Jangan Clik

Sunday, April 5, 2009

Kelahiran Putera Sulungku

ni baru lpas ditempatkan di wad kelas 3, petang baru diletakkan di wad second class sebab first kelas penuh, second class pun ok jgak privacy skit. bini aku baru lpas operate tu, dok mamai lagi kesan ubat bius, aku pun dok mamai lagi sebab semalaman tak tidoq tgu wive aku, sampai tarikh kat kamera pun silap ejas, abaikan tarikh tu, anak aku lahir 05.03.2009 pkul 8.13 pagi dan ber kad pengenalan 09 bermaksud jadi warganegara Perlis darul Sunnah sama mcm bapak dia yg berwajah pan asia ni (kukikuikukikuik puji dri sendri)
lena lagi selepas dijamu susu, rambut dia banyak sampai kat kening, turun ibu dia kut, tapi sight burn menten ikut bapak dia .

tu jari tok dia dok cuit idung dia sebab lena ralit sgat, alhamdulilah anak aku ni jarang nangis mungkin dia tau situasi ibu dia yg baru lpas operate, dia nangis nak susu pun merengek-rengek ja, lpas minum lena blik, fuuuhhh senang jaga, cuma yg jem dia kerap jaga mlm nak susu tapi itukan pengalaman jaga anak, dah dapat anak ni kna la blajaq jaga anak plak jgan tau nak buat ja dok gitu.
ibu dia yang mengandungkan dia dan membelai selama 9 bulan, dah keluaq dah sorang lega katanya. yang babah plak tak sabaq nak bagi adik plak wakakaka (bini aku tau mau dia korek idung aku ngan ekzos treler, sebab dia kna rest dri mengandung selama 2 tahun stengah atau 3 taun, sebab operate)

ni first time dia celik mata tgok donia dan babah n ibu dia yg kiut miut ni. kakaka kna bedung sebab dia slalu dok gawang tangan nti tkena muka lak luka, sebab kuku dia tak potong lg. Topi mcm baru lpas keluaq spa ja

ni sebelum pi Klinik Kesihatan cek kuning, seb baik anak aku kuning tak tinggi, paling tinggi pun takat 9.7 ja pastu turun, lega tak kna tahan wad, klu kna tahan kesian kat dia kna tidoq bwah lampu, dah la putih merelit jd merelit lg la. Mak mentua aku bagi minum macam2 dari susu kambing sampai halwa kundur, pastu mandi ngan daun kucai nak bagi kuning turun. Satu lagi petua nak bagi hilang kuning snang ja, jamu susu kat anak kerap, bila kerap minum kerap la dia berak, haa melalui berak la kuning tu hilang, dia turun kot taik anak tu.

ni haaa bapak dia, yang slalu jd fotografer, la ni babah plak yg nak enter frame. tak series langsung la Kirin ni, org tengah amik gambaq nu dia boleh dok paling ke lain. (bapak remoih tiru sopoman ka.

haaa ada seiras dak, besa la anak bapak musti putih merelit mcm bapak dia huahuahua, ni gambaq sebelum dia cukoq jamboi, la ni dah botak dah anak babah ni

ni anak aku cukup 30 hari nampak berisi sikit, maunya tak sikit2 nak nenen tu yang tembun skit tu, bukan setakat susu badan ja, susu botoi pun dia sapu, anak lelaki katakan, kuat makan, botak kepala babah klu cenggini anak oi.

fuhh lama aku tak update, dah naik sawang dah laman sesawang aku ni. ada banyak story mory yang aku nak lampirkan di sini nti aku tulih okey, besa la ada anak kecik ni kalut skit, first aku nak cerita adalah mengenai orang baru dalam family aku, menjadikan kami bertiga. Tanggal 05 Mac 2009 yang lalu isteri aku selamat melahirkan anak lelaki pertama kami pada pukul 8.13 pagi di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar Perlis (jadi org Perlis jgak anak aku). isteri aku masuk labour room pkul 7.00 mlm 4 mac 2009 sampai pkoi 7.00 pagi 5 mac 2009 tak beranak2 lg, bayangkan 12 jam aku ngan mentua aku tggu sampai naik risau takut sesuatu terjadi, ya la suami2 org len yg tgu sama ngan aku semua pakat blah lpas isteri depa dah selamat bersalin, tinggal aku ja, mau tak risau wive aku masuk awai tapi tak beranak lagi. jam 3.00 pagi seingat aku, aku trus tanya nurse yg bertugas dia kata bukaan isteri aku baru 5 cm, dan memerlukan lagi 3 cm untuk membolehkan dia bersalin, sampai pkul 6.00 pagi bukaan masih 5 cm, pastu aku mintak wive aku untuk dioperate (kesian kat wive aku sebab tahan sakit bersalin lama, nak dekat 12 jam) pastu nurse tu kata kna tgu 12 jam baru ble operate. jam 7.00 pagi dr. vikesh (dr yg bertugas ketika tu) call aku kata wive aku kna operate sebab bukaaan hanya 5 cm saja, dan suruh aku tgu kat dewan bedah. Alhamdulilah tepat jam 8.13 pagi isteri aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki melalui pembedahan dengan seberat 2.95 kg dan tinggi 54 cm diberi nama yang dah lama aku ngan wive cadangkan klu dapat putera lelaki iaitu Qazrin Syakirin Bin Asrul Rizal. Selepas dibersihkan aku mengazankan sendiri ke telingga anak aku, dia duduk dalam bakul ja masa aku azankan, tak berani nak angkat sebab dia masih lembut lagi. Ni ada beberapa pics di atas untuk tatapan semua.

3 comments: