Srapan pagi di Terengganu pelbagai juadah boleh kita rasa, aku ngan famili aku pilih nak makan nasik dagang, nasi kerabu dan laksam sebab rasanya sedap. laksam klu belah utara makan petang2, kat sini makan waktu pagi. Wife aku menjamu nasik kerabu diikuti oleh laksam untuk disantapnya. Sedap masakan org pantai timur ni katanya. Haaa tambah nasik...tambah nasik...jangan malu2, kalau malu2 tu tandanya setuju ehhh ke lain plak peginya..
Ni makan seafood kat Medan selera Tanjung, aku order ikan temenung 3 ekor (besaq2 ikan dia, isi pun lemak), sotong (panjang sotong kat sini maklumla baru lepas musim mencandat) dua2 buat bakar ja, pastu tomyam, kailan ikan masin, teluq dadar dan sambai belacan. habih licin adik aku sapu. ramai org mai sini kebanyakan org luaq, sebab view dia menghadap laut, tu yg tempat ni jadi pilihan tu. satu lagi klu nak merasa sotong goreng tepung, ikan goreng tepung, ketam goreng tepung, kepok leko, satar boleh pi kat Teluk Ketapang, lokasi dia dekat Lapangan Terbang Sultan Mahmud, syok view dia, dekat ngan pantai, aku takdan pi sebab jadual padat sgat, cuti pun sat ja, nti la aku mai len bwak anak bini pi bernongkrong kat situ.
Harga makan kat Medan Selera dataran Tanjung ni bole tahan la jugak, tapi ayah sedara aku kata harga kat sini ikut musim, klu cuti sekolah lagi mahal harga dia, lebih kurang macam kat Pulau langkawi la rate hotel, keta sewa lain dari harga pada hari biasa dengan harga musim cuti sekolah. Besa la musim ni la para peniaga nak buat duit pun, sebab musim ni ramai org berkunjung kat sini.
Ni Satar Tganu, sedap rasanya 2 hari aku dok berulang pi Pasar Besar Chabang Tiga pi beli satar ni, rasanya seakan2 otak2. Sedap klu dimakan panas2, isi dia pun besaq, harganya 3 biji rm 1, aku beli dekat 10 hinggit, baru puas makan. Belah utara pun ada org jual satar ni tapi belah utara nyok lebih sini isi ikan lebih nyok kurang dan pedas skit, mmg sedap la. Wife aku sempat salin resipi satar ni dari mak sedara aku, kot2 boleh cuba buat kat rumah nti. Itulah story jalang-jalang cari makang kat Tganu (eh... jalang-jalang cari makang banyok kat Chow Kit nu, ye dok) senyum sokmo
No comments:
Post a Comment