Jangan Clik

Tuesday, August 14, 2012

Berbuka Puasa di Pekan Danok, Thailand

Mulanya tak bercadang pun nak berbuka di Pekan Danok ni, tapi bila dok cari2 tempat yg ideal utk berbuka, opismate aku, En.Bob cadang ajak berbuka kat sini kami pun on ja bila tgok tarikh expired date border pass masih jauh. Ni first time aku berbuka kat luaq negara nih dan yang menarik kat sini ,apa yg dimaklumkan oleh En. Bob adalah daging lembu salai (macam pic kat atas tu, yg mana kelihatan en. azaharil tgah laju meratah daging sebab nasik dan lauk2 lain tak sampai lagi w'pun dah masuk waktu berbuka). Tapi takleh salahkan pelayan sini sebab kami mai pun dah agak lewat, tambahan pulak meja penuh dgan pelanggan.
Awai tu terdetik gak kat hati, best ka makan kat Danok nih, tapi bila mai sini dah rasa mcm dok kat Malaysia ja, sebab kerusi meja yg penuh ni semua org Malaysia, siap aku cam 4,5,6 org org perlih. Gerai yg aku mai makan ni aku pun tak tau nama, tapi gerai2 kat sini banyak dan semuanya ada menyediakan daging salai. Gerai ni berdekatan ngan rumah kedai bersebelahan Hotel Siam Thana.
Masa nak mai sini jalan jem dekat border, lori berderet, sahih lori bwak lembu import dri Siam maklumla raya dah makin dekat, permintaan daging sahih meningkat . Lain-lain menu yg kami order adalah sup ekoq, tomyam, daging salai beserta ulam-ulaman, teloq dadar, petai bakaq dan ayaq. Masuk ja waktu berbuka semua pakat dok santap tak hingat doniaaa...
Heehehehe...muka masing-masing dah siap bercahaya lagi lepaih balun nasik. Eeehhh...jgn dok ingat lepaih balun nasik, kami nak pi balun makhluk lain plak...dakk..kami mai berbuka ja kat sini, saja nak rasa suasana dan makanan trademark sini. Klu yg nak mai tu bawak nawaitu  lain, tu masing2 tanggung la. maklum la Pekan Danok ni kan syurga bagi pecinta dunia. Harga makanan kat sini mmg murah (mungkin sebab tu ramai warga Malaysia mai berbuka sini), En. Bob saja tibai 6 ketoi daging salai bersamaan 3 tompok daging korban..peerrgghhh mmg nafsu Paus Biru nih dan harga semua sekali lumpsum rm 70.00 saja. Berbaloi kan makan 4 org siap tambah lg. Lepaih acara berbuka kami pun berangkat beli beras dan jalan2 sekitar pasar malam yg beroperasi hanya pada hari hujung minggu. Try jugak cari mercun, tapi tak jumpa plak.

4 comments:

  1. bob tu classmate saya kat polimas

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ya ka, dia bos ict kat jabatan saya...orgnya mmg sempoi heheheh

      Delete
    2. Suruh dia contact saya...kholid@adk.gov.my. tq ye

      Delete
    3. Suruh dia contact saya...kholid@adk.gov.my. tq ye

      Delete