Pada pembukaan kedai dia bulan Januari 2012, dia penah ajak aku masuk tapi aku tak berapa yakin nak masuk sebab rasanya kurang lagi skill aku dalam bidang pemPESan nih. Kalau yang taktau tu game PES ni adalah singkatan Pro Evolution Soccer keluaran syarikat KONAMI yakni game bola yg agak popular selain game bola FIFA keluaran EA Sport.
Disebabkan dah lama dah aku berkecimpung dalam main game PES nih semenjak PS One lagi, klu tak silap masa tu PES 2007 hinggalah sekarang PES 2012 cuma yg berbeza adalah konsolnya saja yg menggunakan PS 3, tapi Penggunaan butangnya sama ja dri dulu. Aku selalu dok main game ni dgan adik ipaq aku dan anak menakan aku tiap2 ujung minggu. Dan ni la first tournament aku masuk, saja ja nak rasa suasana competition mcmana sebab main dgan manusia berbeza main dgan komputer sebab manusia ni dia musti buat mistakes berbanding komputer yg agak perfect cara permainan dia.
Penyertaan agak ramai la dlm 40 org lebih, aku masuk ngan rakan opis aku Syafik yg selalu gak main game bola nih. Aku hanya sampai ke peringkat suku akhir ja masuk kategori 16 terbaik, kira ok la maklumla first time masuk tournament. Sebenaqnya baguih masuk tour nih sebab selain dri kita rasa suasana perlawanan dgan org yg berbeza kita jugak ble kutip skit skill yg ada kat depa yg jarang kita guna, sebab aku selalu main dgan adik ipaq aku guna simple setting saja, rupanya ada lagi skill dan taktik yg boleh digunapakai yang bole kita ambik kat sini https://www.konami-pes2012.com/eu/en/tips-tricks/ . Cuma masuk tournament masa dia ambik lama jugak kira2 dekat sehari, aku masuk suku akhir pun dah dekat pukoi 7. Tapi ok la, bukan hadiah yg dikejar cuma nak kutip pengalaman masuk competition main dgan gamers yg lain.
No comments:
Post a Comment