Jangan Clik

Wednesday, April 8, 2009

Kerja oh kerja


Pelik plak tajuk n3 aku ni kan, bukan apa dok saja2 tiba2 teringat la betapa syukurnya aku ada kerja tetap dan terjamin pada zaman kegawatan ekonomi ni. Bila dengaq berita memba2 kampung dan memba2 lain pakat dok gusar takut kehilangan kerja disebabkan keruncingan ekonomi sekarang membuat aku terpikiaq yang kita perlu berdedikasi dan amanah dengan kerja kita sekarang ni, sebab zaman la bukan kerja cari kita, tapi kita yg kena cari kerja. Dengan kerja aku ni la aku boleh kahwin, ada famili sendiri, beli rumah, beli kereta, beli moto , tolong mak abah di kg dan mcm2 lagi benda yg memerlukan suautu sumber yg bernilai pada masa sekarang iaitu duit.Teringat plak aku masa zaman sebelum aku dapat kerja sekarang ni, masa dok stadi kat UITM lagi time cuti sem. aku penah tolong memba aku jual ayaq kat pasar ramadhan, jadi buruh kasar buat paip kat taman perumahan di kola perlih dan Politeknik Syed Sirajuddin di Pauh, semua tu cuma nak menambah pendapatan dan pengalaman kerja ketika musim cuti. Ketika zaman mengganggur aku penah la pi cari kerja ngan memba aku, seingat aku kat Aloq Star ada satu syarikat yang kononnya syarikat tu dealler barangan Sharp, dia tulis kat dalam iklan jawatan kosong harian metro yg mereka memerlukan Kerani Data, takpa la aku ngan memba aku pun pi la kat syarikat tersebut, lpas isi form bagai, kami pun balik sebab kata tokey cina tu dia akan call lain utk temuduga. Esoknya dia call aku ngan memba aku untuk urusan temuduga kat syarikat tu, sampai sana dia suruh aku ngan memba aku dan ada sorang lagi akak tgu kat dalam bilik mesyuarat, tiba-tiba.... tau apa ....jeng...jeng...jeng....saspen kunun, ataih meja bilik mesyuarat tu dah tersedia 3 beg, pastu kami pun pakat tertanya2 la apa isi kandungan beg tersebut, aku yg gatai tangan ni bukak la salah satu beg tersebut, dalam tu ada bermacam buku kanak2, mainan kanak2,katalog pinggan mangkuk dan beberapa borang, aku dah agak dah musti jawatan Kerani data tu hanya utk mengabui mata pencari kerja spt kami sebenaqnya jawatan tersebut adalah salesman atau jurujual, apalagi sembang mai sembang pi ngan memba aku kami pun sepakat nak belah, aku bab2 pujuk org beli lemah skit, pastu takkan nak tinggai akak sorang tu, kami pun ajak dia belah secara berjemaah dengan kami, dia pun ikut. Keluaq pintu syarikat tu kami pecut moto laju2 wahwahwah musti tokey tu terkejut sebab bila dia nak masuk bilik mesyuarat tu sekoq pun tak dak. Apa jadi lpas tu pun kami tak tau. Lpas tu aku juga penah meniaga burger kat depan stesen bas ekspres Bukit Lagi bertahan la 3 bulan pastu tutup sebab cerita dia tapak kami meniaga tu kna bayaq sehari rm 2, memba aku kadang2 dia tak leh pi aku bukak la sorang2 tapi bila aku tak leh pi dia tak mau meniaga, tapak nak kna bayaq, meniaga tak meniaga kna bayaq jgak bila memba ku tak pi meniaga lari la skit nisbah keuntungan tu, aku pun jem la tang dia takdak aku meniaga time aku takdak dia tak mau meniaga, kami syer modal jadi keuntungan pun kami syer, kami tak ambik duit keuntungan hari2, bila hujung bulan baru kami bagi sama rata setelah ditolak modal berniaga, yang jemnya cara ni, rugi la aku, dia tak mai aku bukak gerai,aku tak mai dia tak mau bukak (segan katanya) keuntungan dapat sama banyak tu yg berniaga sekerat jalan tu, lagi satu pendapatan keuntungan meniaga ni seingat aku setelah dibahagi dua hanya dapat rm 180.00 ja sebulan, meniaga burger ni kalu nak buat pendapatan sampingan bole la tapi klu nak meniaga secara tetap kna pikiaq banyak kali gak, sebab aku selalu dok compare ngan memba aku yg keja pejabat di faber mediserve hospital kangaq, gaji dia dekat rm 800.00 sebulan , klu dihitung dengan jumlah keuntungan aku meniaga sebulan berganda2 gaji dia dapat berbanding aku,klu cenggitu sampai bila aku nak capai matlamat aku masa tu iaitu kahwin (wajib), beli keta, berjibun (dating) dll lagi yg memerlukan ongkos yg lebih dari itu. Sebab jenis aku ni jenis suka bersaing secara positif di mana kalau boleh aku nak lebih dari kawan2 aku takpun sama taraf ngan depa cukuplah tapi tak dak lah istilah memba makan memba, dan alhamdulillah memba aku, adi rekomenkan aku kerja sebagai Helpdesk assistant kat Faber Mediserve sdn bhd Hospital kangaq, walaupun secara kontrak, dapatla aku merasa gaji yg selama ini aku idamkan walaupun tak sampai seribu RM tapi bagi aku itu dah cukup bagi aku seorang anak nelayan yg selalu makan ikan, dah anak nelayan musti la makan ikan takkan nak makan papadom kot. Dalam pada masa yang sama aku juga tak lupa apply SPA 8 kerana bagi aku kerja kat gomen lagi terjamin memandangkan status kerja aku dia faber mediserve hanya kontrak, w'pun banyak pada masa tu memba2 aku kata payah masuk gomen klu tak dak kroni, tapi bagi aku yg penting usaha dulu dapat tak dapat belakang kira, alhamdulilah pada bulan januari 2005 aku telah ditawarkan kerja dalam gomen dimana jawatan yg aku pegang sekarang ni. Walaupun dengan gaji kecik dapat juga aku merealisasikan impian aku yg selama ini aku angankan walaupun terpaksa bertatih dulu iaitu aku nak kumpul duit menikah, beli rumah dulu sebab harga rumah dok naik, klu beli kereta harga kereta dok turun sebab tu aku beli keta first aku secondhand ja ikut kemampuan aku sebab aku nak beli rumah dulu. Masa awai pernikahan aku ngan wive aku pun ekonomi kami tenat sikit la memandangkan wive aku still studi kat USM, jadi dengan bermodalkan gaji ciput aku tu la kami berjimat cermat dalam segala hal dari tanggung pembelajaran bini aku sampai bayaq segala hutang2 yg aku buat masa nak menikah dulu. Sekarang ni Alhamdulilah ekomomi kami sekeluarga dah semakin kukuh setelah isteri aku pun dah dapat mengajaq dah, dan bermula dengan bertatih tu la aku dapat mengumpul aset2 yg ku impikan selama ni dan aset ku yg paling penting adalah anak lelaki aku (waris keraih kata org utara) dan kebahagian rumahtangga kami yang dibina atas restu kami dan keluarga. Sahaja aku nukilan di sini bukan apa, bila teringat2 balik kisah kesusahan dulu rasa rugi kalau aku pendam tanpa berkongsi dengan sesiapa, dan bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebagai salah satu asam garam dalam kehidupan dari aku seorang anak nelayan dan wive aku seorang anak pesawah di mana hanya ilmu pendidikan dan usahalah yang dapat merubah hidup kita sehingga hari mendatang, ewahhh macam novel plak, takpalah semoga kisah hidup aku ni dapat aku dikongsi bersama semua para marheimmm...
(p/s:- saja isi masa lapang sebab kat luaq opis ujan, aku mai nek moto jadi tak bleh balik lagi tu yang mencontiang sakan tu ;)

No comments:

Post a Comment