasik mahupun tepung talam. Tempat len takdak, hanya di Gerai Mat E saja ada Tepung Talam ngan Pulut Sekaya Apollo ni
( promote tak berbayaq), selain tu abang ipaq aku ada jugak jual beraneka jenih ayaq dari Lai Chi Kang, Ayaq Jagung, Teh Bunga, Sirap Bandung dan Oren... mai...mai...beli rega berpatutan, beli satu percuma plastik satu wahahahahaha...memandangkan saban tahun abang ipaq aku tak menang tangan dia juga mengimport Bang Ey (ismail) kak teh dari lana bulu utk join dia sama
( duduk berkopiah putih) letih nampak bang Ey takpa masuk waktu nti kita pakat pekena Kopi Janda baru lega...bukan nak mengoda tapi nak berniaga huahuahua...bergelora. Bazar sini yang spesel sup daging kat Restoran Ahmad sebelah bazar murah rm 2 ja, banyak gak daging dia, yong tau foo gerai belakang gerai abang ipaq aku dan Ayam golek yang dijual Pak Tam aku berhampiran market, sapa beli ayam golek dia pasti mengolek sebab sodap...hingga menjilat pelipat Accapan.