Jangan Clik

Wednesday, September 19, 2018

Menjejak Songkhla dan Hatyai (Tips naik kenderaan sendiri)



Ok sini aku kongsikan sikit la cara nak pi sana naik kereta sendiri, walaupun aku dah penah post pasai ni dulu tapi takpa aku remind balik.Sapa yg dah tau prosedur tu alhamdulilah, kalau yg tak tau tu bole ambil serba sikit tips ni. Kami bertolak dari Kangar jam 7.30 pagi sbb utk mengelakkan kesesakan di sempadan pada musim cuti panjang ni, sblm melangkah lebih jauh persiapan utk memasuki sempadan telah dibuat, kami masuk melalui Padang Besar sebab kurang sesak berbanding border Bukit Kayu Hitam:-

1- isi minyak siap2 sebab harga minyak di Thailand mahal sikit pada Msia. Rm 50 pun dah cukup.
2- Bawak salinan geran kenderaan untuk buat insuran thailand (untuk makluman semua, insuran ini hanya syarat sah masuk Thailand saja, klu terjadi apa2 kemalangan kita kena setel sendiri, kalau utk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini ambik insuran yg kaver semua tapi mahal la sikit dlm rm 48.00 klu tak silap atau ambik travel insuran utk perlindungan diri sendiri) dan isi form inbound/outbond kenderaan serta white card arrival /departure di kedai insuran  unkel Yeow di hadapan Hotel History(dahulu dikenali dengan nama Hotel Malaysia) serta pasaraya Rmt Jalan Bukit Lagi Kangar. (jumlah bayaran utk insuran kereta rm 20.00 dan caj rm 2.00 utk satu white card dan form kenderaan inbound/outbond Rm 2.00)
3- Buat tukaran Rm ke Bhat di mana2 kedai runcit di Padang Besar. Nak tukar kat money changer pekan Padang Basar(sebelah Thailand) pun bole. 

Di imigresen Malaysia cop seperti biasa. Di sebelah imigresen Thailand kita masuk parking kereta dahulu dan semua kena keluar utk cop pasport/borderpass(depa akan ambik white card arrival dan tinggalkan white card departure yg kita kena bg masa nak keluar balik nanti (jaga elok2 jgan bagi hilang) . Masa cop pasport/borderpass bg sekali form inbound/outbond utk dicop (jgan lupa selitkan rm 2.00 satu pasport/borderpass klu tidak depa akan mintak juga). Lepas dah cop pasport/borderpass pemilik kenderaan harus declare kereta di Kaunter Car Declaration bersekali insuran thailand, salinan geran dan borang inbound/outbond, sign borang dan kita akan diserahkan satu salinan borang yg perlu diserahkan balik masa nak keluar nanti.(jaga form tersebut sbb klu hilang nanti panjang cerita plak).

Bila semua dah setel kita dah sah bole masuk Thailand, sblm tu klu semua nak guna perkhidmatan internet di Thailand terutamanya utk guna Waze atau Maps kita bole beli sim kad Thai di Pekan Padang Basar (sebelah Thailand) di Kedai Oppo (bersebelahan Market Padang Besar dan sederet Pasaraya Yong Sin) sebab pekerja sini bole cakap Melayu, tepi kedai  ni juga ada kedai money changer klu nak tukat duit. Utk sim kad ambik sim pakej Ais yang tahan 15 hari dengan data internet unlimited berharga Bhat 100 (rm 12.16).(elok beli sim kad di kedai telepon sbb pekerja kedai akan tolong daftar siap semua sekali, kalau beli kat 7e renyah la sikit nak daftar sendiri maklumla semua guna bahasa Thai) Sorang ja beli, yg lain ble share guna hotspot.

Utk tips hotel aku sarankan tempah hotel yg berdekatan Lee Garden Plaza sbb situ mmg tmpat tumpuan pelancong dan bole ke situ dgan jalan kaki ja sbb klu pi ngan kereta mmg payah gila nak cari parking. Utk review ttg hotel bole cek di laman Agoda atau Booking. Com customer review utk tgok kemudahan yg ada spt parking lot, water heater dlm bilik, jarak dgan lee garden market dll. Lepas parking kereta di hotel kita bole naik tuk tuk atau grab utk ke tempat jauh sikit cam ke Asean Night Market atau Dim Sum Chubara.
➡️ Ok singahan pertama kami adalah di Homepro Hatyai (pasaraya yg jual peralatan deko rumah cam IKEA la jugak)memandangkan lokasi ni terletak tepi jalan ja nak ke Hatyai. Jalan2 cuci mata ngan cuci tangan kat toilet dia yg superb tu.
➡️Pastu dengan jarak 31 km dari Hatyai kami lajak ke Songkhla utk menikmati hawa laut Pantai Samila. Pantai yg terkenal dengan patung duyung emas topless tu. Agak ramai jugak la pegunjung memandangkan ada universiti tempatan ada buat lawatan ke sini. Mula2 tu nak try makan sefood kat kedai2 halal yg banyak kat medan selera tepi pantai ni tapi memandangkan dah plan nak makan stimbut jd kensel la makan kat sini. Di medan selera ni jugak ada disediakan surau dan tandas. 
Lepastu kami ke Patung Naga  di hujung tanjung Songkhla, Patung ni berdekatan dengan Songkhla Akuarium dan dari sini kita bole menikmati pemandangan Pulau Koh Yo yg merupakan salah satu penempatan orang Islam yang ramai kat sana.
🍢 Singahan seterusnya adalah ke Khlong Hae Floating market memandangkan waktu operasi pasar ni dah mula iaitu dari pukul 3 pm hingga 10 pm dari hari Jumaat hingga Ahad.
🍲Tak jauh dari pasar terapung Khlong Hae ni ada restoran steamboat yg cukup mantop, mmg agak terkenal di kalangan pelancong dari Msia. Dengan kadar bayaran Bhat 289 utk dewasa dan Bhat 99 untuk kanak2. Kalau sesapa yg mempunyai nafsu makan taraf paus biru mmg disyorkan mai makan kat sini, macam2 ada dri makanan laut sampai pencuci mulut yg pelbagai.
➡️Lepas kenyang membalun kami pun check in di Leamthong Hotel dengan kadar bayaran rm 60 semalam. (Hotel ni antara hotel yg berdekatan dgn heart of hatyai yang ada menyediakan parking kereta)
🌃Malam tu kami ambik tuk tuk dengan kadar bayaran Bhat 180 utk 6 org dewasa dan 3 kanak2 utk ke tempat yg tak berapa nak men freindly iaitu ke Asean Night Market. Dari pakaian, aksesori hanset, mainan, makanan hingga spenda ada jual kat sini. Jangan lupa try smoothie kat sini mmg sedap kuasa dua di tingkat atas. Bahagian atas pasar ni  menempatkan gerai2 makanan yg cukup pelbagai dan menarik.
🍱Dah habis pusing2 dalam asean night market, kami ambik tuk2 ke Lee Garden night market dengan kos Bhat 150 ja utk 9 org, meriah kat sini dari peniaga hinggalah ke pegunjung yg rata2nya dri Msia. Bole try nasik lemak, teh tarik pandan ngan sotong kering bakaq kat sini. Klu nak tru udang2 goreng saiz betis xerdan syakiri pun bole harga dlm rm 15 hinga 30.
➡️Esoknya setelah bersarapan pagi roti canai di restoran Maliam dan jalan2 sekitar Yong Dee market dan Santisuk market (kalau nak beli barang dan dapat harga tawar paling murah pi waktu pagi masa depa bru bukak kedai sbb aku dapat bag deuter 65 liter selepas tawar menawar berharga Bhat 600 ja (Rm 72.00) klu kat sini mau seratus lebih harga dia.Kami check out untuk makan tengahari di Kedai Kai Tod Deycha yg terletak tak jauh pada hotel. Kedai ni bukak pukul 10 waktu Thailand jd elok la mai awal sebab kalau lewat takut meja penuh. Yang femes kat kedai ni adalah nasik kuning ayam goreng berempah dan teh ais buih, kat sini jugak ada disediakan perkhidmatan wifi secara percuma.

BAJET:-
-Insuran kenderaan Rm 20.00
Whitecard Rm 2.00 x 5 org = Rm 10.00
Form kenderaan inbound/outbond = Rm 2.00
-Minyak Rm 50.00
- Hotel Rm 60.00
- Makan dan perbelanjaan lain Rm 300.00
JUMLAH :- RM 442.00
(Ni jumlah perbelanjaan untuk famili 5 org, kalau perseorangan lagi murah). 

Ok sekian dulu dan harap semua enjoy dengan video travelvlog aku ke Songkhla dan Hatyai aritu seperti video di atas, khob kun krab, la korn.

No comments:

Post a Comment