Kami bertolak dari Alor Star dalam pukul 5.30 pagi, sebab suasana waktu ni sejuk dan tak sesak, tapi ari kami bertolak tu hujan sepanjang jalan sampai Grik, sejuk sungguh.
Wife letak bantai kat depan bagi anak kami golek2 ataih tu, sepanjang jalan keja lena ja, tu bangun minum nenen tu, pastu lena la balik, suasana sejuk ralit la lena. bila anak lena ibu dia amik kesempatan la lena bersama tinggal la si bapak dok sembang sorang2 sambil menjamah bekalan stok utk menghilangkan rasa ngantuk tahap ke 18 belas masihi.
Ni baru saja sampai kat Jeli, Kelantan selepas melalui Lebuhraya Timur barat yg agak jauh dan berbukit. Mula2 nak berenti kat Tasik Banding last2 Stesen minyak petronas kat situ dah tutup pastu lajak terus sampai Jeli.Anak aku baru dimandikan sebab jam menunjukkan dekat pukoi 10 dah, tu baru mandi dan dipegang oleh mak tok dia sebelum ibu dia dok siap2 pakai baju kat dia. Lpas mandi, nyam2 nenen pastu lena key Qazrin...
Sambil berenti mandi anak aku, kami pun berenti makan bekalan yg mak ngan wife aku masak, turut kelihatan jiran kami Cikgu Nor dan Ida yg berkonvoi sekali kerana cikgu Nor nak balik kampung sempena cuti sekolah 2 minggu ni untuk beristirehat di kampungnya di Machang, Kelate.
On way nak pi Kola t'ganu kami ikut jalan pantai, sebab suasana dia lebih nyaman. kami singgah sat kat Pantai Penarek, Besut untuk berehat dan makang kepok leko sambil menikmati panorama laut dan pulau2.
Sebelum bertolak ambik gambaq dulu, sebagai kenangan di Pantai Penarek, Besut.
Haaaa ni la tok aku yg aku panggil Chek (tok bagi panggilan org sini) bersama cicitnya yg ke berapa tah. Tengok Nek dia lebih putih pada dia wahahahaha
Dengan menunjukkan skil kening The Rock aku membawa seisi keluarga berjalan dan ronda2 di sekitar pekan Kuala Terengganu dengan kepantasan labi-labi baka taiwan.
Menikmati suasana di Pantai batu Buruk, ramai org kat sini sebab ada kejohanan sepak Takraw antarabangsa kat Stadium tertutup di sini. Ayang jaga2 tgok belakang sama takut jaws sambaq tumit satgi...
Taman Awam Batu Burok, batu ja burok, orgnya masih menawan dan jelita persis diriku ini.
No comments:
Post a Comment