Penulisan kali ini adalah untuk diambil ikhtibar oleh anak2 remaja di luar sana. Jangan sia siakan zaman belajar kita, zaman remaja kita kerana tindakan anda pada masa tersebut yg akan mencorakan hidup anda di kemudian hari.
Begitu juga dengan kisah gadis penjual nyok junior di sekolah aku dulu, beliau yg aku kenali dulu merupakan seorang yg agak femes di sekolah disebabkan dikurniakan rupa paras yg cantik dan datang dari keluarga agak berada sbb masa tu bisnis ayaq nyoq keluarganya laku menyebabkan dia tumpang senang, di usia 16 tahun dah bole ke sekolah dengan menunggang motor yamaha 125 z dan ofkos menjadi tarikan remaja2 lelaki dan perempuan utk mendekati. Tetapi beliau alpa, pelajaran ditolak ketepi dan keseronokan menjadi kiblat, akibatnya beliau berkahwin awal dan menjadi janda juga di awal usia. Dengan tanggungan anak2 yg ada, beliau terpaksa meneruskan legasi perniagaan keluarga demi sesuap nasi, dari seorang gadis yg berperwatakan menarik menjadi gadis yg biasa, tiada secalit mekap di wajah, tiada baju2 menarik, tiada kasut tumit tinggi spt dulu, tetapi hanya kasut but getah dan apron menghias diri (rasanya bole ja menyegak tetapi mungkin disebabkan tuntukan kerja dari bawak lori, potong buah nyok, angkut peralatan meniaga segala menyebabkan beliau selesa berpakaian begitu). Berbeza bila aku jumpa rakan2 seusia beliau yg dulu yg agak selekeh dan tak menjadi perhatian student lelaki dulu, kini tampil menawan, bekerja di pejabat berpenghawa dingin, berjawatan tetap dan penampilan berubah 180% disebabkan suasana kerja dan mempunyai pendapatan yg cukup utk mengubah seseorang itu dari zero to hero.
Tapi tak semua student2 yg nakal di sekolah dulu tak berjaya, ada yg berjaya dengan pilihan hidup masing2, ada yg sempat berubah dan tumpu mencari pekerjaan yg tetap, menceburi bidang perniagaan dan seterusnya berjaya sebab pilihan hidup tu terletak di tangan masing2 samada nak berjaya atau tidak, ada juga di kalangan yg dahulunya cemerlang di bidang akademik tetapi kurang berjaya dalam bidang pekerjaan dan hidup di masa depan seperti contoh di link atas. Kerana pilihan, usaha dan rezeki itu seiiring sebab itu kita kena jadi diri sendiri dan matlamat utk kita tuju di kemudian hari supaya menjadi yg terbaik di kalangan marhein. Dan org lain tak bole ubah diri kita kecuali diri kita sendiri, persetankan org sekeliling sbb bila ang takdak apa2 sapa pun tak ambik tau, tapi bila ang ada something, org automatik akan ambik tau pasai ang. That reality. Macam kisah yg aku cedok kat fb seperti di bawah ni.
Ⓜ️ GEORGE MCLAURIN, LELAKI KULIT HITAM PERTAMA YANG DITERIMA DI UNIVERSITI OKLAHOMA PADA TAHUN 1948,
DI PAKSA duduk di sudut yang jauh dari rakan sekelasnya yang berkulit putih.
Tetapi namanya tetap tersenarai sebagai salah satu daripada tiga pelajar terbaik universiti.
Ini adalah kata-katanya:
"Beberapa rakan sekelas memandang saya seperti saya seekor binatang, tidak ada yang sudi untuk bercakap mahupun menegur saya, guru sepertinya mereka tidak ada di sana untuk saya, dan mereka juga tidak selalu menjawab soalan saya ketika saya bertanya.”
“Tetapi ia tida melemahkan saya malah ia lebih mendorong menaikkan semangat dan keazaman saya untuk berjaya, Saya banyak mengabdikan diri sehingga saya mencapai maklamat saya, setelah berjaya mereka mulai memberi perhatian kepada saya untuk memberi mereka tunjukajar dan memjawab pertanyaan² mereka.”
PENGAJARAN DISINI:
Memaksa diri untuk diterima oleh orang adalah membuang masa. Cukup fokus dan tambah nilai pada diri anda dan orang akan datang meminta pertolongan anda ...
Sumber: Eupraim
Apa yg aku pelajari dari kisah di atas kita hanya perlu fokus pada diri sendiri dan keluarga serta sahabat2 di sekeliling kita sahaja kerana itu sumber semangat yg ada selain Allah Taala. Apabila kita berjaya tambah nilai pada diri kita org sekeliling akan menjadi magnet pada kita kerana itulah lumrah kehidupan. Pengajaran yg aku dapat dari kawan sekolah aku tu ada memba aku penah add dia kat group wasap sekolah tapi dia left, pesbuk ada tapi tak penah update, ramai yg dia tak approve freind dan ada juga yg dia unfreind sebab dia takdak apa nak post, pastu segan ngan kawan2 yg ramai berjaya dari dia katanya. Aku maklum la kat dia awat jd camtu, pasai apa nak ikut org, kita ikut ja acuan bahagia cara kita, bukan duit, harta atau kemewahan yg mampu bagi kebahagian kat kita, kita buat ja apa yg kita suka, bahagia itu pilihan sebab hidup hanya sekali. Aku paksa add jugak no dia kat group wasap sekolah sebab aku kata kita semua dah berumoq, tujuan group wasap ni pun bukan utk benda2 lain, hanya medium utk bertanya khabar, sakit pening, kematian atau saluran yg senang kalau nak jemput ke majlis2 kenduri. Aku maklum tanggungjawab aku dah add dia dan kalau aku jemput ke kenduri terpulang la pada dia nak mai ka dak sbb tanggungjawab aku jemput tu dah setel, aku dah cuba eratkan sillaturahim spt biasa.
Hidup ni kena positif, takdak sapa buang sesiapa kecuali kita yg buang diri sendiri. Kalau betoi nak rapatkan balik silaturahim buat cara nak rapatkan balik sbb kita dah cuba bertegur sapa secara baik tetapi kalau masih tinggi dengan ego tu terpulang sbb benda tu diluar kawalan aku, aku cuba dah buat terbaik, kenduri jemput, jamuan raya jemput tapi tak mai sebab alasan ada keja, ok kita paham , tup2 rupanya dia pun buat majlis tapi kita sekupang pun tak dijemput, tapi org lain bole plak dijemput hahaha..its ok, jd jangan guna sangat istilah terbuang sebab takdak sapa buang sapa kecuali diri sendiri yang buang diri sendiri 😂. Sebab hidup ni terlalu singkat utk nak serabutkan pala otak dengan benda2 negatif ni. benda bole setel dgan cara elok,bukan dengan dok menyebai tak tahwan hala post hal2 negatif rata ritin di media sosial sbb bagi aku sesuatu medium tu kalau dibuat positif, positif la jdnya, kalau dibuat negatif, negatif la jadinya, dan dari situ kita dah bole tau keperibadian pemilik akaun tersebut. Nak bahagia, tenang, bersihkan hati, dekat dengan Allah insyaAllah rezeki akan memihak pada kita.
No comments:
Post a Comment