Gambaq ambik dekat2 jeti ja, cantik view sini, dulu aku mai satu hapah pun tak naik lagi, la bila siap pekan dia dah jadi macam pekan kat Langkawi sikit2.
ni dekat dengan jeti nak pi Pulau Pangkor, mak mentua aku menjadi pelindung cahaya lapisan ultra lembayung takut kna anak aku.
Ni kat terminal jeti, gelap sikit sebab cahaya matahari dok belakang, waktu kami pi pun dah nak dekat maghrib dah.
Hentian Feri sebelum berlepas ke Pulau Pangkor, aku lena sat sebab letih, tapi sebenaqnya anak aku bersin kat muka aku, habih lencun muka babah mu ini.
singgah kat Lumut tak sah klu bini aku tak beli sotong kering boh gula, sedap. aku tumpang makan ja, aku selalunya klu pi bercuti kat mana2 aku suka beli t-shirt souvenier utk aku sbgai kenangan.
Kat dataran Lumut, ramai org mai amik gambaq kat sini, Lumut meriah time cuti sekolah siap ada ekspo jualan lagik, klu tak musim cuti sekolah tempat ni penuh ngan mat2 navy ja.
Lpas jalan2 dan beli belah aku bwak mentua aku pi makan kat dataran Lumut, dlu kat sini ada medan selera tapi la dirobohkan utk buat medan makan baru ni. elok mmg elok tapi org tak ramai, bila makan baru tau, rupanya makanan kat sini tak berapa sedap, patut org tak mau mai makan, tapi kalau dulu sini penuh ngan org, rasa rugi lak depa roboh buat baru alih2 org tak mau mai.
Abang jit aku ni dulu keja nelayan, pukat udang tapi la dah berenti jadi tukang rumah plak, dia ni pandai buat daun rokok guna pucuk nipah, ataih tu dia jemoq daun lpas habis proses, ramai org mai ambik kat dia, tau2 ja la kan harga sekotak rokok pun dah nak dekat 10 hinggit alih2 org pakat beralih kat rokok daun la, dah la murah, janji berasap. awat depa tak isap ekzos pajero? lagi banyak asap, dok gitu.(pak mentua aku seronok la mai sini, dapat 1 gulung rokok daun pree, berjelaga lagi idung rengtua tu.
Sebenaqnya ada cerita masa aku mai Lumut 6 tahun lpas. kira tu first time aku mai Lumut. masa tu aku baru habih mengaji kat Uitm, tanam angguq la masa tu, jadi aku dapat panggilan dari Hafis (ex boy pren Siti mazura, classmate aku dulu) aku knai la mamat ni, dia ada syarikat pengiklanan kat KL, dia kata dia dapat projek buat iklan kat PLKN Air Tawar, Manjung (tak jauh la dari Lumut), jadi dia nak ajak aku buat editing iklan tu, dia jadi cameraman, aku mula2 tu rasa berat gak nak pi, rupa2nya awek dia dah tipon bini aku(masa tu awek aku) ajak pi sekali dan juga Awin (inspektor Awin), dia kata dari dok umah saja baik cari duit sikit wat benda ni, bini aku tanya aku nak pi dak, dia kata klu aku pi dia pi la, klu dak dia tak mau pi, pikiaq punya pikiaq aku setuju pi. Kamera, komputer dan software utk editing hafis sediakan. Aku pinjam duit kat mak aku pastu kami bertiga aku, bini aku, siti mazura, awin pi la ke Lumut. Dalam tepon si hafis ni tak habaq detail pasai projek tu kat aku, tapi bila pi sana baru timbul masalah, rupa2nya bukan buat iklan PLKN tersebut tapi lebih kepada rakaman kenangan peserta PLKN yg akan dibuat dlam bentuk Vcd, tak kisahla janji dapat duit, tapi yg tak syoknya rupa2nya duit yg akan kami dapat tu bergantung kpada hasil jualan Vcd yg akan kami buat tu bukan dari pihak pengurusan PLKN tersebut. Aku pun hangin la, dlam tipon si hafis tu tak habaq plak mcmtu tapi bila pi sana jd lagu len plak, aku takut tak laku ja, aku sound siap2 kat hafis klu tak dapat lebih pun aku nak cukup2 rm 150. 00 sebab aku nak bayaq balik utang aku kat mak aku, dia terkedu gak tgok aku mcm tu, dia setuju, pastu kami teruskan gak projek tu. Dengan peralatan tak cukup, masa yg suntuk , tau2 ja la bila buat sesuatu tu dengan kelam kabut hasilnya teruk jugak la. Kami menginap dalam resort kat PLKN tersebut, aku ingatkan free , kot2 la hafis dapat projek ngan datin (owner pusat PLKN tersebut) penginapan tu free, rupa-rupanya kna bayaq (apa daaa). laku gak jualan projek Vcd kami tu satu cd rm 10.00 utk setengah jam tak sampai (sian kat budak2 tu), ya la budak2 tu nak buat kenangan apabila tamat latihan nti, tapi aku kesian sebab vcd kami hasilkan tu langsung takdak kualiti, hafis tak dak basic langsung jadi kameraman , pakai hantam kromo ja rakam, tak pakai stand, gambaq semua bergoyang. lebih jugak la bayaran hafis bayaq kat kami kira balik modal la pi sana, tapi tu la yg terakhir aku follow dia sebab utama yg dia nak kami pi skali bukan apa sebab dia nak jumpa ngan siti mazura, pi sana bole merendek, ada sekali tu kami tgah sibuk wat editing depa bole dok blakang tu bergurau senda, hangin aku sebab aku kna wat keja takdan merendek ngan bini aku wahauhauahuahau, (la anytime bole merendek thihihihi). Lpas kejadian tu hafis ada ajak aku buat projek ngan dia tapi aku muhong kata aku dah dapat keja sedangkan masa tu aku jual burger ja, serik dah ikut dia. Awek dia siti mazura pun dah break ngan dia kawin ngan org len, padan muka hang Hafis, skima sgat wahahahaha, janji balik modai....
No comments:
Post a Comment