Jangan Clik

Monday, April 20, 2009

DaripadaNYA kita datang kepadaNYA kita kembali

Rahimatullah dalam kenangan
Allahyarham Alif Asraff Bin Abdullah Suhaimi
1985 - 2009
Pada petang 15 April 2009 (Rabu) tercatit kenangan hitam dalam susur galur keluarga aku, pada detik itulah sepupuku yang paling rapat denganku, yang aku ibaratkan sebagai adik kandungku telah pergi meninggalkan kami semua selepas terbabit dalam nahas jalanraya ketika arwah dalam perjalanan pulang dengan motosikal Lagendanya dari tempat kerja di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star. Semua sedia maklum dalam blog aku ni juga ada entry tentang pertunangan arwah (Kangar Vs Cangkat Jering) dan gambar semasa arwah datang ke kenduri Aqikah anak sulungku. Dalam penuh kegembiraan keluargaku menerima kehadiran orang baru dalam keluarga iaitu anak sulungku, kami menangisi pula pemergian sepupuku kerana menyahut panggilan ilahi. Dalam kejadian tersebut yang berlaku di Mengkuang Layar, Utan Aji Perlis ,arwah telah dilanggar oleh sebuah kereta yang memasuki haluan bertentangan lalu mengenai arwah. Arwah dan salah seorang penumpang kereta tersebut meninggal di tempat kejadian. Detik bahagia arwah untuk melangsungkan perkahwinan bersama tunang tercinta tersemadi selamanya bersama arwah.Masih terngiang-ngiang di fikiranku gelak gurau arwah dan hubungannya yg rapat dengan ku tambahan pula arwah banyak berkongsi minat dengan ku, memiliki kereta sama dengan ku dan peminat setia sukan bola sepak terutama pasukan Singa Utara Perlis. Kesyahduan di bilik mayat, aku hiba melihat Pak Njangku (abah si arwah) ke hulu ke hilir menguruskan jenazah arwah, di mana sepatutnya anak sulungnya itulah yang sepatutnya menguruskan jenazah beliau apabila beliau tiada kelak, tapi itulah Qada dan ketentuan ALLAH, ajal pertemuan di tanganNYA, kita kena redha apa yang terjadi. Saudara dan rakan taulan dari segenap pelusuk di Putrajaya, Bangi, Seremban, Langkawi, kuala Lumpur segera pulang untuk menatap dan menghadiri pengkebumian arwah untuk kali terakhir. Juga tunang arwah dari Banting segera datang dalam keadaan kesedihan tapi beliau tabah menghadapi ujian ini, dan aku sekeluarga berharap hubungan kami dan tunang arwah akan kekal berkekalan walaupun sesudah pemergian arwah. Untuk si arwah, segala perancangan yang kita buat selama hayat arwah hidup akan abang yo (aku) tunaikan setakat termampu dan abang yo sekeluarga mengucapkan tenang abadilah di sana tabahkan Paknjang & Maknjang serta tunang arwah Nora dan abang yo halalkan makan minum selama kita bersama, , nama dan fizikal Allahyarham Alif asraf takkan dapat dipadam sampai bila2 walaupun jasadnya terkubur, semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas arwah, Al-Fatihah.....
Kejadian yang menimpa arwah telah menjadi bahan berita di dada-dada akhbar utama seperti di Utusan Malaysia, Harian Metro, Harian Sinar, Kosmo, dan Berita Harian, di bawah adalah keratan-keratan mengenai kejadian yang menimpa arwah.
Petikan di atas dari Utusan malaysia, cuma nama arwah pada gambar di atas dan sorang lagi yang meninggal telah tertukar.

Petikan dari akhbar Sinar dimana mayat tersebut aku yakin adalah mayat arwah, kerana aku cam sangat rupa rambutnya, jaket hitamnya serta baju kemeja kerjanya kerana arwah sebelum ini ada beberapa kali tumpang tidur di rumahku di Alor Star kerana kepenatan bekerja dan letih untuk pulang ke Kampung di Perlis , kecederaan yg dialami oleh mayat itu pun sama iaitu kecederaan teruk di sebelah kanan muka arwah.

Petikan dari Harian Metro.

Petikan dari akhbar Kosmo, juga tertukar nama arwah dengan seorang lagi mangsa yang meninggal.

Petikan dari Berita Harian


Gambar dari akhbar Harian Sinar


Gambar dari akhbar Harian Metro

4 comments:

  1. Salam Asrul, takziah dari kaktie dan abg jat..sebak kaktie baca n3 ni..

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak tie, sampai hari ni saya masih berperasaan arwah masih ada tapi hakikatnya arwah sudah tiada, mungkin baru lagi rasanya lama kelamaan nti ok la kot

    ReplyDelete
  3. Salam. Tuhan Lebih Menyayanginya.. Salam Tahziah. Semoga Redha dan Tabah menghadapi dugaan. Al fatihah..

    ReplyDelete
  4. smoga rohnya dcucuri rahmat.Al fatihah..

    ReplyDelete