Memang setiap kali raya kami tak penah osom utk balik kg sapa dulu sebab keluarga 2 belah pihak dekat, dlm sehari bleh beraya dua2 rumah org tua. Keja pun kat sini mmg takdak sangat la suasana balik kampung atau terlekat berjam-jam dalam jem yg mmg sinonim bila tiba hari raya nih. Tapi kali ni atas permintaan Chek (panggilan bg tok belah Terengganu) suruh kami balik beraya di Kampung belah Abah aku di Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu jd kami pun dgan riang ria bersiap utk balik kampung yg agak jauh jugak la utk beraya kali ni.Nasihin ngan abg dia Syakirin mmg lena waktu kami bertolak tu, maklum la bertolak awai lepaih semayang Subuh dgan dibantu suasana sejuk akibat hujan, lg ralit la depa lena dgan Nasihin lena ikut style cam abg dia dulu masa first time balik Terengganu tgok Nek depa.
Menjadi kebiasaan keluarga aku kalau balik Terengganu, musti lalu ikut jalan pantai, bukan sebab apa, salah satunya jalan pun tak jem selain bleh berenti rehat sambil makan kepok lekor eeehhh silap...masa bulan posa mana bleh makan kepok di siang hari, makan angin laut bleh la. Kami berenti sat kat Pantai Merang, Besut sambil menstabilkan balik urat2 sebab perjalanan mengambil masa agak lama jd ada urat yg hampir terpeletot sambil main-main pasiaq sat.
Lebih kurang pukoi 6 kami dah sampai Bandor Kuale Tengganu, memandangkan agak awai lagi lalu aku terus roger federer eehhh silap lagi....aku roger abah aku ajak pi salah satu Pasar Ramadhan yg agak popular di Bandor Kuale Tengganu nih, iaitu di Pasar Ramadhan Chabang Tiga.
Orang punyalah ramai siap ada kutu siap ble wat duit raya lg buat sewa parking, maklumla esok dah nak raya berduyun2 la org utk membeli buat kali terakhir tahun ini di pasar ramadhan. Pasar ni terletak bersebelahan Market Chabang Tiga.
Mmg hobi aku dri dulu lg klu pi mana2 negeri akan aku search pakai bluetooth makanan asal negeri tersebut eewwaahhh...mcm handset plak pakai bluetooth2 nih. Mai sini mmg aku cari makanan yg popular kat sini la apa lagi kalau bukan Nasi dagang ngan Satar. Yg best kat sini ada jugak la kelainan dri segi makanan dri Pasar Ramadhan Stadium Utama Kangaq. Kat sini antara yg aku bli Nasi Beriani gam, Nasi minyak, Ayaq Cikong (rasanya mcm ayaq kurma ja) dan kuih nanang.
Bila mlm raya menjelma suasana kampung tok aku tak ubah macam di daerah Aleppo, Syria bila tentera Bashar Al Assad menyerang pejuang kebebasan Sunnah, berdentun dentam pakat dok lawan cucuh mercun antara kampung sebelah menyebelah. Syakirin hanya dibenarkan main bunga api ngan mercun Pop saja bersama pak menakan dan sepupunya yg lain, mercun2 lain bg babah yg penuh kesatriaan ni main hahahaha...POOMMMM....awww...sapa baling mercun gurih nih, sakit tau kna bulu kaki i, nti terpeleot plak bulu kaki i yg ikal mayang nih...mmeennci tuulll...( bblluueeerrggghhh.....penulis mengalami muntah hijau-hijau susu bontot baboon selama 3 purnama stelah selesai menulis ayat di atas)
Tema baju raya kami sekeluarga tahun nih Ungu pensel kaler LUNA. Pagi-pagi raya macam kebiasaan bermaafan seisi keluarga dan makan2. Syakirin org makan kuih dia dok tak habih2 bantai nenen, satgi babah bantai nenen tu sekali haaaaa...bru tau,babah pun dah lama tak minum nenen nih.
Bergambar bersama org tua aku dan tok aku yg masih kuat w'pun umoq dah mejangkau 80 an. Pada pagi raya jugak berlaku perkara yg tidak diingini apabila tok aku tiba2 pengsan sehingga terpaksa dipapah oleh abah aku dan pak menakan yg lain, sedara mara pakat kerumun utk melihat apa yg terjadi , abah aku dok mengucap kat telingga tok aku, pak dan mak menakan aku pakat dok urut kaki tangan tok aku, masa tu aku ada terdetik mungkin sebab tu la tok aku suruh balik sebab dia nak tgok anak cucu sebelum dia tutup mata. Tapi tak lama lpaih tu Alhamdulillah tok aku dah mula sedaq dan bleh bangun, dia kata td dia pening sikit sebab pagi td dia rebah masa kat bilik ayaq, kepala dia terantok kat dinding tu yg pengsan td tu. Aku nak bawak pi Spital tapi dia tak mau sebab jatuh sikit ja kata dia dan dah ok sikit.Jadi pak menakan aku pun pakat tak pi beraya la sebab tgu tok aku takut dia pengsan plak satgi.
Belah Terengganu ni payah sikit jumpa laksa ka, bihun sup ka masa hari raya tak macam belah utara yg mmg selalu dihidangkan makanan tersebut. Kat Tengganu ni kebanyakan rumah yg aku pi musti buat nasi, tak kira la nasik dagang ka, nasi minyak ka, nasi hujan panaih ka, musti ada nasik. Lagi satu yg aku selalu jumpa adalah Tapai (tapei klu ikut loghat sini) yg dibalut guna daun getah. (klu belah utara tapai dibalut guna daun pisang)
Hari raya kedua kami Pi beraya rumah tok cik dia di Pulau Rusa (nama ja pulau tapi kampung tepi sungai ja) dan la Syakirin naik bot yg tok ayah dia penah pi ke laut naik bot ni tangkap ikan guna bubu yg tgah parking sebelah jeti.
Petangnya kami lajak pi Pantai Batu Buruk, dan seperti dijangka jalan jem tak hengat sebab ramai org luaq termasuk diriku mai makan angin dan dan sedut bayu laut perasa taik kuda yg banyak kat sini.
Syakirin asyik dok langut ja macam LLN (langut-langut, naik) plak, LLN (la ditukaq nama ke TNB) jadi aku pun dengan sewenangnya membeli sebuah wau gambaq angry bird utk diterbangkan oleh beliau dgan kelajuan 16 kuasa kuda laut yg dibeli menggunakan peruntukan tambahan dri duit raya beliau yg agak banyak utk bebudak di usianya. Kat sini selain dri duit raya utk bebudak, golongan tua jugak tak ketinggalan dri dapat duit raya, sebab tu la tok aku tak mau ikut aku pi jenjalan sebab nti ada org nak mai rumah katanya, terlepas la duit raya beliau ahakkk...
Malam plak kami pi tgok pokok lampu di Kampung Cina bersebelahan Pasar Payang. Bukan kata org Melayu yg ramai, org berbangsa Tiong Hua pun ramai. Memangla dah nama pun Kampung Cina musti la kaum depa ramai, ya dak.
Esoknya sebelum bertolak balik ke Perlih, kami singgah sat Pasar Payang memandangkan banyak jugak la kdai yg bukak di hari raya ke 3 nih utk membeli cenderahati, rempah nasi dagang, cabai giling, lempok durian, serunding dan barangan bling-bling perhiasan wife aku yg bercambah kedai dia kat sini.
Tak sah kalau balik ke Terengganu kalau tak beli kepok lekor. Aku beli kepok lekor masa perjalanan balik di Batu Rakit (w'pun ramai org luaq suka beli kat Losong, tapi aku suka lagi kepok lekor di Batu Rakit, selain harganya yg murah, rasanya pun sedap, banyak lagi lokasi penjualan kepok ni antaranya di Pengkalan Setor dan Seberang Takir), ingatkan org tak ramai, rupa-rupanya telahan aku silap sebab ramai org yg bertolak balik pd hari raya ke 3 yg bli kepok lekor. Aku beli yg rebuih dan yg dah goreng siap boh dlm keta utk disantap oleh aku anak beranak masa perjalanan balik tambah2 bila lekat dlm jem di Machang ke Tanah Merah selama 5 jam pppeeeehhhh....penatnya, satu lorong dah jd 3 lorong, dgan anak aku nak kencin , berak la...terpaksa la berenti tepi dulu, seba baik boh minyak full tank masa kat Besut, klu tidak ghiyau aku. Buat pertama kalinya aku merasakan bewak Dhab jalan lagi laju dri keta aku hhhmmmm....aku selamat sampai di Perlih pukoi 3.20 pagi dan sesampai tu aku anak beranak pengsan di bilik tidoq sehingga dinihari. Biaq lambat asal hensemm...eehhh...apa plak...biaq lambat asal selamat ..
No comments:
Post a Comment