YYaaaaa...itu dia gerai teh bunga diberi nama, punya la ramai org beratoq, sampai tokey gerai tak buka stall lg dah pakat beratoq dah dri pukoi 4 lg. Mmg panaih tapi jgan risau, pemilik gerai ada menyediakan payung utk para pelangan yg setia beratoq.
Dulu pd tahun 2008 abg nih meniaga sorang2 ja, lepaih mendapat sambutan teruih tambah pekerja dan bini sekali turun padang, bila aku perati bebudak yg dok ikat ayaq, teringat aku masa buat ayaq bazar ramadan stadium Utama , Kangaq, yg pertama aku tgok jari depa, mmg balut ngan plaster sebab aku pun penah kna mcm ni dulu, habih jari jemariku yg mulus ni luka kna penangan getah ikat ayaq, bila boh plaster ok la sikit jari. Aku kerap jugak dok mai bazaar nih, tapi tak penah beli ayaq teh bunga ni, bukan apa, malaih nak beratoq panjang2 nih, tambahan mai plak ngan hero-hero aku lg la payah. Dah alang2 menyeluk pekasam biaq sampai ketiak masam, eehh..apa aku pi sebut pasai pekasam plak nih, tau la perut lapaq tapi jgan kaitkan pekasam ngan teh bunga sebab depa mmg tak ada pertalian sedara mara.Eerrr...tang mana tah td? oooo... ok aku sambung kat bawah plak.
Yang unik ttg teh bunga nih, (yg dimaklumkan org la, sbb aku tak penah rasa lg) rasa dia lain pada yg lain sebab owner dia tak gunakan gula biasa, tapi menggunakan madu sebagai pemanis ayaq nih. Dan aku mula mencongak hhhmmmm...musti terasa hendak bermadu lpaih minum ayaq teh bunga madu ni hihihihihi....(gelak merela, sambil tgok kanan kiri, takuit bini lalu usung tali pinggang Ultimate Warrior plak, mau dilibaih rusuk aku, mmg mabeelesss la rasanya.). Beliau menjual hampir 20 tong ayaq sehari, yg mana beliau mengangkut menggunakan lori kecik beliau.
Kalau diperatikan banyak Kelulut (menatang yg mcm lebah jugak tp dia kerdil sikit) dok hurung bekaih gula madu beliau, mungkin rasa manih gula tersebut menarik perhatian depa.
Dan untuk menambah keunikannya lagi brader nih tak guna ais kiub biasa yg digunakan tetapi dia gunakan ais bantal, di mana salah sorang pekerjanya akan pecahkan aih tersebut menggunakan pemecah ais la takkan guna tumit plak kan. Sebab kata brader ni kesejukan ayaq ni akan tahan lama klu guna aih ni. Mmg terbukti, ayaq yg aku beli kekal sejuk sampai pkoi 2 pagi. (musti ampa tertanya pasepa aku pukoi 2 pagi tak tidoq lagi, kan bulan Ramadhan, mustila aku beribadat sepertiga mlm pppfffttt....ok ok la tak baik muhong bulan posa nih, sebenaqnya aku layan olimpik.)
Memandangkan ini kali pertama dan tak tau bila lagi aku sanggup beratoq nak beli pulak, aku tibai beli 5 bungkih sekali..nahhh...hhaaaiii...mentekedarah ka hapa nih, nafsu umpama bapak dinosor lagaknya. Harganya berpatutan cuma Rm 2.oo sebungkuih. Dan kalau diperatikan, w'pun ayaq brader ni laku dia tak bukak gerai banyak2 atau tambah tong ayaq sebab pendapat aku,bila org beratoq nih menambah pelaris gerai dia dan memberi keunikan tersendiri kerana hanya bulan Ramadhan ja kita ble merasa ayaq dia, bulan lain takdak, dan org akan berpusu2 memborong ayaq teh bunga nih, dan satu lagi aku perati tong ayaq tu la yg dia guna semenjak dulu lg sampai boh salotape pun tak tukaq baru, mungkin ada rahsia kot. Apa pun try la rasa ayaq teh bunga nih, mmg lain pada yg lain, dan kna juga rasa nikmat beratoq di bulan posa menambah kenikmatan utk berbuka bila masuk waktu nanti. Gluukkk...gluukkk..glluukkk...puhhh ni gelaih yg ke 14 aku teguk sekali harung.
No comments:
Post a Comment