Bulan Ramadhan pun dah hampir ke penghujungnya dan selain dri berbuka di rumah, aku sefamili ada jugak berbuka kat luaq sekali sekala, dua kali dua kala ye dak hahaha...Ni antara rangkuman aktiviti aku sefamili berbuka posa kat luaq, ewaahhh... mcm rangkuman perlawanan Bola Sepak Liga Super plak w'pun pada hakikatnya mmg aku dah tak berapa ambik pot mengenai Liga Super setelah pasukan peberet aku Perlih dah tersungkoq ke Liga FAM, mmg cam kelemumoq pangai. First aku berbuka kat Restoran Nurha's Aloq Staq, restoran ni antara destinasi makan yg wajib bg famili aku sebab wife aku mmg tertawan ngan tomyamnya. Aku order awai pkoi 4.30 ptg sebab klu order lewat, teguk ayaq la jawabnya masa org tgah berbuka nti, sebab sini mmg selalu full house.
Kali kedua aku berbuka di Lynda Ikan Bakar Kuala Perlis, ni kali pertama aku berbuka kat sini, best rupanya dgan angin laut Selat Melaka bertiup disusuli kompilasi angin dri anak aku Nasihin yg sungguh tak merdu dan tak wangi. Beliau asyik ajak aku jenjalan ja sebab terpesona melihat siswi2 yg ramai dan manis2, jd aku pun tak berupaya menolak pelawaan beliau sambil mensisir rapi rambut serta bauk ku yg ikal mayang ni kerna ia selalu menjadi igauan gadis2 manis.
Kat sini aku order ketam masak cabai sebab Syakirin suka makan ketam dan dia suka sebab ketam tu macam raksasa yg selalu lawan ngan otromen dia, jd bila dia makan ketam tu otomatik otromen menang yyeeyyyy...eh yg aku seronok skali ni pasepa. Menu lain aku order ayaq laici satu jag, teloq dadar, tomyam dan soton goreng tepung. Alhamdulilah habih lincin disental oleh aku, wife serta anak beranak menunjukkan berbaloi aku bayaq sebab makanan ngan ayaq setel semua. Jgan dok ingat wife aku minum ayaq guna botoi plak, botoi tu harta Nasihin yg punya dan Ibu dia tgah mengemukkan beliau dgan hidangan ketam beserta nasik.
Last sekali aku berbuka di Tat Nasi Ayam cawangan Aloq Staq. Awai tu cadang nak berbuka kat Wong Solo Ayam Penyet, tapi tutup plak sebab renovation, jgan tutup teruih sudah, peberet aku tu. Kat sini mcm besa la order nasik ayam dua pinggan setengah, yg setengah tu utk Syakirin, sate dan ayaq laici se jag. Puaih ayaq laici dia, buah laici depa boh sepokok dlm jag, banyak makan buah dri minum ayaq. Orang ramai toksah kira la, hari cuti dan seeloknya order awai la supaya kita ada tempat dan tak tertunggu2 waktu berbuka nanti tambahan kalau tempat tu menjadi tumpuan ramai org utk berbuka.
No comments:
Post a Comment