Jangan Clik

Monday, August 1, 2011

Singah rasa di Sampan Famous Seafood, Pulau Pinang

Disebabkan aku ada sedikit urusan di Seberang Jaya aku pun ajaklah wife ngan anak aku nak pi makan belah pulau. Bercadang tu nak pi makan kat Marton Corner sebab kat situ ja yg memba aku bagitau makanan dia agak sedap.

Memandangkan ini first time aku nak pi Marton Corner jadi aku terlajak dari tempat tujuan, maka aku pun try masuklah ikut jalan pi Jerejak Bay kot2 la ada jalan keluaq pi Marton corner alih2 aku terjumpa satu gerai ikan bakaq lagi syiok, betoi2 tepi pantai iaitu Sampan Famous Seafood dan satu lg gerai nama apa tah, apalagi mai singgah la.

Orang agak ramai gak maklumla ari minggu , suasana tak la berapa crowded tu yg aku suka tu, parking agak susah sikit sebab kna parking tepi jalan tapi yang penting kedai ni terletak betoi2 berhampiran pantai, port yg mmg aku suka dari zaman muda remaja lg, apalagi aku ngan wife ambik kesempatan la merendek sementara aku bagi Qazrin main2 kat tepi pantai.

Dekoration kedai ni mmg ok, nampak meriah. Meja yg dekat2 pantai kna book cpat klu tidak full, seb baik aku dan cop dulu. Pastu apalagi Qazrin ajak aku la jenjalan sekitar pantai, sambil main pasiaq beliau terserempak satu makhluk hijau yg dia panggil sayoq, aku maklumkan kat Qazrin yg tu bukan sayoq tapi rumpai laut, tapi taktau la yg dia paham ka dak.

Dah kedai nama pun Sampan Famous Seafood jadi mestila ada sampan kan, satu depa letak kat depan kedai untuk buat display ikan2 dan makanan laut lain untuk dijadikan pilihan bagi santapan halwa perut sebelum bulan Ramadhan menjelang tak berapa hari lagi. Lagi satu sampan dia letak kat belakang bubuh bunga bagi menarik, seb baik ada bunga klu tidak jenuh Qazrin paksa aku naik sampan tu. Kalau la takdak bunga tu, aku nak bagi alasan kat Qazrin yg aku takdak lesen sampan lg, jd takleh la naik sampan kikikikiki...

Dari restoran ni kita boleh nampak Pulau Jerejak kat sebelah sana dan ada jeti disediakan untuk pelancong yg nak naik feri pi ke Pulau Jerejak samaada nak menginap kat resort sana atau nak pi melawat sahaja.

Selepas jenjalan apalagi penat la kami berdua, tgu nak ngap ja. Banyak lampu berwarna warni dipasang kat sini jadi tak la gelap sangat bila tiba waktu malam.

Qazrin dah tak sabaq nak melahap w'pun baru ja balun 2 gelaih ayaq. Restoran ni tak jauh dari Quensbay Mall jadi sebelum nak sampai Queensbay Mall tu akan ada satu simpang belah kiri ke Jerejak Bay ambik simpang tu dan ambik satu lagi simpang belah kanan nak ke taman perumahan ...haaa kat situ la terletak restoran ni, dari jauh akan nampak dah sebab keta penuh dok parking tepi jalan dengan gerai yg bermacam warna.

Panaurama eh silap taip plak...Panorama jambatan Pulau Pinang dapat dilihat dari sini, mmg cantik, tambahan bila tiba waktu malam dengan lampu bergemerlapan dipasang sepanjang jambatan dan kenderaan yg lalu lalang.


Orang ramai hampir memenuhi setiap ruang makan yg kosong, dengan suasana yg santai dan open air menjadi tarikan ramai pegunjung ke sini. Masa wife aku studi kat sini dulu rasanya tempat ni belum dibuka, klu la masa tu dah dibuka nescaya restoran ni akan kami sampai dulu untuk memadu asmara, la bukan takleh memadu asmara tapi anak dok kacau, Qazrin cukup jeles kalau aku romantik sikit ngan ibu dia, pantang nampak ja musti dia halau aku punya, takpa2 nti babah tak mau bli menan dah, bru tau....

Makanan seafood yg kami order malam tu pun hanya sotong goreng tepung saja yg lain2 kami order tomyam ayam, sup sayoq khas utk Qazrin , teloq dadar dan kailan ikan masin. Rasanya?..... mmg best, pasaipa aku kata best? sebab wife aku mmg cerewet bab makan, klu tak sedap mmg dia akan komplen tak sedap, tapi malam tu, tomyam ngan sup sayoq dia tibai habih, maknanya sedap la tu, kna ngan selera dia. Nafsu makan semenjak mengandung ni nak sama ngan nafsu makan aku dah, ok la sikit klu tidak bertambah boroi la aku sebab makanan yg dia tak habih tu aku yg sapu, la takleh la sebab dia tibai habih semua. Harga pun mmg berpatutan, semua sekali yg aku makan tak sampai pun Rm 24.00.

Disebabkan malam masih muda aku ajakla wife aku pi jenjalan kat Queensbay Mall sebab tak jauh mana dari restoran, lagipun ni first time aku pi Queensbay Mall saja la pi cuci mata. Satu benda ja yg aku beli, tu kat tangan Qazrin tu, set golf, pi mana2 musti nak menan tak kira la mahai ka murah janji ada menan, slalunya aku bli yg murah la sebab Qazrin ni bukan main sangat, main2 sat pastu pelingkup habih. Queensbays Mall ni nak jenjalan ble la, harga barangan dia agak mahai sikit, tapi aku pi sat ja sebab wife aku tak larat jalan bawak perut, aku pun tak larat gak, tak larat dok ligan Qazrin yang dok lari merata...maklum la tempat luas....hhhnnnsssss...sempuit

2 comments:

  1. pi QB makan kfc pastu balik. hahahaha takdak duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...nak jalan2 window shoping ok la, takpun tgok wayang.

      Delete