Dok belek2 gambaq tadi terserampak ngan gambaq Liburan aku samada bersama wive aku ataupun aku sorang, saja letak memadangkan aktiviti liburan aku setakat ini dihentikan buat sementara waktu kerna wive aku belum habih pantang. gambaq ni diambil masa honeymoon aku dulu di Pulau Lagenda Langkawi, gambaq di ambil di sebuat port dalam perjalanan ke Gunung Mat cingcang. cantik view dia berlatarbelakangkan perahu layar.
ni semasa nek kereta kabel di gunung mat cincang berada di aras paras laut 400 meter kot, cantik nampak pulau pulau kecik dan lautan selat melaka
ni masa pi mandi manda di pantai cenang, dekat dengan resort yg kami duduk.
ni masa kursus HRMIS di Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, tingkat berapa aku lupa dah.
ni masa tgok perlawanan liga super antara Selangor vs Kuala Muda NAZA di Stadium Shah Alam, ni la last aku pi stadium semenjak meninggalkan fakulti di UITM dulu. Shah Alam berubah banyak oooo, tapi jalan2 di sini still aku ingat lagi.
ni masa ikut rombongan opis ke Tambun Lost World di Ipoh, Perak. macam herman tino gaya, tapi lilit guna tola la, herman tino lilit guna kain pelikat.
Wive aku bergaya di sebelah kucin Parsi yang diberi nama raman di Lost World Tambun.
ni masa attend kursus di PNB Ilham Resort di Tanjung Tuan, Port Dickson, gambaq aku tak berapa nampak, dah la aku ni tinted sikit guna backlight plak lagi la kelam....
ni masa pi Mesyuarat HRMIS di Bangunan KOMTAR di Penang, klu jatuh ni sure jadi kentang lenyek.
No comments:
Post a Comment