Jangan Clik

Wednesday, October 20, 2010

Rumah

Sebenaqnya dah lama dah aku dapat kunci rumah yang aku beli tu, cuma tak masuk duduk lagi sebab aku ingat nak renovate dulu sebelum masuk, lagipun aku tak tau lagi keputusan pertukaran wife aku ke Perlis dapat ka dak. Rumah aku ni dah lama dah siap tapi ada masalah sikit antara pemaju dengan MPK, kesnya pemaju buat longkang taman tak mengikut plan yg telah diluluskan oleh MPK tu yg proses mendapatkan CF lambat tu. La dah dapat CF dah, anytime bleh mai duduk.Dah ada 3 famili dah duduk situ dan kemungkinan ramai lg akan menyusul taun depan atau selepas siap depa renovate rumah depa. Ingatkan nak bli rumah ja pakai duit banyak, Nak masuk rumah pun nak kena pakai RM banyak gak, nak bubuh lampu, kipas, sapu cat, buat kitchen kabinet, wirering, bli perabot, masuk ayaq, masuk api fuihhh...banyak gak tu nak kna setelkan, bukan apa "rumahku syurgaku' jadi nak kna bg perelok la sikit sebelum nak menetap kat situ. Aku ingat nak buat deko sikit bg nampak kemas dan selesa. Plan nak ubahsuai apa tu dah ada dan dah bincang ngan wife aku, cuma tgu musim cuti sekolah hujung taun ni ja aku nak start buat semua tu. Walaupun nanti kalau wife aku tak dapat tukaq pun rumah ni kami ingat nak buat persingahan hujung minggu bila2 balik mai Perlih, aku klu bleh tak mau bg sewa kat org, takut rosak rumah. Aku yang plan bli rumah muda2 ( muda lg ka hhmm..dah nak masuk 30 an dah nih) ni bukan apa, dan la pinjaman perumahan tu setel sebelum aku pencen. Lagipun masa aku beli tu tahun 2007 memba aku yg keja ngan kontraktor dah pesan awai2 kat aku klu nak bli rumah baik bli taun tu sebab tahun 2008 rumah akan naik harga sebab bahan2 buat rumah dah naik harga, aku..apalagi cepat2 cari taman yg baru naik pastu teruih buat pinjaman perumahan . Tahun 2008 mmg rumah dah naik harga, rumah aku masa aku beli bawah RM100k bila tahun 2008 dia jadi RM100k ke atas, seb baik aku awai, memba2 keja aku yg amik satu taman tak pasai2 kna buat pinjaman Rm100k ke atas ikut harga pasaran semasa. Memandangkan ni merupakan pengalaman pertama ku beli rumah jadi banyak benda yg aku dulu tak tau la ni dah tau sikit2, dlu aku tak tau yg bli rumah kna bayaq yuran guaman, (la rasanya ada yg tak payah bayaq yuran guaman) bukan sikit nak kna bayaq, dekat RM3000 jugak, jenuh korek tabung. Lagi satu klu sapa2 yg nak beli rumah tu seelok-eloknya selidik dulu kawasan tapak perumahan tersebut (selalu berlaku banjir dak, tanah bendang ka, tanah bendang ni selek-eloknya pemaju kna tambun tanah dan biaq dekat setahun setengah bru ble naik rumah sebab tanah dia lembut, cepat mendap, klu naik lpas tambun alamatnya rumah tersebut akan cepat retak, kawasan dia kawasan rendah ka, klu tanah ladang getah jaga2 sebab anai2 akan mudah ada di tanah jenis tu,bukan apa takut menyesal lepas bli), selidik latarbelakang syarikat pemaju dekat Majlis Perbandaran tempatan, ok dak track rekod dia, penah kna blacklist ka dak. Cek dulu Surat Perjanjian Jual beli, ikut ukuran dan kemasan ka dak rumah tu dengan ukuran dan kemasan di dalam plan, saiz keluasan dalam dan luaq rumah, lantai , siling buat pada apa, pintu apa dan macam2 lagi la yg ada dalam plan tu, jangan pakai sign ja. Klu kita dah buat pinjaman tu seeloknya pi la jengok rumah tu masa tengah dok naik, pi tgok masa rumah dah naik 30% , 70% dan bila selesai, bukan apa, bila kita pi cek masa tgah dok naik tu la kita bleh tgok kerangka rumah kita, kukuh ka dak, kerangka bumbung guna besi ka kayu, sistem paip dan wirering elektrik kemas ka,bata guna bata merah ka bata pasiaq, ukuran setiap penjuru ada bengkok ka dak. Sebab apa , sudah kita sedia maklum para pemaju ni akan guna apa juga cara untuk cut kos pembinaan bg pihak dia sebab untuk dapatkan margin keuntungan yg tinggi, depa ni mmg banyak kecoh. Harap kepada sesapa yg baru nak bli rumah tu, semoga tips tersebut dapat memberi manfaat sebab pengalaman dari org yg pernah melalui akan membuatkan anda tidak mudah tertipu dan teraniaya.

Sunday, October 17, 2010

Hujung Minggu

Semenjak dua menjak tiga menjak ni..eceehh mcm nabil plak, heroku dah pandai ' pi alan' (pi Jalan). Dia ajak aku pi jenjalan, tak kira la kat mana janji ada taman permainan atau tempat yg luas ble dia berlari-lari sambil berkejaran bersama bapak tercinta yg berbasah ketiak dok ligan dia. W'pun rumah aku dengan Gunung Keriang tak jauh mana, tapi aku tak penah sekali pun pi situ, bila wife aku syorkan pi situ aku dengan penuh tersipu-sipu bawakla depa pi taman kat kaki Gunung Keriang tersebut. Ramai la jgak org kat situ, kera pun ramai, yg dok merendek pun ramai. Ajak makan tak mau, keja nak main ja, tapi aku tak harap sangat kat dia sebab kecik lg, jadi aku pun join skali la main ngan dia , ahakss..syok jugak jadi budak balik tapi budak berbauk la hahahaha...
Selalu dok lalu highway Changloon - Jitra terperasan la jugak ada Taman Tasik kat Jitra, tapi aku tak penah singgah pun. Bukan apa sebab Tasik Jitra ni org tak berapa Highlight sangat dan papan tanda nak pi tasik ni pun takdak kat pekan Jitra, bila nak masuk kat jalan pi tasik baru ada signboard pi tasik, tu pun aku sesat masuk taman mana tah, hampeh sungguh sesat kat Jitra plak tu, klu sesat kat Burundi takpa la jugak tempat org, ni tempat sendri.
Luas kawasan dia, mmg peberet aku la bukan apa senang nak berkejaran ngan Qazrin selain dapat bersenam mengempiskan perut dan mengembangkan hidung sebab penaaattt...ni tatkala dia berehat sat lepaih aku beli pistol yg ble kuaq buih belon. Bli pistol tu ok la sikit dia asyik dok main buih dari dok berlari tak hingat penat.
Alih-alih dia berlari jugak..nnuuu..dok ligan buih tu plak, ligan sampai bulih. Seb baik taman ni luas org pun tak ramai sangat senang mengasuh. Best rupanya tempat ni ada bot yg ble kayuh dlam tasik, kdai makan dan taman permainan. Lepaih nih ble mai lagik bawak bola plak lawan sepak2 ngan dia sambil menunjukkan skill di depan gadis-gadis manis ngehngehngeh...
Kemarin aku pi Kota Kuala Kedah, pi pekena laksa kat situ. Dan la bergambaq sat sebab dah nak malam, sian qazrin tak mau turun bawah sangat maklumla baru bangun tidoq, muka toya ja babah tgok..nanti babah blanja cokodok naa..
Haaa..tgok..lepas dirasuah oleh aku dengan cekodok lantas muka Qazrin berubah ceria bersama aksi sarkis yg ditunjukkan oleh dua beranak ini ( jangan lakukan aksi ini di rumah, kalau di tandas, ok) hahaha...sayang tempat ni elok dah cuma tak dibangunkan dengan betoi, klu la dibuat gerai2 yg cantik di pesisir pantai sahih ramai lg akan berkunjung kat sini macam kat kola Perlih nuu.. kot rezeki aku dapatla aku beli ketam ngan udang freshh.. bru turun dari bot, murah plak tu apalagi borong la, dah la aku sefamili peminat tegar ketam.

Jaga Masa Depan Anda

Petang kemarin dalam pukoi 4 lebih kurang, datang la seorang salesman warga Pakistan. W'pun kurang fasih berbahasa Melayu tapi dia cuba juga hendak menjual ayat2 Al Quran kat aku, tapi aku tak beli pun sebab satu harga dia RM 30, kertas sekeping ja, klu frame ok la jugak. Tapi bukan itu yg aku nak cuba sampaikan, apa yg aku cuba sampaikan adalah betapa gigihnya org luaq yg datang ke M'sia semata2 nak cari rezeki dengan berjalan kaki, naik gerek keliling kg nak jual barang depa. Maki hamun, caci maki dah jadi mainan depa, mental depa kuat tahan dari semua cabaran ni, sebab apa? sebab negara depa lagi teruk dari sini klu tidak takkan depa terdesak mai sini cari rezeki. Berapa kerat anak muda kita sanggup buat keja ni? bole kira dgan jari, semua tak mau, semua nak kerja yg senang. Bukan kata kat depa, aku pun macam tu la jugak, klu ble nak keja yg senang. Zaman la zaman meterial, zaman duit sebab tu org sanggup buat apa saja demi kelihatan hebat dan dapat benda yg diingini dengan jalan mudah, sebab nak nampak mewah mat2 rempit sanggup meragut (bukan meragut rumput cam kambing, tapi perangai ada la sikit2 macam kambin) untuk dapatkan wang mudah. Penah la aku menyembang dengan rakan mualaf bukan melayu, dia kata org melayu ni nak kaya cepat dengan usaha dan risiko yg minimum. contohnya buat MLM, dia tak kata MLM ni tak betoi, cuma yg kesian org bawah la (downline) yg senang org ataih. Dok layoq keta mewah, barangan berjama semata2 nak pancing join depa, yg ramai tersangkut, student IPT la ngan pekerja sektor bawahan. Kawan aku habaq MLM ni bukan jenis perniagaan long term, ia hanya bersifat short term sebab dia tak jual barang cuma cari org, bila dah ramai pakat masauk, sapa lg nak join downline kita? pehtu pakat tukaq jenama dan strategi lain plak, tapi cara buat untung sama ja macam MLM lain- pokoknya cari org. Majoriti yg masuk MLM ni Melayu sebab apa, sebab nak pakai merc, bmw, evo dengan cepat. Klu betoi bisnes ni kukuh dah lama kaum depa dah join bisnes ni, tapi tgok apa depa buat, depa masih dengan bisnes yg jual barang dan ada pelanggan. bukan bisnes cari org. Tapi memba aku habaq dlm MLM ni yg dok ataih skali adalah ca ya nun alif la jugak, sebab depa ni arif bidang bisnes dan tau nak memanipulasi org yg cetek ilmu bisnes ni, asal bisnes ni pun dari negara depa, Taiwan dan Hong Kong. Kesian kat org kampung, pekerja gomen, bergolok bergadai, hutang sana sini nak join skim ni, alih2 jenuh tanggung hutang, berenti kerja la dan sebagainya. Mmg skim ni kata MLM ni keja part time tapi percaya la dia kna buat full time, payah nak buat part time, nak buat part time gena mlm2 pun kna balik pukoi 2,3 pagi, mana nak tumpu keja tetap dengan buat bisnes ni, setiap masa kepala otak keja dok pikiaq nak cari org sampai keja sendiri pun terabai. Bagi aku klu nak buat bisnes ni biaqla jual barang yg kita nampak macam bekal barang ka, jual barang ka bg servis perkhidmatan ka, klu bab2 cari org ni tak berapa terjamin la dan peringatan dari aku klu nak buat jugak MLM tolongla jangan berenti dari kerja tetap kita, payah ooo ..klu nak masuk kerja tetap balik klu dah berenti. (ni pendapat aku la, klu sapa2 yg buat MLM tu jangan terasa plak)

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua rakan pesbuk dan juga rakan blogger andai ada nukilan yg berjaya mengguris hati anda, ampun maaf dipinta bersama duit raya hahahaha....Persiapan raya tahun macam tahun-tahun sudah, ala kadar ja. Hanya untuk Qazrin ja beli kat dia lebih sikit. Shoping raya aku pi bli awai takut klu bli last2 minit nti org ramai, 31 ogos aritu aku ada la pi memborong kat Pasifik Seberang Jaya ngan Jusco Perda, orang punya la ramai sampai beratoq la nak bayaq, ada la dekat setengah jam bru la ble bayaq. yang lecehnya kat Jusco Perda ble plak aritu depa tak sediakan plastik, jenuh aku nak kendong silap-silap ble berteraboq tgah jalan. Alhamdulilah semua persiapan lain dah settle, tgu nak raya ja 2,3 ari lg, tiap-tiap tahun aku dah decide ngan wife aku malam raya ngan raya pertama beraya kat umah mak aku di Perlis dan raya kedua serta ketiga baru blik Ayaq Hitam beraya blah nu plak. Jadi akhir kata saya memohon keampunan kepada sahabat handai, rakan opis, rakan pesbuk, rakan blogger juga kepada semua umat yang mengenali diri ini dengan ucapan tulus dan mulus Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Monday, August 23, 2010

'Peraduan Blog dan Menang'-Manggaonline-Iklan Nokia, Dell dan Admax

Aku mengetahui mengenai Manggaonline ni melalui sebuah akhbar berbahasa Melayu iaitu akhbar Kosmo ,iaitu mengenai komuniti blogger ini di mana dalam keratan akhbar tersebut ada menulis mengenai salah seorang blogger yang telah menyertai komuniti Manggaonline ni. Aku pun agak tertarik la dengan komuniti tersebut memandangkan aku pun belum join mana-mana komuniti blogger sepanjang menjadi blogger hampir 3 tahun . Dan tanpa membuang masa dan sampah merata-rata aku pun join la dengan penuh taksub sekali sambil menghirup oksigen yang berkeliaran.
Selain boleh menjadi pendapatan dengan iklan-iklan yang ditawarkan dalam blog kita, tujuan utama aku menyertai komuniti ini adalah disebabkan aku boleh berkongsi posting-posting dalam blog aku dengan lebih meluas lagi kerana tujuan utama aku mewujudkan blog ini dulu pun adalah untuk berkongsi dengan orang ramai dan rakan-rakan mengenai pengalaman dan pendapat aku, dan boleh juga menambah kenalan di kalangan rakan maya melalui facebook, blogger yang lain dan blogger dari akaun twitter bak kata orang tua-tua berkawan biar beribu berkasih biar berjuta wahwahwah...gigolo tak aku.

Memandangkan zaman sekarang ni zaman dunia tanpa sempadan maka pengiklanan melalui ruang cyber merupakan salah satu cabang pemasaran yang paling berkesan dan boleh diakses oleh pengguna di mana-mana jua serata pelusuk dunia (di tempat yang ada talian internet la dan kepada pengguna talian internet yang belum tertungak bil bulanannya) antara contoh iklan yang menarik minat aku adalah iklan Nokia, satu jenama kalau nak dibandingkan dengan kereta boleh dikira tahap kereta jenis Mercedes la, memang tip top. Aku pun dari dulu dari zaman Nokia 3310 sampai la enset yang aku pakai la ni Nokia Mini N 97 semua aku pakai Nokia, walaupun rasanya dah 4 kali aku tukaq handset. Sebab utama aku pilih Nokia adalah kerana penggunaan dia yang mudah dan senang difahami serta mesra pengguna. Aplikasi yang ditawarkan pun up to date mengikut peredaran zaman dengan kita boleh mengakses internet dengan hanya menggunakan handset serta mempunyai GPRS. Rekaan yang cantik serta mudah dibawa, harga yang berpatutan, tahan lama, kos pembaikan yang rendah serta alat ganti yang mudah didapati merupakan antara ciri-ciri yang membuatkan aku payah nak guna handset lain selain Nokia ni. Memandangkan zaman la ni terdapat lambakan handset klon buatan China yang dibuat sebijik macam Nokia original aku ada satu tips untuk mengelakkkan anda tertipu, tipsnya apabila anda hendak membeli handset tersebut, tak kira la jenama apa anda perlu tekan *#06# dan akan tertera No IMEI kat handset tersebut, jikalau no yang ke tujuh dan kelapan tertera 02, sah-sahla bahawa handset tersebut buatan China, klu no ketujuh dan kelapan no IMEI tersebut lain dari 02 macam 00 ka, 01, 03 atau 04 itu mmg yang ori.
Mengenai Komputer Riba jenama Dell ni (bukan Dell Akhbar Khan bekas Setiausaha FAM tu ya, harap maklum) memang merupakan antara pengeluar pasaran komputer yang berkualiti selain dari jenama lain macam Acer, Compaq dan lain-lain. Penggunaan komputer riba sememangnya tak asing bagi warga pelajar dan juga warga pekerja sebab ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja waima ke bilik air sekalipun. Dengan rekaan yang menarik serta perisian yang terkini Dell sering tampil dengan model keluarannya yang terbaru seiring dengan peredaran zaman dan kecanggihan teknologi cyber zaman sekarang. Menariknya semua pakej tersebut hanya datang dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu milik bagi semua golongan kerana dengan adanya komputer riba Dell ni la kita boleh akses ke blog kita dan blog rakan yang lain serta mengetahui apa jua maklumat terkini dalam dan luar negara kerana tanpa Dell siapalah komputer riba dok gitu...
Mengenai Admax ni bagi aku dia merupakan salah satu syarikat pengiklanan macam Manggaonline ni jugak cuma pasaran dia lebih kepada Asia Tenggara dan bagi mana-mana peniaga dan usahawan yang ingin mengiklankan barangan atau perkhidmatan mereka melalui alam maya boleh la menggunakan Admax tersebut kerana bak kata saya di awal tadi pengiklanan di ruang cyber adalah kaedah pemasaran yang paling berkesan sekali kerana ia boleh diakses dimana jua kerana dunia sekarang adalah dunia tanpa sempadan dan dengan hanya satu klik, maklumat dapat disalurkan kepada anda hanya dalam beberapa saat sahaja.

Sunday, August 15, 2010

Pertandingan Melukih

Ni lukisan pertama aku yang berjaya memenangi pertandingan. Sebenaqnya pertandingan ni dianjurkan oleh Faber Mediserve Sdn. Bhd untuk kakitangannya yang bole melukis untuk melukis Poster Keselamatan di bahagian-bahagian dalam syarikat Faber. Aku lukis poster keselamatan Bahagian FEMS iaitu bahagian mekanikal. Masa aku lukih ni aku bekerja di syarikat faber di Hospital Tunku Fauziah Kangaq di bahagian Help Desk. Lukisan di dah dok dalam frame jadi aku snap ja gambaq dia, klu tidak ble la scan tgok laki ka pompuan, ehhh..tu scan perut org ngandung..ni scan lukisan...apa la aku ni baru posa brapa hari dah makngot . Hadiah dia ok la RM 100 dgan sijil penghargaan yang disampaikan di Hotel Holiday Villa, Aloq Staq. Tapi aku tak tau la pihak syarikat guna dak lukisan ni utk kegunaan depa sebab selang beberapa hari lpas tu aku dah resign sebab masuk kerja gomen. Sebenaqnya ada lagi pertandingan melukih kartun yg aku dok masuk macam di Majalah Rileks, Majalah Gempak dan macam2 lagi la, aku pun dah lupa...tapi tak menang, mungkin takdak rezeki. Tapi hobi melukih ni akan aku teruskan sekadar mengisi masa lapang dan waktu bosan terutama masa dengaq ceramah dan kursus wakakakakakartunnn......

Wednesday, July 21, 2010

Game

Gila Game...aku ni ble dikira tergolong dlam golongan ni la, tiap2 minggu mesti kna main game sampai gian klu tak main. Maklumla la kan zaman serba berteknologi, budak2 dah tak main dah permainan dulu2 macam polis sentri, dam, bola sepak kertas, main kad la dah kurang dah sikit, bebudak luaq bandar pun dah banyak terdedah ngan permainan game nih. Aku mula2 kenai game ni masa darjah 5 masa tu main game konsol Sega, game yg agak famous masa tu adalah Mario brother, Kontra ngan street fighter. Pastu main game Nintendo, game konsol gak, masa
aku tingkatan 3 baru sony released game terbaru iaitu Playstation 1. popular game ni masa tu, rega dia lebih kurang dekat rm 1000 gak la time tu, aku mana mampu beli, pi main umah memba aku ja. Sampai umoq dekat 30 taun ni pun masih gila game,la dok main game Playstation 2 ,game yg slalu aku main, apalagi kalu bukan game bola, tiap2 minggu berentap ngan adik dan adik ipaq aku. Kami slalu main game bola PES 2010 sebab bg aku grafik dan kontrol dia ok, ada sesetengah org suka main Winning Eleven ngan FIFA 2010. Tapi PES 2010 tetap yang terbaik bg aku. Game lain bukan tak main, main jugak tapi kurang sikit berbanding bola sebab sapa2 yg kalah sure kna kutuk kaw..kaw..punya hahahaa...
Dengaq kata PES 2011 dah released dah tapi tak tau lg bila nak masuk pasaran M;sia. tak sabaq nak berentap dah ni. Antara dalam wish list aku adala aku angan2 nak sambaq PS 3 satu tapi harga dia masih RM 1000 ke atas (tak mampu den) pastu cd dia plak mahal sebab guna blu ray system,rega lebih kurang RM 180 satu cd. beli 3 cd PS 3 dah ble bli satu lg PS 2 hhmmm...
Selain daripada main game PS2 aku jugak slalu main game kat komputer, memandangkan apa2 kerja semua la ni buat pakai laptop, jd komputer lama wife aku tu aku upgrade untuk buat main
game komputer, tambah Grafik kad, upgrade RAM dan tambah hard disk semata-mata untuk kepuasan main game tahap dewa. Untuk main game kat PC aku slalunya suka main game berbentuk strategi dan game yg paling aku suka main adalah Command and Conquer. Aku mula start diperkenalkan ngan game strategi masa di Tingkatan 3, masa cyber kafe tumbuh bak cendawan di pekan Kangaq nih. Masa tu main Red Alert..dah lama sikit main Counter strike secara online, pastu memba aku telah menghasut untuk main Command and Conquer. Command and conquer ni ada banyak siri yg aku penah main antaranya Command n conquer 1 dan 2, command and conquer: red alert 1, 2 dan Yuri Revenge. La aku tgah dok menghayati game command n conquer Tiberium war nih, w'pun ada lg yg latest tapi yg ni pun aku tak khatam lg, nti2 la ku pi bli command n conquer kane wrath dan tiberium twilight. Game strategi ni banyak mengajar kita taktik2 dalam megatur peperangan dan macamana utk memenanginya, seingat aku sejarah game strategi ni diperkenalkan dulu adalah bertujuan untuk melatih askar2 amerika dalam taktik perperangan bila time depa off duty, bukan macam sesetengan negara lain, time off duty, tulih surat cinta la, main gitar la. Macam negara2 yg maju depa gunakan sepenuhnya bidang teknologi ni untuk segala aspek kehidupan zaman sekarang dan kebanyakan teknologi yg kita kecapi zaman sekarang adalah hasil penyelidikan untuk kegunaan dalam bidang ketenteraan contohnya telefon bimbit, internet, satelit, dan pelbagai lg sehinggakan ke game berbentuk strategi ni la.